Mohamad Taufek Abd Ghani |
KKTM Rembau berdepan risiko tanah runtuh Posted: 11 Nov 2011 12:58 AM PST 11 Nov 2011 REMBAU: Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), di sini, berdepan ancaman tanah runtuh yang mungkin boleh membawa kemusnahan besar, apabila tanah cerun berhampiran kolej itu kini sudah menunjukkan tanda-tanda untuk runtuh. Pegawai Jurutera Mara negeri, Mohd Haizullah Ibrahim, berkata tanah cerun tersebut yang terletak kurang lima meter dari bangunan kediaman kakitangan kolej sudah bergerak sehingga menyebabkan tembok penahan retak dan longkang pecah. "Kita memang sentiasa melakukan pemantauan ke kawasan ini dan hujan yang agak lebat kebelakangan ini, kita mengesan ada pergerakan tanah pada 3 November lalu. "Keadaan ini bukan hanya menyebabkan tembok penahan retak, malah bangunan kediaman kakitangan juga retak selain jalan berhampiran menjadi tidak rata," katanya kepada pemberita semasa lawatan Anggota Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek ke kawasan itu, hari ini. Mohd Haizullah berkata, pihaknya sudah melakukan kajian ke atas tanah cerun tersebut di mana ia mempunyai keluasan lebih 7.5 hektar dan ketinggian antara 50 hingga 60 meter. "Kecerunan tanah pula adalah antara 32 hingga 42 darjah dan tanah cerun ini adalah jenis tanah kaolin atau tanah liat putih di mana ia menyerap air dan disimpan di dalamnya," katanya. Katanya, walaupun pada masa ini pihak kolej sedang melakukan kerja pencegahan termasuk membaik pulih tembok penahan, namun hujan lebat yang membawa kepada pergerakan tanah boleh menyebabkan ia runtuh tanpa diduga. Katanya, Institut Kerja Raya Malaysia juga akan melakukan kajian ke atas kawasan itu hari ini dan KKTM juga akan mendapatkan pandangan Jabatan Kerja Raya mengenai situasi itu. Mengulas mengenai perkara itu, Hasan berkata selepas mengetahui ancaman tersebut, pihak kolej mengambil langkah dengan mengarahkan semua kakitangan untuk mengosongkan kediaman mereka pada 4 November lalu. "Saya difahamkan bangunan ini didiami oleh 11 keluarga kakitangan kolej dan mereka sudah mengosongkan kediaman, kerana kita tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas mereka," katanya. KKTM Rembau mula beroperasi pada 2008 yang menempatkan 89 kakitangan dan 360 pelajar yang mengikuti lima program diploma. - BERNAMA http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KKTMRembauberdepanrisikotanahruntuh/Article |
Jambori Amal N9 16 ke 18 Dis 2011 Port Dickson Posted: 10 Nov 2011 08:33 PM PST JAMBORI AMAL 2011 Tarikh : 16 - 18 Dis 2011 (Jumaat - Ahad) Tempat : Telok Kemang, Port Dickson Anjuran : Unit Amal N.Sembilan Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 , Pengarah Jabatan Amal N.Sembilan Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini boleh disalurkan melalui Pengarah Jabatan Amal N.Sembilan melalui akaun CIMB 05020693061526. Maklumat lanjut mengenai Unit Amal N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan