Anwar Ibrahim |
- Drop New Politically Motivated Investigation Against Anwar Ibrahim
- Tarikh PRU13 Dan Projek Lembu 1Malaysia
- PM Najib Misled The Citizens Since Day One
- 1,400% Hike in Postal Voters Shocks Nurul Izzah
- Sidang Media: Intimidasi Siasatan Polis Terbaru Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim
Drop New Politically Motivated Investigation Against Anwar Ibrahim Posted: 11 Nov 2011 01:21 AM PST We are disturbed and appalled that the police have commenced a new criminal investigation against opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim. The federal opposition leader has been ordered to report for police interrogation at the Kepong police station for an investigation under s.182 of the Penal Code. This is a new and desperate attempt to prosecute and imprison Anwar Ibrahim, halt the movement for national political and economic reform and prevent Pakatan Rakyat from winning federal power in the coming general elections. Instead of engaging in legitimate political debate and discourse with the opposition, UMNO/BN is once again unlawfully using the police to fabricate criminal charges against Anwar Ibrahim. In previous unsuccesful attempts to silence Anwar Ibrahim in 1998 and 2008, UMNO/BN had also fabricated baseless criminal charges against Anwar Ibrahim with the complicity of the top police leadership and the Attorney General’s chambers. In this regard, we have no confidence that Attorney General Gani Patail will exercise his powers fairly and impartially; serious allegations of fabrication of evidence by the AG against Anwar Ibrahim in 1998 made by former top cop Datuk Mat Zain Ibrahim remain unanswered. This political persecution of the national opposition leader by the corrupt use of law enforcement agencies is doing immense damage to Malaysia’s international reputation; UMNO/BN is bringing our country down to the level of Assad’s Syria or Egypt under Mubarak. We call upon the BN government, the Inspector General of Police and the Attorney General to immediately drop this latest politically-motivated investigation and cease all police and prosecutorial harassment and intimidation of the the opposition leader. Issued by,
SIVARASA RASIAH |
Tarikh PRU13 Dan Projek Lembu 1Malaysia Posted: 10 Nov 2011 11:29 PM PST Harakah Mana-mana Perdana Menteri tentu tidak gemar jika telahannya mudah dibaca umum. Bagaimanapun, pastinya mereka tidak akan mengubah tarikh yang dipilih secara cermat itu hanya kerana ia sudah dijangka. Apatah lagi PRU13 adalah mengenai persoalan hidup dan mati Umno-BN. Mandat BN akan tamat pertengahan tahun 2013. Saya tidak melihat episod Najib dan isterinya, Datin Seri Rosman Mansur ke Makkah mampu meraih lebih sokongan mahupun simpati pengundi, malah ia boleh bertukar menjadi sebaliknya jika publisiti media nampak “keterlaluan” dan kelihatan sarat dengan “motif politik”. Bukankah isu gambar pengawal-pengawal Najib yang ramai semasa di Masjidil Haram, pakaian Rosmah yang tidak sempurna menutup aurat, dan terbaru, kenyataan PM bahawa urusan hajinya selesai awal, turut mengundang kontroversi, terutama di laman-laman sosial internet, serta mendapat ‘teguran’ Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya? Walaupun tarikh 11.11.11 nampak menarik untuk tarikh pembubaran Parlimen, namun bagi saya, tiada alasan untuk Najib tergesa-gesa memilihnya sebaik tiba dari Tanah Suci. Jika ia dicadangkan juga oleh para penasihatnya yang ramai itu, mungkin istilah lebih tepat buat mereka adalah “punahsihat” … Lagi pun, masakan PRU13 bakal berlangsung semasa masih ada jemaah haji yang belum pulang ke tanahair? Negara juga bakal menghadapi musim banjir tidak lama lagi. Lebih penting daripada itu, Bajet 2012 yang menjanjikan begitu banyak peruntukan ‘one-off’ berbentuk wang tunai belum dapat dilaksanakan lagi. Paling awal dapat diagihkan pada Disember ini dan memakan masa sehingga melewati tahun baru. Begitu juga dengan jaminan transformasi politik Najib seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang hanya dapat direalisasikan sekitar sekitar Mac tahun depan. Pemansuhan ISA adalah peristiwa besar yang tidak akan disia-siakan Najib; mengadakan PRU13 sebelum janji itu dikota akan membawa padah lebih besar dan mengukuhkan lagi persepsi ramai bahawa BN-Najib tidak boleh dipercayai. Ya, lebih baik tiada jaminan pemansuhan dibuat pada malam Hari Malaysia yang lalu jika beliau mahu mengadakan pilihan raya cepat. Saya kira imej Najib juga tercalar teruk jika PRU13 diadakan sebelum cadangan pembaharuan sistem pilihan raya oleh jawatankuasa terpilih khas Parlimen (PSC), yang dipengerusikan Dato’ Seri Maximus Ongkili, dilaksanakan. Pada 22 September lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PSC itu diberikan tempoh enam bulan untuk menyiapkan cadangan mereka. Meskipun tiada sekatan untuk Najib mencadangkan tarikh pembubaran Parlimen lebih awal, tetapi beliau sudah tentu tidak boleh meremehkan sensitiviti majoriti rakyat terhadap kepincangan proses demokrasi negara kita, sepertimana digambarkan melalui perhimpunan raksasa Bersih 2.0, 9 Julai lalu. Menarik komentar Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man: “PM yang baru balik haji dengan semangat melontar jumrah, sehebat melontar sifat mazmumah dalam diri, sudah pasti akan membawa pelbagai perubahan sama ada dalaman dan luaran, kerana ia antara tanda-tanda haji mabrur. “Lebih besar dari itu, rakyat yakin PM yang dapat haji mabrur akan hanya mengadakan pilihan raya setelah segala penyelewengan sistem pilihan raya dapat diperbaiki. Mana mungkin mereka yang dapat haji mabrur sanggup mengadakan pilihan raya dengan penipuan, ketidakadilan dan daftar pemilih yang tidak bersih?” Selain itu, isu-isu sensasi terkini, seperti skandal penyelewengan lebih RM250 juta Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) membabitkan suami dan anak-anak Dato' Seri Shahrizat Jalil, menteri kabinet yang juga Ketua Wanita Umno, dipercayai mampu memberikan tekanan besar kepada BN-Najib. Persepsi masyarakat bukan Melayu terutama pengundi Tionghua memang lebih terkesan dengan isu-isu seperti rasuah, kronisme, salahguna kuasa, skandal kewangan dan Laporan Ketua Audit, tetapi saya yakin kesedaran berpolitik orang Melayu juga semakin matang dan mereka turut prihatin dengan persoalan integriti dan akauntabliti. Sementara orang Cina kian menjauhi BN dan dan melihat gabungan parti itu langsung tidak boleh dipercayai untuk memegang amanah pemerintahan, pengundi Melayu pula bakal menjadi penentu siapa peneraju Putrajaya. Dan saya jangka, isu NFC bakal mengocak keyakinan Umno-BN terhadap orang Melayu. Jawapan Najib dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Noh Omar terhadap isu yang yang dibangkitkan Pengarah Strategik KeADILan, Rafizi Ramli jelas mahu memperbodohkan rakyat. Shahrizat pula sehingga kini gagal menjawab bagaimana suami dan anak-anaknya, yang tiada pengalaman dalam bidang ternakan boleh diberi kepercayaan dan modal (pinjaman RM250 juta, geran RM6.1 juta dan 5,000 ekar tanah) sebegitu besar. Rafizi mengemukakan bukti bahawa keseluruhan RM250 juta telah disalurkan kepada akaun NFC menjelang menjelang 31 Mac 2009. Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang pinjaman ini, RM116 juta, ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad. Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009. “Keuntungan faedah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC sebuah syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu,” kata Rafizi. Tidak terhenti setakat itu, beliau turut mendedahkan: * Analisis rekod kewangan NFC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan operasi ternakan lembu rugi besar dan tidak mungkin berupaya membayar kembali pinjaman RM250 juta. * Bagi tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih seekor lembu di NFC berjumlah RM4,481 seekor. * Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC rugi RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009). * Kos operasi tinggi bermakna besar kemungkinan NFC akan terus rugi bagi tahun-tahun mendatang, apatah lagi sasaran ternakan dan sembelihan tersasar jauh. * Kerajaan Pusat tiada pilihan kecuali melupuskan pinjaman RM250 juta seperti mana amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja. * Rekod kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan RM827,579 digunakan untuk pelbagai lawatan luar negara dan keraian oleh pengarah NFC yang terdiri dari suami dan anak-anak Shahrizat. * Kalau pun NFC perlu membuat lawatan ke luar negara untuk meninjau lembu dan mengikat perjanjian komersil, jumlah itu terlalu tinggi dan bersamaan RM511 setiap seekor lembu yang disembelih pada 2009 oleh NFC. * Hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan keluarga Shahrizat. * Kos operasi di NFC 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos Jabatan Perkhidmatan Veterinar semasa kertas konsep projek fidlot dibuat. Sebelum ini, Rafizi mendedahkan walaupun sasaran permintaan yang ditetapkan adalah 40 peratus tetapi NFC hanya mencapai 0.6%. Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran adalah 1,500 ekar sehari tetapi realitinya kini sekadar 20 ekor. Beliau juga mempersoalkan: “Berapakah hasil dari kayu kayan yang ditebang untuk membuka ladang sedia ada di atas tanah seluas beribu ekar dan siapakah yang mendapat keuntungan dari urusniaga kayu kayan tersebut?” Persoalannya, mampukah isu-isu yang real ini menangkap imiginasi pengundi, khususnya orang Melayu, berbanding isu-isu rekaan berkaitan kepentingan Melayu, yang dicipta Umno, melalui penonjolan Utusan Malaysia dengan jurucakapnya, Perkasa dan beberapa individu seperti Zulkifli Nordin dan Ezam Mohd Noor? Saya bimbang jika isu jadi-jadian, atau seperti rakan saya, Zulkifli Yahaya, sifatkan sebagai “pelbagai cerita hantu atau kisah seram ciptaan BN untuk takutkan pengundi Melayu”, dapat mempengaruhi khalayak … |
PM Najib Misled The Citizens Since Day One Posted: 10 Nov 2011 08:05 PM PST 1.?"PM and agro minister lied on NFC"."PM lied about NFC loan".That was the headlines in Malaysiakini and Malaysianinsider respectively on 8.11.2011.But to many people,these headlines did not cause any ripple nor hearing something strange which they never heard before. |
1,400% Hike in Postal Voters Shocks Nurul Izzah Posted: 10 Nov 2011 06:49 PM PST Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar today raised concern over a massive spike in the number of postal voters in her constituency, as the most recent electoral roll, released on Nov 2, shows. Speaking at the Parliament lobby today, Nurul Izzah said the number of postal voters spiked by 1,363 percent in two months – from a mere 149 on Sept 26 this year to 2,180 on Nov 2. Worse still, she said, checks with the Election Commission revealed that 457 of these postal voters are from the Kampung Bohol in Bukit Jalil, which is outside the Lembah Pantai constituency. “There are 2,180 police personnel who are postal voters, and this does not include their wives. The winning majority for PKR in Lembah Pantai in the previous general election was 2,895 votes.” Nurul Izzah said that this finding had been confirmed by the EC, and was among thousands of other “doubtful” voters found in the electoral roll for Lembah Pantai. A report has been lodged with the commission, with a copy forwarded to the parliamentary select committee on electoral reform. Of the new postal voters who are police personnel, the MP also raised suspicion over 15 new postal voters registered to the Bangsar police station. "Those who go there will know that it is just a small room, which is a tight squeeze even for two people," she said. Nurul Izzah said other "irregularities" include some 3,384 voters whose addresses are not listed in the roll, while 200 voters are registered under a single address in Bukit Kerinchi. 3,300 voters in demolished village She also pointed out that 3,300 voters are registered to Kampung Haji Abdullah Hukum, although the village has been demolished and residents moved to make way for the KL Eco City development. "Surprisingly. there was an increase of voters from 3,204 to 3,300, a hike of 96 names when Kampung Haji Abdullah Hukum no longer exists in the Lembah Pantai map," she said. The EC last month admitted that a whopping 40,000 names on the electoral roll are "doubtful" and that it will publicly display these names so those listed can come forward to help clean up the roll. |
Sidang Media: Intimidasi Siasatan Polis Terbaru Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim Posted: 10 Nov 2011 11:13 AM PST Satu Sidang Media tentang Intimidasi Siasatan Polis Terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Sivarasa Rasiah dan N. Surendran. Tarikh: 11 November 2011 |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan