. |
11-11-11 SEBELAS SEBELAS SEBELAS sangat istimewa buat UYE, ngapa? Posted: 10 Nov 2011 07:11 PM PST Assalamu'alaikum warahmatuLLAH. Segala pujian, sanjungan dan kekuasaan hanya tertentu buat ALLAH yang mencipta seluruh alam ini termasuk diri kita manusia. Angka 11(sebelas) tidaklah memberi apa-apa kesan buruk atau baik dalam kehidupan seseorang. Segala-galanya di tangan ALLAH penguasa alam ini. Percaya kepada nombor dan hari untuk mendatangkan tuah dan celaka adalah merosakkan aqidah kepercayaan tauhid. Namun begitu 11(sebelas) sangat istimewa dan bermakna bagi saya, UYE(Ustaz Yusof Embong). Antaranya ialah seperti berikut: 1. Nama diberi YUSOF. Nama salah seorang Nabi yang paling comel di dunia iaitu Nabi Yusuf 'alaihissalam. Sebelas bintang yang dimimpikan oleh Nabi Yusuf. ﴿إِذْ قَالَ يُوسُفُ لاًّبِيهِ يأَبتِ إِنِّى رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِى سَاجِدِينَ ﴾ (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat SEBELAS 11 bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Surah Yusuf= ayat 4. 2. Negeri kelahiran UYE adalah Terengganu. Kod Terengganu dalam Kad Pengenalan ialah SEBELAS 11. 3. Uye dikurniakan SEBELAS 11 orang cahaya mata, lima lelaki dan enam perempuan. 4. Rumah yang saya diami sekarang adalah rumah yang ke SEBELAS 11. Sebelum ini UYE tinggal di rumah sewa sahaja. 5. Uye mulai bertanding dalam pilihanraya umum ialah dalam PRU yang ke SEBELAS 11. 6. Takdir ALLAH pula saya menjadi YDP Pas Kawasan Paya Besar adalah pas kawasan yang ke SEBELAS 11. 7. Uye juga akan menerima duit pencen bersara awal pada bulan SEBELAS 11 pada tahun dua ribu SEBELAS 11. Dan lain-lain SEBELAS 11 yang boleh anda fikirkan. Sekian, terima kasih. |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (uye) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan