Direct Free Kick |
Tarbiyyah Haraki di Taman Melor bersama Ustaz Dzia Ul Haq pada 10/11/2011. Posted: 11 Nov 2011 06:37 AM PST |
KENYATAAN AKHBAR PELANCARAN KEMPEN ANTI VANDALISME Posted: 10 Nov 2011 11:57 PM PST Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan berkonsepkan perkongsian kos atau CERIA yang melibatkan pangsapuri kos rendah yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pemilik-pemilik pangsapuri. Walau bagaimanapun skim CERIA akan menjadi sia-sia sekiranya kemudahan-kemudahan yang dibaikpulih tidak diselenggarakan dengan baik malah dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, Pejabat Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan dengan kerjasama Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor akan melancarkan Kempen Anti Vandalisme di kawasan pangsapuri bertingkat sebagai kesinambungan kepada skim CERIA yang sedang berjalan. Kempen ini juga akan melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk turut sama-sama turun padang. Kempen ini akan dilancarkan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim sepertimana ketetapan berikut, Tarikh - 13 November 2011 (Ahad) Masa - 8.00 pagi hingga 1.30 petang Tempat - Blok F5-F8, Flat Taman Puchong Permai, Jalan Permai 2/14, Taman Puchong Permai, 47150 Petaling Jaya. Kempen ini akan berjalan secara berterusan dan akan dinilai tahap keberkesanannya setiap 3 bulan. Di antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sebagai sebahagian dari kempen ini adalah : 1. Pengedaran risalah 2. Senam Sihat Selangor 3. Taklimat Keselamatan Dan Ceramah Motivasi 4. Demonstrasi Kebakaran Dan Penyelamatan 5. Mewujudkan kumpulan teras di pangsapuri-pangsapuri yang akan membantu membanteras vandalisme Kerajaan Negeri berharap program ini akan dapat mewujudkan sikap kebertanggungjawaban terhadap hartabenda awam dan infrastuktur yang telah disediakan demi kesejahteraan bersama. Ianya diharap juga akan dapat mewujudkan "zero tolerance" terhadap tabiat anti-sosial seperti vandalisme ini. Wartawan Dan Jurufoto Dijemput Hadir Membuat Liputan Iskandar bin Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor 11 November 2011 |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan