Jumaat, 5 Ogos 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Sebanyak RM58,600 Diagihkan Pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan Al Mubarak di Teluk Menegon

Posted: 04 Aug 2011 09:00 PM PDT

Pada 30 Julai yang lepas, bertempat di Teluk Menegon, sebanyak RM58,600 sumbangan telah diagihkan kepada surau, masjid, Sekolah Agama Rakyat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Persatuan Penduduk dalam kawasan DUN Sri Andalas.

Sumbangan telah diserahkan kepada para penerima oleh YB Dr Xavier Jayakumar yang merupakan ADUN Sri Andalas.

Majlis dihadiri oleh Puan Sheila Devaraj, wakil PEKAWANIS, Encik Azmi Bin Jusoh, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang, Ketua-ketua Kampung, para pemimpin setempat serta wakil-wakil penerima masing-masing.

Sumbangan sebanyak RM58,600 tersebut adalah hasil sumbangan daripada Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM38,200, ADUN Sri Andalas sebanyak RM17,400 dan PEKAWANIS (Persatuan Isteri ADUN dan Ahli Parlimen) sebanyak RM3,000.

Selain daripada sumbangan tunai, setiap masjid dan surau juga diberikan sumbangan Al Quran dan Kurma sebanyak 2 kotak.

Berikut adalah agihan sumbangan secara terperinci kepada penerima masing-masing:


Dan berikut adalah foto pada majlis tersebut:










Selangor Regrets Raid, Ask JAIS for a Report

Posted: 04 Aug 2011 03:00 AM PDT

PRESS STATEMENT
AUGUST  4, 2011
SELANGOR REGRETS RAID, ASK JAIS FOR A REPORT


The State Government views seriously the incident where the police and JAIS raided a multi-racial dinner at the Damansara Utama Methodist Church in Petaling Jaya last night.

Menteri Besar Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim has called Senior Pastor Daniel Ho to personally express his regrets regarding the incident.

"I told him that the state has instructed JAIS to provide a full report detailing the incident, including their justifications for their actions that night. I hope to meet the pastor again once the report is completed," said the Menteri Besar.

The Menteri Besar assures the people of Selangor that the state government fully respects freedom of religion and the rights of religious groups to manage their affairs.

He also repeated that the state is always open to engagement and dialogue regarding the harmonious and mutually respectful coexistence of different religious communities, and appreciates the efforts of all who seek to build a more united society.

PRESS SECRETARIAT
OFFICE OF SELANGOR MENTERI BESAR

Selangor Sedia Geran Untuk Pilihan Raya Adil, Bersih

Posted: 04 Aug 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 4 OGOS : Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)  bersetuju menubuhkan satu geran untuk membiayai usaha-usaha memfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  terhadap senarai daftar pengundi  baharu yang meragukan.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , Kerajaan Negeri  memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu.

"Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf permaustatin tetap dan disenarai sebagai pengundi  amat merungsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera.

"Kerajaan Selangor berpandangan bahawa rakyat mempunyai hak untuk  menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka jalan kepada satu pilihan raya yang bersih dan adil,"kata Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat exco semalam.

Tambah beliau, geran ini terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.  Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan,  bantahan ini hanya melibatkan kawasan di Selangor sahaja.

"Pilihan raya bersih dan adil adalah tiang utama kepada demokrasi tulen. Pilihan raya bukan sahaja perlu bersih dan adil tetapi juga perlu kelihatan bersih dan adil di mata semua.

"Setiap usaha mesti diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya dijaga dan pilihan sebenar rakyat dihormati," katanya.


Sumber: Selangorkini

Exco Selangor : Bekalan Air Cukup

Posted: 03 Aug 2011 01:30 AM PDT

SHAH ALAM 3 OGOS :  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor berkata bekalan air mencukupi sehingga 2019 untuk pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur dan menolak kenyataan yang mengatakan akan berlaku krisis air sebagai mengelirukan dan tidak tepat.

Menurut Elizabeth kenyataan ini terlalu bergantung kepada Kajian Sumber Air Nasional (NWRS) yang dilakukan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 2000.

"Perlu diingat bahawa anggaran NWRS per kapita keperluan air tidak didasarkan pada Design Guidelines for Water Supply Systems  yang dihasilkan Persatuan Air Malaysia seperti kita fahami.

Sebaliknya, mereka menggunakan "Pendekatan Keperluan Air" yang didasarkan pada unjuran pertumbuhan KDNK nasional yang berubah mengikut pasaran ekonomi global yang tidak stabil sejak krisis ekonomi dunia yang turut menjejaskan ekonomi Malaysia," katanya.

Elizabeth menjelaskan fakta penting yang perlu diberi perhatian ialah  anggaran NWRS untuk Selangor dan Kuala Lumpur antara  500-1,224 liter per kapitan sehari pada 2010, berbanding dengan penggunaan air per kapita sehari dilaporkan untuk bandar-bandar utama dunia seperti Singapura 328 liter, Sydney 214 liter, dan New York 420 liter.

"Kapasiti loji rawatan air sedia ada sepatutnya cukup untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat.  Tambahan, kerja-kerja naik taraf loji ini sudah dilakukan dan dijangka selesai tidak lama lagi.

Jika pun ada krisis, masalah yang perlu di beri perhatian adalah Non-Revenue Water dimana di Selangor ianya sangat tinggi pada tahap 30%. Syabas sehingga kini belum lagi menurunkan tahap NRW ke tahap yang boleh diterima," katanya.

Tambah Elizabeth, Selangor juga mahu mempromosikan pemuliharaan air dan menggalakkan penggunaan yang bijaksana, kitar semula air, pengumpulan dan pemeprosesan air hujan, menurunkan kadar NRW dan meneroka sumber air alternatif.

Kerajaan Selangor tetap berpendirian bahawa isu air boleh diselesaikan jika semua pihak memberi tekanan kepada kerajaan Pusat untuk menyelesaikan proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air.Jika isu ini tidak diselesaikan terlebih dahulu, pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat tidak dapat dilaksanakan.

"Dua bulan lalu, Kerajaan Negeri telah bertemu dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui. Formula untuk selesaikan penstrukturan semula industri air adalah jelas dan kita berharap Menteri tidak melenggahkan masa atau menunda isu ini," katanya.


Sumber: SelangorKini

Persekutuan Perlu Contohi Kerajaan PR Berbelanja

Posted: 03 Aug 2011 01:15 AM PDT

SHAH ALAM 3 OGOS: Pakatan Rakyat mencadangkan agar kerajaan persekutuan mencontohi pendekatan ekonomi yang dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang sekiranya berhasrat mengurangkan defisit belanjawan negara.

Mengambil contoh negeri Selangor, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, negeri itu tidak mencatatkan sebarang defisit berikutan jumlah hutang yang berjaya dikurangkan selain membelanjakan keuntungan yang diperoleh daripada syarikat-syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid yang ditemui pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam menyifatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak telah mula mencontohi corak perbelanjaan yang digunapakai negeri Selangor.

Namun beliau menasihati agar perbelanjaan diuruskan dengan cara lebih berhemah selain mengurangkan penggunaan wang pembayar cukai.

Beliau mengulangi kejayaan negeri itu memungut semula keuntungan daripada operasi pasir yang mencatatkan keuntungan sehingga RM40 juta setahun.

Manakala 25 peratus hasil tersebut menurut Abdul Khalid  diperuntukkan pada satu program warga emas dengan harapan dapat memberi kelebihan dalam bentuk kewangan kepada golongan itu.

"Saya lihat kerajaan persekutuan telah mula meniru sesuatu perkara yang sama. Tapi saya mahu minta kerajaan pusat jangan gunakan duit daripada pembayar cukai. Cari syarikat-syarikat yang untung dan buat program ini.

"Jadi tidak perlu membebankan lagi sebab belanjawan kerajaan persekutuan sangat tinggi defisitnya," katanya selepas menghadiri rundingan ekonomi Buku Jingga bersama Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.

Abdul Khalid yang juga ADUN Ijok mengungkap kejayaan negeri mencatat lebihan RM200 juta setahun berdasarkan tata kelola yang baik selain menguruskan perbelanjaan mengikut keperluan.

Ini termasuk dana-dana yang dikutip daripada hutang tidak berbayar pemerintahan Umno-Barisan Nasional (B) terdahulu untuk disalurkan kepada skim-skim yang diperkenalkan.

Katanya perkara tersebut secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat merasai sebahagian daripada keuntungan hasil negeri dalam bentuk fizikal.

Kerajaan Najib sebelum ini mensasarkan hasrat mengurankan defisit belanjawan negara kepada 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2015.

Namun kontradik dengan hasrat itu Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dalam kenyataannya sebelum ini membayangkan rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih daripada harga kos setiap jenis makanan jika dibandingkan dengan tahun 2005 pada akhir tahun ini.

Unjuran tersebut dicongak berdasarkan lonjakan kadar harga makanan bagi empat bulan pertama tahun 2011 iaitu 4.9 peratus.

Sedangkan menurut beliau purata kenaikan upah negara hanya mencecah 2.6 peratus dari tahun 2001 hingga 2010.

Buat julung kalinya Pakatan Rakyat akan membentangkan cadangan Belanjawan 2012 pada Oktober nanti untuk memberi ruang kepada rakyat membandingkannya dengan pendekatan kerajaan Najib Razak.


Sumber: SelangorKini

PAS: 1,100 PR Dalam Daftar Pengundi Selangor

Posted: 03 Aug 2011 01:00 AM PDT

PAS mendakwa telah mengesan lebih 1,000 penduduk tetap (PR) di Selangor, yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi, dan ini, menurut parti itu, mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada setakat 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara.

Selepas mengenalpasti kehadiran orang asing dalam senarai pemilih yang yang pengundi di Selangor, badan pemantau pilihan raya Pemuda PAS negeri itu, menggesa ahli di negeri-negeri lain supaya meneliti daftar tambahan pengundi yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu (EC) di kawasan masing-masing.

"Di Selangor ada lebih kurang 1,100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa," kata pengarah jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzah.



Semalam, PAS Wilayah Persekutuan mendakwa telah mengesan 52 kes penduduk tetap disenarai sebagai pengundi apabila mengemukakan bantahan kepada SPR Wilayah Persekutuan.

Sama seperti Malaysiakini yang mengesan seorang penduduk tetap bernama 'Mismah', setiausaha PAS kawasan Titiwangsa, Hedzer Ibrahim berkata pada jam 3 petang, 52 penduduk tetap tersebut telah dikategorikan sebagai warganegara Malaysia.


Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan:

Nuffnang