Jumaat, 5 Ogos 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG di PEMILIHAN KETUA KAMPUNG PERTAMA Pulau Ketam

Posted: 05 Aug 2011 09:27 AM PDT

Di antara cabaran ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali ialah mempunyai kawasan yang agak terpencil berupa pulau yang memerlukan pengangkutan air.Sudah tentulah belanjanya lebih berbanding dengan 55 DUN lain di seluruh Selangor.Ia juga memerlukan masa yang berlipat kali ganda dan lebih sukar untuk penyokong dan ahli PAS melawat dan menyantuni penduduknya.
Inilah yang di antara sebab ADUN Selat Klang melantik seorang ahli KELAB PENYOKONG PAS sebagai ketua kampung.Banyak masalah tentang komunikasi dan urusan dengan jabatan dan agensi kerajaan seperti pejabat daerah Klang, PDRM, Jabatan Kebajikan dan TNB,Syabas boleh diselesaikannya dengan baik.Namun ada pihak yang beririhati dengannya dan menimbul kebolehannya mewakili kampung baru itu.
Maka pemilihan ketua kampung baru yang pertama di Selangor di adakan pada 31.7.11 yang lepas.apaemilihan cara profesional dan 'gentleman' itu membukti beliau dipilih oleh orang kampung yang kebanyakannya adalah nelayan sebagai Ketua Kampung Pulau Ketam.Alhamdulillah atas kegigihannya serta sahabat dan sokongan keluarganya yang padu beliau menang pemilihan tersebut mengalah lawannya daripada PKR.
MAFREL turut memantau dan memuji metodologi yang dipakai termasuk menggunakan dakwat kekal yang murah dan mudah serta berkesan.
Tahniah En CHA KENG LEE.Kesabaran dan ketekunana anda berbaloi!
Syabas dan tahniah kepada Pejabat tanah Klang yang bekerja secara profesional.

Tiada ulasan:

Nuffnang