Jumaat, 5 Ogos 2011

PARLIMEN BUKIT GANTANG

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Buku Konsep Negara Berkebajikan PAS dilancar hari ini

Posted: 04 Aug 2011 07:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Susulan tema ucapan dasar Presiden PAS pada muktamar awal bulan lalu, Buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dilancarkan di Kota Baru hari ini.

Ia dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Buku itu dikeluarkan, dilihat bagi menjawab kritikan pemimpin-pemimpin Umno sejak Hadi menghuraikan perkara itu dalam ucapannya.

PAS juga menggunakan tema itu dalam manifesto mereka pada pilihan raya umm ke-12 pada 2008.

Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail berkata majlis pelancaran berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad pagi ini.

Laporan Harakahdaily menyebut, buku karangan Hadi itu mengandungi konsep negara berkebajikan berdasarkan panduan Al-Quran dan sirah Nabi saw.

Selain itu ia turut menjelaskan ciri-ciri Negara Berkebajikan dan perbezaan antara Negara Berkebajikan dan Negara Kebajikan.

"Dalam buku itu turut dijelaskan tentang kaitan Negara Berkebajikan dengan Buku Jingga dan manifesto PAS tahun 2008," katanya.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan, menurut beliau, berlawanan dengan Negara Kebajikan iaitu negara keangkuhan sebagaimana diamallkan di negara ini.

"Selain itu, dalam buku itu juga terdapat pelbagai aspek lain lagi yang turut digarap oleh Presiden PAS yang amat perlu dibaca oleh setiap rakyat negara ini," jelasnya.

Tiada ulasan:

Nuffnang