Jumaat, 5 Ogos 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 05 Aug 2011 01:30 AM PDT

Isu Jais: Satu pandangan bersangka baik

Tuan Ibrahim Tuan Man | Aug 05, 2011 03:25:30 pm

Dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam, diharapkan cerita di bawah dapat sedikit sebanyak membantu memberikan pandangan "sangka baik" kepada pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini.

Ini adalah cerita sebenar daripada pengalaman saya yang sikit ini.


Semasa saya bekerja di UiTM dahulu, satu hari ketika berjumpa dengan kawan di sebuah restoran Melayu di sekitar kawasan kampus untuk membincangkan sesuatu saya telah memesan jus oren.

Semasa air buah dihidangkan, taukeh yang menyediakan air buah tersebut dalam satu cawan gelas yang ada jenama arak bermula huruf "G".

Saya memintanya dengan baik untuk menukarkan gelas tersebut.

"Bos, Air ini halal, tapi gelasnya …. Akan mengundang syak wasangka dan fitnah daripada pelajar-pelajar saya dan juga kepada kedai," kata saya.

Terdapat dua pengajaran di sebalik peristiwa ini,

Manusia seperti biasa mempunyai sangka buruk - apabila mereka ternampak saya meminum daripada gelas arak, kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Islam yang tidak mengenal arak, akan mempunyai syak wasangka bahawa sememangnya air dalam gelas itu ialah arak walaupun ia warna oren di sebuah restoran Melayu.

Dan taukeh pula akan dilihat sebagai sebagai peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menjual arak.


Pengajaran 1: Janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu.

Adakah saya bersalah sekiranya saya minum dari gelas arak tersebut?

Sudah tentunya ya, kerana saya telah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya walaupun air yang diminum itu halal dari gelas yang bersih.

Saya tidak boleh salahkan orang yang menyangka saya minum arak daripada gelas tersebut, lebih-lebih lagi gelas yang saya pegang itu ialah gelas arak walaupun dalamnya jus buah oren.

Pengajaran 2: Janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah.
Kesimpulannya, manusia digalakkan bersangka baik terhadap sesama sendiri dan juga cuba elakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.

Isu serbuan JAIS menjadi satu polemik besar sehingga beberapa pihak melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan tersebut kerana dua perkara di atas.

Di pihak JAIS, sebagai sebuah badan pengawal agama perlu juga bertindak mengikut lunas paraturan dan prosedur yang ada.

Keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campur tangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan.

Dalam kes tersebut, jika pihak JAIS telah bertindak berdasarkan maklumat yang dia perolehi, maka tindakannya adalah tepat; namun yang mendukacitakan ialah kesahihan maklumat yang diterima JAIS tidak dapat dipastikan.

Sebagai jabatan agama, mereka harus lebih berwaspada sama ada berita atau maklumat yang diterima adalah hanya berpunca daripada sangka buruk akibat iklim politik negara yang semakin buruk sebelum bertindak.

Segalanya mesti dilakukan dengan penuh ketelusan - laporan siapa, dibuat siapa dan atas alasan/bukti apa dakwaan itu perlu disiasat.

Lantaran itu, setiap laporan untuk tindakan mesti mengikut prosedur dan disahkan dahulu maklumat yang diterima - jangan terlalu mudah mempercayai fitnah akibat sangka buruk orang lain tanpa sebarang siasatan.

Dalam melaksanakan peraturan yang ada, kita mesti mengelak sebarang elemen buruk, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan JAIS sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam.

Dan kepada orang-orang Islam yang berada di majlis tersebut, mereka juga kena muhasabah diri sama ada mereka telah secara tidak sengaja menimbulkan sangka buruk dan fitnah terhadap majlis makan malam dan gereja tersebut seperti cerita saya di atas.

Diharapkan JAIS dapat tampil ke depan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan hasil siasatan untuk mengelakkan fitnah terhadap gereja, kerajaan Selangor, nama baik Islam dan JAIS sendiri berkeliaran di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mohon maaflah sekiranya tersilap.

Sememangnya Islam melarang kita melakukan fitnah terhadap sesuatu perkara, tetapi di waktu yang sama jangan kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang fitnah.

*Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Posted: 05 Aug 2011 12:49 AM PDT

Saiz Teks: A A A

Jasa turut dikaitkan dengan projek IC selain SPR, JPN

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan adalah antara agensi kerajaan yang terlibat menjayakan projek IC untuk memenangkan Barisan Nasional setiap kali pilihan raya.

"Manipulasi (pilihan raya) ini melibatkan Umno-Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara, termasuk Jasa," kata Ketua Penerangan Selangor, Shuhaimi Shafiei.

"Jasa diwujudkan untuk tujuan memberi penerangan polisi kerajaan, tetapi kini ia lebih kepada alat politik untuk mendaftarkan pengundi dan mendaftar pemilih dan keanggotaan Umno. Kita merasa dukacita apabila wang rakyat digunakankan untuk tujuan ini," katanya.

Menurut Shuhaimi, isu individu bertaraf penduduk tetap dimasukkan ke dalam senarai pemilih sudah lama dikesan seperti di kawasan parlimen Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Langat di Selangor.

"Sebagai contoh di kawasan saya di parlimen Kota Raja sehingga suku kedua 2011 kami mendapati lebih 100 nama individu yang bertaraf pemastautin tetap berada dalam senarai pemilih. Saya berani katakan kerana ada bukti," kata Shuhaimi yang juga Adun Seri Muda.

Malah Shuhaimi berkata, beliau turut mendapat maklumat bahawa terdapat pekerja warga asing yang lebih mahir dengan cara untuk memperolehi kad pengenalan Malaysia atau mendapat status penduduk tetap.

"Saya tak terkejut dengan perkembangan ini. Ia memperlihatkan betapa cemas, terdesak, panik dan gusarnya Umno-BN. Mereka tiada pilihan selain terpaksa terus menipu," kata beliau.

Justeru katanya, KEADILAN terutamanya di Selangor akan meneruskan semakan daftar pemilih dan membuat bantahan terhadap percubaan mendaftarkan individu yang tidak sah sebagai pengundi.

Shuhaimi, baru-baru ini mendedahkan sekurang-kurangnya 169 pemegang status Pemastatutin tetap (PR) dikesan didaftarkan sebagai pengundi di Hulu Langat, Selangor sahaja.

Ia susulan pendedahan mengenai isu 'Mismah', seorang PR yang dikesan dalam talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapat status pengundi baru dalam laman web SPR.

Shuhaimi menjangkakan, 'kaedah Jus Soli' itu akan terus meningkat kepada jumlah yang lebih besar, terutama di beberapa kawasan BN yang mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum 2008.


Keadilandaily

Posted: 05 Aug 2011 12:24 AM PDT

JABATAN KERJA RAYA ( JKR ) DAERAH KLANG TERLELAP DAN TIDAK PERIHATIN

JALAN KEBUN - ENTAH DIMANA LETAKNYA RASA PERIHATIN DAN PERTANGGUNJAWABAN JABATAN KERJA RAYA (JKR) DAERAH KLANG KERANA MASIH TIDAK MENGAMBIL PEDULI AKAN PERMASALAH DAN KEROSAKAN PEMUKAAN JALAN UTAMA YANG MENGHUBUNGKAN ANTARA KAMPUNG JALAN KEBUN KE BUKIT KEMANDUL DAN KAMPUNG KEBUN BARU SEPERTI BOM JANGKA YANG AKAN MELETUP PADA BILA - BILA MASA.KERANA KERJA - KERJA PENAMBAKKAN TANAH OLEH PEMAJU YANG TIDAK MEMENTINGKAN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA SERTA PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK YANG MENGHUNI DISEPANJANG JALAN TERSEBUT.

PIHAK JKR DAERAH KLANG SEPERTI TIDAK PERNAH MENINJAU ATAU BAHASA YANG AGAK KASAR KAKITANGAN JKR SEPERTI HANYA MAKAN GAJI BUTA KERANA MASALAH YANG BERLAKU SEPERTI ITU BAGAI TIDAK LANGSUNG BERLAKU.LALUAN TERSEBUT SEMEMANGNYA BERADA DALAM KEADAAN YANG TIDAK BAIK KERANA SERING KALI ROSAK AKIBAT KESAN DARI KERJA - KERJA PENGELUARAN PASIR DAN KINI BERTAMBAH PARAH BILA LORI - LORI TANAH PULA BERLUMBA - LUMBA MENGGEJAR TRIP DAN YANG AKHIRNYA RAKYAT MENERIMA MUSIBAH NAMUN AKAN TETAPI PEGAWAI JKR DAERAH KLANG SELESA BERADA DIDALAM PEJABAT YANG BERHAWA DINGIN.DI HARAP JURUTERA DAERAH KLANG AGAR BERTINDAK SEGERA MENYELESAIKAN PERMASALAH TERSEBUT SEBELUM ADA PENDUDUK ATAU PENGGUNA YANG AKAN TERKORBAN KETIKA MELALUI JALAN TERSEBUT KERANA YANG PASTI SEUMUR HIDUP NANTI ANDA AKAN DIPERSALAHKAN.





Posted: 04 Aug 2011 11:59 PM PDT

MBSA SEPERTI MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA PENGUSAHA TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH HARAM


JALAN KEBUN - Seperti ada satu jalinan kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) dengan induvidu yang menjalankan operasi pembuangan sampah haram di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Alam.Kenyataan ini seperti ada kebenarannya kerana ketika Anggota Penguatkuasa MBSA serta Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan MBSA hadir ke lokasi pembuangan sampah haram tersebut tiada seorang pun Pegawai yang berani mengambil tindakan kepada pemilik tempat pembuangan sampah haram tersebut malahan pegawai - pegawai MBSA yang sepatutnya menjalankan tugasan pada hari tersebut bersikap lepas tangan.

Pada hari tinjau tersebut hampir 10 buah jentera pengangkut sampah telah memasuki ke dalam kawasan tempat pembuangan sampah tersebut namun yang amat di kesali tiada seorang pegawai MBSA pun yang bewrani atau pun mahu menahan jentera serta pemandu dari terus melakukan kerja - kerja pembuangan sampah di lokasi tersebut.Pegawai MBSA hanya mengarahkan pemilik tempat pembuangan sampah haram tersebut membersihkan kembali tempat tersebut dalam masa dua minggu.Kini sudah menjangkau ke 3 minggu namun tiada tanda - tanda pemilik serta pengusaha tempat pembuangan sampah haram tersebut melakukan kerja - kerja pembersihan.Pejabat Pusat Khidmat Rakyat sekali lagi menerima aduan dari penduduk sekitar berkenaan dengan permasalahan tersebut yang seperti tiada penghujungnya.Diharap Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBSA agar menjalankan tugasan dengan telus dan adil serta tidak mengamalkan sikap pilih kasih agar rakyat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan kerana setiap masa rakyat akan memantau serta memerhatikan tindak tanduk kakitangan MBSA yang sememangnya diragui sekian lama.



Raja-Raja usah dengar cakap Umno saja!

Posted: 04 Aug 2011 07:12 AM PDT

MINGGU ini Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menekankan dalam titahnya betapa perlunya Raja-Raja Melayu mempunyai penasihat yang berani menyatakan kebenaran.

Berucap dalam Wacana Ilmu Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bertema "Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga" di Shah Alam baru-baru ini, Raja Nazri mahu Raja-Raja disembah maklumkan secara berterus terang mengenai cerita sebenar dan sama sekali tidak dipagari oleh mereka yang berkepentingan diri sehingga Raja tergamak diperalatkan.

"Raja wajib memiliki kumpulan penasihat yang jujur lagi ikhlas, kumpulan penasihat yang peka kepada denyut jantung dan denyut nadi warga, kumpulan penasihat yang tegas lagi berani menyatakan yang benar," titah baginda seperti yang dilapor Bernama.

Menurut baginda, Raja sendiri hendaklah bersedia menerima hakikat dan kenyataan, betapa pahit dan berat sekalipun, kerana keadilan tidak mungkin dapat ditegakkan tanpa kebenaran.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Raja tidak dapat berperanan secara bermakna sekiranya Raja sentiasa dilukiskan dengan sebaik-baik gambaran.

"Ia bukan sahaja melukiskan gambaran palsu tetapi telah tidak bersifat adil kepada Raja, menidakkan hak Raja menyempurnakan tanggungjawab secara saksama untuk membolehkan peranan Raja diterima baik oleh warga," titah baginda.

Baginda bertitah adalah benar persaingan politik semakin sengit dan juga benar isu agama dan isu kaum amat sensitif tetapi persaingan politik hanyalah mengambil kesempatan memperjudikan isu agama dan isu kaum serta mengeksploitasi sentimen ketidakpuasan hati rakyat yang lebih rencam.

"Dalam setiap perselisihan dan dalam segala perbalahan tidak mungkin satu pihak betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua tetapi kaedah mencari kemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, elemen adat, elemen moral dan elemen agama," titah Raja Nazrin.

Baginda bimbang jika suhu politik semakin panas, impian untuk membina perpaduan akan menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan.

Raja Nazrin bertitah untuk itu amatlah penting dipastikan Raja kekal dalam disiplin yang berada di atas polemik politik tetapi Raja juga ada amanah, ada tanggungjawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup secara rukun secara damai.

"Tetapi Raja tidak memiliki lampu ajaib yang boleh memupuk perpaduan dalam sekelip mata apatah lagi jika suasana sudah terlalu berkecamuk," titah baginda.

Menurut Raja Nazrin, sebaik peranan kepada Raja adalah untuk memberi nasihat secara tertutup kepada pelbagai instrumen negara mengenai tanggungjawab masing-masing supaya Raja tidak disalahtafsir mencampuri secara langsung urus tadbir negara.

Baginda bertitah bahawa perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang selepas pilihan raya umum ke-12 di mana perlu ada penerimaan kepada realiti dan pemahaman bahawa tuntutan melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam.

"Perpaduan memerlukan kesediaan melakukan pengorbanan, menerima kekalahan dengan reda dan merayakan kemenangan dengan keinsafan," titah baginda.

Raja Nazrin Shah juga bertitah bahawa dalam dinamik politik yang sedang berlaku, adalah bertambah penting Raja selaku tonggak kestabilan dan payung penyatuan rakyat, bersifat berkecuali supaya semasa berlakunya krisis, Raja berupaya memberikan nasihat, teguran dan pandangan yang mencerminkan keadilan tanpa memihak.

Meneliti apa yang ditekankan Raja Nazri, pada hemat saya, saranan baginda harus diimplementasikan dari kalangan golongan istana terlebih dahulu. Ini kerana Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam. Raja-Raja juga harus memerintah yang adil dan bijaksana. Raja-Raja juga harus menjadi contoh dan teladan terbaik untuk diikuti oleh rakyat jelata.

Ada dua elemen penting yang menentukan sama ada saranan Raja Muda Perak diambil kira atau tidak. Pertamanya ialah sikap Raja-Raja Melayu itu sendiri, yang harus kekal berkecuali. Kedua, Raja-Raja tidak seharusnya bergantung bulat-bulat kepada penasihat-penasihat sebelah pihak, khususnya Umno-Barisan Nasional sebagaimana yang dilihat rakyat kebanyakan.

Jika Raja-Raja tidak mempunyai sifat yang selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Raja Nazrin, jangan sesekali dipersalahkan, jika rakyat mempunyai persepsi yang negatif terhadap institusi Diraja. Raja-Raja harus membuka minda untuk mendengar pandangan semua pihak sebelum baginda memutuskan tentang sesuatu perkara.

Yang menjadi punca di sini ialah Umno-BN. Kerakusan mereka di Perak pada Februari 2009 misalnya, menjadi antara punca utama rakyat semakin tidak selesa dengan institusi istana.

Dalam soal masa depan Melayu misalnya, kebimbangan Raja-Raja Melayu adalah amat wajar ditujukan kepada kegagalan Umno selama lebih 60 tahun berkuasa dalam negara, tetapi kedudukan ekonomi bangsa Melayu terhakis, bahasa Melayu semakin terancam dan sebagainya.

Begitu juga dalam soal Perhimpunan Bersih 2.0. Sepatutnya Raja-Raja Melayu tidak boleh campurtangan dan bersikap adil sebagaimana contoh yang ditunjukkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Namun, rakyat boleh melihat dan membaca dengan jelas terdapat kenyataan pihak istana yang menghentam Bersih 2.0 berikutan eksploitasi yang diadu-domba oleh media talibarut Umno-BN.

Oleh kerana itu, jika Raja-Raja Melayu hendak bersikap adil dan dilihat adil serta bijaksana, jika Raja-Raja mahu negara aman dan damai, mereka tidak harus mendengar nasihat Umno-BN secara bulat-bulat dalam isu berkaitan agama, politik, perkauman dan sebagainya.

Raja-Raja harus mendapat pandangan kedua tentang sesuatu isu yang dianggap sensitif terutamanya daripada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat mewakili suara rakyat yang besar. Raja-Raja tidak perlu menunggu memorandum daripada rakyat.

Pada bila-bila Raja-Raja boleh memanggil pemimpin Pakatan Rakyat ke istana. Pakatan Rakyat akan memberikan sepenuh kerjasama kepada institusi Diraja kerana, kami mahu mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dengan aman, tiada kekacauan.

Pakatan Rakyat mahu kerjasama semua pihak termasuk istana, tentera, polis dan jentera kerajaan, bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat dipelihara sebaiknya. Daulat Tuanku!


Written by MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my 



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Posted: 03 Aug 2011 12:50 AM PDT

PR jadi warganegara, Najib dicabar perjelas pada Agong

SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya 169 pemegang status Pemastautin Tetap (PR) yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia, kata Ketua Penerangan Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Shuhaimi menjangkakan, 'kaedah Jus Soli' itu akan terus meningkat kepada jumlah yang lebih besar, terutama di beberapa kawasan BN yang mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum 2008.

Sehubungan itu, beliau mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjelaskan isu itu kepada seluruh rakyat Malaysia dan membawa mengadap ke bawah duli Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

"Kami mendesak Perdana Menteri Najib Razak menjelaskan isu pemberian kerakyatan seterusnya pendaftaran warga asing ini sebagai pemilih sah SPR kepada seluruh rakyat Malaysia, para Sultan dan DYMM Seri Paduka Baginda yang diPertuan Agong dengan kadar segera," kata Shuhaimi dalam kenyataannya hari ini.

Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada negara, beliau juga menganggap ia taktik kotor Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN di Selangor- untuk merampas negeri itu, sehingga sanggup menggadai tanah air kepada warga asing.

"Adakah dengan pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing untuk mengundi ini merupakan langkah terakhir UMNO Selangor merampas Selangor setelah usaha gigih sebelum ini menemui jalan buntu?," soal beliau.

Bagi mengukuhkan bukti itu, Shuhaimi turut melampirkan senarai nombor kad pengenalan pengundi di Parlimen Hulu Langat yang berjaya dikesan mempunyai status PR.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikesan mengubah status Mismah, selepas sistem talian pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berbuat demikian.

Status rekod terbaru menunjukkan permohonnya untuk mendaftar sebagai pengundi dalam laman SPR itu tertera 'Dalam proses pengesahan daftar pemilih'.

Semalam Malaysiakini melaporkan Mismah dikategorikan sebagai PR dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan memegang My PR kad bernombor 640704715238, namun turut mempunyai rekod dalam draf daftar pemilih tambahan SPR.

Namun kira-kira empat jam selepas laporan itu, status Mismah telah ditukar kepada warganegara dalam sistem pengesahan talian JPN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18167

Tiada ulasan:

Nuffnang