Jumaat, 5 Ogos 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick


BERHATI-HATILAH DENGAN KENYATAAN, PAS SELANGOR PERLU ADAKAN PERTEMUAN DENGAN JAIS DAN GEREJA.

Posted: 05 Aug 2011 01:06 AM PDT

Semua pihak hendaklah berhati-hati di dalam membuat ulasan tentang tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas satu majlis di bangunan sebuah gereja di Damansara Utama Rabu lalu.

Oleh itu, saya menyokong kenyataan Menteri Besar Selangor yang mahukan satu laporan lengkap dari pihak JAIS.

Isu ini terlalu sensitif kepada semua pihak maka oleh itu sehingga satu laporan lengkap dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, adalah tidak wajar pihak-pihak yang mendapat maklumat hanya dari laporan media membuat kenyataan-kenyataan yang menuding jari (finger pointing) kepada mana-mana pihak.

Sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor saya akan mengesyorkan PAS Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak JAIS dan pihak gereja untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang peristiwa tersebut.

Berkaitan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor YB Dato' Hasan Ali, setakat ini belum ada lagi apa-apa pertemuan di antara beliau dan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertujuan untuk mendapatkan penjelasan tentang isu ini. Kenyataan beliau yang diulas oleh beberapa pihak hanyalah kenyataan yang dilaporkan oleh media. Oleh itu, satu pertemuan di antara beliau dan pimpinan PAS Selangor akan juga diadakan.

ISKANDAR A. SAMAD
TIMBALAN PESURUHJAYA 1
PAS NEGERI SELANGOR
5 OGOS 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang