takut,fobia gara-gara banyak tengok cerita hantu di TV PUTRAJAYA Posted: 04 Jul 2011 07:35 AM PDT Bersih 2.0: Bila 1 juta pelancong domestik banjiri Kuala Lumpur Ahmad Tajdid | Entahlah... Mengapa agaknya sesetengah pemimpin negara ini begitu kacau bilau pemikirannya apabila mengulas cadangan perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, 9 Julai ini? Bagaimana pula perhimpunan aman tanpa senjata yang dibenarkan Perlembagaan tiba-tiba boleh menjadi ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan negara sedangkan ianya hanya berlangsung selama 2 hingga 3 jam dan diadakan pada cuti hujung minggu pula. Tak semena-mena, hampir seribu laporan polis dibuat NGO dan pertubuhan politik di seluruh negara bagi membantah perhimpunan itu sedangkan yang terjejas dalam kesesakan lalulintas (itupun jika polis enggan memberi kerjasama) hanyalah penduduk ibukota yang kebanyakannya tentu memilih untuk duduk di rumah jika tidak mahu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0. Lucunya antara yang membantah adalah Umno, Perkasa dan beberapa NGO pro-Umno, sedangkan merekalah yang saban minggu menganjurkan 'perhimpunan haram' di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan juga Perak ketika negeri-negeri itu ditadbir Pakatan Rakyat. Ada juga perhimpunan dan perarakan yang membawa pelbagai poster dan sepanduk mengecam kerajaan negeri. Tidak mudah dilupa juga perarakan membawa kepala lembu oleh ahli-ahli Umno Selangor ke Bangunan SUK di Shah Alam. Mutakhir adalah komen dibuat Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (yang kini dikenali sebagai "Menteri Curi-Curi Malaysia" ekoran skandal RM1.8 juta akaun Facebook kementeriannya) tentang perhimpunan BERSIH 2.0. Menurut Ng, perhimpunan 9 Julai ini bakal menyebabkan sektor pelancongan negara kehilangan lebih RM1 bilion. Ini kerana, dakwa beliau BERSIH 2.0 boleh merencatkan kehadiran pelancong sekaligus mengurangkan jumlah pendapatan sepertimana yang dicatat pada tempoh sama tahun lalu. "Berdasarkan statistik, ketibaan pelancong antarabangsa pada bulan Julai 2010 adalah sebanyak 2.2 juta dengan perbelanjaan sebanyak RM6 bilion. "Jika perhimpunan itu telah kurangkan 20 peratus daripada pendapatan tersebut, kita sudah kerugian RM1.2 bilion, yang mana ini akan dirasai oleh semua pihak dalam industri," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur seperti dipetik Malaysiakini. Pelik juga difikirkan bagaimana perhimpunan aman selama 3 jam itu boleh menyebabkan pengurangan 20 peratus pendapatan industri pelancongan? Menurut Ng Persatuan Pelancongan Negara China telah berada di negara ini bagi berbincang dan mendapatkan perkembangan mutakhir 'perhimpunan haram' itu sebelum membuat keputusan sama ada membatalkan pakej-pakej percutian yang telah dibuat sebelum ini. Lihatlah betapa jahilnya menteri berkenaan dalam memberikan hujah sehingga memperlihatkan bagaimana rapuhnya tahap keselamatan negara kita hingga perhimpunan aman pun boleh mengancam nyawa pelancong asing! Adakah Ng berani membandingkan jumlah kemasukan pelancong asing ke Malaysia berbanding negara jiran Thailand dan Indonesia, sedangkan dua buah negara itu lebih kerap menghadapi demonstrasi rakyat? Demonstrasi rakyat di Thailand sebagai contoh bukan sahaja berlangsung selama beberapa jam, malah mengambil masa berhari-hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan! Dan adakah pelancong asing telah serik untuk mengunjungi negara gajah putih itu kerana rakyatnya gemar berdemonstrasi? Sudah tentu tidak. Bagi menjawab hujah Ng juga, sukacita disiarkan komen beberapa pembaca Malaysiakini: "Orang pergi BERSIH ingat tak keluar duit ke? Naik bas, naik kereta, itu semua kena pakai petrol. Perut kosong nak kena diisi. Tekak dahaga nak kena basahkan. Itu semua kena beli guna duit! Jangan nak membohong kata akan rugi RM1 billion. RM1.8 juta yang kamu dah rembat untuk akaun Facebook tu apa cerita? *** Ingat kami bodoh?" - Che' Tat Lebih menarik lagi komen seorang pembaca: "Alamak! Yang jadikan kerugian kononnya berbilion ringgit tu sapa? Hangpa jugak.. Cuba bagi dia orang buat demo secara aman, tak payah simbah itu ini. Hangpa yang buat rosak tu semua. Tengok Indonesia, buat demo cool je. Tidak pun polis nak buat kacau bilau... Masa saya pergi ke sana, siap pemandu pelancong bagi tahu hari ni ada demonstrasi pelajar-pelajar. Tapi jangan risau, mereka tak ganggu orang... di sini demonstrasi secara aman... lagi ramai pelancong datang adalah... Malulah! Berbeza betul dengan Malaysia. Tak boleh buat demo langsung. Kalau 'orang depa' buat tak apa pulak... "Cuba bila tv atau radio umumkan hari ini BERSIH akan mengadakan satu demonstrasi secara aman. Sesiapa yang ingin menyertai perhimpunan tersebut, sila kawal tingkah laku anda agar tidak mencemarkan nama baik negara dan kawasan yang terlibat. Peniaga-peniaga juga digalakkan untuk membuka jualan dengan menempah khemah-khemah jualan. Siapa cepat dia dapat... Bukankah bagus begitu? Dapat tolong peniaga lain. Pasti orang yang berdemo itu lapar dahaga. Lepas berdemo, mereka pergi makan sama-sama. Bukankah bagus begitu? Tak ada kecoh-kecoh. Polis pun boleh makan laksa bawah pokok bersama orang yang berdemo." - Nora Abdullah Begitulah komen-komen bernas pembaca yang sempat dirakam. Soalnya, mengapa Ng dan lain-lain pemimpin BN gagal melihat aspek positif perhimpunan itu. Ketepikanlah sentimen politik sempit dan fobia hilang kuasa. Lihatlah perhimpunan BERSIH 2.0 dari sudut positif. Bagi Ng Yen Yen, cuba bayangkan sejuta pelancong domestik yang bakal membanjiri Kuala Lumpur 9 Julai ini. Semuanya hadir dengan perbelanjaan sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak. Kementerian beliau sendiri tidak perlu membelanjakan walau sesen pun wang negara untuk menarik kehadiran sejuta pelancong domestik ini. Bayangkan apa yang akan diraih oleh para peniaga dan pusat membeli belah di Kuala Lumpur dengan kehadiran sejuta pelancong domestik ini. Pastinya premis perniagaan mereka akan bertambah meriah dan kutipan hasil jualan berlipat kali ganda. Apa yang pasti, negara tidak memerlukan pelancong asing untuk menjana ekonomi Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai ini! HARAKAHDAILY |
|
Orang negeri HANG TUAH bangkit men'jebat'!! Posted: 04 Jul 2011 07:22 AM PDT Guru sekolah agama dipaksa hadir majlis Muhyiddin Ahmad Danial | BUKT KATIL, 4 Julai: Ramai di kalangan guru Sekolah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merungut kerana dipaksa menghadiri program makan malam 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah sekolah Cina di Machap Baru malam ini. "Kami sudah tidak tahan dengan paksaan sebegini, bayangkan kami yang kebanyakan wanita dipaksa hadir pada program tersebut sehingga pukul 12.00 malam. "Ada yang dari Sungai Rambai dan lain-lain tempat yang jaraknya agak jauh dari Machap Baru, kami berasa kesal dengan Jaim dan Kerajaan Negeri Melaka yang seringkali memaksa kami hadir pada program bersama pemimpin," kata seorang guru yang tidak mahu namanya disiarkan. Selain itu, menurut guru tersebut murid-murid sekolah Jaim juga dipaksa balik awal iaitu pada pukul 4.30 petang. Menurutnya, sudah banyak kali sekolah diarahkan ditutup awal hanya kerana program-program bersama pemimpin kerajaan pusat. Apa yang dikesalkan ialah semua guru-guru diwajibkan hadir dan sesiapa yang didapati tidak hadir akan diambil tindakan tegas oleh Jaim. "Masa murid-murid belajar digadaikan hanya semata-mata kerana politik," tegas seorang bapa yang kesal. Menurutnya, satu lagi masalah timbul ialah ibu bapa juga menghadapi kesulitan kerana terpaksa mengambil anak mereka lebih awal iaitu pada pukul 4.30 petang sedangkan majoriti dari mereka bekerja dan pulang paling awal jam 5.00 petang. "Saya risau dengan keselamatan anak saya yang terpaksa menunggu saya mengambilnya agak lewat iaitu sekitar jam 5.45 petang. "Anak saya kadang-kadang terpaksa menunggu saya seorang diri, siapa yang dapat menjamin keselamatan anak saya sedangkan sekarang ini bermacam jenayah berlaku melibatkan anak-anak sekolah," tegas beliau. Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata tindakan Jaim dan kerajaan negeri Melaka benar-benar merugikan pembelajaran anak-anak kerana masa belajar menjadi pendek selain ianya membebankan guru-guru dan juga mendedahkan murid-murid kepada ancaman keselamatan. "Tindakan Jaim ini benar-benar merugikan pembelajaran anak-anak kita selain ianya membebankan guru-guru yang terpaksa bekerja lebih masa kerana terpaksa menghadiri program berkaitan sehingga jauh malam. "Kita juga bimbang tentang keselamatan anak-anak kita kerana mereka terpaksa menunggu ibubapa sehingga sampai jam 6.00 petang atau mungkin lebih lambat kerana habis kerja pun jam 5.00 petang," kata Yusof. harakahdaily |
|
PAS MIRI cergas menghijaukan bumi Kenyalang!! Posted: 04 Jul 2011 07:03 AM PDT Presiden PAS tetamu makan malam PAS Miri Harakahdaily | MIRI, 4 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menjadi tetamu khas PAS kawasan Miri, Sarawak dalam satu majlis makan malam 6 Julai ini.
Majlis ini akan diadakan di Park City Everly Hotel Miri bermula jam 7.45 malam dengan tema "Miri Go Green With PAS".
Majlis ini adalah antara program yang dibuat PAS Miri untuk mempersiapkan mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, PAS Miri terlepas untuk menyertainya apabila PAS tidak jadi bertanding di Dun Senadin.
Ekoran itu dalam Muktamar PAS Kawasan Miri baru-baru ini, perwakilan membuat ketetapan melalui usul agar PAS bertanding di Parlimen Miri mewakili Pakatan Rakyat.
Tiket-tiket makan malam boleh didapati melalui saudara Arifiriazul (0138377505) atau saudara Azwani (0133603290) dengan harga RM50 setiap satu.
Selain Abdul Hadi, turut serta menjadi tetamu majlis makan malam ini adalah Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang mendapat undi paling tinggi dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini. |
|
Kenapakah 60 NGO tekad memBERSIHkan sistem pilihanraya negara?! Posted: 04 Jul 2011 04:23 AM PDT BERSIH 2.0: Gabungan ini tak perlu didaftar Joseph Sipalan Jul 4, 11 1:47pm
BERSIH 2.0 berkata ia bukan sebuah 'pertubuhan haram' seperti yang diisytiharkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Sabtu lalu. Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Subramniam Pillay berkata manakala bersetuju dengan kementerian dalam negeri bahawa ia sebuah pertubuhan tidak berdaftar, BERSIH 2.0 tidak diperlukan mengikut undang-undang untuk didaftarkan secara rasmi. Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat gabungan itu di Petaling Jaya hari ini, beliau berkata, BERSIH bukan pertubuhan yang didaftarkan, tetapi gabungan pertubuhan yang sah. Sabtu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, atas alasan ia operasi tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan