:: cina islam | 2011 :: |
- Kerajaan campuran akan dibentuk di Thailand.
- Peguam, keluarga tak dibenar temu tahanan Ordinan Darurat
- Ceramah Perdana tukar tempat.
- [Fikrah Islamiah] Nikah, sunah Rasul yang abaikan
- "Makan Malam Bersama Presiden PAS: Miri Go Green With PAS"
- Marina Mahathir kritik sekatan BERSIH
- Bersih 2.0: PAS junjung tinggi titah Agong
- Asri: Terima tawaran PM sedia stadium, adakan Minggu Bersih
- PAS hantar wakil sertai BERSIH jumpa Agong
- Budak perempuan nyaris kudung dibaham jerung
- Berganti laki kikis wang
- Ahli Keluarga Enam Ditahan Hanya Boleh Datang Ke Bukit Aman Pada Isnin
- Guru silat jangan campur isu politik- Cikgu Majid Mat Isa
- Inkues kematian Ahmad Sarbani bermula
- 17 ditahan semalam direman 3 hari
- Khalil Idham Lim:: Penahanan Ahli PSM dan BERSIH
- Letusan gunung: 887 pelajar kita di Makassar selamat
- Bersih 2.0 berusaha menghadap Agung
- Logo UMNO, premis perniagaan diconteng cat kuning
- Norazli : Keluarkan hujah dan dalil Perhimpunan Bersih itu haram.
- Serangan jantung pembunuh senyap pesakit diabetes
- Mahu Tunjuk Pandai, Tetapi yang Ternampak Kebodohannya (Nong Qiao Cheng Zhuo)
- Setiap Kata yang Terucap Dikotakan (Yi Yan Wei Zhong)
- Wanita maut ambulans terbabas
- Kucing ditembak 30 kali masih hidup
Kerajaan campuran akan dibentuk di Thailand. Posted: 04 Jul 2011 05:48 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - BANGKOK 4 Julai – Pheu Thai akan membentuk kerajaan campuran dengan empat parti politik lain bagi memastikan kerajaan stabil, kata calon Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra (Gambar). Beliau akan menjadi Perdana menteri dari kaum wanita yang pertama bagi negara Thailand Pheu Thai yang memenangi 265 kerusi pada pilihan raya umum semalam, akan bekerjasama dengan Chart Thai Pattana (19 kerusi), Chart Pattana Pueu Pandin (tujuh kerusi), Phalang Chon (tujuh kerusi) dan Mahachon (satu kerusi). "Dengan 299 kerusi, kerajaan campuran stabil sepenuhnya untuk bekerjasama dan berkhidmat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan parti-parti itu di sini hari ini. Pemimpin Pheu Thai, Yongyuth Wichaidit, Penasihat Chart Thai Pattana, Mej. Jen. Sanan Kajornprasart, Pemimpin Chart Pattana Puea Pandin, Wannarat Charnnukul dan Pemimpin Phalang Chon, Chao Maneewong hadir pada mesyuarat itu. Yingluck berkata, agenda segera kerajaan baru ialah untuk bekerja ke arah mencapai penyatuan rakyat dan menangani masalah ekonomi khasnya mengenai kenaikan harga barang dan komoditi. |
Peguam, keluarga tak dibenar temu tahanan Ordinan Darurat Posted: 04 Jul 2011 05:41 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 4 Julai – Peguam dan ahli keluarga enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat tidak dibenarkan untuk menemui mereka hari ini. Lima peguam termasuk Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, K. Arumugam, Yudhistira Dorai (peguam cara) dan Fatima Ismail telah bertemu dengan pegawai polis yang bertanggungjawab lebih kurang satu jam untuk berunding bagi menemui tahanan itu. "Semasa rundingan, kami memberikan alasan mengapa kami perlu menemui semua tahanan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Kod Prosedur Jenayah. "Setiap rakyat yang ditahan mempunyai hak untuk mendapatkan pembelaan dan peguam sepatutnya dibenarkan untuk menemui mereka secepat yang mungkin," kata Bon kepada pemberita di luar ibu pejabat polis Bukit Aman. Bon berkata semua tahanan telah tiba di Bukit Aman pada pukul 10 malam, kelmarin. Mereka yang ditahan adalah Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu. Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 yang membolehkan ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan. Minggu lalu kesemua mereka ditahan berhubung Himpunan Bersih 2.0 bersama 25 yang lain. Suaram bersama dengan keluarga tahanan itu akan menyerahkan memorandum kepada Suhakam esok untuk menggesa kerajaan membenarkan akses kepada peguam dan keluarga masing-masing. Dalam pada itu, Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa pembebasan segera kesemua enam tahanan terbabit. TI-M juga mengesyorkan agar Ordinan Darurat dimansuhkan kerana ia sudah terkeluar daripada tujuan asal. "TI-M telah berulang kali meminta agar undang-undang ini yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan dimansuhkan," kata Presidennya Datuk Paul Low dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. "Undang-undang ini bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia dan terdedah kepada penganiayaan," katanya. The malaysian Insider/- |
Posted: 04 Jul 2011 05:37 AM PDT |
[Fikrah Islamiah] Nikah, sunah Rasul yang abaikan Posted: 04 Jul 2011 05:28 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - Ustaz Ahmad Baei Jaafar Perkataan nikah berasal daripada bahasa Arab yang bererti cantum atau temu. Jadi, di segi bahasa apa sahaja yang dicantumkan boleh dikatakan nikah. Dalam bahasa Melayu dikenali dengan perkataan kahwin. Malah ada yang lebih suka mencantumkan menjadi nikah kahwin. Dalam bidang pertanian kita jumpa dengan istilah durian kawin, mempelam kawin dan banyak lagi. Walaupun disebut kawin hakikatnya kahwin. Maka durian kawin ini melalui proses cantuman benih atau DNA pokok durian yang lain. Lalu dengan itu terjadilah durian 24 dan sebagainya. Tetapi dalam kehidupan manusia, lelaki dan perempuan perlu dicantumkan dalam satu ikatan. Itulah yang dinamakan nikah kahwin. Dengan proses perkahwinan itulah akan terbentuknya keluarga yang harmoni. Namun ada juga perkahwinan yang menemui kegagalan lalu terjadilah perceraian pada pertengahan jalan. Mengapa terjadinya begitu? Pada ruangan dan keluaran ini kita akan dalami bab nikah berdasarkan catatan kitab fiqah. Harapannya, perbincangan pada setiap edisi akan memberi jawapan bagaimana membina keluarga harmoni. Pembaca boleh mengikuti bahasannya pada setiap keluaran dengan teliti. Nikah pada syara' Nikah atau kahwin dalam konteks agama Islam ialah suatu akad yang mengandungi jaminan hubungan dua insan lalu menghalalkan persetubuhan. Islam meletakkan perkahwinan suatu yang penting dalam membina hubungan kemasyarakatan. Firman Allah: Maksudnya: "dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dalam kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dalam kalangan hamba-hamba kamu baik lelaki mahu perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui. "dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya;" (Surah Al-Nur : 32-33) Dengan perkahwinan hubungan manusia yang terlarang menjadi halal, dan dengan perkahwinan bercambah biak lagi umat manusia di muka bumi ini. Dengan perkahwinan juga mereka yang miskin boleh menjadi kaya dan dimurahkan rezeki. Dan pada masa yang sama, umat Islam akan berada dalam keadaan aman daripada gangguan lelaki yang jahat. Selain itu, Rasulullah sendiri berkahwin dan beranak pinak. Atas dasar itu, perkahwinan sudah dikira sebagai sunah rasulullah. Banyak hadis yang menjelaskan hal ini yang antaranya ialah: مَنْ أَحَبَّ فِطْرَتِي فَلْيَسْتَسِنَّ بِسُنَّتِي وَمِنْ سُنَّتِي الْنِكَاحُ Maksudnya: Sesiapa yang sukakan fitrahku maka contohilah sunahku, dan sebahagian daripada sunahku ialah bernikah. Dalam hadis yang lain rasulullah bersabda: اَلنِّكَاحُ سُنَّتِي فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيسَ مِنِّي Maksudnya: Nikah adalah sunahku, maka sesiapa yang membenci sunahku maka dia bukanlah dalam golongan umatku. Berdasarkan itu, tiada alasan lagi bagi umat Islam yang tidak mahu berkahwin. Dalam masyarakat kita ada sesetengah lelaki dan perempuan yang kerana gagal dalam percintaan, bertindak tidak mahu berkahwin walaupun mereka mampu. Ingatlah peringatan hadis rasulullah ini adalah serius, apakah golongaan ini sanggup tidak dianggap umat rasulullah. Mereka yang gagal dalam percintaan sama adalah ditipu kekasih atau setelah berkahwin kemudiannya dikecewakan suami atau setelah bertunang kemudiannya dibatalkan semula, janganlah kegagalan itu menutup segala peluang yang terbuka di hadapan. Sedarlah semua itu bukan jodoh anda, dan dia tidak sesuai dengan anda. Bukankah Allah itu adil. Oleh sebab itu, setelah gagal satu perkahwinan, cari lagi. Wanita boleh cari lelaki dan lelaki memang patutlah mencari perempuan. Dengan cara ini mereka akan selamat daripada dibenci Rasulullah. Mereka tetap akan dikira sebagai umat Muhammad. Sunah Rasulullah dalam rumah tangga Selain berkahwin untuk memperoleh sunah rasulullah, kehidupan rasulullah dalam keluarga juga perlu dicontohi. Maknanya tidak cukup dengan berkahwin, beroleh pahala ikut sunah, sedangkan mereka tidak mengikut perjalanan rasulullah dalam rumah tangga Baginda. Dalam hal ini, setiap pasangan yang berkahwin perlu tahu sikap rasulullah sebagai suami, bagaimana rasulullah menyelesaikan masalah rumah tangga, dan bagaimana baginda mendidik isteri dan anak-anak. 1. Rasulullah sebagai suami; Rasulullah amat baik terhadap isterinya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Berbuat baiklah bahkan berbuat baik terhadap isteri kamu, sesungguhnya aku (Rasulullah) lebih bersikap baik terhadap isteri berbanding kamu." Sunat Rasulullah ini sering diabaikan oleh suami. Banyak yang kita lihat suami mendera isterinya, tidak adil terhadap isteri, dan tidak memberi nafkah yang sepatutnya. 2. Rasulullah dalam rumah tangga; sebagai pemimpin baginda mendidik dan membimbing isteri dan anak-anak. Baginda membantu isteri dengan tidak menyusahkannya. Inilah juga sunah yang sering diabaikan oleh suami. 3. Penyelesai masalah; jika berlaku masalah dalam kalangan isteri baginda segera menyelesaikannya dengan memanggil secara bersemuka. Baginda tidak membiarkan isu itu berlarutan hingga menimbulkan fitnah. Tindakan bijak itu menjadikan baginda disegani oleh isteri dan Sahabat. Di manakah kita dalam hal ini? Umat Islam yang boleh mengamalkan sunah rasulullah ini, mereka akan hidup bahagia. Hal kerana mereka tetap sebagai umat Rasulullah. Berdasarkan ini jugalah, kita lihat pada hari ini umat Islam sering berhadapan masalah yang tidak sudah-sudah. Hakikatnya mereka sudah tidak mengikut sunah rasulullah sekali gus telah dikeluarkan daripada senarai umat Rasulullah. Hukum nikah Nikah berdasarkan perintah Allah dalam ayat 32 surah al-Nur, adalah harus. Walaupun perkahwinan dianggap penting tetapi masih diberi peluang kepada mereka sama ada hendak berkahwin atau tidak. Siapa yang hendak berkahwin, silakan, dan siapa yang tidak mahu berkahwin, silakan. Tepuk dada tanya selera. Walau bagaimanapun setiap yang harus itu kekadang boleh berubah kepada empat hukum lain mengikut keperluan manusia. 1. Wajib; wajib berkahwin mereka yang nafsu syahwatnya tidak dapat dikawal, dan boleh bila-bila masa untuk melakukan dosa zina. 2. Sunat; Sunat berkahwin pada orang yang ad keinginan kepada wanita, dan dia pula cukup berkemampuan belanja untuk isteri. Jika dia tidak berkemampuan haruslah ditangguhkan dahulu, pilihan ini lebih daripada terus berkahwin. Jika nafsu syahwatnya mendesak bolehlah dipejamkan atau dilemahkan dengan berpuasa. 3. Makruh; makruh berkahwin pada orang yang tidak berkeinginan kepada isteri sejak awal kejadiannya atau sebab penyakit atau kerana sudah tua atau mati pucuk. 4. Haram; haram berkahwin mereka yang berkahwin dengan niat untuk merosakkan maruah isterinya. Dengan lima hukum ini, umat Islam harus menilai diri sendiri apakah mereka tergolongan dalam golongan pertama, atau kedua, atau ketiga atau keempat. Jika termasuk dalam pertama dan kedua, teruskan niat itu. Mereka pasti diberi pahala yang berlipat kali ganda. Tetapi jika mereka tergolong dalam golongan ketiga dan keempat, jauhilah daripada diri kita. Kalau makruh dilakukan akan menyebabkan seseorang itu terjebak dalam haram. Oleh sebab itu, jangan cuba melakukannya hanya atas alasan makruh. Ingalah makruh adalah perkara yang dibenci oleh Allah dan rasul-Nya. Sanggupkan anda dibenci orang ramai? |
"Makan Malam Bersama Presiden PAS: Miri Go Green With PAS" Posted: 04 Jul 2011 03:02 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - MIRI, 4 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menjadi tetamu khas PAS kawasan Miri, Sarawak dalam satu majlis makan malam 6 Julai ini. Majlis ini akan diadakan di Park City Everly Hotel Miri bermula jam 7.45 malam dengan tema "Miri Go Green With PAS". Majlis ini adalah antara program yang dibuat PAS Miri untuk mempersiapkan mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang. Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, PAS Miri terlepas untuk menyertainya apabila PAS tidak jadi bertanding di Dun Senadin. Ekoran itu dalam Muktamar PAS Kawasan Miri baru-baru ini, perwakilan membuat ketetapan melalui usul agar PAS bertanding di Parlimen Miri mewakili Pakatan Rakyat. Tiket-tiket makan malam boleh didapati melalui saudara Arifiriazul (0138377505) atau saudara Azwani (0133603290) dengan harga RM50 setiap satu. Selain Abdul Hadi, turut serta menjadi tetamu majlis makan malam ini adalah Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang mendapat undi paling tinggi dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini. |
Marina Mahathir kritik sekatan BERSIH Posted: 04 Jul 2011 02:51 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - PETALING JAYA: Marina Mahathir, anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - bernada toleransi - dan mengkritik sekatan ke atas penyokong Bersih 2.0. Bercakap bagi pihak Sisters In Islam, salah satu daripada 62 NGO yang membentuk gabungan Bersih, beliau berkata tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa adalah sama seperti yang digunakan oleh diktator dunia ketiga. "Hanya mereka yang takut akan mengambil jalan keluar dengan perkara-perkara itu ... dan kita berkelakuan seperti negara dunia ketiga atau kurang," katanya pada sidang akhbar di sini yang penuh sesak sambil diapit oleh beberapa wakil dari Bersih. Lebih daripada 150 orang ditahan, kebanyakannya kerana memakai kuning kemeja-T dengan perkataan "Bersih" yang berkaitan dengan perhimpunan yang dirancang pihak pemantau pilihan raya itu pada 9 Julai. Pemimpin pembangkang dan beberapa orang telah ditahan untuk disoal siasat kerana menyokong Bersih yang berhimpun untuk menuntut reformasi pilihan raya. Beliau berkata tangkapan besar-besaran adalah satu daripada tindakan paling keras dalam sejarah politik negara. Marina berkata tindakan keras kerajaan tidak mencerminkan usaha-usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. "Kami sebuah negara membangun, kita perlu bertindak sepertinya dan bangkit di atas (semua ini) dan yakin dengan rakyat," katanya. Marina juga mengutuk serangan peribadi ke atas Pengerusi Bersih S Ambiga, yang dipujinya kerana mempunyai rekod yang cemerlang dalam memperjuangkan hak asasi manusia. "Serangan peribadi adalah tidak wajar. Mereka sepatutnya menggunakan hujah-hujah yang lebih baik untuk menyelesaikan isu itu dan tidak mengambil jalan keluar dengan serangan peribadi," katanya. Najib telah memanggil Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam dan penyokong daripada Pakatan Rakyat. Pendirian Marina mengenai isu ini bertentangan dengan kedudukan ayahnya. Yang kali terakhir menyokong pendirian Najib bahawa perhimpunan yang dirancang ini sebenarnya bukan untuk menuntut reformasi pilihan raya tetapi untuk mewujudkan satu lagi "tsunami politik" untuk merampas kuasa. Pada sidang akhbar hari ini, wakil-wakil Bersih menafikan bahawa perhimpunan tersebut mempunyai sebarang agenda tersembunyi politik dan mengulangi bahawa ia adalah aman. Mereka juga menggesa pihak berkuasa untuk mencari penyelesaian secara baik tanpa membatalkan perhimpunan tersebut. FMT/- |
Bersih 2.0: PAS junjung tinggi titah Agong Posted: 04 Jul 2011 02:45 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad, 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. "Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan, sebentar tadi. Berikut kenyataan penuh beliau. Parti Islam Se-Malaysia PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini. Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihan raya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini. Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan Bersih 2.0 dan rakan politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini. Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa. PAS percaya bahawa asas penyebab utama bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana. Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik. Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan. Sejak sekian lama ini, kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat. |
Asri: Terima tawaran PM sedia stadium, adakan Minggu Bersih Posted: 04 Jul 2011 02:45 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 4 Julai — Sambil meminta sekretariat Bersih 2.0 menerima tawaran perdana menteri stadium sebagai lokasi perhimpunan, bekas mufti Perlis mengesyorkan penganjur menggantikan program 9 Julai dengan kempen Minggu Bersih supaya efektif. "Bersih mungkin boleh ganti dengan melancarkan Minggu Bersih dengan meminta rakyat mengibarkan bendera Malaysia dalam minggu tersebut atau memakai petanda kuning atau selainnya-tidak semestinya ditulis Bersih," kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai satu pertubuhan haram sejak 1 Julai. Asri (gambar) berkata kempen Minggu Bersih akan membolehkan lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan "pilihan raya yang adil". "Juga mungkin mereka yang antipembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai. "Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah," katanya. Ahli ademik ini menambah, "jika buat perhimpunan dan polis larang hadir, lalu jumlah yang diharapkan tidak diperoleh, maka itu 'defeat the purpose'." Asri menambah pihak sekretariat Bersih 2.0 menerima sahaja tawaran Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan perhimpunan di stadium dengan meminta wakil Yang di-Pertuan Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah lagi di stadium tersebut. "Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan," katanya. malaysianinsider/- |
PAS hantar wakil sertai BERSIH jumpa Agong Posted: 04 Jul 2011 02:44 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - PAS akan menghantar wakil dalam jawatankuasa pemandu BERSIH bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil. Namun rancangannya untuk berhimpun pada 9 Julai akan diteruskan, kata timbalan presiden Mohamad Sabu. "(Batalkan perhimpunan) itu tidak berbangkit sebab BERSIH tidak batalkan," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini. Tambahnya, PAS bagaimanapun akan tetap menyokong keputusan yang akan diambil oleh BERSIH berhubung perhimpunan berkenaan, katanya lagi ketika ditanya. Katanya lagi, PAS akan mempersembahkan antara lainnya isu berhubung tindakan melampau yang dilakukan polis dalam usaha pasukan berkenaan untuk menghalang perhimpunan BERSIH. Mohamad yang turut membacakan kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pertemuan dengan baginda tuanku juga bagi "menjelaskan kekeliruan yang timbul hasi dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini." "Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa," katanya. Tambahnya, kerajaan perlu menyelidik sebab bantahan berkenaan dengan "terbuka dan penuh keikhlasan", selari dengan titah baginda supaya kerajaan "melaksana amanah dengan adil dan bijaksana." Dalam kenyataan berkenaan, Abdul Hadi turut menjelaskan bahawa bantahan berkenaan dicetuskan ke atas kelemahan dalam pilihan raya "dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik." Dalam pada itu, naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata polis perlu menghentikan penangkapan terhadap individu kerana Yang Di-Pertuan Agong telahpun menyarankan supaya rundingan diadakan. "BERSIH sedia berunding tetapi polis yang menutup pintu rundingan," katanya lagi dalam sidang media sama. Tambahnya, Titah Yang di-Pertuan Agong itu juga merupakan satu pengiktirafan terhadap BERSIH kerana baginda "tidak kata apa-apa yang negatif terhadap BERSIH". "Malah (baginda menyeru) kerajaan supaya bertindak secara adil. Ini satu pengiktirafan kepada BERSIH," katanya lagi. Turut hadir dalam sidang media itu ialah seorang lagi naib presiden, Salahuddin Ayub serta setiausaha agung Datuk Mustafa Ali. MK/- |
Budak perempuan nyaris kudung dibaham jerung Posted: 04 Jul 2011 02:00 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - TOPSAIL BEACH (Carolina Utara): Seorang budak perempuan hampir hilang sebelah kakinya selepas dia dibaham jerung dalam perairan cetek, semalam. Jerung itu dilaporkan menyerang Cassidy Cartwright, 10, walaupun ketika itu mangsa berada di air sedalam satu meter. Disebabkan gigitan itu, doktor terpaksa membuang satu daripada gigi jerung berkenaan dari kaki Cassidy. Insiden itu berlaku sehari selepas Cassidy dan keluarganya tiba dari Pennsylvania untuk bercuti. Cassidy berkata, dia sedang bermain dengan papan luncur apabila tiba-tiba terasa ada sesuatu menarik kakinya. Dia menyangka ada sesiapa yang cuba bergurau dengannya. "Saya tidak sakit pada awalnya. "Apabila tarikan itu semakin kuat, barulah saya berasa sakit," katanya. Ketika itu, kata Cassidy, dia terkejut melihat jerung yang menyerangnya. Selepas menyerang kali pertama, ikan itu melepaskan kaki Cassidy seketika sebelum kembali lagi. Ketika itu ibu Cassidy, Carolyn, ternampak air bertukar menjadi merah. Dengan bantuan seorang rakan, Carolyn bergegas ke air dan menarik anaknya ke darat. "Luka pada kaki Cassidy sangat besar dan darah keluar membuak-buak," katanya. - DM |
Posted: 04 Jul 2011 01:45 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - KESAL...Alaa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. KUALA LUMPUR: Menggunakan taktik tipu, kahwin, curi dan menghilangkan diri, seorang wanita dikatakan mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada beberapa 'suaminya' dengan mangsa terbaru seorang ahli perniagaan Palestin yang mendakwa kerugian hampir RM1 juta. Alaa A M Aldunna, 32, berkata perkahwinannya dengan wanita tempatan berusia 29 tahun itu berlangsung November tahun lalu selepas berkenalan dengannya di sebuah hotel, di sini. "Selepas ditipu dan wang saya dicuri, saya dimaklumkan pihak tertentu, rupa-rupanya saya suaminya yang ketujuh. Enam lagi suaminya sebelum ini warga Malaysia dan mereka juga ditipu," katanya ketika ditemui Harian Metro. Alaa berkata, ketika berkenalan, wanita itu memperkenalkan diri Datuk Nazatul, malah turut mendakwa dia seorang kerabat diraja. "Saya percaya dia menggunakan ilmu hitam kerana selepas berkenalan saya mengikut segala kata-katanya. Perkahwinan saya dengannya juga dilakukan tergesa-gesa dan segala-galanya diuruskannya. "Kami berkahwin di bilik hotel. Jurunikah dan saksi semuanya dibawa Nazatul, malah ibu dan abangnya bersubahat untuk menipu saya," katanya. metro/- |
Ahli Keluarga Enam Ditahan Hanya Boleh Datang Ke Bukit Aman Pada Isnin Posted: 04 Jul 2011 01:30 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ahli keluarga enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan semula tengah hari ini mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dibenarkan datang ke Bukit Aman dan menemui mereka pada Isnin. Jurucakap Bukit Aman yang enggan dikenali berkata ini kerana keenam-enamindividu berkenaan termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj masih lagi disoal siasat dan tidak boleh dibebaskan. "Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman masihlagi menjalankan siasatan. "Sesiapa sahaja tidak dibenarkan mengganggu siasatan atau berjumpa merekatanpa keperluan. Kamu perlu datang pada Isnin dan bukannya malam ini " katanya kepada pemberita dan sekumpulan individu, dipercayai mempunyai kaitan keluarga dengan enam yang ditahan itu di pekarangan luar Bukit Aman di sini malam Sabtu. Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di PlazaTol Sungai Dua, Kepala Batas, pada Sabtu lepas, ketika menaiki bas menuju kePulau Pinang. Tempoh reman mereka mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong tamat hari ini. Kesemua anggota PSM itu dikatakan terlibat dengan pihak dari luar negara dantelah diresapi oleh anasir-anasir subversif. Terdahulu, di pekarangan luar Bukit Aman, kira-kira 50 individu yangmempunyai kaitan dengan keenam-enam yang ditahan itu berkumpul diketuai peguam mereka, K. Arumugam menuntut untuk mengetahui status penahanan mereka. Mereka tiba kira-kira pukul 9 malam dan bersurai satu jam kemudian selepasdiberitahu untuk datang ke Bukit Aman pada Isnin bagi mengetahui status lanjut kes berkenaan. - BERNAMA |
Guru silat jangan campur isu politik- Cikgu Majid Mat Isa Posted: 04 Jul 2011 01:25 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Guru Utama Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia, Cikgu Majid Mat Isa hari ini menyeru pertubuhan silat tidak mencampuri urusan politik demi menjaga nama baik persilatan. Seruan itu dibuat Cikgu Majid respon kenyataan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Ali Rustam yang mengancam melakukan kekacauan seperti '13 Mei 1969′, jika himpunan Bersih 9 Julai ini diteruskan. Ali Rustam dipetik membuat kenyataan itu bersama pengasas Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju pada satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 2 Julai lalu. Omardin sebelum ini turut mengancam akan mengerah pesilat dari perguruannya untuk 'bertempur' dengan peserta himpunan aman Bersih jika ia diteruskan. Menurut Cikgu Majid, beliau sendiri mengambil pendirian yang berbeza sama sekali dengan Ali Rustam dan Omardin. "(Ali Rustam) dia memang tahu dia ahli politik. Kalau boleh dia mahu orang silat semua sokong dia. Kita orang silat terdiri daripada pahlawan-pahlawan Melayu bukan orang politik. "Silat dahulu dimulakan oleh Hang Tuah lima bersaudara dan kemudian diteruskan oleh pendekar seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan Tok Gajah untuk membela tanah air daripada musuh luar. "Tetapi hari ini, jangan campur politik dan persilatan," katanya. Malah, tambah Cikgu Majid lagi, beliau sendiri mahu pun mana-mana wakil Silat Gayung Pusaka tidak pernah menerima sebarang notis tentang mesyuarat Sabtu lalu. Sewaktu ditanya samada pendirian Omardin yang memberi amaran kepada Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga mewakili pendirian kesemua pendekar Melayu, Cikgu Majid menegaskan Omardin bercakap mewakili dirinya semata-mata. "Masalahnya, dia ikut pendapat dia seorang sahaja. Malam kelmarin saya dah sebutkan dalam blog yang kita persatuan silat jangan campur. "Kita bukan nak bergaduh dengan Cina, Melayu, atau India. Kita tak hormat orang yang mahu berbangga-bangga dengan ilmu silatnya," kata Cikgu Majid. Beliau juga berpendapat bahawa Omardin dan Ali Rustam sebenarnya tidak perlu berbuat demikian. "Pihak kerajaan kan ada, bolehlah dibawa berunding. "Kita tak boleh tunjuk kekerasan kita. Semuanya boleh dibawa berbincang. Itu semangat pendekar Melayu yang sebenar," kata Cikgu Majid. keadilan/- |
Inkues kematian Ahmad Sarbani bermula Posted: 04 Jul 2011 01:20 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed bermula di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Prosiding itu yang didengar di hadapan koroner Aizatul Akmal Maharani, dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abas dan Hanim Mohd Rashid. Turut serta peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Fadzillah Mohd Osman yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta peguam Awtar Singh yang bertindak sebagai peguam pemerhati mewakili keluarga Allahyarham. Selain itu, peguam Salim Bashir, Roger Than dan Halim Asghar daripada Majlis Peguam turut bertindak sebagai peguam pemerhati. Seramai 30 saksi, termasuk isteri Allahyarham, pegawai penyiasat tempat kejadian, pegawai SPRM, pegawai Kastam, pakar forensik dan pakar patalogi akan dipanggil memberi keterangan. metro/- |
17 ditahan semalam direman 3 hari Posted: 04 Jul 2011 01:00 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - AYER KEROH, 4 Julai: Polis hari ini berjaya mendapat perintah mahkamah yang membenarkan permohonan untuk menanan reman selama 3 hari ke atas 17 orang pemimpin dan ahli PAS yang ditahan di Jasin semalam. Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan. Mereka yang ditahan termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah dan 15 ahli PAS yang lain kira-kira jam 2.15 petang semalam. Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari mendesak pihak berkuasa membebaskan 17 orang pimpinan dan ahli PAS Jasin yang ditahan. Dalam kenyataannya, Adly berkata PAS Melaka mengutuk tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang menangkap mereka yang terbabit. "PAS Melaka juga merasa kesal kerana mereka yang ditangkap tidak dibebaskan setelah keterangan mereka diambil sebaliknya mereka terus ditahan di IPD Jasin. "PAS Melaka mendesak pihak berkuasa agar membebaskan mereka yang ditahan," tegasnya yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah. Menurutnya, PAS Melaka akan terus memberikan pembelaan kepada mereka yang ditahan. "Kami yakin bahawa mereka yang ditahan tidak melakukan sebarang bentuk kesalahan, jadi oleh itu mereka mesti dibebaskan serta merta tanpa syarat," ujar beliau. Beliau juga berkata PAS Melaka berharap keluarga para ahli PAS yang ditahan agar bersabar dan sama-sama berdoa agar mereka segera dibebaskan. Ahmad Danial harakahdaily/- |
Khalil Idham Lim:: Penahanan Ahli PSM dan BERSIH Posted: 04 Jul 2011 12:17 AM PDT |
Letusan gunung: 887 pelajar kita di Makassar selamat Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - JAKARTA 4 Julai - Kesemua 887 pelajar Malaysia di Makassar berada dalam keadaan selamat dan tidak merasa impak akibat letusan Gunung Soputan di Sulawesi Utara semalam. Bagaimanapun, pelajar-pelajar berkenaan telah diberi arahan supaya mengikuti prosedur standard bencana alam yang dikeluarkan oleh Education Malaysia (EM) serta mengambil perhatian dengan berita terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. - Utusan |
Bersih 2.0 berusaha menghadap Agung Posted: 03 Jul 2011 11:45 PM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 4 Julai: Jawatankuasa penganjur Bersih 2.0 sedang berusaha untuk menghadap Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum Sabtu ini sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perhimpunan itu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat Bersih 2.0, "Kami akan berkomunikasi dengan Yang Dipertuan Agung sebelum membuat keputusan akhir." Pagi ini Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Srevanasan bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan situasi sekarang, kata satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Bersih melalui Twitter mereka. Petang semalam Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah agar diadakan rundingan antara pihak Bersih dan kerajaan. Baginda juga mengarahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan. Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu. Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini. Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Bantah tahan PSM Sementara itu, Bersih 2.0 dalam kenyataannya mengecam keras tindakan polis menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Akta Dharurat. "Ia sama seperti ditahan di bawah ISA," kata satu kenyataan Bersih 2.0. Semalam, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan (gambar) membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar kerana melemparkan tuduhan palsu terhadap lima aktivis parti itu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar. Selain Michael, turut ditahan di bawah Ordinan Darurat adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu. Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 yang membolehkan ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan. Kata Arutchelvan (gambar), sebelum ini kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong namun telah dibebaskan daripada tuduhan itu. "Kemudian semalam polis membuat tangkapan semula di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat kerana kononnya terdapat sebab-sebab untuk mempercayai yang mereka telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteraman awam. "Ini adalah tindakan salah guna kuasa di mana polis bersembunyi di belakang undang-undang zalim ala ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Polis dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) juga tahu bahawa ISA tidak lagi popular sehingga terpaksa mengunakan undang-undang darurat yang ramai orang tidak mengetahuinya," katanya dalam laporan polis itu. Tegas Arutchelvan, Ordinan Darurat digunakan ke atas individu yang melakukan jenayah berat dan bukan berunsur politik. "Mereka berenam ini adalah tahanan politik pertama dituduh di bawah Ordinan Darurat yang masih digunakan di zaman tidak ada darurat. "Maka tujuan sebenar Ordinan Darurat digunakan adalah untuk menghindar orang dari menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0. Semua alasan dan kenyataan lain adalah tipu muslihat dan agenda memperbodohkan rakyat," katanya. Minggu lalu kesemua mereka ditahan berhubung Himpunan Bersih 2.0 bersama 25 yang lain harakahdaily/- |
Logo UMNO, premis perniagaan diconteng cat kuning Posted: 03 Jul 2011 11:30 PM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - ALOR SETAR 4 Julai – Logo UMNO pada dinding Bangunan Tunku di Jalan Tunku Ibrahim di sini yang menempatkan Pejabat Badan Perhubungan UMNO negeri, menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila diconteng cat kuning dengan perkataan `Jom Bersih!' dan `Bodoh'. Turut menjadi sasaran, beberapa premis perniagaan di kawasan tersebut dan kejadian itu disedari oleh pemiliknya ketika ingin membuka perniagaan awal pagi tadi. Menurut Pengurus Harta UMNO negeri, Salleh Saad, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang pengawal keselamatan di bangunan tersebut pada pukul 7.40 pagi. – Utusan |
Norazli : Keluarkan hujah dan dalil Perhimpunan Bersih itu haram. Posted: 03 Jul 2011 10:25 PM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - IPOH, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa mencabar Mufti Perak menyemak Perlembagaan Negara sebelum mengeluarkan kenyataan yang dangkal serta mengklasifikasikan Himpunan Bersih itu haram. "Himpunan Bersih itu bukan haram.. kerana tujuannya adalah jelas untuk menuntut keadilan, tetapi media dan kerajaan yang mengklasifikasi sebaliknya, dan ia sama sekali tidak menyanggahi Perlembagaan Negara," jelas Ustaz Norazli Musa Beliau berkata Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya bukan sekadar mendengar pandangan dan khabaran dari media sebelum menjatuhkan hukum halal haram. "Seseorang itu mesti berada di lokasi bekenaan, melihat dan mendengar apa yang diperjuangkan dan barulah boleh mengeluarkan dalil mengenai hukum halal atau haram terutama dalam Himpunan Bersih itu," tegas ustaz Norazli Harussani menyifatkan Himpunan berkenaan (yang belum diadakan) sebagai haram dan usaha menjatuhkan imej negara pada mata dunia. Beliau juga berkata himpunan itu tidak mendatangkan faedah. Ustaz Norazli berkata yang peliknya, Harussani tidak sedikitpun memberi ulasan daripada sudut agama bersesuaian dengan kedudukannya tetapi lebih berminat mengulas daripada sudut pengaruh politik. Oleh itu seeloknya, kata beliau, sudah sampai waktunya Umno memberi peluang kepada Harussani yang berminat berpolitik untuk bertanding pada pilihan raya Umum nanti untuk melihat kemampuan dan keadilan yang boleh dilaksanakannya dalam UMNO. Umno juga wajar melantik Harussani sebagai ketua Majlis Ulama Umno agar dapat memberi nasihat dan fatwa langsung kepada Umno yang sehingga ini belum berbuat demikian, tegas beliau. Harussani dilihat tidak konsisten dan tetap dalam memberi pandangan kerana sebelum ini dalam isu perarakan kepala Lembu di Shah Alam dan rampasan kuasa di Perak, beliau sekadar mendiamkan diri. Ustaz Norazli berkata, benarlah Ulama akhir zaman ini terbahagi kepada dua golongan iaitu yang bersuara atau bercakap berasaskan agama, manakala sebahagian lagi bercakap untuk kepentingan dirinya. "Ada Ulama yang memperjuangkan kebenaran ilmunya, manakala sebahagian lagi ulama menjual ilmunya," kata Ustaz Norazli. |
Serangan jantung pembunuh senyap pesakit diabetes Posted: 03 Jul 2011 10:17 PM PDT ALOR SETAR 4 Julai - Penghidap darah tinggi dan diabetes atau kencing manis berisiko tinggi diserang penyakit kardiovaskular yang juga lebih dikenali sebagai serangan jantung. Pakar Jantung Kedah Medical Centre (KMC), Dr. Abdul Rahim Tahir berkata, ia merupakan "pembunuh dalam senyap" yang menyerang pesakit diabetes dan darah tinggi selain punca utama lain penyakit jantung iaitu merokok. "Selain perokok, kira-kira 30 peratus pesakit diabetes dan darah tinggi mengalami serangan jantung dan ia sangat merbahaya kerana dianggap sebagai pembunuh senyap. "Kencing manis dan darah tinggi adalah antara punca utama penyempitan saluran darah yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular atau jantung," katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai penyakit kardiovaskular di KMC di sini. Beliau berkata antara gejala serangan sakit jantung ialah sakit dada, sukar bernafas, berdebar-debar serta bengkak kaki. - Bernama |
Mahu Tunjuk Pandai, Tetapi yang Ternampak Kebodohannya (Nong Qiao Cheng Zhuo) Posted: 03 Jul 2011 09:46 PM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - Mahu Tunjuk Pandai, Tetapi yang Ternampak Kebodohannya Pada zaman Dinasti Song Utara, ada seorang pelukis yang tersohor bernama Sun Zhiwei. Dia sangat pandai melukis potret dan figura, sehingga ramai orang ingin berguru dengannya. Pada suatu hari, Sun Zhiwei diminta melukis sebuah potret untuk Dewa Matahari. Setelah bentuk lakaran selesai, dia mengambil berus untuk mewarnakan lukisan itu. Pada ketika itu, seorang kawannya datang menjemputnya pergi minum arak. Sebelum keluar, dia berpesan kepada para pelajarnya: "Bentuk lukisan ini sudah saya selesaikan tadi. Hanya tinggal proses mewarnakannya. Inilah kerja kamu semua nanti. Kena berhati-hati, jangan tersilap memilih warna ya! Moga-moga lukisan ini siap diwarnakan apabila saya pulang." Sebaik sahaja Sun Zhiwei meninggalkan tempat itu, pelajar-pelajarnya segera berkumpul untuk melihat lukisan tersebut. Mereka sangat kagum dengan kepandaian guru mereka melakar sehingga dewa dalam lukisan itu kelihatan seperti hidup. Bagaimanapun, seorang pelajar yang bernama Tong Renyi berkata, "Cuba lihat jambangan yang dipegang oleh Dewa Matahari ini. Saya ingat, setiap kali tuan guru kita melukis jambangan, dia pasti akan melakar sekuntum bunga pada jambangan itu. Tetapi jambangan dalam lukisan ini kosong sahaja. Pastilah tuan guru telah lupa atau tak sempat melukis bunga tersebut." Selepas melafazkan kata-kata itu, Tong Renyi mengambil berus dan melakar sekuntum bunga plum pada jambangan dalam lukisan itu. Selepas pulang dari rumah kawannya, Sun Zhiwei terkejut apabila ternampak pada jambangan dalam lukisannya telah ditambah sekuntum bunga. Dia berkata dengan marah: "Siapakah yang telah melukis bunga ini? Dia yang mahu tunjuk pandai, tetapi yang ternampak kebodohannya! Jambangan ini digunakan oleh Dewa Matahari untuk menangkap hantu air. Setelah ditambah sekuntum bunga, harta karun yang tak ternilai ini menjadi lukisan biasa sahaja." Sebaik sahaja habis bercakap, Sun Zhiwei terus mengoyakkan lukisannya itu. Tong Renyi yang berdiri di sisinya, berasa sangat malu. Catatan Keterangan: Peribahasa "Nong Qiao Cheng Zhuo ini digunakan untuk mempersendakan seseorang yang cuba menunjukkan kepandaian, tetapi yang ternampak kebodohannya. CRI/- |
Setiap Kata yang Terucap Dikotakan (Yi Yan Wei Zhong) Posted: 03 Jul 2011 09:45 PM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - Setiap Kata yang Terucap Dikotakan Asal Usul: Pada zaman Negeri-Negeri Berperang (tahun 475-221 Sebelum Masihi), di negeri Qin, ada seorang Perdana Menteri yang bernama Shang Yang. Dengan bakatnya yang luar biasa dalam bidang politik, dia dipandang tinggi dan amat dihormati oleh raja negeri tersebut. Pada tahun 359 Sebelum Masihi, Shang Yang merancang untuk melaksanakan pembaharuan yang menyeluruh di negeri Qin. Bagaimanapun, dia bimbang rakyat jelata tidak yakin pada keupayaan kerajaan. Oleh itu, dia mahu membuat sesuatu untuk mendapatkan kepercayaan mereka. Setelah berfikir beberapa lama, dia akhirnya telah mendapat satu idea. Pada suatu hari, Shang Yang telah menegakkan sebatang tiang yang tingginya 10 meter di luar pintu selatan ibu kota Xianyang. Dia memberitahu orang ramai yang berkerumun di situ bahawa sesiapa sahaja yang mampu membawa tiang itu ke luar pintu utara, akan diberikan ganjaran sebanyak 10 Liang perak (1 Liang = 31 gram). Orang ramai yang mendengar berita itu berasa sangat hairan, tetapi tiada seorang pun yang berani mencuba. Melihat tiada respons daripada mereka, Shang Yang pun meninggikan suaranya, lalu mengumumkan, "Siapa sahaja yang membawa tiang ini ke luar pintu utara, akan diberikan ganjaran sebanyak 50 Liang perak." Pada ketika itu, tampil seorang lelaki yang berani untuk mencuba. Apabila dia berjaya membawa tiang itu ke tempat yang ditetapkan, Shang Yang segera memberikan ganjaran sebanyak 50 Liang perak itu kepadanya. Orang lain yang ada di situ berasa sangat sesal kerana terlepas peluang yang begitu baik untuk mendapat wang dengan mudah. Dengan peristiwa tersebut, rakyat jelata mula percaya kepada keikhlasan kerajaan dalam usaha untuk memacu ekonomi negeri melalui rancangan pembaharuan yang berkenaan. Dengan sokongan yang padu daripada mereka, pembaharuan yang diperkenalkan oleh Shang Yang akhirnya benar-benar berjaya hingga menjadikan negeri Qin, negeri yang paling kuat pada masa itu. Usaha tersebut juga telah menjadi asas yang kukuh kepada penyatuan negara China yang dijayakan oleh raja negeri Qin, Ying Zheng atau Maharaja Shihuangdi kira-kira 100 tahun selepas itu. Catatan Keterangan: Peribahasa "Yi Yan Wei Zhong" ini membawa erti, setiap kata atau janji yang dilafazkan akan ditunaikan. Peribahasa ini sering digunakan untuk menegaskan semula bahawa janji yang dibuat oleh seseorang itu pasti akan ditunaikan. CRI/- |
Posted: 03 Jul 2011 09:30 PM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - ANGGOTA bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan jururawat yang tersepit dalam kemalangan di Batu 9, Penrissen, Kuching, semalam. Debaran ibu menanti kelahiran anak kembar berakhir tragedi KUCHING: Debaran menantikan kelahiran anak kembar bertukar tragedi apabila wanita yang sarat mengandung itu maut apabila ambulans yang membawanya terbabas ketika cuba mengelak anjing dan melanggar pokok, semalam. Kejadian jam 1.50 pagi di Batu 9, Penrissen itu mengakibatkan mangsa, Mura anak Rungor dari Kemantin, Sri Aman meninggal dunia di tempat kejadian. Mura, 33 yang dibawa dari Hospital Sri Aman untuk di rujuk ke Hospital Umum Sarawak mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan. Kejadian itu menyebabkan bayi kembar dalam kandungan wanita berkenaan tidak dapat diselamatkan. Pemandu ambulans terbabit, Sapuan Ain, 37 dilaporkan kritikal akibat tulang rusuknya patah dan terkena organ dalaman. Selain itu, jururawat yang mengiringi mangsa, Sunny anak Ngadei, 40 pula cedera di bahu dan patah kaki kanan, bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang berkata, sebaik tiba di tempat kejadian pada jam 2 pagi, anggotanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan pemandu ambulans yang tersepit di tempat duduk. "Laluan berkenaan tidak berbahaya, malah ketika kejadian, jalan itu lenggang tetapi anjing liar yang berkeliaran di situ menyebabkan pemandu ambulans gagal mengelak lalu terbabas," katanya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat, manakala Sapuan dan Sunny, turut mendapat rawatan di hospital sama. beritaharian/- |
Kucing ditembak 30 kali masih hidup Posted: 03 Jul 2011 09:25 PM PDT 2 Syaaban 1432H. [MOD] - LONDON: Seekor kucing di Britain masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali, lapor akhbar Daily Mail. Apabila pemilik kucing yang dinamakan Hope itu berdarah, beliau menyangkakan haiwan kesayangannya itu diserang anjing. Bagaimanapun selepas dibawa ke klinik haiwan, doktor memberitahu yang badan kucing itu penuh kecederaan akibat tembakan. Kebanyakan kecederaan di belakang dengan empat peluru di kepalanya. Pakar perubatan mengeluarkan sebahagian 10 serpihan tetapi berputus asa mengeluarkan yang lain kerana bimbang akan mendatangkan komplikasi. Persatuan Diraja Mencegah Kekejaman Haiwan (RSPCA) membuka siasatan ke atas kes itu. Inspektor (RSPCA), Amy Collingsworth berkata, "Hope sangat mesra dan kucing yang menawan dan agak sukar memahami mengapa seseorang mahu menembak haiwan tidak bersalah,". "RSPCA menyiasat kejadian ini dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tembakan ini menghubungi kami," katanya. RSPCA melaporkan 567 kes penderaan haiwan membabitkan senjata tahun lalu saja. Hope sudah pulih dan dijangka dikembalikan kepada tuannya tidak lama lagi. – Agensi. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan