Isnin, 4 Julai 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Edar borang hanya sebagai persiapan

Posted: 03 Jul 2011 08:54 PM PDT

Sinar Harian 4 Julai 2011

SEREMBAN - Kegiatan mengedar borang peneroka baru Felda adalah sebagai persiapan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menerajui pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas negeri, Abdul Rahman Ramli berkata, tanah milik Felda di seluruh negara dipercayai mencukupi untuk menampung kira-kira 80,000 peneroka baru.

"Kita bukan tawar kepada anak peneroka sahaja, malah untuk bekas kakitangan Felda berpendapatan rendah dan bekas tentera.

"Tindakan itu cuma untuk bantu masyarakat Felda bukan bertujuan pecah-belahkan mereka," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar Sinar Harian pada 1 Julai lalu, berhubung kenyataan Pengurus Felda Titi, Salahuddin Mat, yang menyifatkan pengedaran borang peneroka baru oleh pembangkang sebagai taktik bagi meraih sokongan generasi kedua Felda.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9257950.asp

PAS Rembau realisasikan konsep Negara Berkebajikan

Posted: 03 Jul 2011 07:54 PM PDT



Pusat Aduan Rakyat (PAS) DUN Chembong - MTD PAS Chembong meneruskan usaha membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan dan ditimpa musibah, baru-baru ini pengarahnya En Nazri dan rombongannya terdiri daripada wakil HALWA dan bendahari (En Rosli ) telah menziarahi seorang warga emas Puan Hazaseh @ Azizah Maarof, 73 tahun di Kampung Bt 17, Chembong kerana mengalami musibah di mana rumah dan semua hartanya musnah dalam kebakaran pada 8 hb Jun (Rabu malam khamis), baru-baru ini.

Beliau tidak dapat menyelamatkanapa-apa barang termasuk wang yang disimpan dalam tin sebanyak RM2,100, menerima hakikat kini tinggal sehelai sepinggang.

Pihak MTD telah membuat lawatan awal pagi Khamis untuk mengetahui perkembangan daripada pihak bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan keperluan yang boleh diberi kepada mangsa.

Setelah maklumat diperolehi, pihak pengarah MTD telah berbincang dengan AJK untuk mengadakan ziarah dan memberi sumbangan kepada Puan Azizah yang kini menetap sementara di rumah saudaranya yang berhampiran.

Sumbangan berupa wang tunai dan keperluan bahan mentah bagi meringankan kesusahan beliau. Semasa menziarahi beliau, pihak MTD PAS Chembong berharap supaya beliau dapat bersabar dan bantuan rumah baru melalui Jabatan Kebajikan dapat disegerakan.

Beliau juga merayu kepada mana-mana pihak atau individu untuk tampil memberikan sumbangan dengan menghubungi talian 0193457690 (Pengarah MTD)

Sumber dari Blog Pusat Aduan Rakyat (PAS) DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/2011/06/mtd-pas-chembong-realisasikan-konsep.html

Tiada ulasan:

Nuffnang