Khamis, 14 Julai 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PAS DAN DHPP SUMBANG BASIKAL DAN BUKU

Posted: 14 Jul 2011 03:46 AM PDT


TELUK INTAN, 10 Julai - Kebajikan rakyat menjadi agenda utama PAS. Malah di dalam ucapan dasar muktamar yang lepas, Presiden PAS telah mengggagaskan tema Membangun Negara Kebajikan. Atas keprihatinan masalah rakyat maka PAS Teluk Intan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat telah menyumbangkan sebuah basikal dan buku rujukan kepada dua orang pelajar di sini.

Sumbangan kebajikan tersebut telah disampaikan sendiri oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Turut hadir ialah Naib Ketua DHPP Pusat Sdr. Suria Narayanan dan Puan Hjh. Faridah Rajiah, isteri ADUN Changkat Jong.

Menurut Sdr. Suria, sumbangan tersebut membuktikan bahawa PAS amat prihatin akan kebajikan rakyat apatah lagi terhadap golongan pelajar. YB Anuar pula berharap sumbangan berupa basikal dan buku rujukan akan dapat membantu kedua-dua orang pelajar meneruskan pelajaran mereka dengan selesa dan sempurna.
V. Sanjeev dan kakaknya, V. Shelani.

Bagi V. Shelani, 18, beliau akan memanfaat buku-buku rujukan yang diterimanya dalam menghadapi peperiksaan STPM pada tahun depan. Beliau beliau merupakan seorang pelajar tingkatan enam rendah di sini.

Sementara itu pula, adiknya V. Sanjeev, 14, berasa gembira setelah menerima sebuah basikal baru.

"Saya akan menggunakan basikal ini untuk pergi ke sekolah. Selama ini bapa saya yang menghantar ke sekolah. Selepas ini saya tidak akan menyusahkan bapa saya lagi untuk ke sekolah" ujar pelajar tingkatan dua.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang