Khamis, 14 Julai 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


Ahli Parlimen PAS Dr Lo'Lo Dalam Keadaan Kritikal.

Posted: 14 Jul 2011 07:01 AM PDT

Keadaan Dr Lo'Lo Ghazali Kritikal Sekarang.



Dr Lo'Lo Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa mewakili PAS dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Selayang akibat barah paru-paru yang dihidapinya. Lo'Lo' Ghazali sekarang ini ditempatkan di Tingkat 10A, katil 26. Berita terkini yang sampai, keluarganya sedang bersama-sama Lo'Lo' di hospital berkenaan.


Didoakan semuga beliau kembali sihat


http://idahsalam.blogspot.com

Sehari Bersama Penduduk Kampung Teluk Yan & Kampung Seberang Terus

Posted: 14 Jul 2011 04:59 AM PDT

Exco jumpa penduduk untuk selesai isu setinggan
Rabu, 13 Julai 2011 09:47 | Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM | | |




images/stories/Julai2011/telukyan.jpgALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Teluk Yan dan Kampung Seberang Terus bagi mengadakan perbincangan untuk mengatasi masalah setinggan yang dialami oleh penduduk.


Adalah menjadi dasar kerajaan negeri menjadikan negeri ini sebagai sifar setinggan terutamanya di Bandaraya Alor Setar dan Sungai Petani.


"Kerajaan buat satu dasar, bagi penduduk di Kedah tinggal dalam keadaan selesa, dapat rumah dan kemudahan yang sepatutnya.


"Pembangunan banyak berlaku, tetapi ada yang duduk dalam keadaan tak sempurna, tak ada saliran dan perparitan yang baik, jadi bila berlaku sesuatu bencana, seperti kebakaran, amat membahayakan, terutama mereka yang tinggal dalam kawasan setinggan, kerana susunan rumah yang terlalu rapat," ujar beliau kepada penduduk.


YB Dato' Ir Phahrolrazi menyatakan bahawa rancangan pembangunan Kampung Telok Yan dan Kampung Seberang Terus memerlukan persetujuan antara pihak kerajaan dan penduduk setempat.


Justeru, beliau menyarankan kepada penduduk agar menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk mencari satu kata putus bagaimanakah untuk membangunkan kawasan tersebut.


"Dalam kampung ini kita ada pelbagai golongan penduduk, pelbagai kaum, jadi saya minta kepada penduduk menubuhkan satu jawatankuasa bagi mencari keputusan bagi membantu kerajaan untuk membangunkan Kampung Teluk Yan dan Kampung Seberang Terus.


"Saya harap penyelesaian dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana kita (kerajaan) nak rakyat dalam keadaan tersusun," ujar beliau.


Hadir sama pada dialog tersebut adalah wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri, Majlis Bandaraya Alor Setar, Pejabat Tanah Kota Setar, Bahagian Perumahan dan pemaju perumahan, Seri Temin Development Corporation.-WD

Tiada ulasan:

Nuffnang