Khamis, 14 Julai 2011

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 14 Jul 2011 03:29 AM PDT

Penduduk-penduduk Taman Setapak.

Merujuk kepada permohonan laluan Bas Rapid KL di Taman Setapak dan Ibu Kota.

Untuk makluman penduduk-penduduk di Taman Setapak, pihak Rapid KL hari ini memaklumkan bahawa laluan percubaan bagi perkhidmatan bas Rapid KL akan dijalankan pada hari Sabtu ini 16.07.2011 dan waktunya akan di tentukan kemudian atas persetujuan bersama dengan wakil penduduk.

Pihak Rapid KL menyatakan laluan yang terlibat adalah sebagaimana yang dicadangkan oleh penduduk-penduduk sendiri.

Pihak kami telah menghubungi Persatuan Penduduk Taman Setapak supaya dapat menghantar wakil pada hari tersebut supaya semua pihak berpuas hati dengan laluan yang akan diputuskan nanti.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu Kepada
YB Wee Choo Keong

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 13 Jul 2011 10:04 PM PDT

Peggy

Bekas Tapak Setinggan berhampiran Ria Kondominum.

Terima kasih atas maklumat Sdri, sebagaimana yang Sdri sedia maklum bahawa kawasan tersebut tidak termasuk di dalam kawasan Wangsa Maju.

Walaubagaimana pun, pihak kami hari ini telah menghubungi sekali lagi pegawai di DBKL Setiawangsa dan melapurkan kepada beliau mengenai aduan Sdri.

Pihak kami dimaklumkan bahawa perkara tersebut telah dipanjangkan ke Jabatan yang berkaitan untuk diambil tindakan selanjutnya.

Pihak kami juga sekali lagi telah menulis surat kepada DBKL Setiawangsa bagi memaklumkan aduan Sdri supaya tindakan segera dapat diambil. Kami turut menyatakan kebimbangan Sdri terhadap perkara-perkara yang boleh melibatkan keselamatan penduduk-penduduk di kawasan sekitar sekiranya tiada tindakan segera diambil oleh pihak DBKL.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 13 Jul 2011 09:39 PM PDT

Penduduk-Penduduk di Desa Setapak.

Merujuk kepada aduan kacau ganggu pasar pagi di Desa Setapak.

Untuk makluman penduduk-penduduk di Desa Setapak, pihak kami mengesahkan bahawa pagi ini pihak DBKL masih meneruskan tindakan penguatkuasaan di pasar pagi di Desa Setapak.

Pihak kami dimaklumkan, dalam operasi hari ini pihak DBKL telah menyita 2 lagi gerai tanpa lesen yang masih lagi berniaga di pasar pagi tersebut.

Walaupun dengan tindakan penguatkuasaan ini, dalam masa yang sama pihak kami berharap supaya DBKL akan tetap mengambil tindakan selanjutnya dengan memindahkan pasar pagi ini ke tempat yang lebih sesuai, jauh dari kawasan kediaman supaya masalah kacau ganggu ini akan dapat di atasi.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Tiada ulasan:

Nuffnang