Anwar Ibrahim |
- Doctors: We’ll Produce More Evidence If Challenged
- Bersih: Suhakam Adakan Siasatan Awam Siasat Keganasan Polis
- Doa Buat Saudara Fayyadh, Pengiring Dato Seri Anwar Ibrahim
- Malaysia’s Najib Must Abandon The Mubarak Model
- Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu / Kelantan
- Bersih 2.0: Human Rights Watch Gesa Putrajaya Adakan Siasatan Terbuka
- Selangor Tolak Diskriminasi Gender
- Doktor Bidas Polis Kerana Serangan di Hospital
Doctors: We’ll Produce More Evidence If Challenged Posted: 14 Jul 2011 03:15 AM PDT The doctors who witnessed the police attack on Tung Shin Hospital are ready to provide further evidence if the statement they issued yesterday is rebutted by the government. |
Bersih: Suhakam Adakan Siasatan Awam Siasat Keganasan Polis Posted: 14 Jul 2011 02:53 AM PDT Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengumumkan untuk mengadakan siasatan awam berhubung keganasan polis sewaktu perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu. Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata orang ramai dan pihak berkuasa akan dipanggil memberi keterangan masing-masing ketika inkuiri yang dijangka diadakan bulan depan. Bagaimanapun, ia sedang mengkaji bidang rujukan siasatan tersebut yang akan diumumkan kemudian. Khaw berkata Suhakam yang turut menghantar pasukan pemantaunya ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga akan bergantung pada maklumat yang dikumpulkan. |
Doa Buat Saudara Fayyadh, Pengiring Dato Seri Anwar Ibrahim Posted: 14 Jul 2011 02:48 AM PDT Nota Admin Saudara Fayyadh Afiq Albakqry Pengiring Dato Seri Anwar Ibrahim telah selamat menjalani pembedahan pada 11 Julai 2011 di Hospital Pantai. Pembedahan yang memakan masa 5 jam itu dilakukan untuk meletakkan Plat Titanium bagi menggantikan tulang pipi kirinya yang pecah akibat tembakkan peluru gas pemedih mata . Peluru tersebut telah dilepaskan oleh pihak Polis sewaktu beliau mengiringi Dato Seri Anwar Ibrahim bersama orang ramai di terowong KL Sentral menuju ke Stadium Merdeka untuk menyertai Perhimpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.Jika tidak kerana kecekapan dan keberanian beliau,peluru tersebut sudah pasti mengenai tepat pada Dato Seri Anwar Ibrahim. Keadaan beliau kini stabil namun masih ditahan di Wad untuk pemerhatian lanjut.Marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT agar Saudara Fayyadh sembuh dan kembali menggalas cabaran dalam perjuangan KEADILAN |
Malaysia’s Najib Must Abandon The Mubarak Model Posted: 13 Jul 2011 08:23 PM PDT As Najib comes touting for UK trade, Cameron has a chance to show him strong-arm tactics against protesters are unacceptable It is not in the same league as Arab spring uprisings in Egypt and elsewhere. But Malaysia’s fancifully named “hibiscus revolution” has potential, at least, to inflict a winter of discontent on the gormless government of prime minister Najib Razak. That’s something David Cameron should bear in mind when Najib comes touting for business in Downing Street on Thursday. Bilateral trade and investment is important. Respect for basic human rights more so. Najib reacted with characteristic heavy-handedness when tens of thousands of demonstrators took to the streets of Kuala Lumpur at the weekend demanding “reformasi” – democratic reform – and an end to a defective electoral system that guarantees Najib’s party representing the Malay majority, Umno, stays in power indefinitely. About 1,700 people were arrested and many injured as police used baton charges, watercannon and teargas to break up peaceful protests. In an echo of Britain’s Ian Tomlinson affair, one protester, identified as Baharuddin Ahmad, 59, collapsed and later died near the Petronas Towers in central Kuala Lumpur while fleeing teargas. Amnesty International said police had beaten many demonstrators. It demanded an investigation into claims they failed to provide prompt assistance to Baharuddin and that there was a 90-minute delay before an ambulance arrived. “Prime minister Najib’s government rode roughshod over thousands of Malaysians exercising their right to peaceful protest,” Amnesty said. “This violent repression … flies in the face of international human rights standards and cannot be allowed to continue. David Cameron should tell prime minister Najib that these human rights violations are unacceptable.” The protests, the product of rising tensions linked to mooted early elections, spending cuts and political upheavals in neighbouring Thailand and Singapore, echo events across the Muslim world. Many of the participants were reportedly younger-generation Malaysians kicking back against establishment cronyism, curbs on public assembly and debate, and state-imposed censorship considered draconian even by regional standards. Within hours of the violence, a Facebook petition demanding Najib resign was attracting 300 “likes” per minute, the (Singapore-based) Straits Times reported. As of this morning, more than 172,000 people had expressed support. “I don’t understand why the harshness, the beatings,” posted Sofie Muhammad. “The crowd didn’t even throw stones at the shops. Why is the government afraid? All we want is free elections.” Videos were also recorded by protesters. Marimuthu Manogaran of the Democratic Action party, representing the ethnic Chinese minority, said many of the protesters were “first timers”. “Young people [are] coming out there to demand their rights … and I think that is a good sign for Malaysia,” he told Luke Hunt of the Diplomat. Another report, denied by police, said a hospital where protesters had taken refuge was attacked by security forces – an incident akin to events in Bahrain earlier this year. Appalled by the behaviour of police and federal reserve unit special forces, Bersih 2.0, the opposition “coalition for clean and fair elections”, called for a royal commission of inquiry and vowed to continue its reformasi campaign, come what may. Anwar Ibrahim, the veteran opposition leader endlessly persecuted by successive governments on trumped-up sodomy charges (he is due in court again next month), was among those injured. He said later the government had lost the people’s confidence and more street protests were inevitable. “We will have to pursue free elections inside and outside of parliament,” he warned. Far from admitting fault, Najib has threatened more strong-arm tactics if the demos continue. “Don’t doubt our strength. If we want to create chaos, we can. Umno has 3 million members. If we gather 1 million members, it is more than enough. We can conquer Kuala Lumpur,” he said. Such threats seem ill-advised. When elected in 2009, Najib promised to bridge Malaysia’s political, ethnic and religious divisions. Now he’s in danger of exacerbating them, as his old boss, Malaysia’s founding father Mahathir Mohammed, suggested in a recent interview. Malaysia is not on the verge of revolution, hibiscus-coloured or otherwise. Relatively speaking, it is more stable, homogenous and prosperous than other Muslim or Arab countries currently experiencing popular turmoil. But it is not politically immune to the international zeitgeist, any more than its economy is immune to global trends. This latter consideration explains why Najib is in London. And it gives Cameron and other European leaders leverage should they choose to use it. Malaysians need only look north to see how Thai voters defied the political-military establishment and voted in a leader of their choice. When Burma’s Aung San Suu Kyi speaks of the twin imperatives of freedom and democracy, she speaks for an entire region. And if Malaysians look south to Singapore or east to Hong Kong, they see entrenched ruling elites under determined challenge by activists emboldened by the spirit of change. Malaysia’s leaders should wake up and smell the coffee. Led intelligently and openly, Malaysia could be a paradigm for south-east Asia. Led repressively, it could fall apart. Najib must get on the right side of history. The Mubarak model doesn’t work. |
Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu / Kelantan Posted: 13 Jul 2011 07:32 PM PDT DEMI RAKYAT 15 Julai 2011 (Jumaat) Program 1 – Besut, Terengganu 9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat Lokasi : – Kampong Amir , Alor Lintang, Besut Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Azan Ismail 3. YB Khalid Samad Program 2 – Tanah Merah, Kelantan 9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat Lokasi :- Padang Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan Penceramah: 1. YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat 2. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 3. YB Saifuddin Nasution 4. YB Husam Musa 5. YB Amran Abdul Ghani |
Bersih 2.0: Human Rights Watch Gesa Putrajaya Adakan Siasatan Terbuka Posted: 13 Jul 2011 06:49 PM PDT Kerajaan Malaysia perlu mengadakan sisasatan yang telus dan terbuka dengan segera mengenai dakwaan penggunaan pendekatan keras dalam menangani perhimpunan anjuran Bersih 2.0 Sabtu lalu, kata badan pemantau antarabangsa Human Rights Watch hari ini. Timbalan pengarah rantau Asia Human Rights Watch, Phil Robertson, berkata pentadbiran Najib juga sewajarnya menghentikan segala bentuk ugutan dan tindakan menakut-nakutkan pihak penganjur, dan pada masa yang sama membebaskan kesemua mereka yang ditahan. "Tindakan pihak berkuasa menghalang perhimpunan Bersih menunjukkan bahawa kebebasan asas kini bertembung dengan kuasa pemerintah," kata Robertson sambil menambah bahawa kerajaan tidak menghormati ruang hak asasi. "Nampaknya di Malaysia, kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan hanya dibenarkan apabila mereka (peserta perhimpunan) menyokong pihak kerajaan," kata beliau dalam satu kenyataan. Selepas kerajaan tidak berkompromi dengan hasrat penganjur mahu menggunakan Stadium Merdeka, penyokong-penyokong Bersih 2.0 turun di jalan untuk mengadakan perarakan aman ke stadium tersebut. Bagaimanapun pihak polis menyambut mereka dengan air berasid dan gas pemedih mata selain menahan 1,697 orang. Selain itu pihak polis juga masih menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia di bawah Ordinan Darurat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan polis manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (gambar) pula menafikan pasukan polis yang menyerang peserta terlebih dahulu. Pada Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengugut untuk menggambil tindakan ke atas media domestik dan antarabangsa atas alasan laporan-laporan yang tidak berasas. Menurut Robertson, janji kerajaan Malaysia untuk memenuhi obligasi antarabangsa sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB berhadapan dengan ujian sejak kebelakangan ini. "Rakan-rakan antarabangsa Malaysia perlu memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa beliau sedang menerajui negara di laluan yang salah," katanya lagi. |
Selangor Tolak Diskriminasi Gender Posted: 13 Jul 2011 06:41 PM PDT Kenyataan Media Selangor Tolak Diskriminasi Gender Kerajaan Negeri Selangor bersikap tidak toleran terhadap diskriminasi gender. Ciri masyarakat madani yang berintipatikan layanan yang saksama berasaskan perlembagaan adalah pengiktirafan terhadap hak seseorang individu, tanpa mengira lelaki ataupun wanita. Justeru, Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik keputusan Hakim Zaleha Yusof di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 Julai 2011 yang memberikan keadilan kepada Noorfadilla Ahmad Saikin dalam kes diskriminasi gender yang mana telah ditarik balik tawaran pekerjaan sebagai guru sandaran tidak terlatih kepada beliau pada tahun 2009 lalu atas alasan hamil. Ia adalah kes dan keputusan mahkamah yang julung kali berlaku dan menandakan era baru dalam lembaran hak asasi manusia, khususnya dalam keadilan dan kesaksamaan gender di Malaysia. Kerajaan Selangor akan mengamati implikasi terhadap keputusan mahkamah tersebut dengan hemat. Pimpinan dan kakitangan Kerajaan Negeri juga akan meningkatkan ketelitian dan pendekatan menyeluruh dalam semua urusan dan urus tadbir Kerajaan Negeri dengan sentiasa mengambil kira perspektif gender supaya sama sekali tidak mendiskriminasi mana-mana wanita. Wanita berhak mendapat ganjaran, akses kepada peluang-peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat secara adil dan saksama. Aduan mengenai kes diskriminasi gender ini telah dibuat secara rasmi oleh Noorfadilla kepada Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita pada 20 Jun 2011 yang lalu. Kerajaan Negeri akan memberikan perhatian berat terhadap sebarang aduan diskriminasi gender yang telah berlaku dan akan membantu mangsa dengan cara yang terbaik dan berterusan. Selain itu, langkah-langkah mengukuhkan sikap menolak diskriminasi gender dan menyuburkan keadilan untuk semua akan dilaksanakan secara berterusan menerusi proses sosialisasi dan penggubalan enakmen-enakmen yang berkaitan serta mewujudkan mekanisme yang sesuai bagi memantau insiden diskriminasi gender di negeri Selangor. YB Puan Rodziah Ismail |
Doktor Bidas Polis Kerana Serangan di Hospital Posted: 13 Jul 2011 09:42 AM PDT Malaysiakini Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung ‘serangan polis’ ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital. Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang. Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang. Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia. “Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air," kata mereka. Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu. Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar. Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan. Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri. Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan. Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. “Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka. Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku. [Baca berita penuh] |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan