ZULKIFLI BIN NOORDIN |
Posted: 21 Jun 2011 07:38 PM PDT (Petikan pidato pelancaran Gerak Aman di Dewan Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur pada hari Ahad 17 Rejab 1432 / 19 Jun 2011) KOTOR 2: POLITIK JALANRAYA Kalau benar tak bersih bagaimana mereka menang 5 negeri nafikan dua pertiga majoriti boleh jadi montori besau laie! Kalau benar tak bersih letak lah jawatan bubarkan dewan biar rakyat tentukan! Diberi stadium tidak mahu appointment dengan Istana langsung tiada yang tahu SPR ajak bincang ditolak tanpa malu Apa niat mereka? Mahu berhimpun dijalanraya mereka tidak berminat dengan pilihanraya tetapi politik rimba dijalanraya biar berlaku rusuhan lagi bagus ada tangkapan dan tembakan lalu mereka akan melaung melolong ini kerajaan zalim perlu dijatuhkan dataran tahrir mahu di ulangkan taktik rusuhan mahu diciplakkan agar hanyir DNA bisa tenggelam agar jam Omega tidak kedengaran agar China-doll dilupakan karung kunyit Saiful dikambuskan mahu saja Eskay dihapuskan dan videoklip dipadamkan agar belalai terus bisa memuntahkan! Kita menentang bukan kerana mereka Hindu! Kita menentang bukan kerana mereka Melayu! Kita menentang bukan kerana mereka Cina, Kadazan atau Bidayuh! Kita menentang bukan kerana keagamaan, atau api-api perkauman Tetapi kita menentang mereka kerana mereka pengkhianat & petualang yang mahu memporak-perandakan negara meliwat keamanan kaum berbilang merakus Putrajaya secara haram! bila rusuhan Melayu pasti kesusahan bila kekacauan Cina pasti keperitan bila gangguan India pasti kedukaan ini bukan soal agama atau perkauman tetapi soal keamanan & keselamatan bangkitlah rakyat tentanglah petualang bangunlah umat cegah kemungkaran bangunlah Melayu suarakan bantahan bangunlah Cina pertahankan keharmonian bangunlah India pastikan keamanan jangan dibiar para petualang jangan dibenar politikus jalang menyepak terajang tamadun yang cemerlang negara yang terbilang Bersatu rakyat berpadu umat menghapuskan maksiat menentang politik lalat jangan biar diri diperalat oleh pendendam kesumat politikus musibat! Zulkifli Bin Noordin Rabu 20 Rejab 1432 22 Jun 2011 *videoklip diatas dipetik daripada www.darulehsan.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan