Selasa, 21 Jun 2011

Siti Zailah | Home

Siti Zailah | Home


RM 35 ,000,000 UNTUK GIRN

Posted: 21 Jun 2011 01:54 AM PDT

SEBANYAK RM 35 JUTA UNTUK MENAMPUNG PERLAKSANAAN GOVERNMENT INTEGRATED RADIO NETWORK(GIRN)
SEBANYAK RM 19,683,200 UNTUK MEMBIAYAI PENUBUHAN AEROSTRUCRE MANUFACTURING INNOVATION CENTRE ( AMIC)
SEBANYAK RM 7,500,000 UNTUK MENAMPUNG PERKHIDMATAN SOKONGAN ICT SEKTOR AWAM DAN PENYELENGARAAN PERKAKASAN ,PERISIAN DAN APLIKASI PRISMA.
SEBANYAK RM 4,700,000 UNTUK MENAMPUNG PENUBUHAN NATIONAL COMMUNICATION TEAM (NCT)

RM 1,000,000 UNTUK SIASAT KES KEMATIAN TEOH BENG HOCK

Posted: 21 Jun 2011 01:46 AM PDT

SEBANYAK RM 1 JUTA,TELAH DIPERUNTUKAN UNTUK MENAMPUNG KOS PENUBUHAN SURUHAN JAYA SIASATAN KEMATIAN TEOH BENG HOCK.BELUM SEMPAT LAGI SIASATAN TEOH SELESAI,AHMAD SABRINI PULA MATI DIBANGUNAN SPRM.APAKAH PERLU PERUNTUKKAN RM 1 JUTA LAGI LEPAS INI?.INILAH PELIKNYA SISTEM PENTADBIRAN DIMALAYSIA.KALAU ADA LAGI YANG TERJUN BANGUNAN SPRM ,BETAPA BANYAK WANG NEGARA KITA DIHABISKAN UNTUK MEWUJUDKAN SURUHAN JAYA SIASATAN ?

RM 5 JUTA UNTUK PROJEK BANCI PENDUDUK

Posted: 21 Jun 2011 01:31 AM PDT

SEBANYAK RM 5,000,000 UNTUK MENAMPUNG KEKURANGAN PERUNTUKKAN EMOLUMEN KAKITANGAN KONTRAK BAGI PROJEK BANCI PENDUDUK TAHUN 2011.BAYANGKAN BERAPA PERUNTUKKAN WANG NEGARA DIBELANJAKAN UNTUK DAFTAR PEMILIH SPR (SURUHAN JAYA PILIHAN RAYA).SEBAB ITULAH KITA MENCADANGKAN AGAR PENDAFTARAN OTOMATIK DAFTAR PEMILIH DILAKSANAKAN DIMALAYSIA.

RM 66 JUTA PERUNTUKKAN TAMBAHAN UNTUK KENAIKAN ELAUN IMAM DAN GURU TAKMIR

Posted: 21 Jun 2011 01:24 AM PDT

SEBANYAK RM 66 JUTA RINGGIT UNTUK MENAIKAN ELAUN IMAM DAN GURU TAKMIR,INI MEMBUKTIKAN BAJET TAMBAHAN INI BAJET PILIHANRAYA.UMNO DAN BN AKAN KELABUI HATI PARA IMAM DENGAN HABUAN ELAUN NAIK.HARAP ORANG YANG ADA ILMU ,ADA JATI DIRI.INI SEMUA ADALAH UJIAN,SEJAUH MANA KEFAHAMAN DAN KESEDARAN MEREKA.JANGAN KERANA GAJI ,PRINSIP UGAMA TERGADAI....

TAJUK :*Rezab Minyak Malaysia Yang Semakin Kehabisan Menandakan Malaysia Sedang Menuju Bangkrupsi*

Posted: 21 Jun 2011 01:03 AM PDT

Pendedahan terbaru "Wikileaks" menaqal kenyataan salah seorang Ahli Lembaga
Pengarah PETRONAS yang bernama Mohd Azhar Osman Khairuddin amat merisaukan.

Antara pendedahan yang dibuat adalah:

1. 45% dari perbelanjaan kerajaan Malaysia adalah bergantung kepada hasil
minyak
2. Rezab minyak di Malaysia sudah menuju kepada kehabisan di mana setiap
tahun produksi minyak Malaysia berkurang 10% dari tahun yang sebelumnya.

Pihak Dewan Muslimat sungguh terkejut di atas pendedahan ini. Ini kerana
pendedahan ini menandakan ekonomi Malaysia sedang menuju kebankrapan ala'
Greece.

Kebergantungan kerajaan Malaysia yang sangat besar kepada hasil minyak di
dalam perbelanjaan pentadbiran kerajaan adalah penanda betapa UMNO dan
Barisan Nasional telah gagal mempelbagaikan ekonomi Malaysia.

Seharusnya kebergantungan hasil minyak ini tidak patut melebihi 20% dari
hasil petroleum dan galian negara. Itupun terhad kepada memberi subsidi
kepada rakyat Malaysia yang memerlukan subsidi tersebut. Bukan untuk tujuan
pembangunan ataupun pembinaan.

Tetapi, Malaysia terpaksa memberi hampir separuh dari perbelanjaan kerajaan
kepada hasil Petroleum negara. Ini adalah bukti betapa kerajaan UMNO dan
Barisan Nasional tidak mampu mentadbir ekonomi negara dengan baik dan
efisyen.

Jelas, amalan rasuah dan kronisma yang menjadi amalan biasa UMNO dan Barisan
Nasional sedang dan akan menjadikan Malaysia sebuah negara bangkrap apabila
hasil minyak kita habis nanti.

Apa akan jadi kepada masa depan anak cucu kita. Dewan Muslimat PAS
berpendapat seharusnya, hasil petroleum mestilah di simpan di dalam sebuah
tabung untuk kegunaan anak cucu kita di masa hadapan. Seharusnya kerajaan
Malaysia mengikut contoh kerajaan Norway yang menyimpan sepenuhnya hasil
petroleum mereka di dalam Tabung Pencen Norway *("Statens pensjonsfond
utland, SPU")*

Namun, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak bijak serta tidak mampu
mentadbir ekonomi Malaysia dengan baik sehingga ke tahap ekonomi Malaysia
sekarang ini di ambang bankrupsi.


Sekian

Siti Zailah Mohd Yussof

TAMBAHAN SEBANYAK RM 11,305,000 UNTUK PENYELENGGARAAN BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA

Posted: 21 Jun 2011 12:53 AM PDT

BANGUNAN PARLIMEN AKAN DIBAIK PULIH YANG PERUNTUKKANNYA ADALAH RM 22 JUTA,TAPI DEWAN DIMAKLUMKAN BAHAWA KOS SEBENAR BELUM DAPAT DIPASTIKAN,MENGIKUT NILAIAN KONTRAKTOR YANG BERTANGGUNGJAWAB.DISINI JELAS MEMBUKTIKAN KETIDAKTELUSAN SISTEM PENGURUSAN WANG NEGARA YANG AKHIRNYA AKAN MEMBAWA KETIRISAN .

RM20 JUTA PERUNTUKKAN PENSTABILAN TEBING SUNGAI GOLOK

Posted: 21 Jun 2011 12:37 AM PDT

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR ,MENYATAKAN BAHAWA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN AKAN MENERUSKAN KERJA PENSTABILAN TEBING SG GOLOK DIBAWAH ROLLING PLAN PERTAMA RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMK10) DENGAN PERUNTUKKAN SEBANYAK RM 20 JUTA.KERJA KERJA MENSTABILKAN SG GOLOK INI MELIBATKAN KAWASAN KAWASAN SEPERTI BERIKUT.
1.KG LALANG PEPUYU TANAH MERAH
2.KG NIBONG TEBAL TANAH MERAH
3.KG LUBOK SETOL FASA 2 PASIR MAS
4. KG PENGKALAN BEMBAN PASIR MAS
5. KG SIMPANGAN -KG TUALANG TUMPAT

BAHAS AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN 2011 DIBAWAH MAKSUD B48

Posted: 20 Jun 2011 03:12 AM PDT

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

TERIMA KASIH TUAN YANG DIPERTUA KERANA MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA UNTUK SAMA-SAMA MEMBAHASKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN 2011 YANG MELIBATKAN KOS RINGGIT 13 BILION 186 JUTA 713 RIBU RINGGIT.

TAMBAHAN RM13 BILION INI MERUPAKAN TAMBAHAN PERUNTUKAN KALI KE3 DAN MELONJAKKAN PERUNTUKKAN NEGARA KE RM175 BILION, MENYEBABKAN DEFISIT BELANJAWAN NEGARA SEMAKIN TINGGI, HUTANG NEGARA SEMAKIN MENINGKAT.

SAYA MENGHARAPKAN APA PUN YANG KERAJAAN RANCANG, KEBAJIKAN RAKYAT, KEPENTINGAN RAKYAT JANGAN BEBANKAN RAKYAT DENGAN BARANG MAHAL, TINDAKAN SEGERA PERLU, KURANGKAN BEBAN RAKYAT DENGAN TURUNKAN HARGA BARANG.

SAYA INGIN MENYENTUH B48, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT YANG MENDAPAT TAMBAHAN RM456,750,000 UNTUK
MENAMPUNG BAYARAN KEBAJIKAN DARI BULAN OGOS HINGGA DISEMBER 2011.

SAYA INGIN PENJELASAN, KENAPA UNTUK EMPAT BULAN, PERLU PERUNTUKAN LEBIH DARI RM458 JUTA, APAKAH INI BAJET KEBAJIKAN UNTUK PRU 13. APAKAH BAJET KEBAJIKAN YANG AWAL HANYA SETAKAT BULAN JULAI. SAYA MENDAPAT MAKLUAMAT DARI JAWAPAN PARLIMEN BAHAWA PADA TAHUN 2010, JUMLAH SENARAI KELUARGA MISKIN YANG DIKELUARKAN DARI SENARAI MISKIN SELURUH NEGARA ADALAH 118,345 KES. JADI SEPATUTNYA BELANJA NEGARA SEMAKIN JIMAT!.

Tiada ulasan:

Nuffnang