Selasa, 21 Jun 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


BERSIH 2.0, PDRM Akur Perintah Siapa?

Posted: 21 Jun 2011 12:22 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
NEGERI SELANGOR
21 JUN 2011

BERSIH yang merupakan Jawatankuasa Bertindak bersama bagi reformasi sistem pilihanraya akan mengadakan ‘Walk for Democracy’ pada 9 Julai 2011. KEADILAN Selangor, inshallah akan bersama sama kebangkitan rakyat seluruh negara ‘berjalan untuk demokrasi dan keadilan’
demi rakyat Malaysia.

Kejayaan BERSIH pada 10 November 2007 menjadi pemangkin kepada usaha Jawatankuasa Bertindak untuk melancarkan BERSIH 2.0 yang membuat tuntutan kepada penambahbaikan, bahkan juga pemulihan sistem pilihanraya Malaysia yang nyata kotor dimanipulasi oleh parti pemerintah.

Antara 8 perkara tuntutan BERSIH 2.0 adalah penyemakan semula daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, pemansuhan sistem pengundian pos dan akses media yang adil kepada semua parti bertanding. Kalaupun ini merupakan tuntutan asas yang bakal mencerminkan semangat di dalam Perlembagaan Malaysia, namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih gagal memenuhi, hatta satu pun tuntutan BERSIH ini. Alasan keperluan meminda perlembagaan bukan alasan terbaik oleh SPR, ‘hendak seribu daya’ wajar di dalami mereka dari ‘seribu daleh’ yang mengesah ‘cop mphor’ SPR adalah antara ‘alat kawalan’ pemerintah di Putrajaya. Jika alasan pindaan itu yang menjadi masalah, ayuh kemukakan supaya anggota Dewan Rakyat boleh berbahas dan membuat keputusan.

KEADILAN Selangor tegaskan soal reformasi terhadap sistem pilihanraya Malaysia penting bagi pembinaan negara yang di hormati masyarakat dunia. Di atas semangat Perlembagaan Negara, KEADILAN Selangor nyatakan komitmen dan sokongan padu kepada Himpunan Rakyat BERSIH 2.0 ini.

KEADILAN Selangor akur pada saranan peringkat pimpinan pusat yang menggesa semua pimpinan peringkat Cabang dan akar umbi untuk siap sedia mengemudi gerakan rakyat dalam himpunan aman terbesar di Kuala Lumpur nanti. Penglibatan KEADILAN Selangor secara langsung dalam BERSIH 2.0 ini akan membuktikan perjuangan parti dalam mengangkat nilai luhur demi menegakkan keadilan.

Cukuplah dengan bantahan demi bantahan oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang dipandang ringan oleh SPR yang nyata tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas dan tidak berpihak.

Kali ini KEADILAN Selangor yakin BERSIH 2.0 akan tetap diteruskan oleh rakyat biarpun pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sudah mengeluarkan arahan untuk tangkapan pencegahan. Peleknya, pihak yang mengedarkan video lucah dibiarkan bebas lepas, manakala yang berjuang demi hak rakyat di ancam untuk di tangkap!

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Dato’ Seri Khalid Abu Bakar yang mengugut rakyat supaya tidak menyertai himpunan aman BERSIH ini menunjukkan betapa tidak profesionalnya beliau dalam mengeluarkan kenyataan sedangkan tugas PDRM sewajarnya mengawal keselamatan supaya himpunan rakyat ini tidak disabotaj oleh pihak yang mengamal politik sempit dan cuba menimbulkan kekacauan. Dimanakah maruah PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang yang sewajibnya memahami hak rakyat untuk berhimpun? Arahan siapakah yang di ikuti PDRM? Jika benar Polis sebuah organisasi bebas, kenapa Ibrahim Ali dibiarkan sewenang wenangnya?

KEADILAN Selangor tegaskan, tidak boleh lagi rakyat negara ini diugut, diperlakukan bagaikan pesalah oleh PDRM sedangkan negara ini terbina kerana kepedulian rakyat pada demokrasi atas kefahaman pada Perlembagaan Negara. Mana mungkin perhimpunan rakyat yang mahu membuat tuntutan asas terhadap pemulihan Sistem Pilihanraya dianggap sebagai kesalahan jenayah oleh PDRM sedangkan pengedar vcd porno masih lagi bermaharajalela menabur fitnah jahat VCD saban hari?

Faktor keselamatan negara yang cuba dibangkitkan oleh menteri di Kementerian Dalam Negeri juga tiada asas kerana sejarah telah membuktikan bahawa himpunan aman oleh rakyat menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam meraikan demokrasi. Keselamatan UMNO BN sahaja yang dikira terjejas atas kesedaran rakyat ini!

KEADILAN Selangor memandang tindakan beberapa pihak dan jabatan yang memberikan kad pengenalan kepada warga asing merupakan isu keselamatan negara yang lebih berat dan atas sebab itulah BERSIH 2.0 sewajibnya disokong tanpa belah bahagi.

Kecelaruan yang ditimbulkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin yang cuba menjadi hero untuk menimbulkan provokasi murahan dengan menyatakan Pemuda UMNO turut berhimpun di himpunan BERSIH sedangkan beliau sendiri mendapat bangkangan keras dari Dato Seri Hishamudin Hussein. Khairi di amaran akan menerima akibat dari keputusan Pemuda UMNO untuk turut serta dalam himpunan BERSIH ini. Secara tak langsung ini menunjukkan behawa Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin secara terang-terangan ditolak oleh kepimpinan atasan UMNO jika tidakpun ia sebahagian dari ‘drama minggu ini’ yang diarahkan oleh ‘Director PERKASA’, Ibrahim Ali.

Kenyataan dangkal Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin yang telah mengatakan perhimpunan BERSIH ini perhimpunan haram dan cuba menjatuhkan BN adalah satu kenyataan ‘turun taraf’ oleh Ketua UMNO Cawangan saja layaknya. Ini merupakan pandangan yang ultra-partisan dari seorang yang sepatutnya ‘ada suara’ menilai semula tahap efisyensi Suruhanjaya Pilihanraya dan memandang serius tuntutan BERSIH memandangkan beliau berada dikedudukan selaku Timbalan Perdana Menteri. Nyata Muhyidin ‘kecut perut’ dengan kebangkitan rakyat kali ini.

KEADILAN Selangor memberi komitmen akan turun dibarisan hadapan bersama pimpinan BERSIH 2.0 sebagaimana yang telah disepakati dalam Konvensyen Pilihanraya ahad lepas. Apa jugalah amaran yang dikeluarkan baik oleh Menteri KDN mahupun PDRM, KEADILAN Selangor akan tetap membantu himpunan aman ini dan akan mengarahkan semua ahli akar umbi untuk turun beramai-ramai.

Segala macam ugutan dan tafsiran ‘zaman batu’ oleh PDRM, Muhyidin, Hisyammudin maupun PERKASA berhubung semangat perlembagaan yang membenarkan perhimpunan aman rakyat ini, tidak akan diendah oleh KEADILAN Selangor.
Rakyat sudah bersedia dan tidak akan berundur. Ia adalah soal keupayaan PDRM untuk memahami dengan sejujurnya himpunan ini yang mahu menghantar memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong demi pilihanraya yang adil dan bersih.

PDRM sewajarnya mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan rakyat pada 9 Julai ini dan bukan dengan tindakan provokasi menyembur gas pemedih mata pada rakyat yang berhimpun aman! Jika ugutan ini diteruskan dengan tindakan, KEADILAN Selangor percaya kebanyakan rakyat sudah bersedia menghuni penjara. Waktu itu api semangat jihad menegakkan keadilan, tidak akan dapat di padam lagi hatta dengan ratusan ‘water cannon’ di depan mata!

PDRM, adilah dimata rakyat sebelum lakukan sesuatu!

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor /
Adun Sri Muda

Rakaman Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Di Konvensyen Pilihanraya KEADILAN

Posted: 20 Jun 2011 11:56 PM PDT





For Razak Baginda, The Altantuya-Scorpenes Story Is Far From Over

Posted: 20 Jun 2011 11:33 PM PDT

From Malaysia Chronicle

Razak Baginda is a hard man to find.

His controvesial acquittal from abetting the Altantuya murder came after a prolonged murder trial and almost two years after being arrested at his office.

Walking out from the courtroom a free man, he quietly relocated to the United Kingdom to continue his studies and since then has remained out of the public's eye.

He last surfaced in Singapore on April 19th, 2010 when giving a talk on the Islamic Caliphate at Nanyang Technical University to a group of 40 participants.

Other than this event, he has remained out of sight with many speculating that he has chosen to reside in the UK although he may just be keeping his head down in Kuala Lumpur, where he has lived for decades.

But all that lying low may come to an end soon as the French investigators have shown interest in his role in the RM7 billion purchase of Scorpene submarines from French firm DCN.

One of the key holders

There is also the matter of alleged irregularities in the payment of a RM570 million ‘support services deal’ to Perimekar, a company linked to Baginda.

So far in replies to Parliament, the Malaysian government has insisted it was not a kickback to Perimekar for clinching the order but for "co-ordination and support services". Presumably, it related to the submarines although Perimekar has no known record of such high-tech expertise.

Baginda is definitely one of those holding the keys to Najib Razak's survival. If ever Baginda chooses to come forward to tell his side of the story, what a moment that would be for Malaysia.

Statements by private investigator P Balasubramaniam to the French financial police have painted a picture of the involvement of several military personel in the Altantuya murder.

In the course of the interview, two new names also surfaced — Malaysians identified as Major Rahim and Abdul Rahim bin Saad. What roles do the two Rahims have in the murder is still unclear, but it is a more than fair assumption that Baginda would be in the know.

Global stage

So all eyes are now shifting to Razak Baginda once again. He has been adamant in professing his innocence of the murder. Yet his link to Altantuya can never be denied.

Baginda even hired Bala to keep her from harassing his family. So while Baginda may have been just as surprised that those more ruthless and with more at stake than him had chosen to cold-bloodedly order her killing, he knows who they are.

By not revealing the truth, is Baginda not just as guilty of abettment as picking up the phone and saying ‘do it, men’.

For a man of his learning and capability, it is a shame to choose to err on the side of the dark. Hopefully, one day, he will step out into the light and tell all to the world – for Altanutya is no longer just another sordid Malaysian murder and corruption case, but has gained a global stage.

From the world of academia to switching corpses

Baginda graduated with a Bachelor's degree in politics and government from London’s City Polytechnic in 1982, and gained a master’s degree in War Studies at King’s College London in 1984. He is certainly no idiot.

A smart man with dashing good looks, he returned to Malaysia in 1988, joined the Malaysian Armed Forces Defense College as a lecturer and eventually became head of strategic studies. In 1993, he formed a think-tank called the Malaysian Strategic Research Centre, which is based in Kuala Lumpur.

His abilities put him in the front-row seat to be advisor to the then-Defence Minister Najib Razak and eventually as lead negotiator for the purchase of military equipment from France.

With so much going for him, it is not impossible for Baginda to issue a "kill" order to Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar, the former bodyguards to Najib and Rosmah who have been sentenced to hang for her death.

Certainly, Baginda’s wife and family feared he might be made the scapegoat for Altantuya’s killing. It would have so easy for the real “killers” to have just shut the prison doors on him and let him suffer the same fate as the two cops, now on death row.

But as Baginda was acquitted, there is also widespread speculation backed by visual evidence that the two bodyguards might also be allowed to cheat death.

There is much speculation the highly odd way the police have always covered up the faces of Azilah and Sirul whenever they went to court was to enable them to eventually ‘escape’ and return to normal life, but under different identities. Other corpses would be used when the time came to hang them, so the macabre stories abound.

Whole truth or fatal mistake

Why do these 3 men – Baginda, Azilah and Sirul – hold so much ‘power’? Who or what is protecting them?

Why haven’t the real “killers” opted to throw these three men to the gallows and in this way forever keep their secrets hidden? Is it because the trio has made sure that in the event the worst happened to them, ‘information would leak out’.

It would be Baginda’s ‘information’ that would be the most damaging, of course. No surprises, the French investigators would put him top on their list of witnesses. But will he go?

It is anyone’s guess what Baginda will do. If he does decide to travel to Paris, what will he tell French? Would the link to Najib and all its ramifications finally come to light? Will Baginda tell the whole truth and nothing but the truth?

Or will he choose to continue riding on his current and extremely comfortable lifestyle – secure in the knowledge that what he knows puts him out of the reach of the powers that be in Malaysia? Sad to say, that may eventually prove to be his fatal mistake.

99% Support For Bersih Rally In ‘Star’ Poll

Posted: 20 Jun 2011 11:13 PM PDT

From Malaysiakini

A staggering 99 percent of slightly more than one million respondents in a poll by The Star Online have indicated support for the Bersih 2.0 rally on July 9.

The actual number of respondents cannot be confirmed as the poll was taken down about noon today.

According to a screen capture taken by a Facebook user, the number of respondents had hit 1.3 million at 12.25pm from 527,330 recorded at 6.11am today, according to a Google Cache snapshot of the website.

To the question ‘What is your view on the proposed Bersih 2.0 rally on July 9?’, 1,312,917 respondents answered ‘It should be allowed to go on’ as at 12.25pm.

The other option – ‘It should be cancelled’ – was selected by 14,222 respondents.

The poll was discussed with great interest by users of the Curi-curi Wang Malaysia Facebook page, which was set up recently in protest against Tourism Malaysia for spending RM1.8 million on a social media campaign.

However, jubilance turned to scorn when they realised that the poll had been taken down.

Twists and turns

The Bersih 2.0 rally seeks to create awareness for meaningful reform to the electoral system and will petition for intervention by the Agong.

Government officials have claimed that the electoral system is not flawed and accused opposition parties of masquerading in the guise of a NGO coalition to stoke public anger.

The Election Commission (EC) claimed that it has been made a scapegoat in the matter, but offered a dialogue with Bersih 2.0 if it calls off the rally.

However, Bersih 2.0 yesterday maintained that it will proceed with the rally as previous meetings with the EC had come to naught.

Bersih 2.0 is also challenging the EC to reveal the list of recommendations submitted to the federal government to improve the electoral system.

MAP: Jayakan BERSIH, Heret Ibrahim Ikut Akta Hasutan

Posted: 20 Jun 2011 10:57 PM PDT

Dari Malaysiakini

NGO, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) menggesa semua pihak supaya bersama menjayakan perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang akan diadakan pada 9 Julai nanti.

Timbalan Presiden MAP, Zulkifly Ibrahim (kiri) berkata perhimpunan aman itu dibenarkan oleh perlembagaan negara.

Merujuk kepada perhimpunan BERSIH 1 sebelum ini, beliau berkata tiada kekecohan ketenteraman awam dan perhimpunan itu berjalan dengan baik dengan memorandum berkenaan berjaya diserahkan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

"Kepada pihak berkuasa, terutama polis yang menguatkuasakan undang-undang, hendaklah menghormati dan melaksanakan seksyen 27 Akta Polis, mengawal selia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang bertujuan menjayakan objektif kebebasan bersuara dan bukannya menghalang kebebasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Zulkifly, adalah tidak wajar bagi bagi Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang pada 15 Jun lalu mengugut rakyat bahawa tangkapan pencegahan akan dibuat sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 diteruskan.

Katanya, Perkara 10 dalam perlembagaan jelas menunjukkan jaminan terhadap hak asasi warganegara untuk berhimpunan secara aman.
Agenda buat kekacauan

Mengulas kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi bermesyuarat dengan BERSIH, Zulkifly berkata ia sangat dialu-alukan.

Justeru, katanya tuntutan Bersih 2.0 terhadap lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor hendaklah diterima.

"Tuntutan ini sebenarya sudah disuarakan sejak sekian lama. Oleh kerana SPR tidak menghiraukan tuntutan ini, BERSIH melanjutkan perhimpunan ini sebagai manifestasi kegagalan SPR melaksanakan proses demokrasi di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, MAP kata Zulkifly membidas sikap presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengarahkan ahlinya menghalang perhimpunan BERSIH.

"Ini adalah satu agenda untuk membuat kekacauan di negara ini.

"Amaran Ibrahim supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan bersifat perkauman, menghasut dan berbahaya," katanya.

Sehubungan itu, Zulkifly bersetuju dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya tindakan perlu dikenakan ke atas Ibrahim kerana amaran berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada negara.

Katanya, Ibrahim perlu disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana sebelum ini banyak kenyataannya terlalu berbaur perkauman yang tinggi.

"Kenyataan dan tindakan ini jelas menimbulkan satu ancaman kepada keselamatan negara," katanya.

PERKASA perlu belajar

Tambahnya, MAP menyaran PERKASA supaya belajar memahami perlembagaan persekutuan yang membenarkan perhimpunan dan kebebasan bersuara.

Beliau berkata tindakan Pemuda Umno pula kononnya untuk mempertahan SPR merupakan suatu tindakan yang dangkal.

"Pemuda Umno jangan terus mewarisi sikap pemimpin dan ahli-ahli Umno yang sentiasa mempertahankan kemungkaran dan penyelewengan.

"Sebaliknya Khairy dan pemuda Umno hendaklah menunjukkan sikap yang berani menegur kelemahan kerajaan termasuk SPR sekiranya pemuda Umno berhasrat menjadi pemimpin pelapis di negara ini," katanya.

Menurut Zulkifly, semua NGO yang membuat laporan polis untuk menyekat perhimpunan BERSIH juga hendaklah mempunyai kematangan dalam tindakan mereka.

"NGO-NGO berkenaan jangan menjadi budak suruhan kepada Umno dan pemerintah sebaliknya secara terbuka mereka wajar menghormati hak asasi warga negara Malaysia untuk berhimpun secara aman.

"Semua pihak diseru supaya menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 ini dengan semangat muafakat dan menunjukkan sikap bertamadun demi rakyat dan kelangsungan maruah negara di mata dunia," katanya.

Skandal Scorpene: Peguam Perancis di Kuala Lumpur 20-24 Julai

Posted: 20 Jun 2011 08:01 PM PDT

Dari Keadilan Daily

Peguam Perancis yang mengendalikan skandal Scorpene yang difailkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Mahkamah Perancis, akan tiba di Kuala Lumpur pada 20 hingga 24 Julai ini.

Kedatangan mereka ke negara ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang siasatan kes itu.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel memaklumkan KeadilanDaily.com sewaktu ditanya tentang perkembangan terkini siasatan skandal Scorpene melibatkan pembayaran 'komisen' hampir RM500 juta kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Perimekar Sdn Bhd.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, syarikat kepunyaan kenalan rapat perdana menteri, Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak.

Menurut Cynthia, peguam dari Perancis, William Bourdon dijangka berada di Malaysia selama empat hari untuk memberi penerangan kepada Suaram dan juga orang ramai berhubung status terkini siasatan itu.

"Peguam Perancis yang menyiasat skandal Scorpene ini akan tiba lewat bulan Julai sekitar 20 hingga 24 Julai untuk memberi maklumat dan memaklumkan kita tentang perkembangan terbaru siasatan skandal Scorpene di Perancis.

"Beliau dijadual menyampaikan ucapan pada 21 Julai di Pulau Pinang dan 23 Julai di Kuala Lumpur. Di antara ahli politik yang sudah bersetuju untuk turut serta adalah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua," kata Cynthia.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Muslim Group Condemns Perkasa’s Racist Threats

Posted: 20 Jun 2011 06:15 PM PDT

From Malaysia Chronicle

An Islamic youth empowerment group has condemned the “inane behaviour” by several members of UMNO’s right wing offshoot Perkasa as well as the threat by its leader Ibrahim Ali over the weekend against the Chinese community.

In a statement expressing outrage over Ibrahim’s warning to Chinese to stay away from the July 9 rally called by electoral reform group Bersih, the Islamic Renaissance Front described the act of burning and stomping on pictures of Bersih chairperson Ambiga Sreenevasan as “extremely offensive”.

“The inane behavior of burning and stomping on pictures of BERSIH Chairperson Ambiga Sreenevasan was extremely offensive and disparaging. Furthermore to address her as ‘the Hindu woman’ is plainly rude and clearly depicted the insolent attitude of PERKASA's President himself,” said IRF director Dr Ahmad Farouk Musa (pic), who is part of Bersih’s steering committee.

Earlier, calling himself a “war general”, the Perkasa chief, who planned to gather his supporters for a counter rally hoping both groups would “clash”, raised the spectre of a racial riot should Bersih go ahead with its rally.

“If the Bersih rally is not cancelled… I believe the Chinese community will have to stock up on food.

"Yes, anything can happen. And so I ask the police to act and use whatever powers are at their disposal," he was quoted as saying.

The remarks drew immediate condemnation, including from UMNO Youth leader Khairy Jamaludin in a move seen to distance the wing from Ibrahim’s group, while PAS Youth, condemning the racist language used on Ambiga, pledged to protect participants at the rally from any harm caused by Perkasa.

Dr Farouk meanwhile reiterated that the rally was being called to bring about reform in the way elections were currently conducted.

“There has never been an equal playground and we are tired of seeing all sorts of political harassments. Not to mention of the obnoxious corruptions so prevalent as if it is a norm in our society,” he said, adding that the recent state election in Sarawak proved that none of Bersih’s demands had been met.

‘Storehouse of democratic ideas’

He also called on Muslims to voice out against corruption.

“To our Muslim brothers that wish to remain impartial and unmoved by the high-handed acts of contempt for democratic principles, we would like to remind them that their silence will embolden the corrupt despots and that no change will be seen if we just pray for change without any action on our part.

"Verily, God does not change men's condition unless they change their inner selves,” added IRF’s statement to Harakahdaily, quoting a verse from the Qur’an.

According to Dr Farouk, Muslim history was rife with instances of Islamic scholars speaking up against unjust leaders, resulting in many of them being imprisoned.

“The great founding jurists of the major schools of law in Islam adamantly protested against their own school being adopted as the state canon of their time. Many were imprisoned as a result of their criticisms against rulers of their time.

“We are the inheritors of this tradition, which provides today's Muslims with a storehouse of democratic ideas,” he stressed, and called on Malaysians to attend the rally “be it rain or shine”.

Rakaman Dato Seri Anwar Ibrahim Di Laman Demi Rakyat.

Posted: 20 Jun 2011 05:25 PM PDT

Rakaman ini diambil dari Laman Web Demi Rakyat:

http://www.demirakyat.org/

Tiada ulasan:

Nuffnang