Selasa, 21 Jun 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


KEPIMPINAN BAHARU PAS PERAK

Posted: 21 Jun 2011 04:28 AM PDT

PAS Perak selesai bentuk jawatankuasa

IPOH, 19 Jun: PAS Perak selesai membentuk Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Perak dengan beberapa perubahan bagi jawatan utama.
 
Ust. Abu Bakar Husain yang dilantik semula sebagai Pesuruhjaya selepas mesyuarat pertama AJK PAS Pusat pada 12 Jun lalu yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin kekal dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Bekas Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Ust. Misbah merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh.

Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) yang juga Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3.

Dr. Muhaimin Sulam pula dilantik sebagai setiausaha yang baru menggantikan Ust. Misbahul Munir Masduki . Perlantikan Dr. Muhaimin yang juga Yang Dipertua PAS Pasir Salak dibaratkan sebagai 'sirih pulang ke gagang' kerana beliau pernah menyandang jawatan berkenaan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak , Ust. Nuri Amin Endut dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS negeri yang baru mengantikan ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim Manakala Haji Osman Maseri dilantik sebagai bendahari.

Dua penolong setiausaha telah dilantik iaitu Ismad Sahril dan Puan Mazidah.

Haji Asmuni Awi kekal dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS negeri .

Beberapa orang ahli jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah ADUN Lubuk Merbau YB Haji Zainuddin Yusuf, Ust Sidik Noor, Mohd Azhar Rafiei, Muhammad K Y Tiang, Mohd Zamri Ibrahim, Khairul Anuar Ismail dan Puan Rosaini bt Ali.
( Sumber dari Facebook Ust. Misbahul Munir Masduki )

Tiada ulasan:

Nuffnang