念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang |
Posted: 04 May 2011 10:08 AM PDT Tempat: Jalan susur keluar dari Taman Cheras Jaya, Balakong ke Lebuhraya SILK. Pada 4 May 2011, Ahli Parlimen Serdang Saudari Teo Nie Ching, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Balakong Saudara Yap Lum Chin, Ahli MPKJ Saudara Lee Ah Seng, Tan Boon Wah bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Kejuruteraan MPKj serta wakil-wakil dari Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn Bhd telah melawat jalan susur keluar dari Taman Cheras Jaya Balakong ke Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) yang terbengkalai. Jalan ini sudah siap dibina sejak 10 tahun yang lalu tetapi masih belum mendapat kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia. Oleh yang demikian, jalan ini adalah tidak sah dari sisi undang-undang dan tidak dipantau serta tidak diselenggara oleh mana-mana pihak berkuasa. Kini, jalan susur keluar dari Taman Cheras Jaya Balakong ke Lebuhraya SILK ini telah menjadi tapak longgokan sampah serta tempat penjenayah menjalankan urusniaga bahan Dadah. Ramai pengguna jalan juga menggunakan jalan ini sebagai jalan pintas untuk keluar masuk Lebuhraya SILK. Ini adalah sangat membahayakan penghuni-penghuni kawasan tersebut serta pemandu-pemandu kereta yang mengambil jalan pintas. Menurut Saudari Teo Nie Ching, pihak MPKj akan menulis surat permohonan kepada Lembaga Lebuhraya untuk meminta kelulusan penggunaan jalan susur keluar Taman Cheras Jaya Balakong ke Lebuhraya SILK ini. Selain itu, Teo berkata pihak beliau akan meminta MPKj menjalankan kerja pembersihan di kawasan tersebut yang kini dipenuhi dengan sampah-sarap. Teo berharap agar Lembaga Lebuhraya akan meluluskan penggunaan jalan ini untuk memudahkan lalu-lintas penghuni-penghuni serta pekilang-pekilang yang menetap di kawasan tersebut. (加影4日讯)蕉赖再也衔接加影外环大道无拉港路段的整公里路段开放无期,目前其中半公里路已沦为非法垃圾场,变成三不管地带。 该段烂路废置至今超过10年,不过一些公众发现该路可行驶后,一样抄捷径往返蕉赖再也和无拉港两地。据了解,居民抄烂路进出可省3公里路程,否则若从无拉港到蕉赖再也方向,必须从星安庙附近的U转路口兜圈转回。 获悉公众擅自使用有关路段后,民主行动党沙登区国会议员张念群、无拉港区州议员叶南进、加影市议员李亚成和陈文华等人今日中午也和加影市议会工程组和大道公司人员等到场视察。基于衔接该路口必须获得马来西亚大道局的批准,加影市议会会向当局反映。 张念群促大道局 批准路口接大道 张念群说,市议会官员指他们将把开通该路段的建议呈给马来西亚大道局,路口要与大道衔接,必须获得大道局的批准。 (More......) |
You are subscribed to email updates from 念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan