Khalid Samad |
Posted: 04 May 2011 08:17 AM PDT Kali ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memberikan respon kepada komen di blog saya ini. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf, kerana terlalu sibuk dengan pelbagai program lain termasuk Pilihan Raya Sarawak, maka saya tidak sempat memberi respon ini lebih awal. Begitu juga, saya dapati banyak komen-komen yang sememangnya memerlukan saya memberikan respon, tetapi oleh kerana kesuntukan masa, hanya 3 komen sahaja yang akan sempat saya ulas. Berkata BJ berhubung Respon Pengunjung Februari (II): "Adakah ini lesen utk PAS berperang dgn UMNO sehingga sanggup bersekongkol dgn DAP yang jelas menolak Islam? Dimana YB nk sembunyikan ayat Al-Quran -> Innamalmukminu na ikhwatun...iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah...maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (Ayat 10 Surah Al-Hujarat).Terima kasih saya ucapkan pada BJ. Jawapan saya pula adalah seperti berikut:
Berkata Anonymous berhubung Bible Bahasa Melayu: Di Antara Kepimpinan dan Ketuanan: " Tuan... kenapakah Tuan suka menakwil ayat Al-Quran separuh jalan?... tidak ditakwil menurut konteks?... Saya ucapkan terima kasih pada Anonymous di atas teguran beliau. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang dirujuk olehnya dalam komennya terhadap tulisan saya berhubung isu tersebut. Hanya saya rasa memadai dengan yang di atas kerana respon saya masih tetap sama. Saya sebenarnya tidak 'menakwil' atau mentafsir ayat-ayat tersebut separuh jalan atau di luar konteks. Perkara yang saya ingin sampaikan adalah berdasarkan ayat-ayat tersebut, bahawa masyarakat Yahudi dan Nasrani menggunakan kalimah 'Allah'. Sememangnya apa yang mereka nyatakan ditolak Islam; tetapi hakikatnya mereka menggunakan kalimah 'Allah'. Itu sahaja ingin saya sampaikan dan dengan tuan menampilkan ayat-ayat yang sama ianya mengukuhkan hujjah saya. Al-Quran tidak melarang mereka menggunakan kalimah itu tetapi menjelaskan bahawa kepercayaan mereka terhadap Allah adalah tidak benar. Mereka dakwa Isa adalah anak Allah, Islam mengatakan tidak, Nabi Isa (AS) adalah hanya seorang Rasul Allah. Namun mereka gunakan kalimah Allah. Oleh itu, kalau tuan boleh membuktikan bahawa mereka tidak menggunakan kalimah 'Allah' berdasarkan ayat-ayat tadi, saya sanggup melihat 'takwil' tuan. Pejuang PAS berkata berhubung Persoalan Penyelusupan dan Jamaah Dalam Jamaah: "Masalahnya YB usaha-usaha ini jelas. Mesyuarat sebelum mesyuarat, mesyuarat dalam mesyuarat, mesyuarat lepas mesyuarat dsb.Terima kasih saya ucapkan kepada Pejuang PAS. Sebagai anggota jemaah Islam, maka kita perlu bertindak berdasarkan keputusan jemaah. Apabila saya maksudkan jemaah di sini, saya tidak bermaksud cawangan atau kawasan semata-mata. Saya maksudkan PAS Pusat, lebih-lebih lagi apabila ianya berhubung dengan persoalan disiplin. Seperti yang saya nyatakan dalam tulisan saya itu, jikakalau benar ianya begitu dan ianya sejelas yang digambarkan, maka buatlah aduan rasmi kepada kawasan supaya dibawa ke Negeri dan Pusat dan biarlah mereka yang tertuduh 'dibicarakan' secara adil. Sekurang-kurangnya kita akan mendapat pengesahan rasmi akan kebenaran tuduhan tersebut di mana mereka juga diberi peluang membela diri. Seterusnya, tindakan yang diambil, sekiranya didapati bersalah, akan merupakan tindakan jemaah dan bukan sekadar tindakan individu. Saya khuatir, seperti yang saya nyatakan dalam tulisan saya, ada individu yang dizalimi melalui kempen bisik-bisik ini di mana dia dituduh ini dan itu, tanpa diberi peluang membela diri. Sedangkan pada hakikatnya, kesalahannya ialah dia tidak disukai orang-orang tertentu atau dia dilihat sebagai 'ancaman' kepada orang-orang tertentu. Untuk mengelakkan ini, buat secara 'profesional' dan buat aduan bertulis dengan bukti-bukti yang kukuh. Sekiranya benar, saya percaya bahawa mereka ini akan dinasihati dan kalau ingin terus ingkar, akan dipecat keahliannya. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
You are subscribed to email updates from Khalid Samad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan