Rabu, 4 Mei 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PERLU PERUBAHAN DI PUTRAJAYA - DR. ABDUL AZIZ BARI

Posted: 04 May 2011 04:33 AM PDT


TELUK INTAN, 4 Mei - Seminar PAS Ganti UMNO telah berjaya dianjurkan oleh PAS Kawasan Teluk Intan. Seminar tersebut telah diadakan di Hotel Grand Court dekat sini bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Seminar tersebut telah mengundang dua orang tokoh yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Idris Ahmad , Ketua Penerangan PAS Pusat dan Profesor Dr. Abdul Aziz dari UIA Gombak. Mereka telah membentangkan dua kertas kerja iaitu PAS Ganti UMNO :  Rasional dan Tindakan dan Perlembagaan Malaysia Dalam Konteks Politik Baru. Seminar tersebut telah menarik hampir 300 orang peserta yang hadir bukan sahaja dari sekitar Teluk Intan malah ada yang datang dari kawasan Pasir salak dan Bagan Datoh.
Ustaz Ismail menyampaikan ucapan aluan.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik telah membuka agenda dengan menyampaikan kata alu-aluan. Kemudian Dr. Abdul Aziz Bari telah memulakan slot pembentangan kertas kerjanya.


Istilah politik baru bukanlah satu perkara baru dan ia bukanlah satu ciptaan baru. Menurut beliau, politik baru bermaksud demokrasi yang sebenar dan tulen. Namun, malangnya ia tidak dominan dalam budaya politik di negara ini.

"Demi masa depan politik baru, ia menuntut perubahan yang mendasar dan parti-parti politik yang sedia ada. Sebahagian daripada parti politik memerlukan lebih daripada hanya perubahan kosmetik semata-mata," ujar beliau.

"Sudah tiba masanya parti politik yang ada sekarang menghentikan pertimbangan berdasarkan kaum. Sebaliknya isu keadilan, keterbukaan seumpamanya diutamakan," ujar beliau lagi.
Sesi soal jawab.

Wakil DHPP Teluk Intan.

Beliau juga menekankan perlunya ada sistem dua parti seperti berlaku di negara lain sebab tanpa sistem dua parti, sukar untuk mengharapkan ideal dan perlindungan yang dijamin oleh perlembagaan dapat dilaksanakan. 

Akhirnya, beliau membuat kesimpulan bahawa mesti ada perubahan dalam pentadbiran di Putrajaya kerana pemegang kuasa yang ada sekarang tidak menunjukkan minat untuk berubah.
Pembentangan kertas kerja yang begitu menarik.

Ada perkara yang mencuit hati.


Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah menggariskan beberapa sebab mengapa UMNO perlu diganti oleh PAS. Antaranya ialah :

1. Islam tidak menjadi dasar UMNO
2. Dasar UMNO yang pragmatis (ikut suasana)
3. Islam hanya kuda tunggangan UMNO
4. Program Islam sebagai alat politik
5. UMNO peralatkan Melayu untuk kepentingan peribadi
6. Sikap individualistik dalam kalangan pemimpinan  UMNO
7. UMNO melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak dan penuh dengan skandal
8. UMNO tidak membela agama
9. Ulama UMNO hanya subang tembaga
10. Amalkan dasar UMNOputera bukan bumiputera
11.Gagal meningkatkan ekonomi bumiputera
12.Khianat bangsa sendiri
13.Rasuah dalam pemilihan pimpinan UMNO
14.UMNO kena sakit 'ketuaan" - Tun Musa Hitam
15.Gagal mengatasi masalah akhlak
16.Keselamatan sosial semakin merosot
17.Peranan masjid dimatikan
18.Menyuburkan industri maksiat
19.gagal atasi masalah rasuah
20.Mengkhianati hak orang miskin
21.Membayar wang rakyat kepada Syarikat APCO Israel
22.Harta negara tergadai di tangan asing

Kedua-dua slot pembentangan kertas kerja telah dipengerusi oleh Sdr. Hj. Mohd. Azhar Rafiei dan Dr. Muhaimin Sulam.


Dr. Muhaimin mengendalikan sesi dialog.




Seorang peserta mengemukakan soalan.


YDP PAS menyampaikan cenderamata kepada pembentang kertas kerja.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang