Minta daripada tuan punya yang sebenar Posted: 04 May 2011 07:53 AM PDT Manusia selalu tersasar apabila dirundung resah gelisah kerana tidak tercapai sesuatu hajat, atau hilang nikmat yang di tangan. Manusia sering lupa daripada mana sebenarnya datang nikmat itu. Dan siapa yang menghilangkan daripadanya apa yang berupa pinjaman kepadanya. Manusia lupa dirinya Allah yang punya.Manusia lupa yang sebenarnya segala yang ia capai atau 'punyai' sebenarnya adalah kepunyaan Allah. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan daripada Allah. Tiada ilmu, tiada bahagia melainkan yang diizin oleh Allah. Sewajarnya manusia meminta pagi dan petang kepada ALLAH YANG MAHA BERKUASA , MILIK SELURUH ALAM... http://www.youtube.com/watch?v=lVngt8g2kXU&feature=related |
Mahasiswa Malaysia mula berjiwa rakyat Posted: 04 May 2011 05:48 AM PDT Tahniah kepada mahasiswa yang mempunyai jati diri dan kesedaran untuk bangkit menebus maruah bangsa yang kian hari merudum dek nafsu jahat pemerintah elitis untuk kepentingan peribadi dan kroni. Daya kekuatan sesebuah masyarakat tercermin daripada daya kekuatan golongan intelek muda untuk bersinergi dengan penggerak ummah untuk merubah keadaan sistem sosial yang membimbangkan dan akan memberi natijah parah jika tidak dihenti dan dirawat segera. Betapa pentingnya kebangkitan anak muda menara gading bergabung tenaga bersatu hati berkongsi visi bagi mencetus gelombang kesedaran berskala besar di kalangan rakyat biasa yang majoriti masih diulit mimpi indah kerana didodoikan oleh kaca tv yang sarat memuatkan berita dan cerita khayalan. Hazayani Zakaria (harakahdaily) | KUALA LUMPUR, 4 Mei: Sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) akan mengadakan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat ke seluruh negeri di Malaysia untuk turun kepada masyarakat. Ia sebagai rentetan daripada Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat dari KL Sentral ke Seremban pada 10 April lalu. Dengan membawa mesej mahasiswa akan terus bersama dan merungkai segala permasalahan rakyat serta akan turut bersama menyelesaikan permasalahan yang melanda rakyat, mereka mensasarkan tiga negeri sebagai permulaan iaitu Pahang, Perak dan Sabah. GMSR akan turun ke Pahang 10 Jun depan bagi meneliti dan turut membantu penduduk Gebeng, Kuantan yang sedang diancam bahaya akibat rancangan projek loji nadir bumi yang dikelolakan oleh Lynas Corporation. Dari Pahang, GMSR yang terdiri daripada 20 ajk pelaksana akan ke Perak yang diketahui umum sedang berhadapan pencabulan demokrasi. GMSR akan turun dengan membawa manifestasi pendedahan demi pendedahan terhadap pencabulan demokrasi di negeri yang dimenangi Paktan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu, kemudiannya dirampas oleh BN. Seterusnya GMSR akan terbang ke Sabah bagi menemui masyarakat yang kini berhadapan dengan measalah pemilikan tanah akinat penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan negeri. Bagaimanapun, bagi siri jelajah ke Sabah, tidak akan disertai oleh semua ahli jawatankuasa GMSR dari Semenanjung kerana akan dibantu oleh Gamis Borneo, sebuah gerakan mahasiswa di sana. Bercakap pada sidang media di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya hari ini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Abdul Razak berkata, GMSR sedang giat melakukan persiapan bagi tujuan siri jelajah itu seperti mengumpul dana dan memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab di kawasan yang akan dikunjungi mereka. "Kami sedang dalam proses melakukan persiapan ke arah siri jelajah ini dan sedang berusaha memaklumkan kepada pihak terbabit mengenai kehadiran kami," katanya. Menyentuh mengenai dana GMSR, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini pula berkata, mereka menggunakan dana hasil sumbangan mahasiswa sendiri, tanpa meminta bantuan daripada mana-mana pihak. "Setakat ini kami gunakan dana daripada mahasiswa sendiri, dan tak bercadang untuk meminta bantuan daripada mana-mana pihak termasuk parti-parti politik. Kami mahu tunjukkan ketulenan perjuangan mahasiswa," tegasnya. Ditanya mengenai kemungkinan halangan yang timbul akibat berlaku tangkapan pada siri jelajah pertama, jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin berkata, mereka telah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan menegaskan apa yang dilakukan itu tidak salah malah untuk menunjukkan peranan mahasiswa di kalangan masyarakat. "Tangkapan itu perkara biasa, dan kami akan teruskan perjuangan kami untuk bersama masyarakat dan kami yakin kami tidak melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang, sama juga seperti NGO-NGO lain yang ingin membantu rakyat," katanya yang merupakan salah seorang yang ditangkap di KL Sentral. GMSR merangkumi beberapa kumpulan mahasiswa antaranya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro Mahasiswa Nasional (Pro MN) dan Sister In Movement (SIM). |
|
PAS Miri mahu bertanding Parlimen Posted: 04 May 2011 04:17 AM PDT Syabas dan tahniah kepada PAS Kawasan Miri yang terus menghirup suaana perubahan kebangkitan penduduk Sarawak yang semakin sedar track record BN memerintah negeri yang kaya dengan sumber dan boleh menjadi negeri terkaya di Malaysia tetapi hakikatnya jauh ketinggalan daripada aspek segala-galanya! PAS Miri lulus usul bertanding parlimen Harakahdaily | MIRI, 4 Mei: Mesyuarat Agung PAS Kawasan Miri sebulat suara meluluskan usul mendesak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memberi laluan kepada PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding kerusi parlimen Miri dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Ini bagi menterjemahkan konsep setiakawan Pakatan dan PAS for All di Bumi Kenyalang. Sementara itu, AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa ketika berucap merasmikan mesyuarat agung kali kedua itu, kelmarin berkata PAS Miri perlu menggunakan sepenuh kekuatan yang ada bagi merealisasikan PAS for All dan betapa indahnya Islam sebagai panduan hidup bagi masyarakat pelbagai kaum di Sarawak. Dengan prestasi dan penerimaan baik penduduk setempat, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan mengharapkan usaha itu diteruskan khas di peringkat pedalaman bagi menyebar luaskan Islam dan PAS. Dalam pada itu, dengan kemunculan aktif Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri di bandaraya ini, potensi PAS bagi meraih kemenangan adalah cerah. Mesyuarat agung yang diadakan di Dewan Serbaguna Kelab Gymkhana Miri itu telah dihadiri lebih 120 perwakilan dari seluruh anggota Dewan Pemuda, Muslimat dan 6 cawangan penaja sekitar Miri. Lebih manis buat julung kali perwakilan DHPP Miri turut hadir diketuai sendiri ketuanya, John Barah Aning dan setiausaha, Yeo. Yeo turut terpilih penerima Anugerah Khas Laksamana Cheng Ho di atas keaktifan beliau menambah keahlian DHPP seramai 70 orang di Miri. Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri semasa menyampaikan ucapan alu-aluan mengingatkan jentera PAS Miri untuk kembali fokus kepada perjuangan yang lebih besar iaitu dakwah dan siasah menjelang Pilihan raya Umum ke-13 nanti. Katanya, biarpun PAS Miri pada pilihan raya negeri ke-10 yang berlangsung 16 April lalu tidak bertanding sebarang kerusi tetapi telah menunjukkan komitmen dan gerak kerja tersusun bagi membantu rakan-rakan Pakatan Rakyat sehingga membolehkan 2 kerusi Dun di Miri dimenangi calon DAP. Tambahnya, hanya dengan setiakawan dan kerjasama yang kukuh saja hasrat Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya akan tercapai. Beliau mengingatkan semua ahli meneruskan kerja untuk mendapatkan seramai ahli peringkat cawangan bagi memastikan momentum perkembangan yang berlaku itu berterusan. Mesyuarat kali ini juga menyaksikan beliau dan Khairulnizam sekali lagi diberi amanah memimpin PAS Kawasan Miri bagi sesi 2011-2013. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan