Rabu, 29 Februari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


Abby Fana Bukan 'Dibuang' TV3 Kerana Bertudung

Posted: 29 Feb 2012 12:02 AM PST

Wajah terbaru Abby Fana dirakamkan pada 25 Februari lalu.
KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Sinar FM, Abby Fana menolak tuduhan kononnya khidmat beliau sebagai perantara Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 ditamatkan apabila beliau membuat keputusan memakai tudung selepas mengerjakan Haji pada November tahun lalu.

Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar,46, memberitahu mStar Online, keinginannya untuk bersara sebagai penyampai sambilan rancangan itu telah dipendamnya pada tahun lalu dan secara kebetulan telah terlaksana selepas pulang dari Mekah.

"Sebenarnya sebelum pergi Haji lagi saya dah rasa nak berhenti sebab dah lama sangat saya jadi pengacara MHI. Bila pulang dari Mekah, tak sangka pula ia macam sudah tersurat.

"Pada 27 Disember lalu adalah penampilan terakhir saya sebagai pengacara MHI," katanya yang telah sembilan tahun berkhidmat di stesen televisyen itu.

Abby memberitahu, hasrat untuk meninggalkan MHI dipendamnya kerana merasakan khidmatnya sudah terlalu lama dan bimbang penonton mula bosan dengan penampilan barunya itu.

Kata Abby, kalau di congak tugasnya sebagai pengacara segmen pagi di stesen televisyen sebenarnya telah mencecah 14 tahun iaitu sembilan tahun di TV3 manakala lima tahun bergelar pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan RTM1.

"Kita ni bukan macam di Amerika Syarikat. Di negara itu, usia pengacara bukan ukuran. Tetapi di negara kita, kalau terlalu lama sangat nanti orang cepat jelak," katanya.

Menurut Abby, selepas meninggalkan MHI, dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai Penyampai Radio Sinar FM yang dikendalikannya sejak lima tahun lalu.

Jelas Abby, tugas sebagai deejay memberi keseronokan yang luar biasa buatnya kerana dengan cara itu sahajalah dia dapat "bersosial" dengan peminat.

"Saya ni tak pernah nak melepak mana-mana tempat pun. Hanya di radio sahajalah saya bersosial. Saya dapat rasakan tekanan dalam diri saya hilang," katanya.

Mengulas mengenai penampilannya bertudung yang dilihat kelihatan lebih manis kata Abby, jiwanya menjadi lebih tenang dan merasakan satu perubahan baru.

Bagaimanapun beliau mahu terus aktif melibatkan diri dalam bidang seni dan akan mempertimbangkan tawaran bergelar pengacara mana-mana program yang berkehendakkan personaliti bertudung.

Menyentuh mengenai calon suami selepas bergelar ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu, Abby yang memiliki dua orang anak iaitu Afiq Nazrin,21, dan Adli,20, serta seorang anak angkat Azra, 19 bulan, memberitahu tidak terfikir ke arah itu.

Beliau lebih selesa dengan kehidupannya sekarang dan menyerahkan jodoh kepada Allah untuk menentukannya.

Dalam perkembangan lain calon Penyampai Radio Wanita Terbaik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPH2011) ini turut aktif dalam perniagaannya sebagai pembekal kelengkapan seperti perabot, zink dan plastik anak benih untuk, Felda Zon Tengah.

Perniagaan yang diusahakan bersama rakan kongsi itu tekah dikendalikannya sejak tiga tahun lalu dan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.(mstaronline)

PAS sedia isi jawatan timbalan presiden daripada bukan Islam

Posted: 28 Feb 2012 11:58 PM PST

SHAH ALAM, 28 Feb – PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.
"Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.
"Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa," kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk "Kenapa Undi Melayu Pecah?" di sini.
Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum.
"Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua," katanya lagi.
"PAS bukanlah terlalu taksub," tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.
Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam.
"Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka," tambahnya lagi.
Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Surat kpd Ketua Polis Negara: Tindakan Keras Ke Atas Ahli UMNO dan PERKASA yang memukul wartawan dan mengancam saya (bm/cn)

Posted: 29 Feb 2012 01:17 AM PST


PSUKPP/21/

29 Februari 2011

YBhg Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar
Ketua Polis Negara
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur

YBhg Tan Sri,

TINDAKAN KERAS KE ATAS AHLI UMNO DAN PERKASA YANG MEMUKUL WARTAWAN DAN MENGANCAM SAYA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Seperti yang Tan Sri sedia maklum, pada 26 Februari 2012, beberapa pembantahan telah diadakan di seluruh Malaysia berkenaan dengan isu pembinaan loji nadir bumi Lynas di Kuantan. Malangnya, pembantahan anti-Lynas pada 26 Februari 2012 pada pukul 6:00 petang di Dataran Pidato, Padang Kota Lama, Pulau Pinang, telah diganggu oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang telah membuat rusuhan di kawasan itu. Sebelum saya sampai ke situ pada pukul 6:30 petang, saya difahamkan bahawa perusuh-perusuh itu telah cuba memaksa orang awam dan pembantah anti-Lynas balik rumah dan meninggalkan tempat itu. Ramai pula yang ditolak dan dipukul sehingga mereka jatuh, termasuklah wanita-wanita. Adalah nasib baik bahawa mangsa-mangsa tersebut tidak bertindakbalas balik.

3. Ini boleh dilihat dari laporan-laporan media dan juga dari rakaman video yang dilampirkan bersama surat ini, di mana perhimpunan aman yang diadakan di Dataran Pidato Pulau Pinang telah diganggu dan digugat oleh kekecohan sekumpulan orang yang dikenali sebagai ahli-ahli UMNO dan Perkasa Pulau Pinang, yang telah menyerang perhimpunan aman anti-Lynas itu dan telah menggunakan bahasa kasar, makian dan carutan perkauman seperti "Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng Ketua Menteri". Ahli-ahli kumpulan tersebut telah juga mengganas peserta-peserta dan wakil-wakil media yang hadir, setakat dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh, Chew Seng Tun dan Lee Hong Chun, telah dipukul sehingga tercedera dan dipaksa mendapat rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang.

4. Peristiwa ini adalah kali kedua wartawan dan orang awam diugut dan diganas oleh perusuh-perusuh UMNO-Perkasa tanpa tindakan keras diambil ke atas mereka oleh polis. Sebelum ini, pada 1 Julai 2011 dua orang wartawan telah dipukul oleh peserta-peserta demonstrasi yang melibatkan ahli-ahli UMNO dan Perkasa di KOMTAR dan selepas itu juga di Jambatan Pulau Pinang. Sehingga sekarang, tiada tindakan yang diambil terhadap mereka yang memukul wartawan itu.

5. Saya ingin menarik perhatian Tan Sri kepada tingkahlaku perusuh-perusuh UMNO-Perkasa pada 26 Februari 2012 itu yang memukul, menghalang dan meludah kereta saya. Peristiwa ini berlaku secara terbuka dan sewenang-wenangnya di hadapan anggota-anggota polis yang hadir berhampiran, tetapi anggota-anggota polis tersebut tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengawal keadaan, melindungi saya dan mengambil tindakan ke atas mereka yang menghalang, memukul serta meludah kereta saya. Dari rakaman video yang dilampirkan bolehlah dilihat bahawa anggota-anggota polis berdiam diri dan menonton sahaja apabila orang awam diganas dan apabila kereta saya dihalang, dipukul dan diludah.

6. Saya sebagai Ketua Menteri negeri ini telah dijemput menghadiri perhimpunan tersebut, tetapi saya sendiri telah diancam dan hampir dipukul oleh ahli-ahli kumpulan UMNO-Perkasa yang tersebut. Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah menunjukkan penumbuk terhadap saya dan telah menggunakan carutan perkauman dan kata-kata ancaman seperti "You jaga". Jika tidak kerana rakyat umum yang melindungi saya, saya percaya bahawa saya sendiri akan diserang. Saya difahamkan bahawa sebelum saya sampai, sudah berlaku kekecohan di mana ada beberapa orang awam diserang dan dipukul kumpulan ahli Perkasa dan UMNO ini. Semua laporan polis yang berkenaan dan rakaman video telah dibuat dan diberikan kepada pihak polis.

7. Adalah jelas bahawa tinkahlaku anggota-anggota polis yang berdiam diri dan tidak menghalang mereka yang mengganas rakyat Pulau Pinang itu tidak boleh diterima. Saya berharap bahawa tindakan yang keras sekarang akan diambil oleh pihak polis ke atas mereka yang bersalah agar peristiwa-peristiwa seperti ini tidak berlaku lagi di Negeri Pulau Pinang.

Perhatian peribadi Tan Sri ke atas perkara ini adalah didahului dengan terima kasih.

Sekian,

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang

lamp.
s.k.: YBhg Dato’ Wira Ayub Haji Yaakob, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang

—–Mandarin Translation —

PSUKPP/21/

2012年2月29日

全国总警长丹斯里伊斯迈奥玛
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur

尊敬的丹斯里,

采取严厉的行动,对付攻击记者和威胁我的巫统和土权成员

2. 于2012年2月26日,全国几个地方展开反对关丹建造莱纳斯稀土厂的绿色盛会。遗憾的是,当天下午6时于槟州旧关仔角草场言论广场进行的集会遭巫统党员和土权成员捣乱。我在当天下午6时30分抵达之前,该群流氓企图强逼在场的民众和反莱纳斯稀土厂请愿者离开,民众被推挤和殴打至跌倒,受害者中包括女性,欣慰的是这些受害者没反击。

3. 这封信附上媒体的报导和录影,可看到在槟州言论广场展开的和平集会被一群巫统党员和槟州土权成员捣乱和威胁,他们粗言秽语、辱骂和以种族歧视字眼,如"华人猪、槟州华人愚蠢、猪支持林冠英当首长"等。这群流氓也攻击参与集会者和出席的媒体代表,光华日报的2名记者周圣栋和李宏俊甚至被打伤,到槟州中央医院接受治疗。

4. 这是巫统和土权的流氓第二次威胁和攻击民众与记者,在这之前的2011年7月1日,已有2名记者被一群涉及在光大和槟城大桥上示威的巫统和土权的流氓殴打,至今仍没有采取行动对付那些殴打记者的行凶者。

5. 我促请丹斯里关注巫统及土权流氓在2012年2月26日所做的恶劣行径,包括对着我的官车敲打、阻挡及吐口水。这件事竟公然赤裸裸发生在警察部队面前,但是警察部队竟然没有采取行动控制局面保护我,也没有对阻挡、敲打、吐口水我官车的人采取行动。从录影中可看见警察部队就静静地站在那边观看着公众被欺凌,我的官车被阻挡、敲打及兔口水。

6. 我作为首席部长受邀出席这项集会,但是我却被巫统及土权侵犯,而且几乎被殴打。巫统及土权成员用种族歧视及粗口污辱我,并且以"你给我小心"(You jaga)恐吓我。若不是人民保护我,我相信我已经被攻击。据我了解,我抵达前现场已有数名民众被土权和巫统的成员攻击和殴打,所有相关的报案书和录影片段已交给警方。

7.很明显的警方静静站着袖手旁观他们欺凌人民是很难接受的。我希望警方对犯下这事件的人采取行动,以确保往后不在槟州发生类似事件。

在此先向丹斯里您先谢过。

林冠英
槟州首席部长

附寄: 槟州总警长,拿督阿育雅格

Speech at the SPA Signing Ceremony Between Bosch Solar Energy Malaysia and Penang Development Corporation

Posted: 28 Feb 2012 10:55 PM PST

On June 24, last year, we added another milestone to Penang's achievements when Bosch Solar announced their decision to invest in a fully integrated crystalline photovoltaic plant at Batu Kawan. Today's signing ceremony of the sales & purchase agreement with Penang Development Corporation denotes Bosch's commitment to its investments in a PV plant in Penang.

Bosch Solar's 520 million euro (approximately RM2.2 billion) investment in Penang is expected to generate 2000 new jobs in various aspects of crystalline PV production. The Penang facility is envisaged to grow by 30% in the coming years as the facility will adopt and implement state-of-the-art cell technologies coupled with enhanced production processes.

Data by GTM Research, a US-based media company providing market analysis on green technology indicates that China and Taiwan accounts for 59% of the cell production followed by Europe (13%), Japan (9%) and North America (5%). The remaining 14% are from the rest of the world, comprising mainly Singapore, the Philippines and Malaysia. In 2010, the Malaysia Photovoltaic Industry Association claimed that Malaysia is the fourth largest PV producer in the world. With Bosch joining the existing PV producers in the country by 2014, Malaysia's aspiration to the second largest PV producer in the world after China by 2020 could become a reality.

Between the year 2000 and 2010, annual PV production has grown nearly 100 folds from a mere 277 Mw to 24,000 Mw. The year 2010 was also a record year for newly installed PV as 16,600 Mw were installed in more than 100 countries.

Robert Bosch has been in Penang for the past 40 years and is still expanding today. We are pleased that Bosch has chosen Penang for its solar energy venture after it has initially explored and analysed forty-five (45) sites in twenty-three (23) countries. In Malaysia itself, Bosch evaluated over 10 sites.

Why Bosch chose Penang over all other sites is due to the investment climate which is business-friendly, availability of a deep pool of human talent, an efficient supply chain management, an effective logistics hub, good governance that ensures delivery, a competent training center of excellence for research & development and building scientists and engineers, a livable city that embraces art, culture and heritage as well as a sustainable eco-system where green initiatives and healthy living is the preferred lifestyle.

All these reasons combine to make Penang top in investment for the first time in 2010 with RM 12.2 billion and surprisingly repeated again as champion in 2011 with RM 9.1 billion.

I am positive that Penang's drive toward green technology will be further enhanced with Bosch's commitment in setting up a fully integrated crystalline PV production plant in Penang. Last but not least, I would like to thank Bosch for making the right choice in deciding on Penang to apply its new and innovative cell technologies with the aim to thrive in a highly competitive market.

Thank you.

–重点翻译–
槟州首席部长林冠英于2012年2月29日,在见证博世(BOSCH)马来西亚太阳能厂及槟州发展机构签署买卖合约时发表演讲,重点如下:

博世太阳能厂在槟城投资5亿2000万欧元(约22亿令吉),预料能制造2000个光伏生产方面的就业机会。槟州的工厂在接下来几年将成长30%,并采纳及推行高科技太阳能电板工艺及生产过程。

根据GTM研究,美国媒体公司的绿色科技市场分析指出,中国及台湾的太阳能光伏生产占了59%,欧洲13%,日本9%, 北美5%,其余的14%来自世界各国包括新加坡、菲律宾及马来西亚。在2010年,马来西亚光伏工业协会声称马来西亚是世界第四大太阳能光伏生产国。随着博世在2014年加入,马来西亚可能在2020年成为中国之后第二大太阳能光伏生产国。

在2000年至2010年间,太阳能光伏的产量几乎增加100倍,从277兆瓦特增加至2万4000兆瓦特。2010年全球100多个国家共按装了1万6600兆瓦特的太阳能光伏。

博世在槟城拥有40年的经验,至今还在扩张。我们很荣幸,博世在23个国家45个地区中,最终选择槟城成为太阳能光伏的生产基地。在马来西亚,博世考查了超过10个地区。

为什么博世选择槟城?这是因为它的投资气候是经商友善、拥有许多人才、有效的供应链、高效力的物流中心、良好施政确保传递系统、卓越的研究中心、培育科学家和工程师,一个拥抱艺术、文化及古迹的宜居城市,以及推广绿色及健康生活的永续环境系统。
上述原因都让槟城分别在2010年及2011年,在招商引资方面获得价值122亿令吉及91亿令吉的投资项目,全国居冠。

Direct Free Kick

Direct Free Kick


PANGSAPURI TAMAN CAHAYA DAPAT WAKAF

Posted: 29 Feb 2012 01:20 AM PST

AMPANG, 28 FEBRUARI 2012 : Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Taman Cahaya telah mendapat sebuah wakaf serbaguna untuk kegunaan mereka.

Wakaf tersebut 45 kaki panjang dan 18 kaki lebar telah dibina dengan kos RM36,500 dengan menggunakan peruntukan Ahli Dewan Negeri Chempaka, Iskandar Abdul Samad.

Wakaf itu dapat digunakan untuk pertemuan, mesyuarat, sukan, rekreasi dan aktiviti kemasyarakatan yang lain. Iskandar telah berjanji akan menyumbang sebuah meja ping pong untuk kegunaan penduduk di sana.

Beliau yang juga merupakan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor berkata sumbangan ini adalah satu usaha untuk mempertingkatkan kemudahan di pangsapuri-pangsapuri kos rendah.

Wakaf ini adalah wakaf kedua yang dibina di kawasan Chempaka menggunakan peruntukan Iskandar. Sebelum ini sebuah wakaf telah dibina di Pangsapuri Kos Rendah Taman Dagang.

BORANG RUMAH MAMPU MLIK TELAH CETAK SEMULA

Posted: 28 Feb 2012 07:37 PM PST

 

Borang pendaftaran untuk membeli Rumah Mampu Milik (RMM) Negeri Selangor telah dicetak semula. 

Borang-borang boleh diperolehi dari Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam.

Borang-borang tersebut mulai dijual pada bulan Jun tahun lepas apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan RMM mereka di Bandar Baru Bangi.

Walau bagaimanapun kesemua 2,700 borang bagi cetakan pertama telah habis dijual dan memerlukan cetakan kedua. Setiap borang telah dijual dengan harga RM5 yang termasuk kos memproses.

Untuk projek RMM PKNS di Bangi, sebanyak 640 permohonan telah diterima untuk 124 unit yang dibina.

Nama-nama mereka yang terpilih untuk membeli RMM itu telah dipamerkan di dalam laman web LPHS selama 2 minggu mulai 16 Disember lepas.

Tetapi dengan pengumuman bahawa 136 unit RMM akan disiapkan  oleh sebuah pemaju swasta di Sg. Long, Kajang pada bulan September ini maka adalah dijangka lebih ramai yang akan mendapatkan borang ini.

Mereka yang mempunyai  sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi LPHS di talian 03-5544 7078,

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor
16 Februari 2012

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Me

Posted: 29 Feb 2012 08:11 AM PST

Now with RM2.5 billion losses, that RM18 million sponsorship seems so puny…

Numbers can do wonders…

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Recalcitrant

Posted: 29 Feb 2012 07:49 AM PST

Wow, even the analysts’ “predictions” didn’t come close. The RM1.2billion loss is actually now twice that, at RM2.52biliion. This means a number of things -
One, AJ, Danny and the consultants managed to lose, in one SINGLE quarter
more than the total losses in the 3 quarters before that!
But, let us look a little more closely at the numbers, which so many analysts, post-briefing, did not pick up, or did not think it worth reporting so that a CLEARER picture can emerge. See, in that huge loss,a total of RM1.1billion is due to “provisions”. To a simple person, this can be explained by saying, provisions are those expenses which have been incurred or committed to
in that financial year, which is not totally paid off yet. But, how does one explain a provision of RM602million for “redelivery of aircraft” which is clearly to be done in FY2012. What does “redelivery of aircraft” mean? It means the returning of leased aircraft either due to end of lease or before end of lease. All leases will stipulate the conditions for the return of the aircraft, in layman’s terms, one must ‘make good’ the aircraft when you return them. For aircraft, ‘making good’ is an expensive exercise, which as the CEO says is going to cost RM602million. This redelivery of aircraft is scheduled for 2012, so why is RM602million provisioned for FY2011?
This then means a second thing – is this designed to make the FY2011 losses look really frightening?. Why? The answer is already in the statements made by AJ – to justify the IMMEDIATE ACTION PLANS they must carry out including redeployment of staff (as a result of the spin-offs of core business units into
subsidiaries), to divest business units by looking for strategic partners, to generate cash etc etc. Back to my earlier posting, they now have a legitimate excuse to make ‘harsh decisions’ including forced relocation of staff to KLIA even if it costs RM30million. Why? Well, it’s just a “one-off” cost, but the prime land in Subang can be used to “generate” cash. Part of WAU2 la.
AJ could not explain either during the staff brieifing how come the staff costs rose by about RM1 billion from FY2010 , when he stated staff costs rose by just 7%? The new CFO was equally flummoxed and the question was dismissed. Could it be that another RM1 billion was also inadvertently included to further inflate the losses? Aj and the Chairman himself took great pains to tell staff that their ACTION PLANS are fully endorsed by the two main shareholders, Khazanah and Tune. Of course la. This is one real sandiwara.
One wonders whether in the history of corporate Malaysia, there is a Board and management that took so much trouble to ensure that the losses are magnified with such tweaking of the numbers (legal, I am sure, but ethical – that’s questionable). The ends justifies the means, or, matlamat menghalalkan cara. Halal?
Fellow Malaysians, wake up! Especially those who have been righteously condemning MAS for the flagrancy in the usage of taxpayers money – now is the time to ASK questions and scrutinize all the numbers. Do they add up??

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Flyguy

Posted: 29 Feb 2012 06:40 AM PST

based on today townhall when announcing full year 2011 result which MAS has broke its own record on the most losses of the year, it seem that MAS deserve grammy award for
1. the clueless CEO of the year award
2 the clueless CFO of the year award
3. the creative accounting of the year award
while MAS staff fully aware AJ is clueless, seem that our new CFO also clueless on the figure presented in the full year financial report. how come both CEO and CFO can’t even answer simple Q from the staff what made the diff on staff cost from year 2011 and 2010.
we are doom…….

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Sshsn

Posted: 29 Feb 2012 05:15 AM PST

So going by your logic MAS only got screwed post merger? But that ain’t the case ain’t it? What the he’ll happened to them before that? Got balls to write or theyre being held by your political masters? Typical dumno ass

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by edward

Posted: 29 Feb 2012 05:06 AM PST

what is the point hiring consultants, when throughout their tenure with MAS, no positive significant changes towards the company has been done. That’s exactly the problem when you bina dulu baru fikir…it should be the other way round…fikir dulu baru bina…

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Reny

Posted: 29 Feb 2012 03:00 AM PST

Rashdan should sponsorship QPR with more than RM18 mil as a way of cost cutting. Stupid consultant mentality. Bloody Bina Tak Fikir idiot. So is Azman his master.

Comment on Dr Don: MAS-AIRASIA share swap is a “NATIONAL TRAGEDY!” by Mohamadon Abdullah

Posted: 29 Feb 2012 02:44 AM PST

Olek Skilgannon

Discretion is the better part of valour.

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Anon66

Posted: 29 Feb 2012 02:31 AM PST

wah lah! RM2.5 billion in losses! That last quarter was seriously bad! But I’m sure that 18 million in QPR sponsorship will help claw it all back!

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Jala

Posted: 29 Feb 2012 02:24 AM PST

What do you all expect from the Panamera Deadwood like AJ & Rashdan? Welcome to the Panamera Deadwood Club in MAS.

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by MAS Idiots

Posted: 29 Feb 2012 12:48 AM PST

Agree. Govt must bring back Tan Sri Aziz n Dr Don to replace 600 useless but expensive consultants.

SUARA PERAK

SUARA PERAK


WARGA EMAS HILANG KELUARGA RISAU

Posted: 28 Feb 2012 09:09 PM PST

Khalid Samad

Khalid Samad


Video: Don't Cheapen the Misery of the Palestinians

Posted: 28 Feb 2012 07:17 PM PST

PAS Shah Alam Member of Parliament Khalid Samad lambasted Umno for criticising PKR de facto leader, Anwar Ibrahim on his stand on Israel.

Khalid said that it wasn't for Umno to criticise Anwar because Umno leaders have had contacts with Israeli leaders and they have allowed Israeli ships into Malaysian waters and Malaysian ports.

PAS on the other hand unequivocally rejects the state of Israeli entirely; "born from the blood and tears of the Palestinians," said Khalid.



Video courtesy of Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar: Mantapkan tadbir urus untuk jana pertumbuhan

Posted: 29 Feb 2012 01:28 AM PST

Keadilankini

ISLAMABAD, 29 Feb: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata selain dari mengecam kapitalisme, negara-negara Islam sewajarnya menumpukan usaha memantapkan sistem tadbir urus negara yang merupakan faktor penting untuk menjana pertumbuhan.
 
Bercakap sebagai pembicara utama di Conference on ‘Islamic Business (ICIB- 2012) on Management Shariah Conforming Business: Prospects, Practices and personnel’ di sini semalam, beliau menegaskan sewaktu menjawat jawatan Menteri Kewangan, bantuan dana telah disalurkan kepada bank-bank Islam untuk menyokong sistem perbankan Islam di Malaysia.
 
“Namun kini selepas satu dekad, kita perlu mengkaji semula mengapa bank-bank lain mencatat prestasi lebih baik berbanding bank-bank Islam,” tegas beliau.
 
Selain Anwar, antara tokoh yang turut menyampaikan ucapan adalah Prof. Khurshid Ahmad dari Institut Kajian Dasar Islamabad, Dr. Abdelkader Chachi, ahli ekonomi dari Arab Saudi dan juga Naib Canselor Universiti Antarabangsa Riphah, Prof. Dr. Anis Ahmad.
 
Persidangan tersebut turut dihadiri oleh beberapa tokoh perniagaan Islam dan sarjana kewangan dan ekonomi dari seluruh dunia.
 

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Suami tak faham undang-undang

Posted: 29 Feb 2012 01:00 AM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tindakan suami yang mencuri cap jari isteri seperti filem 'Madu Tiga' lakonan Tan Sri P Ramlee jelas menunjukkan lelaki itu tidak faham undang-undang.

Ini kerana sejak tahun 80-an, Enakmen Undang-Undang Islam sudah dipinda yang membolehkan suami berkahwin lain tanpa keizinan isteri sedia ada dengan kebenaran mahkamah syariah.

Perunding Keluarga Islam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata, jika masih ada suami yang cuba mencuri cap jari isteri ketika tidur perkara itu menunjukkan dia tidak tahu undang-undang.

"Kalau dia tidak tahu undang-undang, macam mana dia boleh memasang niat mahu kahwin seorang lagi," katanya yang dihubungi semalam.

Harian Metro semalam melaporkan pada Seminar Kesedaran Hak dan Perundangan anjuran Persatuan Peguam Syarie Malaysia cawangan Perak, Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Malaysia dan Lembaga Kebajikan Perempuan lslam Hilir Perak di dewan kuliah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan kelmarin, seorang isteri memberitahu suaminya bersusah payah mendapatkan cap ibu jarinya ketika dia tidur beberapa bulan lalu dalam usahanya untuk berkahwin dua.

Wanita itu berkata, tindakan pelik suaminya itu bagaimanapun disedari sebelum suaminya mengaku mahu berkahwin lagi dengan seorang gadis.

Mohd Zaidi berkata, menerusi pindaan undang-undang itu, antara syarat yang dikenakan mahkamah syariah ialah kemampuan suami zahir dan batin, perkahwinan itu tidak memudaratkan isteri pertama atau isteri-isteri sedia ada serta ia tidak mengurangkan apa yang dinikmati isteri sedia ada.

metro/-

[Video] Kes Tampal Mulut Bayi, Pemilik Pusat Asuhan Lapor Polis

Posted: 29 Feb 2012 12:50 AM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Johor Bahru: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Gambar: KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

"Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

"Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya," katanya. -hm

[Bergambar] Kasut Tak Lekang Dari Tangan Pemuda PERKASA Ini

Posted: 29 Feb 2012 12:40 AM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Perkasa tunjuk kasut kerana 'kecewa' dengan Guan Eng

GEORGETOWN - Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menjelaskan tindakannya menunjukkan kasut di hadapan kereta Ketua Menteri, Lim Guan Eng Ahad lalu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Rizuad berkata, Guan Eng mampu meluangkan masa untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 sebagai membantah projek Lynas di Gebeng, Pahang demi modal politiknya.

"Guan Eng didapati mengambil kesempatan dalam perhimpunan itu untuk berucap sambil memperkecilkan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi slogon 1 Malaysia yang dianggapnya sebagai satu pembohongan.

"Padahal, beliau sendiri sebagai Ketua Menteri belum menyelesaikan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beberapa badan bukan kerajaan melibatkan masalah penduduk negeri. Tetapi beliau lebih sibuk dengan hal yang berlaku di negeri lain," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau meluahkan kekecewaan ini berikutan keengganan Guan Eng memberi respons yang baik ketika meminta untuk berjumpanya bagi membincangkan hal berkaitan penduduk tempatan.

"Guan Eng cuba mengalihkan permintaan NGO dengan mendakwa kami adalah orang Umno, padahal beliau sendiri tahu bahawa kami adalah ahli Perkasa.

"Perkataan diungkap oleh Guan Eng mencetuskan kemarahan sehingga kami hilang sabar sebelum bertindak mengepung kereta beliau sambil menunjukkan kasut kepadanya," katanya. -SH



IKan kerapu masak taucu

Posted: 29 Feb 2012 12:30 AM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Bahan-bahan ( 2 orang )

Dua ekor ikan kerapu
dua sudu makan taucu ( sebolehnya basuh dulu taucu tu ya..sebab nanti terlampau masin plak.

Air-setengah cawan
Gula secukup rasa
Dua sudu minyak masak (utk menumis)

5 tangkai cili hijau (boleh tambah kalu suka pedas)
1 tangkai cili besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
Cara-cara

tumbuk cili hijau, cili besar, bawang merah, bawang putih, halia
Goreng ikan kerapu hingga masak (jangan terlalu garing)

Tumiskan bahan yang ditumbuk bersama taucu sehingga naik bau lebih kurang 3 minit
Masukkan setengah cawan air dan tumis lagi hingga air mendidih.

Masukkan gula secukup rasa ya. Garam tak perlu letak dah sebab taucu tu dah masin..saya selalu basuh dulu taucu n tapis guna penapis santan tu.. nak kurangkan masin taucu...
Selepas tu masukkan ikan yg dah digoreng tadi.

Kacau2 sikit dan bila sos dah agak rata pada ikan, boleh angkat dan hidangkan (boleh taburkan dgn daun sup untuk bau yang menyelerakan)

kalau yang kurang rajin nak tumbuk semua bahan2 ni, boleh ja dihiris halus semua bahan2 sos ni) saya suka tumbuk sebab kurang gemar mkn bawnag putih n halia

my resepi/-

Anak bermain dengan toksik

Posted: 29 Feb 2012 12:25 AM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KEBANYAKAN alat mainan memang nampak menarik, tetapi awas, ada yang mungkin boleh mengundang bahaya kepada anak anda.

Ia mungkin bahaya kerana mempunyai bahagian kecil yang mudah tertelan, manakala yang lain pula boleh menjadi penyebab kanser.

Kesedaran masyarakat negara ini terhadap keselamatan alat mainan kanak-kanak masih pada tahap rendah.

Ini dapat dilihat apabila masih ramai pengguna membeli alat mainan berdasarkan rupanya yang cantik, bentuk yang canggih, warna dan juga mengikut trend semasa.

Bagi mereka, alat mainan kanak-kanak adalah medium hiburan dan penjanaan kepada daya imaginasi anak kecil dan tidak mungkin ia boleh mendatangkan bahaya.

Walhal sudah pelbagai kemalangan dan bahaya kesihatan yang berpunca daripada alat mainan kanak-kanak dilaporkan dalam media, khususnya antarabangsa. Namun, masih ramai yang memandang ringan.

Mereka masih tidak peduli walaupun berita berhubung rampasan dan penarikan balik alat mainan kanak-kanak yang tidak selamat turut tersebar luas di media seperti apa yang berlaku di Victoria, Australia, sebelum sambutan Hari Natal yang lalu.

Dilaporkan, lebih 10,000 alat mainan kanak-kanak yang tidak selamat dirampas dan dimusnahkan di Victoria.

Senario kurangnya kesedaran masyarakat mengenai kepentingan isu keselamatan alat mainan kanak-kanak, berkemungkinan disebabkan Malaysia baru sahaja menguatkuasakan Peraturan Standard Keselamatan Bagi Mainan Kanak-Kanak berbanding negara maju.

Dengan adanya peraturan ini yang dikuatkuasakan bermula 1 Ogos 2010, sedikit sebanyak akan menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan alat mainan.

Melalui penguatkuasaan ini, semua alat mainan yang dikeluarkan syarikat tempatan atau luar negara diwajibkan menjalani proses penilaian dan pengujian sebelum diletakkan tanda Malaysian Conformity (MC).

Menerusi peraturan berkaitan, pengilang, pengimport dan pembungkus semula alat mainan perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan ia selamat dibekal dan dijual di Malaysia.

Dalam erti kata lain, semua syarikat yang terlibat dalam aktiviti pembekalan dan penjualan alat mainan kanak-kanak di Malaysia mempunyai tanggungjawab masing-masing bagi mematuhi peraturan ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menggerakkan usaha bersepadu dengan melancarkan pelbagai kempen kesedaran menerusi media Massa.

Kakitangan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Nur Izza Osman berkata, tidak terlintas dalam pemikirannya bahawa alat mainan yang rendah kualiti boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak.

"Saya mengetahui tanda MC selepas menonton iklan berkenaan di televisyen baru-baru ini. Sebelum ini, saya membeli alat mainan berdasarkan kepada tarikan fizikal berbanding melihat sama ada ia mempunyai tanda MC," katanya.

Kosmo

Maraton lelaki 100 tahun

Posted: 29 Feb 2012 12:15 AM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

FAUJA SINGH menamatkan larian Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini.

FAUJA SINGH mengejutkan dunia dengan menyertai larian maraton ketika usianya mencecah 100 tahun. Pelari Britain itu menamatkan maraton Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini.

Bagaimanakah pencapaian melangkaui usia itu dapat dilakukan? Padahal kebanyakan daripada kita akan bersyukur sekali gus terkejut kerana masih terus bernafas pada usia satu abad. Menyertai larian maraton pada usia sebegini ibarat nukilan novel sains fiksyen.

Namun, realitinya, Singh masih dapat mengatasi lima peserta lain yang lebih muda untuk menamatkan larian di tempat ke-3,850.

Dia meletakkan kejayaannya kepada amalan tidak merokok atau minum arak, berfikiran positif dan makan kari halia.

Namun, jika hanya semua itu yang diperlukan, jalan-jalan raya akan dipenuhi pelari berusia seabad manakala setiap rumah orang tua memiliki pasukan atletnya sendiri.

Pakar perubatan geriatrik menyatakan, rekod yang dicatatkan oleh Singh akan bertahan lama dan sukar untuk diatasi.

Larian jarak jauh membebankan tubuh manusia dengan semakin tua seseorang, semakin sukar baginya melakukan aktiviti lasak.

Jantung warga tua kurang efisien dalam menyalurkan kitaran oksigen ke seluruh badan. Darah beroksigen yang dipam oleh jantung individu berusia 60 tahun kurang 20 peratus kandungan oksigen berbanding darah pemuda berusia 20 tahun.

Selain itu, kekuatan otot merosot dengan ketara apabila seseorang melepasi had usia 70 tahun pada kadar 30 peratus untuk setiap satu dekad.

Ligamen dan tendon pula semakin rapuh, menyebabkan warga emas lebih cenderung ditimpa kecederaan manakala paru-parunya menjadi keras dan kurang efisien.

Namun, jika keadaan kesihatan warga emas berkenaan baik dan dia kerap melakukan latihan fizikal, kesan penuaan ini dapat diperlahankan.

Penjagaan kesihatan yang baik juga membolehkan semakin ramai warga emas terus berlari walaupun usia mereka memasuki lingkungan 80 atau 90 tahun.

Bagi golongan ini, Singh ialah seorang wira.

"Apa yang cuba disampaikan oleh Singh ialah saya tidak akan membiarkan diri saya dikongkong oleh norma-norma kehidupan," kata pengarah program kebangsaan Pusat Latihan Galloway di Atlanta, Chris Twigg.

MELAKUKAN regangan penting sebelum memulakan larian.

Luar biasa

Tambah Twigg: "Masa memberikan kesan buat kita semua. Tetapi selagi kita berwaspada dengan cara latihan, kita sebenarnya boleh mencapai apa yang orang lain fikirkan mustahil.

"Jika mempunyai kesihatan yang baik, kita mampu menghabiskan larian selagi kita bergerak secara perlahan-lahan.

"Kuncinya adalah dengan mengurangkan tekanan ketika berjalan untuk mengelakkan keletihan kaki."

Twigg turut menasihatkan pelari agar mengurangkan hari latihan dalam seminggu untuk memberi ruang kepada badan berehat.

Majikan Twigg, bekas atlet sukan Olimpik, Jeff Galloway yang merupakan penulis buku Running Until You're 100 menjelaskan bahawa impiannya adalah untuk berlari sehingga dia mencapai usia 100 tahun dan boleh terus menulis sambungan buku itu.

Lelaki yang berusia 67 tahun itu telah melatih mereka yang berusia 70-an dan ramai yang berjaya menghabiskan larian maraton.

Namun, dia mengakui bahawa peluang untuk mencapai angka 100 tahun tanpa sebarang penyakit dan kekal sihat untuk menamatkan larian jauh adalah sesuatu yang sukar.

"Mesej yang disampaikan melalui kajian kami adalah 'gunakannya atau biarkan ia hilang'," kata Galloway.

Dr. Sharon Brangman yang merupakan Pengerusi Persatuan Geriatrik Amerika percaya bahawa Singh adalah antara warga emas luar biasa yang muncul pada ketika ini.

"Dia benar-benar seorang yang luar biasa. Maraton adalah antara punca utama yang memberikan tekanan kepada tubuh.

"Ketika usia 100 tahun kebanyakan manusia boleh mencapai jarak 10 meter sahaja. Mustahil untuk menamatkan maraton.

Tambah Brangman, maraton sebenarnya memberikan banyak tekanan kepada jantung walaupun kepada orang muda.

Pelari muda juga boleh terlibat dengan kecederaan fizikal yang lain sebelum sistem endorfin mereka mula bekerja untuk larian.

Kosmo

Abim gesa henti keganasan politik

Posted: 29 Feb 2012 12:08 AM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) ingin melahirkan kesal dan kecewa dengan beberapa insiden keganasan politik yang berlaku semenjak kebelakangan ini.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, berdasarkan dari pengamatan pihak Abim, gejala keganasan politik itu tampak semakin menggejala terutama sekali dalam suasana teka-teki tarikh Pilihanraya Umum ke-13 yang semakin rancak diperkatakan.

"Insiden-insiden bermotif politik semakin kerap berlaku kebelakangan ini seperti mengganggu ceramah dan penerangan politik, mengakibatkan kecederaan fizikal dan kemusnahan harta benda, serta memecah masuk premis dan rumah tokoh politik, telah menyorot perhatian dan mencetuskan kebimbangan para pengamat politik serta rakyat secara umumnya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, katanya jelas menunjukkan ketidakmatangan budaya politik di peringkat akar umbi dan keluhuran demokrasi.

Beliau berkata, tambah mendukacitakan perkembangan itu terjadi ketika negara sedang menyaksikan keterbukaan wacana politik di kalangan para pemimpin serta parti-parti politik di negara ini.

Menruutnya, insiden-insiden keganasan politik yang berlaku kebelakangan ini seharusnya menyedarkan para pemimpin politik bahawa para pendukung politik di peringkat akar perlu dididik serta dilatih, untuk mengamalkan budaya politik terbuka serta matang.

Dalam erti kata lain, ujarnya gagasan serta idealisme politik yang sering dicanangkan oleh para pemimpin politik tidak ubah sebagai retorik kosong semata-mata sementelahan amalan politik akar umbi terus-terusan dizahirkan menerusi kebobrokan akhlak, gejala fitnah memfitnah yang mengaibkan seteru politik, keganasan, caci maki dan ugutan.

Justeru, katanya Abim menyeru pimpinan politik supaya mendidik serta mengawal perilaku serta akhlak tindak tanduk politik para penyokong masing-masing agar menjunjung tinggi prinsip Kedaulatan Undang-undang sepertimana yang digariskan dalam Rukun Negara.

Beliau menambah, selain integriti kepimpinan politik, amalan demokrasi yang positif turut menekankan peri pentingnya budaya kepengikutan yang bersandarkan nilai-nilai moral dan keagamaan yang menghormati tidak sahaja kawan tetapi juga lawan.

"Abim berharap agar insiden-insiden ini tidak berulang di masa hadapan taktala negara sedang meniti detik-detik getir menjelang Pilihanraya Umum Ke-13.

"Kita tidak mahu insiden-insiden keganasan politik yang sering berlaku di luar Negara menggejala lantas mencemarkan kestabilan, keamanan dan keharmonian negara kita," katanya lagi.

Justeru, tambah beliau Abim menggesa agar pihak berwajib memelihara hak-hak bersuara serta berhimpun seperti yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan serta mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keganasan politik secara adil dan tanpa memilih bulu.

Sesungguhnya, kata beliau rakyat sudah jelik dengan amalan politik 'matlamat menghalalkan cara' yang semakin berleluasa dan menyeru semua pihak memainkan peranan untuk membawa rakyat kembali berpegang kepada prinsip 'Negara Barakah' yang menjunjung tinggi prinsip, nilai akhlaq serta etika dan moral.

Harakah Daily

Mahathir tak perlu gelabah, kaitkan orang lain

Posted: 29 Feb 2012 12:05 AM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat tidak gelabah sehingga menuding jari kepada orang lain berhubung desakan audit dijalankan ke atasnya ekoran kerugian hampir RM100 bilion dana awam di zamannya.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohamad Nor berkata, tindakan gelabah Dr Mahathir itu hanya memperlihatkan diri beliau semakin tersepit dengan desakan itu.

"DPPM merasakan Tun Dr Mahathir berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Beliau seharusnya bertenang... beliau tidak seharusnya merasa panik dengan cadangan tersebut kerana ia boleh menyelesaikan isu yang berbangkit," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir hari ini yang mahu sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri.

Desakan audit terhadap Dr Mahathir itu sebelum ini dicadangkan penasihat DAP Lim Kit Siang

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang.

Mengulas lanjut, Riduan berkata kenyataan Dr Mahathir hari ini itu sebagai mengalih pandangan dan cuba mengaitkan pemimpin negara yang pernah dan sedang berada di puncak kuasa supaya mereka juga turut disiasat.

Katanya lagi, ini termasuklah Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bekas Perdana Menteri serta Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menjadi Perdana Menteri.

"Datuk Seri Najib adalah anak kepada Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang kedua. Ia seakan memberi mesej bahawa kesemua mereka perlu diaudit dan disiasat secara terperinci kerana turut terbabit dengan dakwaan kerugian dana awam bernilai RM 100 bilion di bawah pemerintahannya.

"Ia juga sebagai suatu peringatan bahawa kesemua mereka juga bermasalah dan perlu disiasat seperti mana beliau," kata Riduan lagi.

Sambil menyokong audit dijalankan terhadap Dr Mahathir, beliau juga menasihatkan bekas perdana menteri itu bersedia dinilai oleh rakyat.

Lagipun kata Riduan, dakwaan terhadap Dr Mahathir itu membabitkan dana rakyat dan negara dan jumlahnya terlalu banyak, iaitu RM100 bilion yang boleh menyebabkan negara menjadi muflis dan rakyat papa kedana.

"Tun Dr Mahathir tidak perlu risau dengan cadangan ini dan pelaksanaannya nanti sekiranya beliau benar tidak bersalah," tegasnya.

Harakah Daily

Krisis Syria bunuh lebih 7,500

Posted: 28 Feb 2012 11:50 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

NEW YORK - Lebih 7,500 orang telah terbunuh di Syria sejak pasukan keselamatan melancarkan pendekatan keras terhadap kumpulan-kumpulan yang memberontak sepanjang setahun lalu,kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Politik, Lynn Pascoe berkata, terdapat laporan-laporan berwibawa mengatakan lebih 100 orang awam mati setiap hari.

"Ada laporan-laporan yang berwibawa mengatakan angka kematian kini melepasi 100 orang setiap hari, termasuk wanita dan kanak-kanak," kata beliau.

"Sudah pasti jumlah kematian setakat ini sudah melebihi 7,500 orang," kata beliau dipetik laporan BBC.

Kerajaan Syria berkata, sekurang-kurangnya 1,345 anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam usaha menangani kumpulan-kumpulan bersenjata dan pengganas dan menurutnya seramai 2,493 orang awam turut terbunuh setakat ini.
Kebangkitan rakyat menentang kepimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Di Washington, Setiausaha Negara Hillary Clinton mendakwa Bashar memang layakn untuk dikategorikan sebagai penjenayah perang.

sinar harian/-

Cipta pesawat di atas bumbung rumah

Posted: 28 Feb 2012 11:40 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PESAWAT buatan sendiri yang dicipta oleh Li Jungchun dilihat berada di atas bumbung
rumahnya di Kampung Xiahe semalam.

KAMPUNG XIAHE, China - Seorang petani berusia 58 tahun, Li Jingchun mencipta pesawat buatan sendiri di atas bumbung rumahnya di sini.

Dia menyembur cat pada badan pesawat itu yang sepanjang 5 meter (m) dan lebar 1.5m.

Kebanyakan badan pesawat itu diperbuat daripada barang kitar semula dengan kos lebih 40,000 yuan (RM19,136). - Reuters

Nasib ‘lelaki buih’

Posted: 28 Feb 2012 11:30 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

HYDERABAD: Seorang lelaki berusia 62 tahun yang digelar 'lelaki buih' kerana badannya yang dilitupi ketumbuhan mendedahkan bagaimana dia dilayan lebih buruk daripada haiwan terbiar oleh orang ramai.

Tubuh Mohammad Umar mula mengalami ketumbuhan pada tangannya ketika dia berusia 14 tahun dan sejak itu tumor tidak berbahaya berkenaan merebak secara perlahan-lahan ke seluruh anggota tubuhnya.

"Saya lelaki baik. Dan saya boleh bekerja keras. Tetapi paras rupa saya menjadi masalah kepada orang ramai. Tidak ada orang yang suka melihat saya atau mendekati saya. Ia memusnahkan kehidupan saya," kata Mohammad.

Mohammad yang berasal dari Hyderabad, India, dilahirkan sihat. Ibunya mempunyai ketumbuhan pada tangannya tetapi tidak di tempat lain. Tanpa disedari, wanita itu menurunkan penyakit yang lebih agresif kepada anaknya. Ibu Mohammad meninggal dunia pada 2001.

"Saya dilahirkan dengan kulit yang lembut dan licin. Saya tidak tahu apa yang tumbuh pada tubuh saya ketika berusia 14 tahun. Tetapi ibu saya menyedari ia sama dengan yang ada pada tangannya dan membawa saya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Tetapi, lama kelamaan, keadaan Mohammad bertambah teruk. Ketika berusia 20 tahun, tumor tumbuh secara rambang di beberapa bahagian badannya.

"Saya tahu ia akan bertambah teruk. Saya sedar ia akan menjadi mimpi buruk bagi saya," katanya.

Doktor memberitahu dia boleh menurunkan penyakit itu kepada anaknya jika dia berkahwin.

"Doktor tidak memberi jaminan tetapi ia mungkin berlaku. Ia menghantui kehidupan saya selama beberapa tahun. Saya tidak pasti sama ada saya akan berkahwin," katanya.

Tetapi akhirnya, dia berkenalan dengan Farhat-un-Nisa, 45. Mereka bercinta dan berkahwin, Farhat tidak pedulikan penyakit suaminya ketika itu.

"Mohammad lelaki yang baik dan pemurah. Keluarga saya memberi amaran mengenai masa depan saya yang akan menjadi rumit jika penyakitnya bertambah teruk. Mereka mendapatkan nasihat doktor bagi pihak saya. Tetapi saya tidak mempedulikannya," kata Farhat.

Pasangan itu dikurniakan dua anak dan kedua-duanya membesar tanpa mewarisi penyakit Mohammad. Bagaimanapun, lama-kelamaan, Farhat hanya boleh melihat seluruh tubuh suaminya dilitupi tumor besar yang gatal. "Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Doktor berkata penyakitnya tidak boleh diubati.

Ia mengubah sikap suami saya. "Dulu dia begitu bahagia tetapi selepas itu dia menjadi begitu takut. Kami berusaha keras untuk hidup dan membesarkan anak kami," kata Farhat.

Dalam pada itu, Mohammad dipecat daripada jawatan sebagai pembantu bagasi di sebuah stesen kereta api tempatan. Dan sejak itu, tidak ada orang yang bersedia untuk mengambilnya bekerja. - DM

Indeks kemiskinan Kelantan 4.8, Sabah 19.2

Posted: 28 Feb 2012 11:29 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 29 Feb: Laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menjelaskan indeks kemiskinan di Kelantan 4.8 iaitu lebih rendah berbanding Perlis (6.0), Kedah (5.3) dan Sarawak (5.3).

Bahkan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Sabah yang mencatat paling tinggi iaitu 19.2.

Laporan itu berdasar Jadual 6, Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri Malaysia 1970-2009.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sekiranya dibuat perbandingan, nyata sekali Kelantan bukannya negeri termiskin.

"Apakah Perdana Menteri tidak diberi maklumat yang betul sedangkan Unit Perancang Ekonomi berada di bawah dagunya sendiri melaporkan sebaliknya.

"Atau sememangnya Dato' Seri Najib sengaja mengundang kemarahan rakyat Kelantan dengan melontarkan penghinaan sebelum ini," katanya di sini.

Ketika berucap merasmikan Mini Estet Sejahtera di Kampung Nala, Lahad Datu di Sabah pada 18 Februari lalu Perdana Menteri menyifatkan Kelantan sebagai negeri yang termiskin di Malaysia.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, Pengarah Sektor Pembangunan Manusia Bank Dunia (Asia Timur dan Pasifik), Emmanuel Jimenez turut mengesahkan Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia.

Katanya, kenyataan itu dibuat berdasar kepada kajian yang dibuat dan pada pengamatannya Sabah dijangka terus kekal sedemikian dalam tempoh agak lama berdasar perkembangan ekonominya sekarang.

Menurut beliau fakta tersebut bukan bertujuan menghina Sabah, sebaliknya pelbagai masalah melanda negeri itu termasuk kebanjiran warga asing di bawah kerajaan BN sekarang.

Selain itu skandal pemberian kad pengenalan dikatakan begitu berleluasa sekali.

"Rakyat Kelantan tidak boleh menerima penghinaan seorang Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan tanpa berasaskan kepada fakta.

"Apakah lawatan Datuk Seri Najib ke Kelantan pada 2 Mac ini cuba mengulangi penghinaan serupa," katanya.

Menurutnya tidak wajar sama sekali seorang Perdana Menteri melontarkan penghinaan sebegini kepada sebuah negeri yang termaktub dalam perlembagaan berada di bawah persekutuan Malaysia.

Kata Abdul Latif juga kerajaan BN meninggalkan pentadbiran Kelantan pada 1990 dengan hutang sebanyak RM700 juta. Selain itu dinafikan pelbagai hak termasuk royalti minyak.

"Kami menuntut agar Perdana Menteri menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Kelantan di atas penghinaan tersebut," ujarnya.

Harakah Daily

Lantik Khairy bawa Bumiputra ke belakang - Khalid Ibrahim

Posted: 28 Feb 2012 11:25 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 29 Feb: Pelantikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah membawa bumiputra ke belakang, kata bekas pengasannya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ini kerana, fahaman dan kepentingan politik menjadi asas kepada pelantikan ke jawatan profesional ini, kata beliau.

Ketika Bumiputera digalakkan untuk meningkatkan standard profesionalisme setanding yang terbaik di dunia, pelantikan Khairy Jamaluddin ini jelas menunjukkan fahaman politik adalah menjadi kriteria utama untuk dilantik ke jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan, bukannya berdasarkan kemampuan dan pengalaman.

"Sebagai salah seorang pengasas PUNB – sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad di mana saya telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) – saya berbangga dengan pencapaian PUNB yang selama ini diterajui profesional yang berkebolehan," katanya.

Menurut Khalid, walaupun peringkat pengubal dasar terdiri daripada ahli ahli politik tetapi mereka tidak campur tangan dalam operasi.

Malah Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada golongan profesional berpengalaman yang tidak mempunyai kepentingan politik atau kumpulan berkaitan dengan politik.

Bagi Khalid, kumpulan profesional Bumiputera ini telah bekerja keras untuk membawa PUNB hingga ke tahap sekarang ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya mensia-siakan usaha mereka ini dengan melantik Khairy Jamaluddin yang tidak berkeupayaan dan tidak berpengalaman menguruskan badan korporat yang sudah berjaya, tegas Khalid yang kini adalah Menteri Besar Selangor.

Bagi beliau, Perdana Menteri sekali lagi gagal mengutamakan antara kepentingan dengan profesionalisme.

Menurut Khalid, tindakan Perdana Menteri ini bukan petanda baik kepada kaum Bumiputera dan Malaysia khasnya.

Bagi pembangunan negara, pemimpin sepatutnya melihat dalam konteks lebih luas dan berfikir di luar fahaman politik di mana ciri-ciri ini telah diketepikan menerusi pelantikan Khairy Jamaluddin ini, katanya.

Harakah Daily

Keajaiban Doa, Selamat Dari Maut

Posted: 28 Feb 2012 11:15 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Malam itu ada seorang laki-laki muda datang ke Rumah Amalia. Dia menceritakan bahwa dirinya bukanlah orang yang taat beragama. Sholatnya suka bolong-bolong. Semuanya menjadi berubah ketika satu hari dia mengalami kecelakaan di fly over Kebayoran lama. Motor yang ditumpangi disruduk oleh metromini. Dia mengalami koma beberapa hari. Istrinya dengan setia menungguinya dirumah sakit.

Katanya, Awalnya istrinya tidak percaya, setelah beberapa hari pingsan. Namun ada keajaiban bahwa dirinya bisa tersadar. Dokter terheran dan mengatakan pemeriksaan dan diagnosis terbaru menunjukkan bahwa otaknya sama sekali tidak mengalami gegar. "Kondisi anda sekarang dalam keadaan normal" Kata dokter itu.

Teman itu terkejut, hampir tak percaya atas perkataan dokter, dia tidak kuasa membendung air matanya yang meleleh karena kebahagiaan. dia itu bertanya sekali lagi apakah yang didengarnya adalah benar.

Dokter mengatakan semuanya benar. ia memanjatkan syukur alhamdulillah kepada Allah yang berkenan menyembuhkan dirinya, hal itu berkat doa keluarga dan anak-anaknya yang setiap hari mendoakan dirinya ketika koma di rumah sakit. karena kebiasaan dirinya telah bershodaqoh dan berbuat baik pada sesama.

Sejak itu dia berjanji bukan hanya selalu mengasihi dan menyayangi keluarga dan berbuat baik pada sesama namun juga akan meningkat ibadahnya seperti sholat lima waktunya lebih tertib.

http://agussyafii.blogspot.com/

Untuk apa Isa belanja RM352,687?

Posted: 28 Feb 2012 11:13 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak) mencabar Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menjelaskan perbelanjaan berjumlah kira-kira RM352,687 untuk tiga programnya awal tahun lalu.

Menurut Presiden Anak, Mazlan Aliman, ketiga-tiga program iaitu di Felda dalam Dun Tenang, Johor, Felda Lawin Selatan, Lenggong, Perak dan Felda Jengka 22, Pahang melibatkan pemberian buku "Najib Perdana Menteri Malaysia ke-6" kepada peserta.

Program di Dun Tenang melibatkan kos RM118,750, di Felda Lawin Selatan sebanyak RM91,437 dan Felda Jengka 22 sebanyak RM142, 500.

"Di Felda Lawin Selatan merupakan program Gerakan Persatuan Wanita (GPW) dan di Felda Jengka 22 merupakan program pengerusi Felda dengan GPW dan Feldawati.

"Bayangkan buku 'Najib Perdana Menteri Malaysia ke-6' diberi dengan belanja yang begitu besar. Kita persoalkan kewajaran kos ini.

"Kita cabar Tan Sri Isa Samad buat penjelasan program ini menggunakan duit siapa," kata Mazlan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Selain itu, Mazlan turut mempersoal tindakan Yayasan Felda memberikan projek secara runding terus kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) CCM Pharmaceuticals untuk program pemberian multivitamin kepada jemaah haji Malaysia tahun lalu.

CCM Berhad merupakan peneraju utama kepada pembangunan produk halal dalam industri farmaseutikal di Malaysia.

Syarikat ini juga adalah salah satu daripada anak syarikat di bawah naungan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pemberian multivitamin "proviton" dan vitamin C "flavettes suger free 500mg melibatkan 27, 900 orang bakal jemaah haji Malaysia berjumlah RM1,590,300.


"Kita mohon penjelasan daripada Tan Sri Isa Samad sebab projek ini adalah projek di bawah Yayasan Felda dan Isa Samad sebagai pengerusinya.

"Isunya kenapa projek ini diberi secara runding terus dan siapakah mereka di sebalik projek ini?" soalnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Harakah Daily

Negeri ini tidak ada polis? Menteri KDN sila letak jawatan!

Posted: 28 Feb 2012 11:09 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Sejak akhir-akhir ini kita dengar semakin banyak program anjuran Pakatan Rakyat telah diganggu terutama oleh samseng Umno.

Di Pulau Pinang kita dengar semalam samseng Umno dan sayap mereka Perkasa mengganas dalam program Himpunan Hijau.

Ceramah Pakatan di Kuantan juga diamuk oleh samseng Umno semalam.

Sebelum ini di Shah Alam beberapa kali program bukan Umno diceroboh dengan jayanya, ala samseng tanpa sekatan dan tidak takut-takut.

Di Johor, di Semberong dan Kulai umpamanya, samseng Umno juga berleluasa boleh mengamuk sewenang-wenangnya tanpa halangan. Itu hanya beberapa kes. Kita percaya amukan samseng ini akan terus bermaharajalela, kerana ia seolah-olah mendapat lesen besar!

Orang Umno menumbuk orang sudah menjadi kelaziman sekarang ini.

Apa yang menjadi kerunsingan semua, apakah agensi keselamatan kerajaan sekarang sudah tidak berfungsi? Apakah pihak keselamatan, apabila di atas nama Umno mereka halalkan atau butakan mata?

Berapa juta wang rakyat yang digajikan untuk membiayai pasukan polis demi memelihara keselamatan dan mempertahankan undang-undang, kenapa jenayah samseng politik ini terus-terusan dibiarkan?

Apakah apabila orang Umno yang mengamuk, bermakna tindakan mereka menjadi halal? Apakah warganegara yang sah di negara ini hanya Umno dan konco-konconya?

Kita bukanlah bias atau prejudis, tetapi kebanyakan kes dan insiden yang dilaporkan, mendapati polis seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk menghalang keganasan.

Sudahlah kes jenayah semakin hari semakin menggerunkan, samseng politik ini juga diabaikan? Kepada siapa lagi rakyat Malaysia mahu mengadu jika sikap polis sendiri tidak mahu benar-benar menjaga ketenteraman?

Kenapa mahu dibiarkan sehingga masyarakat akhirnya akan memandang rendah kepada institusi polis dan profesionalisme mereka?

Dulu semasa Pak Lah menjadi PM, ada dicadangkan Suruhanjaya pembaikan polis atau IPCMC. Tujuan untuk membaiki perkhidmatan pasukan itu.

Polis berada di bawah bidang Kementerian Dalam Negeri. Pak Menteri buat apa dengan kes samseng yang semakin galak ini? Apakah Pak Menteri dibayar gaji dengan wang rakyat hanya untuk membisukan isu-isu samseng Umno ini?

Kita faham, samseng-samseng Umno menjadi "kepanasan" ketika ini kerana dibakar oleh pimpinan mereka sendiri yang saban hari ucapan mereka seolah mahu melancarkan "perang" lagaknya.

Tetapi pemimpin atasan Umno itu mungkin cerdik sedikit dan faham demokrasi kerana ucapan yang berapi-api itu ialah sebagai propaganda menjelang pilihan raya. Tetapi bagaimana dengan Umno akar umbi ini?

Sepatutnya api perkauman dan kepartian inilah yang mesti Pak Menteri ambil tindakan membendung sebelum semakin marak sehingga boleh mengundang bencana. Kita faham Pak Menteri yang jaga polis juga merupakan pemimpin Umno. Tetapi pengasingan tugas dan kuasa mesti jelas. Sebab itu merupakan amanah.

Kita tidak nafikan mungkin pihak kementerian atau polis berusaha juga secara senyap-senyap. Tetapi kenapa semakin hari keadaan semakin membimbangkan? Malaysia mahu dinobatkan sebagai negara maju pada tahun 2020, tetapi bagaimana dengan status ketenteramannya?

Tidakkah Pak Menteri terasa keresahan dan denyut nadi rakyat yang cemas pada ketika ini kerana samseng Umno sangat berkuasa?

Pak Menteri sepatutnya jangan leka sehingga membiarkan undang-undang rimba berleluasa seperti zaman dulu di mana "orang samseng dan kuat menjadi raja".

Akan tetapi jika Pak Menteri lemah, tidak berupaya dan memandang sebelah mata sahaja dengan gelagat samseng Umno ini, baiklah letak jawatan. Kerana kamu tidak mampu lagi sebenarnya menjaga keselamatan dan ketenteraman negara ini!

Harakah Daily

Jabatan Pelajaran arah guru sertai Himpun

Posted: 28 Feb 2012 11:06 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU, 29 Feb: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu diarahkan pihak tertentu memaklumkan kepada semua pengetua dan guru besar sekolah agar menghantar sekurang-kurangnya 10 orang guru setiap sekolah menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Selamatkan Akidah.

(Surat arahan rasmi daripada JPN Terengganu kepada Pengetua dan Guru Besar agar menghantar 10 orang guru bagi setiap sekolah menyertai Himpunan Sejuta Umat di Stadium Negeri Terengganu pada 25 Februari lalu.)

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Zakariah Ali bagi pihak Pengarah JPN negeri serta disalinkan kepada Timbalan Pengarah Pelajaran pada tarikh 19 Februari lalu.

Program tersebut diadakan pada 25 Februari 2012 di Stadium Negeri, Batu Burok, Kuala Terengganu dengan ucaptamanya oleh bekas ahli PAS yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali.

Harakah dimaklumkan, sebanyak 12 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah rendah di sekitar daerah Kuala Terengganu terlibat dengan program tersebut.

Seorang guru dari sebuah sekolah menengah Guru diarah sertai Himpun yang enggan disebut namanya berkata arahan kepada guru-guru agar menyertai program Himpun diterima beberapa hari lalu.

Katanya, arahan tersebut mengkehendaki agar Pengetua dan Guru Besar mempastikan kehadiran
guru-guru berkenaan ke majlis Himpun Sejuta Umat di Stadium negeri Terengganu.

"Saya akan pergi program ini tetapi harap bukan jadi program politik Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menghentam pihak lain seperti PAS dan Pakatan Rakyat.

"Sebab, ini menampilkan penceramah politik yang telah dipecat oleh sebuah parti politik tanah air ini," ujarnya ketika ditemui Harakah.

Rakannya, juga seorang guru di sekolah rendah yang enggan disebut nama menyokong pandangan agar program Himpun tidak dijadikan medan politik pihak tertentu.

Bahkan, katanya penganjur perlu mempastikan agar tidak berlaku cetusan isu perkauman bagi menakutkan orang bukan Islam.

"Kita tidak mahu program Himpun yang mengerahkan guru-guru dan jabatan-jabatan lain ini menjadi pentas politik pihak tertentu untuk menghentam pihak tidak sehaluan dengan kerajaan.

"Kita tidak mahu Himpun jadi seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang bersifat rasis dan perkauman," tegasnya yang turut menerima arahan ke program Himpun.

Menurut beliau, jika tidak mendapat arahan dan secara sukarela sudah pasti program anjuran Himpun kurang mendapat sambutan rakyat kerana ianya mempunyai agenda pihak tertentu.

Harakah difahamkan, semua banting dan banner Himpun diberikan 'keistimewaan' tidak dikenakan pelekat atau permit lesen oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Harakah Daily

8 Askar Guatemala Terbunuh Dalam Nahas Helikopter

Posted: 28 Feb 2012 11:00 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GUATEMALA CITY: Lapan anggota Tentera Udara Guatemala terbunuh apabila helikopter yang dinaiki terhempas dalam kawasan hutan berdekatan sempadan Mexico, malam Selasa.

"Lapan anggota Tentera Udara, enam krew dan dua juruterbang berada dalam helikopter itu," kata Gabenor wilayah Peten, Henry Amezquita.

Berdasarkan maklumat awal, helikopter itu terhempas dekat kawasan Chacalte, di San Luis Peten, kira-kira 500 kilometer utara Guatemala City. - AFP

Aktivis hina Raja Thai dipenjara 7 tahun

Posted: 28 Feb 2012 10:50 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BANGKOK - Seorang aktivis politik di Thailand, semalam dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun setengah dalam siri dakwaan terbaru di bawah undang-undang menghina sistem pemerintahan beraja (lese majeste) di negara itu.

Surachai Danwattananusorn disabit bersalah oleh Mahkamah Jenayah di Bangkok kerana menghina Raja Bhumibol Adulyadej dalam beberapa ucapan kepada penyokong kumpulan Siam Merah pada 2008 dan 2010.

Dalam satu kenyataan, peguam belanya memaklumkan beliau akan mengemukakan rayuan kerana menganggap kes tersebut sebenarnya bermotifkan politik.

Kumpulan Siam Merah adalah salah satu cabang gerakan Baju Merah yang setia menyokong bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra selepas dia digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada 2006.

sinar harian/-

PKR perbetul lokasi pasaraya NFC di Singapura

Posted: 28 Feb 2012 10:45 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Feb: PKR hari ini memperbetul kesilapan berhubung lokasi Farmhouse Supermarket yang didakwa dimiliki bersama oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beroperasi di Star Vista Mall, Singapura.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata lokasi sebenar pasaraya yang berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) itu adalah di Rochester Mall yang terletak di Rochester Drive.

Jelasnya, kedua-dua pusat membeli-belah itu terletak berdekatan di antara satu sama lain dan petugasnya yang membuat pengesanan itu telah berkunjung ke lokasi yang salah.

"Saya memandang berat kesilapan ini dan telah berhubung dengan rakyat Malaysia di Singapura yang banyak membantu.

"Semakan pada pagi ini mendapati bahawa Farmhouse Supermarket akan beroperasi di Rochester Mall bersebelahan dengan Star Vista," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merespon kepada penafian oleh CapitalMall bahawa kompleks membeli belah Star Vista yang sedang dimajukan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Farmhouse Supermarket Pte Ltd yang dimiliki keluarga Shahrizat.

Menurut Rafizi, Farmhouse Supermarket menyewa unit-unit bernombor #02-08 hingga #02-35 di kompleks membeli belah yang dibangunkan bersama-sama kondominium mewah di alamat 35, Rochester Drive, Singapura.

Projek itu katanya dibangunkan oleh pemaju UE One-North Developments Private Limited.

"Semakan di laman rasmi Rochester Mall jelas menyenaraikan Farmhouse Supermarket sebagai salah satu penyewa mereka, seperti yang dilaporkan di laman http://www.rochestermall.com.sg/#02-08to35

"Maklumat di laman itu juga mengesahkan bahawa Farmhouse Supermarket adalah penyewa terbesar di tingkat 2, berbanding kedai-kedai lain," katanya memperincikan dakwaannya itu.

Beliau juga berpendapat, oleh kerana lokasi Rochester Mall adalah bersebelahan dengan Star Vista, anggaran sewa seperti yang didasarkan kepada laporan Competition Commission of Singapore tidaklah banyak berbeza.

"saya percaya selain dari kesilapan alamat sebenar kompleks seperti yang saya sebutkan, keseluruhan pendedahan yang dibuat semalam adalah tepat.

"Kenyataan Datuk Seri Salleh Ismail yang disiarkan oleh The Malay Mail bertarikh 29 Februari 2012 juga mengesahkan bahawa NFC tidak menafikan kewujudan pasaraya mewah ini, malah masih mempertahankan hak mereka untuk menceburi apa-apa perniagaan yang mereka rasa sesuai," tegasnya sambil menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada CapitalMall dan NFC atas kesilapan fakta yang berlaku.

Harakah Daily

Mangsa ribut tergamam bumbung terbang

Posted: 28 Feb 2012 10:41 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SIJANGKANG - "Apabila saya buka pintu rumah, saya lihat sampah sarap bertaburan dan kebanyakan peralatan milik rumah saya dan jiran berterbangan," kata salah seorang mangsa ribut, Mariam Musa kepada Sinar Harian.

Mariam berkata, kejadian yang berlaku hanya beberapa minit itu membuatkan penduduk tergamam.

Menurutnya, keadaan cuaca sebelum itu tidak menunjukkan tanda ribut akan berlaku.

"Kejadian ini menakutkan kerana ia berlaku secara tiba-tiba, ketika kejadian saya sedang berehat di rumah, namun terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan lihat banyak kepingan bumbung terbang," katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, 29 rumah di Kampung Sijangkang rosak teruk terutama di bahagian bumbung apabila kebanyakan zink kediaman penduduk diterbangkan angin.

Dimaklumkan, kejadian sama berlaku beberapa tahun lalu, namun tidak membabitkan sebarang kerosakan.

Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, buat masa ini, pihaknya masih dalam proses mengumpul maklumat kerosakan bagi memudahkan urusan bantuan kepada mangsa yang terlibat.

Katanya, bantuan sama akan diusahakan melalui Yayasan Kelana Ehsan (YKE) bagi mendapatkan dana membantu rumah yang mengalami kerosakan teruk.

"Kita juga mengajak pelbagai pihak tampil membantu mangsa," katanya ketika meninjau keadaan rumah mangsa, di sini.

Hadir sama, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Dun Sijangkang, Datuk Nordin Selamat.

sinar harian/-

Najib Razak yang suka berjanji

Posted: 28 Feb 2012 10:41 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Sebelum kapal mewah Titanic karam, arkitek kapal tersebut pernah berkata bahawa ianya sangat teguh sehinggakan Tuhan pun tidak dapat menenggelamkannya. Demikanlah kata-kata terakhir yang tercatat dalam sejarah sebagai ungkapan yang penuh ironi.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberi jaminan bahawa dari segi fakta saintifik, projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan di Pahang itu selamat. Malah, lebih daripada itu, beliau dengan berani mengatakan nadir bumi itu tidak berbahaya kerana bagi mereka yang menggunakan telefon pintar, mereka terdedah kepada nadir bumi setiap hari.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Najib memberikan jaminan beliau terhadap sesuatu hal. Dalam tahun 2011 sahaja, pelbagai jaminan telah diberikan apabila orang ramai bangkit menyuarakan bantahan kepada beberapa isu.

Jaminan-jaminan Najib

Jaminan-jaminan ini hanya seperti mendodoi bayi tidur. Ia seolah-olah menjadi kata muktamad untuk mematikan segala hujah rasional yang rakyat lontarkan seperti kita ini sudah kembali semula ke zaman kerajaan mengetahui segala-galanya.

Sewaktu skandal penyalahgunaan wang pinjaman ternak lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikendalikan oleh NFCorp untuk membeli kondo mewah mula hangat diperkatakan dahulu, Najib dengan berani tampil ke hadapan mempertahankan keluarga pengarah NFCorp yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang Menteri Kabinet dan menjamin tiada sebarang penyelewengan yang telah berlaku.

Walau bagaimana pun, laporan media baru-baru ini mendedahkan bahawa pihak polis sendiri telah mengesyorkan supaya para pengarah NFCorp disiasat di bawah tuduhan pecah amanah, salah satu bentuk penyelewengan.

Dalam temu ramah dengan media antarabangsa CNN pula, Perdana Menteri pernah menjamin yang tiada kekasaran dan keganasan dilakukan oleh pihak polis terhadap penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada tahun lalu.

Namun, umum mengetahui kepalsuan jaminan itu. Kita dapati yang pihak polis bukan sahaja telah melakukan provokasi melampau, malahan mereka telah mengasari penunjuk-penunjuk perasaan yang terbabit.

Kedua-dua contoh ini sahaja sudah memadai untuk menunjukkan bagaimana jaminan-jaminan Perdana Menteri ini tidak ada kredibilitnya. Setiap kali beliau mengutarakan sesuatu pendapat atau jaminan, sudah kita sedia maklum yang beliau bukannya bercakap dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi lebih sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO.

Reaksi beliau selama ini adalah langkah terdesak untuk melindungi air muka beliau dan kepentingan politik UMNO-BN. Sebab itu jugalah Najib sanggup merayu undi supaya rakyat memberi majoriti dua pertiga kepada UMNO-BN dalam pilihan raya umum akan datang jika mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi lebih kuasa.

Layakkah Najib memberi jaminan keselamatan nyawa manusia?

Jadi, wajarkah rakyat yang cerdik mempercayai jaminan Najib berkaitan isu nadir bumi Lynas ini? Sedangkan dalam isu yang lebih mudah difahami seperti NFC dan BERSIH pun beliau boleh 'tersilap' memberi jaminan.

Wajarkah dalam isu yang lebih rumit seperti Lynas ini, kita berasa selamat dan yakin tiada sebarang kemudaratan dan kecelakaan akan menimpa penduduk Gebeng dan Kuantan serta seluruh Pahang kelak?

Najib tidak ada kelayakan sama ada dari segi saintifik mahu pun kredibiliti untuk memberi keyakinan kepada mana-mana pihak terhadap keselamatan projek itu. Jika disemak latar belakang beliau, tidak dinyatakan yang beliau pernah dianugerahkan apa-apa ijazah dalam bidang sains, biar pun daripada Universiti Curtin sekali pun.

Memang ada pakar sains yang mengakui nadir bumi yang telah diproses menjadi cip mikro bagi telefon pintar itu rata-ratanya tidak berbahaya. Namun begitu, yang menjadi kekhuatiran ramai ialah sisa toksik daripada bahan mentah tersebut. Jika tidak dilupuskan dengan betul, sisa-sisa radioaktif inilah yang sebenarnya akan membawa kemudaratan kepada penduduk-penduduk sekitar terutamanya di Gebeng dan kawasan sekitar Kuantan.

Kemalangan skala besar boleh berlaku kerana masalah yang kecil sahaja. Loji Chernobyl di Ukraine (dahulu Soviet Union) dahulu telah dikendalikan oleh pakar-pakar nuklear yang terkemuka, namun itu tidak dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan ngeri yang memberi kesan kepada lebih 200,000 orang. Selepas siasatan dijalankan, didapati kemalangan tersebut berpunca daripada sesuatu masalah teknikal yang kecil.

Australia tolak, Malaysia terima

Persoalannya, sanggupkah kita melihat rakyat kita sendiri merana jika apa-apa terjadi kelak? Beberapa faktor seperti bentuk daratan yang dipenuhi dengan sungai dan kepadatan penduduk yang tinggi menjadikan Malaysia calon yang amat tidak sesuai untuk projek pemprosesan nadir bumi. Jika sisa radioaktif itu terserap dalam tanah dan sistem perairan kita, semestinya aktiviti dan kesihatan kita turut terjejas.

Projek sebegini memerlukan kawasan yang luas dan tidak berpenghuni. Dengan kata lain, kawasan dengan kepadatan penduduk yang rendah. Dalam hal ini, kawasan gurun amatlah bersesuaian untuk melaksanakan projek nadir bumi ini kerana sisa-sisa radioaktif dapat dilupuskan tanpa membahayakan kesihatan orang ramai.

Sudah tentu Australia dilihat sebagai lokasi yang ideal untuk membangunkan projek Lynas. Justeru, cukup musykil apabila Australia sendiri menolak tawaran Lynas dengan tidak membenarkanya beroperasi di negara itu. Penolakan oleh Australia itu sepatutnya sudah cukup untuk rakyat Malaysia bangkit menentang Lynas daripada beroperasi di negara kita.

Jika berlaku sesuatu bencana yang amat buruk dan ngeri, apakah yang dapat Najib jamin pada saat itu? Janganlah kita jadikan kata-kata jaminan Najib itu sebagai satu lagi kata-kata terakhir yang penuh ironi apabila nyawa rakyat bakal terjejas akibat radiasi kelak.

Harakah Daily

Kelas seni menghias haiwan yang diawet

Posted: 28 Feb 2012 10:30 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEORANG pelajar meletakkan gitar mainan di celah kaki seekor tikus yang telah diawet.

BROOKLYN, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah kelas seni yang mengajar menghias haiwan yang telah diawet dibuka kepada orang ramai di kawasan kejiranan Gowanus di sini.

Kelas selama empat jam itu mengajar pelajar cara untuk menghias haiwan yang telah diawet dengan memakaikan pakaian.

Para pelajar juga diajar cara untuk menjadikan tikus yang telah diawet duduk dan membuat gaya seperti manusia.

Seni itu amat popular semasa zaman pemerintahan Ratu Victoria di Britain.

Kelas itu diajar oleh seorang artis tatu, Susan Jeiven.- Agensi

Hanya 15 meter dari rumah

Posted: 28 Feb 2012 08:59 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PARIT - Perasaan gusar pemilik rumah berhampiran Sungai Perak di Kampung Dusun Hulu Parit, di sini, masih belum reda apabila kawasan tebing sungai itu semakin rebak hari demi hari.

Seorang penduduk, Mior Ahmad Najmi Mior Arif, 38, berkata, kawasan tanah rebak itu begitu hampir dengan rumah ibu mertuanya.

Menurutnya, jarak antara tebing sungai dengan rumah ibu mertuanya hanya 15 meter sahaja.

"Masalah hakisan ini sudah berlaku sejak dua tahun lalu. Jika dahulu jarak antara tebing dengan rumah masih jauh tetapi sekarang hanya beberapa meter sahaja," katanya.

Mior Ahmad berkata, kini tebing itu hanya bergantung kepada sebatang pokok besar yang ada di tepi sungai berkenaan.

"Kita lihat bahagian atas masih ada tanah tetapi di bawahnya sudah kosong dan tidak mustahil jika pokok ini terbalik, akibatnya kawasan tebing ini akan terus runtuh.

"Sekarang ia hanya bergantung kepada sokongan akar sahaja dan boleh tumbang bila-bila masa sahaja," katanya.

Sementara itu, katanya, apabila tiba musim hujan keadaan menjadi semakin teruk kerana hakisan semakin cepat.

"Saya khuatir rumah mak mertua saya akan turut sama terhakis jika tidak ada sebarang tindakan diambil," katanya.

Tambahnya, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah itu agar keselamatan penduduk terjamin.

"Jangan biarkan perkara ini terlalu lama kerana khuatir ia akan menyebabkan ibu mertua saya kehilangan rumahnya," katanya.

Sinar Harian

Empat nelayan nyaris maut selepas bot terbalik

Posted: 28 Feb 2012 08:56 PM PST

7 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PENAGA - "Lima minit berpaut pada perut bot karam dirasakan cukup lama. Apa yang mampu dilakukan ialah saling memanggil nama masing-masing supaya tidak leka."

Demikian ujar Johari Tajuddin, 29, seorang daripada empat nelayan yang mengalami detik cemas selepas bot dinaiki terbalik dan karam diseret tali pukat oleh sebuah bot pukat tunda berhampiran Perairan Mukahid, Teluk Bahang, tujuh batu nautika dari pantai Kampung Sungai Tembus di sini, dua hari lalu.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi Ahad lalu itu, mangsa menaiki bot bersama dua rakan sekerja dan pemilik bot dalam perjalanan memukat ikan di kawasan berkenaan selepas bertolak dari pangkalan Kampung Sungai Tembus, hampir 45 minit sebelumnya.

"Kejadian berlaku ketika saya memasang paip menyambung minyak petrol ke injin selepas berhentikan seketika bot di kawasan itu, manakala Shahidan Mat, 22 dan Ong Tee Kian, 19, serta pemilik bot, Zwkifli Ahyak, 52, menikmati sarapan di haluan bot.

"Tiba-tiba kipas injin dikesan tersangkut pada tali pukat milik sebuah bot pukat tunda yang sedang memukat di kawasan itu," katanya.

Johari berkata, ketika itu bahagian bot fiber sepanjang enam meter itu mula tenggelam sementara bahagian hadapannya mendongak menyebabkan rakan sekerjanya menggelongsor ke belakang sebelum mereka terjatuh ke laut.

Bapa kepada dua anak itu berkata, dalam keadaan panik itu dia mula memikirkan keselamatan dua rakannya termasuk Zwlkifli yang tidak tahu berenang.

Menurutnya keadaan menjadi kelam kabut apabila bot mereka mula terbalik.

"Sebaik berada dalam air saya mula panggil nama mereka dan mengarahkan berpaut pada perut bot, namun hati saya mula bimbang kerana Zwlkifli tidak kelihatan.

"Saya berenang dan menyelam sekitar bot dan menemui Zwlkifli yang tidak sedarkan diri tersangkut pada tali pelampung dibawah perut bot sebelum menariknya keluar," katanya.

Menurutnya lagi dengan bantuan Shahidan dan Tee Kian, meraka berjaya memegang tangan Zwlkifli sambil berpaut pada bot berkenaan.

Menurut Johari, mereka berempat bernasib baik kerana selepas lima minit terendam di air, sebuah bot nelayan dilihat menghampiri kawasan berkenaan sebelum mendekati dan memberikan bantuan.

"Sebaik dinaikkan ke bot milik Mohd Fozi Hamid, 43, yang datang membantu, kami mengejar bot pukat tunda terbabit, namun mereka memecut laju melarikan diri dan meninggalkan pukat di situ.

"Saya kesal dengan kejadian ini kerana sepatutnya pekerja bot pukat tunda itu datang menyelamatkan kami. Walau bagaimanapun mengucap syukur kerana kami semua selamat," katanya.

Rakan sekerjanya, Tee Kian yang baru empat hari mengikuti mereka ke laut tidak menyangka akan menempuh pengalaman ngeri hingga hampir mati lemas dalam kejadian itu.

Menurutnya yang masih trauma dengan kejadian itu, mereka bernasib baik tidak mati lemas kerana cepat diselamatkan oleh nelayan lain kerana lima minit itu terasa cukup lama.

"Nelayan yang menyelamatkan kami tiba tepat pada waktunya dan dalam masa sama berjaya menunda bot kami kembali ke pangkalan," katanya.

Semasa ditemui semalam, hanya Johari dan Tee Kian sahaja yang hadir, manakala Zwlkifli membuat laporan polis, sementara Shahidan difahamkan berada bersama keluarganya di Kampung Kuala Muda di sini.

Dalam pada itu Ketua Unit Nelayan Sungai Tembus, Basruddin Abu Bakar, 47, berkata, melalui rundingan dengan pemilik bot pukat tunda yang diatur pihaknya selepas kejadian itu, Zwlkifli telah menerima sedikit bayaran ganti rugi dan kes itu dianggap telah selesai.

Sinar Harian

Nuffnang