i n t a n h i j a u |
Abby Fana Bukan 'Dibuang' TV3 Kerana Bertudung Posted: 29 Feb 2012 12:02 AM PST KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Sinar FM, Abby Fana menolak tuduhan kononnya khidmat beliau sebagai perantara Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 ditamatkan apabila beliau membuat keputusan memakai tudung selepas mengerjakan Haji pada November tahun lalu. Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar,46, memberitahu mStar Online, keinginannya untuk bersara sebagai penyampai sambilan rancangan itu telah dipendamnya pada tahun lalu dan secara kebetulan telah terlaksana selepas pulang dari Mekah. "Sebenarnya sebelum pergi Haji lagi saya dah rasa nak berhenti sebab dah lama sangat saya jadi pengacara MHI. Bila pulang dari Mekah, tak sangka pula ia macam sudah tersurat. "Pada 27 Disember lalu adalah penampilan terakhir saya sebagai pengacara MHI," katanya yang telah sembilan tahun berkhidmat di stesen televisyen itu. Abby memberitahu, hasrat untuk meninggalkan MHI dipendamnya kerana merasakan khidmatnya sudah terlalu lama dan bimbang penonton mula bosan dengan penampilan barunya itu. Kata Abby, kalau di congak tugasnya sebagai pengacara segmen pagi di stesen televisyen sebenarnya telah mencecah 14 tahun iaitu sembilan tahun di TV3 manakala lima tahun bergelar pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan RTM1. "Kita ni bukan macam di Amerika Syarikat. Di negara itu, usia pengacara bukan ukuran. Tetapi di negara kita, kalau terlalu lama sangat nanti orang cepat jelak," katanya. Menurut Abby, selepas meninggalkan MHI, dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai Penyampai Radio Sinar FM yang dikendalikannya sejak lima tahun lalu. Jelas Abby, tugas sebagai deejay memberi keseronokan yang luar biasa buatnya kerana dengan cara itu sahajalah dia dapat "bersosial" dengan peminat. "Saya ni tak pernah nak melepak mana-mana tempat pun. Hanya di radio sahajalah saya bersosial. Saya dapat rasakan tekanan dalam diri saya hilang," katanya. Mengulas mengenai penampilannya bertudung yang dilihat kelihatan lebih manis kata Abby, jiwanya menjadi lebih tenang dan merasakan satu perubahan baru. Bagaimanapun beliau mahu terus aktif melibatkan diri dalam bidang seni dan akan mempertimbangkan tawaran bergelar pengacara mana-mana program yang berkehendakkan personaliti bertudung. Menyentuh mengenai calon suami selepas bergelar ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu, Abby yang memiliki dua orang anak iaitu Afiq Nazrin,21, dan Adli,20, serta seorang anak angkat Azra, 19 bulan, memberitahu tidak terfikir ke arah itu. Beliau lebih selesa dengan kehidupannya sekarang dan menyerahkan jodoh kepada Allah untuk menentukannya. Dalam perkembangan lain calon Penyampai Radio Wanita Terbaik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPH2011) ini turut aktif dalam perniagaannya sebagai pembekal kelengkapan seperti perabot, zink dan plastik anak benih untuk, Felda Zon Tengah. Perniagaan yang diusahakan bersama rakan kongsi itu tekah dikendalikannya sejak tiga tahun lalu dan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.(mstaronline) |
PAS sedia isi jawatan timbalan presiden daripada bukan Islam Posted: 28 Feb 2012 11:58 PM PST SHAH ALAM, 28 Feb – PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka. "Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan. "Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa," kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk "Kenapa Undi Melayu Pecah?" di sini. Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum. "Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua," katanya lagi. "PAS bukanlah terlalu taksub," tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi. Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam. "Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka," tambahnya lagi. Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng. |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan