Rabu, 29 Februari 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


PANGSAPURI TAMAN CAHAYA DAPAT WAKAF

Posted: 29 Feb 2012 01:20 AM PST

AMPANG, 28 FEBRUARI 2012 : Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Taman Cahaya telah mendapat sebuah wakaf serbaguna untuk kegunaan mereka.

Wakaf tersebut 45 kaki panjang dan 18 kaki lebar telah dibina dengan kos RM36,500 dengan menggunakan peruntukan Ahli Dewan Negeri Chempaka, Iskandar Abdul Samad.

Wakaf itu dapat digunakan untuk pertemuan, mesyuarat, sukan, rekreasi dan aktiviti kemasyarakatan yang lain. Iskandar telah berjanji akan menyumbang sebuah meja ping pong untuk kegunaan penduduk di sana.

Beliau yang juga merupakan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor berkata sumbangan ini adalah satu usaha untuk mempertingkatkan kemudahan di pangsapuri-pangsapuri kos rendah.

Wakaf ini adalah wakaf kedua yang dibina di kawasan Chempaka menggunakan peruntukan Iskandar. Sebelum ini sebuah wakaf telah dibina di Pangsapuri Kos Rendah Taman Dagang.

BORANG RUMAH MAMPU MLIK TELAH CETAK SEMULA

Posted: 28 Feb 2012 07:37 PM PST

 

Borang pendaftaran untuk membeli Rumah Mampu Milik (RMM) Negeri Selangor telah dicetak semula. 

Borang-borang boleh diperolehi dari Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam.

Borang-borang tersebut mulai dijual pada bulan Jun tahun lepas apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan RMM mereka di Bandar Baru Bangi.

Walau bagaimanapun kesemua 2,700 borang bagi cetakan pertama telah habis dijual dan memerlukan cetakan kedua. Setiap borang telah dijual dengan harga RM5 yang termasuk kos memproses.

Untuk projek RMM PKNS di Bangi, sebanyak 640 permohonan telah diterima untuk 124 unit yang dibina.

Nama-nama mereka yang terpilih untuk membeli RMM itu telah dipamerkan di dalam laman web LPHS selama 2 minggu mulai 16 Disember lepas.

Tetapi dengan pengumuman bahawa 136 unit RMM akan disiapkan  oleh sebuah pemaju swasta di Sg. Long, Kajang pada bulan September ini maka adalah dijangka lebih ramai yang akan mendapatkan borang ini.

Mereka yang mempunyai  sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi LPHS di talian 03-5544 7078,

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor
16 Februari 2012

Tiada ulasan:

Nuffnang