Suara Sri Andalas |
- Tony Phua: Harga Petrol, Barang Keperluan Akan Naik
- Exco: Selangor Perlu Lebih Banyak Taska
- Forum Perlaksanaan Manifesto, Kerajaan Negeri Kembali Pada Rakyat
- Kabinet Tolak CCRIS Pada Peminjam PTPTN
- AES: Pemimpin BN Tidak faham Penderitaan Rakyat
- Power Tariff Increase Will Hurt Consumers
- Rundingan Air Menuju Peringkat Akhir, Selangor Sedia Bentang Cadangan Ambil-alih Industri
- Ops Cantas Bukti Malaysia Tidak Perlukan Akta Darurat
- Naik Tarif Eletrik: Hadiah BN Selepas PRU13 – Zuraidah
- Majoriti Peminjam PTPTN Dari Keluarga Pendapatan Rendah
- Alasan Lapuk Untuk Naikkan Tarif Elektrik
- Kenyataan Media: Mansuhkan PTPTN, Bukan Senaraikan Peminjam Di Dalam CCRIS
- PKR Persoal Ketelusan Meter Elektrik Baru, Lancar Petisyen Desak Kerajaan
Tony Phua: Harga Petrol, Barang Keperluan Akan Naik Posted: 21 Aug 2013 02:58 AM PDT SHAH ALAM, 21 OGOS: Masyarakat pengguna diingatkan agar tidak terkejut jika kerajaan Umno-BN mengambil langkah menaikkan harga barangan keperluan asas termasuk petrol dalam Belanjawan 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Oktober nanti. Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua kenaikan tersebut dijangka berlaku disebabkan kedudukan dana kerajaan semakin meruncing dari akibat kegagalan kerajaan Umno-BN mengambil langkah kukuh membendung isu rasuah, pembaziran dan ketirisan dalam pentadbirannya. "Saya rasa harga barang keperluan seperti gula, minyak masak, petrol dan lain-lain akan meningkat dalam bajet yang akan dibentangkan tak lama lagi oleh Perdana Menteri. "Saya rasa ini berlaku kerana pihak kerajaan tidak mengambil langkah yang kukuh mengatasi masalah rasuah, pembaziran, ketirisan dan langkah tidak mengadakan tender terbuka dalam projek kerajaan juga menyebabkan kerajaan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk keperluan kebajikkan orang ramai. "Orang ramai tiada pilihan selain terpaksa mengamalkan hidup yang lebih menjimatkan seperti terpaksa 'downgrade' kenderaan dan lain-lain langkah yang difikirkan perlu," kata Pua kepada TV Selangor hari ini. Bagaimanapun menurut Pua, perkara itu tidak berlaku kepada pemimpin Umno-BN dan kroni mereka yang mampu meneruskan gaya hidup yang mewah apabila terus dianugerahkan projek kerajaan. "Apa yang berlaku sekarang adalah akibat perbelanjaan yang tidak terkawal, kita boleh lihat ini bukan sebab kita kekurangan pendapatan, malah hasil kerajaan juga semakin meningkat mendadak sejak 10 tahun kebelakangan ini, tetapi masih tertekan di segi defisit akibat yang saya sebutkan tadi," ujar beliau lagi. Julai lalu, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo Moggi membayangkan kemungkinan akan berlaku kenaikan kadar tarif elektrik disebabkan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik. Bagaimanapun Moggi mendakwa kenaikan tersebut akan diputuskan oleh kerajaan. Baru-baru ini cadangan menaikan tarif elektrik itu dilihat hampir menjadi kenyataan apabila Presiden dan ketua eksekutif TNB, Azman Mohd dipetik dari Berita Harian mengesahkan cadangan menaikkan tarif elektrik. Sumber: Selangorku |
Exco: Selangor Perlu Lebih Banyak Taska Posted: 21 Aug 2013 02:56 AM PDT SHAH ALAM, 21 OGOS : Kerajaan Selangor sedang giat menaiktaraf pusat penjagaan kanak-kanak di rumah (home-based nurseries) menerusi program Si Kembar bersama pakar-pakar pendidikan anak-anak bagi memenuhi piawai kelayakan pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska). Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata usaha itu diambil bagi menampung keperluan rakyat. "Kerajaan Selangor sentiasa bersedia untuk sebarang perkongsian dan pelaksanaan mekanisme terbaik bersama Kerajaan Persekutuan bagi isu ini," ujarnya. Serentak dengan usaha ini, Kerajaan Negeri turut meneliti dasar perancangan bandar untuk memperuntukkan tapak-tapak khusus bagi mendirikan Taska. Buat masa ini, pusat penjagaan kanak-kanak hanya menggunakan rumah-rumah kediaman yang diubahsuai untuk tujuan Taska. Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi JKM, Dr Zaitol Salleh mendedahkan setakat Disember 2012 sahaja hampir 2,000 Taska di negara ini belum berdaftar dengan JKM. Rodziah berkata Kerajaan Negeri memandang serius perkembangan ini kerana 846 kes yang dikesan adalah Taska di Selangor. Data ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu bekerjsama meningkatkan bilangan Taska secara drastik. Untuk rekod, pertumbuhan penduduk di Selangor mencapai 2 peratus setahun dengan kadar tenaga kerja wanita melebihi 40 peratus daripada 2762.4 juta penduduk yang bekerja. "Jika dikira 100 ribu penduduk, sebahagian daripadanya adalah bayi-bayi yang baru lahir. Ditambah pula dengan kadar tenaga kerja wanita tinggi dan mereka ini terdiri daripada golongan wanita muda yang berkerja dan mempunyai anak kecil," kata Rodziah. Lantas, adalah wajar Kerajaan menguatkuasakan dasar dan pekeliling tentang kemestian membuka Taska di tempat-tempat kerja dan lokasi yang releven, selain menyediakan subsidi untuk pengusaha-pengusaha Taska. "Kerajaan mestilah mengotakan keseriusan, kesungguhan dan komitmen politiknya untuk menyediakan kualiti penjagaan, memelihara keselamatan dan hak kanak-kanak di negara ini,"ujarnya. Sumber: selangorku |
Forum Perlaksanaan Manifesto, Kerajaan Negeri Kembali Pada Rakyat Posted: 21 Aug 2013 02:54 AM PDT SHAH ALAM, 20 OGOS : Kerajaan Selangor akan menganjurkan forum awam bagi mendapatkan pandangan rakyat untuk melaksanakan Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata forum tersebut akan diadakan diperingkat pihak berkuasa tempatan dan menjangkakan ia akan berlangsung pertengahan September depan. "Forum ini melibatkan wakil rakyat yang mana akan mengambil bahagian dalam perbincangan bersama orang awam. Orang awam akan diberi peluang menyuarakan pandangan bagi pelaksanaan manifesto ini," beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mensyuarat Exco di bangunan SUK di sini hari ini. Urusetia forum ini akan diketuai oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar. Abdul Khalid menambah, segala maklum balas rakyat dalam forum itu akan dikumpulkan oleh setiap jawatankuasa tetap untuk digunakan dalam penyediaan Belanjawan 2014. "Kerajaan Selangor yakin dan percaya bahawa pandangan rakyat amat penting dalam memastikan semua polisi dan perancangan yang digariskan dalam manifesto itu menepati golongan sasaran,"ujarnya. Jelasnya, forum tersebut juga akan dijadikan platform bagi Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti kehendak rakyat untuk menggunakan hasil negeri bagi merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan kadar kemiskinan menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). "Pakatan Rakyat memandang serius tanggungjawab untuk menguruskan aset negeri dengan baik demi kepentingan rakyat," jelasnya. Sumber: selangorku |
Kabinet Tolak CCRIS Pada Peminjam PTPTN Posted: 20 Aug 2013 09:27 PM PDT Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, perkara itu baru diputuskan kabinet dalam mesyuaratnya sebentar tadi. Sumber: MalaysiaKini |
AES: Pemimpin BN Tidak faham Penderitaan Rakyat Posted: 20 Aug 2013 09:15 PM PDT SHAH ALAM, 21 OGOS – Rayuan rakyat agar kerajaan memansuhkan penggunaaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatic (AES) di ketepikan apabila Mesyuarat Majlis Ekonomi dan kajian maklum balas mengenai AES yang di pengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memutuskan ia di kekalkan. Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berkata, ternyata kini Kerajaan Barisan Nasional begitu angkuh tanpa memikirkan penderitaan rakyat serta memperlihatkan wajah sebenar mereka selepas Pilihanraya Umum 13. Walhal, sebelum PRU-13, rakyat di lunakkan dengan pelbagai keprihatinan terhadap sara hidup yang di hadapi rakyat. "Hakikatnya inilah belang mereka dengan menekan kehidupan masyarakat dan rakyat dengan pelbagai peningkatan kos sara hidup," ujar Mahfuz ketika di hubungi Tvselangor. Beliau yang turut dukacita dengan pengumuman ini turut berkata, AES sekali lagi menjadi alat untuk memerah poket rakyat dalam menyelasaikan masalah ketidakcekapan pengurusan kewangan dan perolehan kewangan Negara. "Saya amat sedih, rakyat tertipu dengan mainan politik kerajaan BN ini sebelum PRU13. Ketidakcekapan pengurusan dan perolehan kewangan Negara oleh mereka, yang menjadi mangsa adalah rakyat," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata, beliau terkejut apabila di maklumkan AES dikekalkan sedangkan bantahan penggunaan sistem AES banyak di usulkan pelbagai pihak. "Kita tidak pertikaikan AES adalah untuk mengurangkan kemalangan dan untuk rakyat lebih berhati-hati di jalan raya. Tapi yang menjadi tanda tanya dan pertikaian, saman tersebut harus menjadi milik kerajaan dan bukan di swastakan," katanya kepada TVSelangor. Tambah beliau, Pakatan Rakyat (PR) akan terus membantah penggunaan AES ini agar rakyat tidak akan terus di tekan oleh kerajaan BN. "Terbukti selepas PRU13, semua yang rakyat tidak suka dan bantah, kembali dilaksanakan. PR akan teruskan bantahan ini," ujar Sim. Sumber: Selangorku |
Power Tariff Increase Will Hurt Consumers Posted: 20 Aug 2013 09:00 PM PDT PETALING JAYA: A tariff hike by Tenaga Nasional Berhad (TNB) will burden consumers who are already pressured due to price increase on other daily essential goods, said Consumers Association of Subang and Shah Alam's (CASSA) honorary secretary, Jacob George. "It will definitely have a major impact on Malaysian families. Even now, many cannot cope with the high cost of living and are paying utility bills with credit cards. "And utility bills are not something to be paid using credit cards," said an irate George. Yesterday, TNB president Azman Mohd said the utility company is looking at increasing power tariff, but stressed that it would not burden consumers. "Domestic users who consume less than 200 kWh would not see any increase in their electricity bill," Azman was reported saying by New Straits Times. George said that Malaysians could not afford any more increase of price in goods or services as they are already burdened by debt. "The question that we should ask, are Malaysian consumers in a position to pay higher bills? This is not an economic question but a moral one," he said. George also accused the government of being selective in monitoring prices, and said that utility prices should also be classified controlled items. "Why only monitor prices of goods when utility prices should also be monitored? "It's vulgar to increase the prices of goods at this juncture as not only the hardcore poor will suffer but also the middle class," George said. On Azman's statement, George said that TNB has no reason to increase electricity tariff while its top executives are earning fat salaries. "If TNB is running at a loss, or when we see the signs of retrenchments, then we could justify tariff increase. "But right now, TNB's top executives are taking home handsome salaries at the expense of suffering consumers," said George. Supporting George's stand, Muslim Consumer Association chief Nadzim Johan said TNB should be efficient in its work and not burden consumers if it wants to remain the sole power supplier of the nation. "If TNB is not good in managing its tariff, then we should bring in other power suppliers. Only when there is competition, TNB will improve its services," he said. Nadzim added that TNB should look into alternative energy if fuel cost is too expensive, instead of continually increasing tariff. "They should not squeeze the consumers anymore," he said. Meanwhile, the Federation of Malaysian Consumers Association (FOMCA) chief executive officer Paul Selvaraj defended TNB, saying that those paying less than RM70 monthly will not be burdened by the hike proposed. "The exact mechanics are not yet set by TNB but we believe it is only for the high end users and not for the lower end users," he said. Selvaraj also agreed that TNB should look into alternative energy but added it was too expensive to explore at the moment. "Petroleum and other prices of goods have increased all over the world; which has led TNB into looking at an increase," he said. Source: FreeMalaysiaToday |
Rundingan Air Menuju Peringkat Akhir, Selangor Sedia Bentang Cadangan Ambil-alih Industri Posted: 20 Aug 2013 08:30 PM PDT SHAH ALAM 21 OGOS : Kerajaan Negeri bersedia membentangkan draf cadangan pengambilalihan syarikat konsesi di negeri ini pada bila-bila masa sebagai langkah melaksanakan penstrukturan industri air di negeri itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mengalu-alukan perbincangan dengan Persekutuan mengenai perkara itu seperti yang dipersetujui sebelum ini. "Kita sekarang sedang menanti peringkat akhir perbincangan ini untuk membentangkan draf cadangan masing-masing dan berharap ia dapat disegerakan demi untuk kepentingan rakyat yang tertekan dengan masalah air. "Perlaksanaannya itu nanti juga perlulah holistik dan memberi kepentingan kepada semua pihak dan bukan keuntungan pihak tertentu sahaja," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang memberitahu masalah pembekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan. Bagaimanapun Maximus berkata, isu itu dapat menemui jalan penyelesaian dalam masa terdekat sekiranya Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Selangor mencapai persetujuan dalam pelbagai perkara dan saling bertolak ansur. Sebelum ini, Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air. Empat syarikat konsesi itu antaranya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash). Sumber: Selangorku |
Ops Cantas Bukti Malaysia Tidak Perlukan Akta Darurat Posted: 20 Aug 2013 02:15 AM PDT SHAH ALAM, 20 OGOS : Hasil operasi perintis Ops Cantas Khas yang dilancarkan PDRM baru-baru ini membuktikan polis mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk memerangi jenayah secara agresif tanpa perlu Akta Darurat (EO). Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata rakyat sebenarnya sedar potensi sebenar PDRM jika badan itu ada kemahuan. "Undang-undang dan akta sedia ada sudah cukup untuk tangani masalah jenayah. Apa yang perlu hanya ketegasan dan sentiasa menjalankan kerja mencegah jenayah," tegas Azmizam. Pihak berkuasa juga dinasihatkan agar tidak menjalankan operasi perang jenayah secara bermusim. Pandangan AMK Selangor selaras dengan pendirian Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang berkata tahanan tanpa bicara seperti EO adalah jalan pintas bagi polis yang mahu mengelakkan kerumitan pembuktian yang dituntut Akta Pencegahan Jenayah (PCA). PCA menuntut polis mengemukakan tertuduh ke hadapan majistret untuk didakwa dalam masa 24 jam. Manakala Akta Darurat membolehkan polis menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Kesemua yang ditahan dibawah Ops Cantas Khas disiasat dibawah PCA. "Bayangkan baru 4 hari Ops Cantas dilaksanakan, Polis Kontinjen Selangor berjaya berkas 211 penjenayah. Saya kira kalau ia dilakukan berpanjangan bukan sahaja mampu mengekang malah mampu mengatasi kegiatan jenayah ini dari terus menjadi-jadi," tambahnya. Kementerian Dalam Negeri sebelum ini mengundang kritikan dari pelbagai pihak ekoran kejadian jenayah berat dan pembunuhan yang berleluasa. Kerajaan Persekutuan beralasan EO yang dimansuhkan perlu diganti bagi mengekang penjenayah bermaharajalela. "Tidak perlu mengembalikan Akta Darurat. Dikhuatiri ia akan disalahguna dengan menahan aktivis politik yang tidak sebulu dengan kerajaan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri," tegas Azmizam. Sebelum EO dimansuhkan, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar ketika menjadi Timbalan KPN berkata individu-individu yang terlibat dalam kegiatan subversif terhadap pemerintah boleh ditahan dibawah akta itu. Kenyataan itu menyusuli penangkapan enam individu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr S Jeyakumar Devaraj kerana menyokong himpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) 2.0 pada 3 Julai 2011. Sumber: Selangorku |
Naik Tarif Eletrik: Hadiah BN Selepas PRU13 – Zuraidah Posted: 20 Aug 2013 01:45 AM PDT SHAH ALAM, 20 OGOS – Kenaikan kadar tarif elektrik baharu yang sering dinafikan pada sidang dewan rakyat lalu ternyata bohong dan menipu rakyat, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, sekiranya Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kerajaan meneruskan cadangan pelarasan tarif elektrik baharu ini, ia merupakan hadiah BN kepada rakyat setelah memenangai Pilihanraya Umum 13 (PRU13) lalu. Menurutnya, pelbagai lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan berlaku selepas ini sejurus kenaikan tarif elektrik baharu dan keadaan ini membebankan rakyat. "Perkara ini di bangkitkan dalam sidang parlimen yang lalu, tetapi dinafikan yang akhirnya kita dapat lihat sekarang cadangan kenaikan tarif elektrik ini bakal di laksanakan. Tarif naik dan dikatakan tidak membebankan itu adalah menipu. Apa sahaja yang meningkat, akan membebankan rakyat. Gaji tak naik, kos sara hidup tinggi, semestinya harga barang juga akan naik selepas naiknya tarif elektrik," katanya ketika dihubungi TVSelangor. Tambah beliau,rakyat perlu lebih bijak di masa akan datang untuk menilai sendiri perkara sebegini. Jelas beliau walaupun dikatakan kenaikan tarif elektrik ini memberi kesan minimum kepada pengguna domestik,tetapi dengan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat, tiada jaminan kenaikan ini tidak membebankan pengguna. "Inilah hadiah BN selepas pilihanraya dan mereka juga harus berhati-hati dalam memenangi hati rakyat tapi dalam masa sama di berikan satu bebanan untuk jangka masa panjang di mana rakyatlah yang terpaksa memikulnya tanpa dibantu mereka (Kerajaan)," ujar Zuraida. Sumber: Selangorku |
Majoriti Peminjam PTPTN Dari Keluarga Pendapatan Rendah Posted: 20 Aug 2013 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Majoriti peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad. Nik NazmiKatanya, dasar liberal dan korporat diamalkan PTPTN membebankan generasi muda yang berhadapan masalah kadar gaji rendah berbanding harga rumah dan kereta yang tinggi. "Mereka berdepan dengan pelbagai hutang berpanjangan. "Seperti dilaporkan Bank Negara, kadar muflis meningkat tahun demi tahun," kata Nik Nazmi dalam kenyataan. Justeru, menyenarai peminjam PTPTN di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) menyebabkan peminjam terkesan akibat beban ppinjaman sedai ada yang lain. "Golongan terbesar yang menjadi mangsa ialah generasi muda," ujar Nik Nazmi. Katanya, pemberian diskaun bagi melangsaikan hutang PTPTN dalam belanjawan 2013 tidak adil kerana hanya memberi kelebihan kepada mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik. ptptnAdun Seri Setia itu menjelaskan, pengenalan PTPTN punca kemunculan IPTS tanpa kawalan yang hanya menjadi kilang-kilang ijazah. Manakala CCRIS hanya membuktikan dasar pendidikan sebagai komoditi oleh Umno BN. "Kita harus menyedari bahawa pendidikan adalah hak asas seorang insan. "Penyelesaian sebenar isu ini hanya satu, iaitu mansuh PTPTN. "Berikan pendidikan percuma sebagai pelaburan untuk masa depan anak-anak kita," tegasnya. Sumber: KeadilanDaily |
Alasan Lapuk Untuk Naikkan Tarif Elektrik Posted: 20 Aug 2013 12:30 AM PDT Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan Malaysia agar tidak menaikkan sebarang kadar tarif elektrik buat masa ini. Kenaikan kos bahan api menjadi alasan utama kepada semakan dan kenaikan tarif elektrik. Walaupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan keyakinan bahawa ia tidak akan membebankan pengguna, namun alasan tersebut sudah lapuk dan seolah-olah ingin melepas diri. Alasan presiden TNB bahawa pengguna dengan penggunaan bulanan di bawah 200kWj tidak terjejas merupakan alasan yang tidak bertanggungjawab. Rakyat di Malaysia bukan hanya pengguna elektrik secara domestik sahaja. Negara Malaysia yang merupakan sebuah negara yang membangun yang mempunyai kilang-kilang perindustrian yang banyak sudah tentu merupakan pengguna elektrik yang besar. Apabila kadar tarif elektrik naik, secara sifirnya, sudah tentulah kos perindustrian menjadi meningkat. Dan kesannya tentulah kepada rakyat Malaysia kerana harga barang menjadi naik. Inilah yang merunsingkan rakyat Malaysia. Bagilah alasan apa pun, yang pasti kesannya adalah kepada rakyat. Rakyat yang terpaksa menanggung bebannya. Di balik 'menampung kos operasi' Siapakah yang mendapat keuntungan dari kenaikan tarif elektrik ini? Sudah pastilah cukong-cukong pengeluar tenaga bebas (IPP) yang dapat mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Rakyat Malaysia masih lagi di dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri. Amat malang sekali apabila kegembiraan ini tercalar dengan kenaikan kadar tarif elektrik yang pastinya akan menambahkan lagi batu bebanan yang digalas penduduk Malaysia kini. Kerajaan Malaysia perlulah menyemak semula perjanjian dengan IPP ini. Perjanjian berat sebelah ini sesungguhnya tidak menguntungkan rakyat mahupun di pihak kerajaan. Malah, ia memberikan hasil yang semakin lumayan kepada pemilik-pemilik IPP ini. Sampai bilakah kerajaan harus membela cukong-cukong ini yang diibaratkan sebagai lintah darat ini? Mengapakah kerajaan seolah-olah takut untuk menamatkan perjanjian berat sebelah ini? DPPWP melihat ini sebagai satu lagi hadiah buat kerajaan Umno/BN kepada semua rakyat Malaysia selepas kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13. Tidak hairanlah jika selepas ini, terdapat banyak lagi kenaikan demi kenaikan di sebalik nama 'menampung kos operasi'. Slogan rakyat didahulukan semakin tidak mendapat tempat lagi di hati rakyat apabila rakyat terpaksa mendahulukan semua kepentingan pemimpin Umno/BN. Maka, apa lagi yang boleh diharapkan daripada Umno/BN! Sumber: Malaysiakini |
Kenyataan Media: Mansuhkan PTPTN, Bukan Senaraikan Peminjam Di Dalam CCRIS Posted: 19 Aug 2013 01:30 PM PDT KEADILAN menganggap pengumuman Menteri Pendidikan II Idris Jusoh untuk menyenaraikan peminjam PTPTN yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) sebagai satu lagi kegagalan kerajaan UMNO-BN untuk mempertahankan pendidikan sebagai hak asasi rakyat. Dasar PTPTN yang disertakan dengan liberalisasi dan pengkorporatan pendidikan tinggi Malaysia menjadi sebahagian daripada beban yang dihadapi generasi muda di negara ini selain kadar upah dan gaji yang rendah serta harga rumah dan kereta yang tinggi. Kesannya, mereka berhadapan dengan pelbagai hutang yang berpanjangan. Menurut Bank Negara, kadar hutang isirumah telah meningkat 12 peratus setiap tahun pada lima tahun kebelakangan ini. Kadar muflis juga terus meningkat dari tahun ke tahun, dan antara golongan utama yang menjadi mangsa ialah golongan muda.demo-hapus-ptptn. Harus diingat, kebanyakan mahasiswa yang menggunakan kemudahan PTPTN merupakan mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Sekiranya keluarga mereka mampu, sudah tentu mereka tidak meminjam dana PTPTN. KEADILAN dan Pakatan tidak mempertikaikan keperluan peminjam yang mampu dan berpendapatan baik untuk membayar semula hutang PTPTN. Namun yang dipertikaikan ialah nasib majoriti peminjam yang terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan berasal daripada keluarga biasa. Atas sebab itu dasar pemberian diskaun bagi mereka yang menyelesaikan keseluruhan hutang PTPTN secara sekaligus yang dibuat di dalam belanjawan 2013 tidak adil memandangkan yang untung adalah mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik! Kesannya, pendidikan tidak lagi dapat menjadi pemangkin mobiliti sosial bagi membolehkan rakyat dari keluarga berpendapatan rendah mendapat peluang kehidupan yang lebih baik, sebaliknya melebarkan jurang antara golongan kaya dan miskin di negara kita. Ironisnya ketika mahasiswa biasa khususnya yang berpendapatan rendah dikejar dan dihambat bagi mengutip hutang ini, kerajaan UMNO-Barisan Nasional tidak mengambil apa-apa tindakan tegas mengatasi kedudukan Malaysia sebagai negara yang mencatat aliran wang haram ketiga tertinggi di dunia antara 2001-2010 (lebih dari RM800 bilion). Rasuah, ketirisan dan hutang-hutang kroni makin berkembang. Lebih malang lagi, pengenalan PTPTN telah menggalakkan pertumbuhan IPTS tanpa kawalan. Tidak dinafikan wujud IPTS bermutu tetapi lebih banyak lagi IPTS yang kurang berkualiti termasuk kilang-kilang ijazah! Lebih malang lagi, motif keuntungan telah melambungkan yuran pengajian. Pada tahun 1997 ketika PTPTN diperkenalkan, pinjaman sebanyak RM212 juta disalurkan kepada mahasiswa IPTA, dan RM7 juta untuk mahasiswa IPTS. Namun pada tahun 2012, mahasiswa IPTA menerima RM2.6 bilion manakala mahasiswa IPTS RM6.1 bilion! Kita harus menyedari bahawa pendidikan adalah hak asas seorang insan. Dasar terbaru ini membuktikan bahawa UMNO-Barisan Nasional terus ingin menjadikan pendidikan ini satu komoditi dan keistimewaan untuk mereka yang berkemampuan. Penyelesaian sebenar isu ini hanyalah satu – memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma sebagai pelaburan untuk masa depan anak-anak kita. NIK NAZMI NIK AHMAD PENGARAH KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT |
PKR Persoal Ketelusan Meter Elektrik Baru, Lancar Petisyen Desak Kerajaan Posted: 16 Aug 2013 02:00 AM PDT PKR hari ini mendesak kerajaan mendedahkan ketelusan meter elektrik baru yang mendapat banyak rungutan daripada pengguna sebagai punca kenaikan bil tinggi, di samping melancarkan petisyen untuk mendapatkan sokongan orang ramai bagi memberikan tekanan kepada kerajaan. Dalam sidang media hari ini, Jawatankuasa Khas PKR mengenai bil elektrik tinggi mendesak kerajaan mewujudkan sebuah badan bebas untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas rungutan disuarakan pengguna. "Kami akan memberi tekanan kepada TNB dan Suruhanjaya Tenaga untuk bersetuju mewujudkan sebuah badan bebas bagi memeriksa meter elektrik. "Kami mahu kebenaran didedahkan, adakah meter digital yang baru rosak atau tepat?" soal Naib Presiden PKR, Datuk Chua Jui Meng yang juga salah seorang anggota dalam jawatankuasa khas PKR. Chua juga meragui ketelusan pembelian meter baru berkenaan, kualiti dan proses pemberian kontrak bekalan meter diragui sama ada telus atau sebaliknya. "Apakah piawaian yang dikenakan kepada syarikat ini yang membekalkan meter ini, apakah bentuk tendernya? "Mengapa kebanyakan kontrak bekalan meter ini semua bumiputera? Saya harap kerajaan dan Suruhanjaya Tenaga tampil beri penjelasan," katanya. Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata kebanyakan aduan yang diterimanya adalah mengenai peningkatan kira-kira 15 peratus bil elektrik apabila menggunakan meter baru yang dipasang. "Aduan yang kami terima kebanyakan mengenai peningkatan 15 peratus sebaik menggunakan meter baru. "Adakah ini secara kebetulan? Ini menimbulkan banyak kecurigaan," kata Wong. Dalam pada itu, PKR hari ini juga melancarkan satu laman petisyen (http://www.checkyourtnbmeter.com/) bagi mengumpulkan aduan orang ramai yang boleh dilawati diwww.checkyourtnbmeter.comndan mensasarkan kira-kira 10 ribu petisyen sebelum mengadakan pertemuan dengan pihak bertanggungjawab. Jawatankuasa khas tersebut ditubuhkan pada Julai lalu bagi menyiasat isu peningkatan mendadak bil elektrik yang berpunca dari program pemasangan meter elektrik baru jenis digital oleh TNB. Jawatankuasa itu dianggotai Chua, Wong, Ahli Parlimen Wangsa Maju Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Adun Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar. Jawatankuasa berkenaan juga akan membawa lebih banyak isu dari semasa ke semasa, bagi memberi kefahaman kepada orang awam berkaitan penggunaan tenaga elektrik.- 16 Ogos, 2013. Sumber: The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan