Rabu, 21 Ogos 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Bersedia Bentang Draf Pengambilan Syarikat Konsesi Air

Posted: 20 Aug 2013 08:59 PM PDT


SHAH ALAM 21 OGOS : Kerajaan Negeri bersedia membentangkan draf cadangan pengambilalihan syarikat konsesi di negeri ini pada bila-bila masa sebagai langkah melaksanakan penstrukturan industri air di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mengalu-alukan perbincangan dengan Persekutuan mengenai perkara itu seperti yang dipersetujui sebelum ini.
"Kita sekarang sedang menanti peringkat akhir perbincangan ini untuk membentangkan draf cadangan masing-masing dan berharap ia dapat disegerakan demi untuk kepentingan rakyat yang tertekan dengan masalah air.
"Perlaksanaannya itu nanti juga perlulah holistik dan memberi kepentingan kepada semua pihak dan bukan keuntungan pihak tertentu sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang memberitahu masalah pembekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan.
Bagaimanapun Maximus berkata, isu itu dapat menemui jalan penyelesaian dalam masa terdekat sekiranya Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Selangor mencapai persetujuan dalam pelbagai perkara dan saling bertolak ansur.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air.
Empat syarikat konsesi itu antaranya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).
- HM
selangorku

Gabungan 52 NGO Himpun Bantah TPPA

Posted: 20 Aug 2013 07:41 PM PDT


KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Badan Bertindak Bantah TPPA (BANTAH TPPA) menggesa kerajaan Malaysia menggantung atau keluar rundingan Perjanjian Persefahaman Trans-Pasifik (TPPA).
BANTAH TPPA turut menggesa kerajaan membentangkan kepada rakyat Malaysia kajian menyeluruh merangkumi analisis kos dan faedah selain kajian perbandingan.
BANTAH TPPA, gabungan 52 NGO dan tujuh jawatankuasa bersama menegaskan, TPPA berpotensi menindas negara membangun termasuk Malaysia.
Malah, kandungan perjanjian TPPA berat sebelah dan memperluas kekayaan negara besar seperti Amerika Syarikat.
anti-TPPA"Selepas rundingan dan perbicangan, perlu diwujudkan kesedaran massa untuk tampil dan mendesak agar rundingan dijalankan lebih telus," kenyataan tersebut dipetik.
Justeru, satu pelancaran himpunan membantah TPPA dengan tema "Kekalkan Kemerdekaan, Tolak TPPA' diadakan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor pada jam 11 pagi esok.

Himpunan kemuncak membantah TPPA akan diadakan pada hari Jumaat, 23 Ogos ini pada jam 2.30 petang di Menara Tabung Haji menuju Kedutaan Amerika Syarikat.

keadilandaily

Tiada ulasan:

Nuffnang