Rabu, 21 Ogos 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Bas jatuh gaung di Genting, 33 dikhuatiri terbunuh

Posted: 21 Aug 2013 05:42 AM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -



Sebuah bas awam terhumban ke dalam gaung ketika menuruni Genting Highlands petang ini dan menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, 33 penumpang dikhuatiri terkorban dan 16 lagi cedera.


NONE
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata setakat ini 32 mangsa masih berada di bawah gaung sedalam 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.

Bomba menjangka terdapat 49 mangsa di dalam bas tersebut.

NONE
Sehingga kini 16 mangsa sudah diselamatkan dan seorang yang terbunuh sudah dibawa ke hospital.


Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas awam Genting Highlands.

Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.48 petang.

NONE
Katanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut berangkat ke lokasi nahas bagi meninjau kerja-kerja menyelamat mangsa.

Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungiMalaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.

Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.


Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.


Sehingga jam 7.15 malam, 12 orang disahkan maut manakala 21 lagi dikhuatiri turut terkorban
NONE
Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan.  

Sementara itu, Bernamamelaporkan  Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Seri Dr Abu Hassan Ashaari berkata setakat pukul 6.28 petang, lima mayat mangsa nahas dihantar ke hospital berkenaan.    

Mangsa lain turut dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Hospital
 Selayang dan Hospital Bentong, di Pahang untuk rawatan. 
    
"Setakat ini Hospital Selayang menerima tujuh pesakit, HKL (5), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa," katanya. 


Mangsa yang terlibat dalam lingkungan umur 19 hingga 50 tahun, katanya yang ditemui di hospital berkenaan. 

NONE

NONE

NONE

NONE
malaysiakini.com

Arahan roboh surau tempat meditasi dalam 21 hari

Posted: 21 Aug 2013 05:38 AM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -



Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) mengarahkan pihak Tanjung Sutera Resort supaya merobohkan suraunya yang menjadi tempat meditasi sekumpulan penganut Buddha, dalam masa 21 hari, bermula hari ini.

kota tinggi demolition notice for tanjung sutera surauArahan itu disampaikan dalam notis bertarikh 20 Ogos 2013 yang ditampal di pintu masuk surau tengah hari ini, yang ditandatangani Pengerusi MDKT, Hasrin Kamal Hashim.

Alasan diberikan, pembinaan surau itu menyalahi Seksyen 70 Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 kerana dibina tanpa kebenaran bertulis majlis daerah.

Notis itu juga menyatakan pihak resort akan dibawa ke mahkamah jika gagal berbuat demikian atau menanggung kos merobohkannya yang akan dilakukan oleh majlis daerah.

"Tuan adalah dengan ini diberitahu supaya meruntuhkan bangunan itu dari tempoh 21 hari dari tarikh notis ini diterima," notis itu dipetik.

Seorang pekerja resort yang ditemui menjelaskan beliau menerima notis itu dari pihak MDKT yang hadir ke surau itu tengah hari tadi.

surau and tanjung sutera resort in sedili besar kota tinggi 210813 warningMalaysiakinisedang menghubungi pemilik resort untuk mendapatkan maklum balas beliau.

Selain notis berkenaan, sebelum ini ditampal satu notis 'Amaran penyalahgunaan bangunan' bertarikh 13 Ogos 2013 di surau tersebut.

Ia mengarahkan pemilik resort itu "membuat pemulihan kegunaan bangunan" kerana mengubah "surau menjadi tempat kuil tanpa kebenaran bertulis YDPT MDKT".

Notis itu mendakwa melanggar Seksyen 70 (12) Bahagian V, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974.

malaysiakini.com

Bas persiaran terhumban: 30 disahkan maut

Posted: 21 Aug 2013 05:34 AM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -

Bas persiaran terhumban: 30 disahkan maut

KARAK: Seramai 30 orang disahkan maut setakat 8.15 malam dalam kemalangan bas persiaran yang terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Daripada angka tersebut, 18 dipercayai lelaki dan 12 lagi perempuan. Sehingga kini seramai 41 mangsa telah dikeluarkan.


Pada masa ini kerja-kerja oleh anggota bomba dan penyelamat sedang dijalankan untuk mengeluarkan kira-kira tujuh lagi penumpang.

Menurut sumber, bas itu terhumban ke dalam gaung sedalam 50 meter.


Difahamkan, seorang wanita menjadi mangsa pertama dikeluarkan dari lokasi kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang.


Sebanyak 30 ambulan difahamkan bersiap sedia untuk membawa mangsa ke hospital berhampiran.


Difahamkan keluarga mangsa terlibat menunggu di Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Mangsa difahamkan sudah mula dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur namun sumber enggan mengulas lanjut.

Pada 2012, dua pelancong india maut manakala 22 lagi cedera apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 4.5, jalan genting highlands-kuala lumpur

Sementara pada 2010, 7 maut manakala 21 lagi penumpang cedera dalam tragedi maut bas pelancongan yang terbabit dalam kemalangan setelah terbabas lalu terbalik di KM38 genting sempah.

Syria: 600 terbunuh diserang senjata kimia rejim Assad

Posted: 21 Aug 2013 02:37 AM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,21 Ogs 2013
DAMSYIK: Suruhanjaya Umum Revolusi Syria (SRGC), iaitu salah satu kumpulan utama pembangkang Syria, mendakwa 635 terbunuh manakala lebih 3,600 cedera diserang dengan senjata kimia oleh tentera regim Assad semalam.

Mereka mendakwa tentera rejim membuat serangan di Ghota dan membunuh 300 di Hammuriyah, 78 di Irbin, 67 di Sepqa, 140 di Kafr Batna dan 50 di Mudamiyah, lapor Anadolu Agency.

Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan Syria (LCC) pula menyifatkan serangan tersebut sebagai "pembunuhan beramai-ramai" dan bimbang dengan jumlah mangsa yang meningkat disebabkan kekurangan bekalan perubatan di hospital-hospital lapangan.

Seorang doktor Halid Mahmud mendakwa, serangan semalam oleh regim tentera Assad itu menggunakan senjata kimia berupa "gas sarin".

Serangan gas itu katanya telah menyebabkan mangsa muntah, sukar bernafas, muntah, tidak sedarkan diri termasuk golongan kanak-kanak sekolah.

Sementara itu, rakaman video di sebuah hospital menunjukkan para petugas perubatan sibuk merawat mereka yang terkena serangan gas tersebut yang majoritinya adalah golongan kanak-kanak.

Beberapa rakaman video lain yang menunjukkan kesan serangan tersebut juga mula disebar di internet.


Ustaz Azizan selesai angkat sumpah Adun

Posted: 21 Aug 2013 02:36 AM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -
harakahdaily.net

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, di Hospital Sultanah Bahiyah.


Majlis angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah,  Datuk Mohd Rozai Shafian, dengan disaksikan Timbalan Speaker, Datuk Azmi Che' Hussain dan Penasihat Undang-undang Kerajaan negeri, Datuk Anas Mohd Zakie.




Turut hadir menyaksikan majlis itu Ketua Pembangkang Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah.



Menurut bekas Setiausaha Akhbar Azizan, Helmi Khalid, rombongan tiba di HSB kira-kira jam 12.30 tengah hari dan memaklumkan kepada Azizan tujuan kehadiran mereka.



"Pada jam 12.45, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah, Syed Isa Syed Ibrahim membacakan ikrar taat setia dan diperdengarkan kepada beliau. Beliau kemudiannya menganggukkan kepala dan Speaker menerima anggukan tersebut sebagai sumpah, sebelum mengambil cap jari Azizan sebagai tanda selesai mengangkat sumpah," kata Helmi kepada Harakahdaily, hari ini.



Berhubung perkembangan kesihatan Azizan, Helmi berkata doktor telah menukar tiub yang berada di kerongkong Azizan dengan tiub yang baru pagi tadi.



Katanya, jika tiub sebelum ini membuatkan suara Azizan tidak kedengaran, tiub kali ini membolehkan suara beliau didengari.



Ustaz Azizan, 69, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.



Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.

Wajah senyuman begitu indah syuhada di Mesir

Posted: 21 Aug 2013 02:35 AM PDT

[GAMBAR] Wajah-Wajah Senyuman Yang Begitu Indah Syuhada Di Mesir | INDAH DAN NIKMATNYA MATI SYAHID14 Syawal 1434 H. [MOD] -
http://www.queachmad.com,
MESIR TERKINI | [GAMBAR] Wajah-Wajah Senyuman Yang Begitu Indah Syuhada Di Mesir INDAH DAN NIKMATNYA MATI SYAHID. ORANG YANG MATI SYAHID BERCITA-CITA UNTUK HIDUP SEMULA DAN MATI LAGI KERANA TERLALU LAZAT NIKMATNYA

Maksud firman Allah Taala:
baca lagi & lagi GAMBAR, Klik TAJUK ENTRI ni"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (gugur syahid) di jalan Allah itu mati,bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan dikurniakan rezeki.


(dan juga) Mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) tiada kebimbangan (berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.



Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman". (Surah ALI IMRAN: Ayat 169-171)



Rasulullah SAW bersabda;



Seorang yang mati syahid diberi ENAM kelebihan pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya membasahi bumi:



1. Diampunkan semua dosa dan kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan kedahsyatan yang besar (pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.
(Hadith Riwayat Bukhari)



Riwayat yang lain disebutkan bahawa terdapat TUJUH kelebihan mati syahid:




1.Diampunkan dosanya ketika titisan darahnya yang pertama dan diperlihatkan tempatnya di syurga.
2.Dipakaikan dengan pakaian iman.
3.Dikahwinkannya dengan 72 orang bidadari.
4.Dibebaskan daripadanya siksa kubur.
5.Aman daripada kejutan besar (iaitu tiupan sangkala).
6.Dipakaikan mahkota kebesaran yang lebih bernilai daripada dunia dan isinya.
7.Orang yang mati syahid dibenarkan untuk memberi syafaat 70 orang daripada keluarganya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)



Sabda Rasulullah Saw:



"Tidak sesorang pun yang masuk syurga ingin pulang ke dunia walaupun diberikan kepadanya kekayaan dunia kecuali mereka yang mati syahid.Orang yang mati syahid ingin pulang supaya dia terbunuh (syahid) SEPULUH kali lagi kerana melihat kemuliaan syahid itu." (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)



YA ALLAH! KURNIAKAN KAMI SYAHID..


sumber: kakisembang.com

35 pelajar M'sia di Mesir dibawa pulang hari ini

Posted: 21 Aug 2013 02:32 AM PDT


14 Syawal 1434 H. [MOD] -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dimaklumkan 35 pelajar akan dibawa keluar dari Mesir menggunakan sistem penerbangan komersil Etihad Airways pada pukul 5 petang ini waktu Kaherah.


Beliau berkata esok pula lebih 200 tiket penerbangan sudah ditempah untuk membawa pulang pelajar, menggunakan perkhidmatan penerbangan Emirates, Etihad Airways dan SIA.
    
"Saya telah minta supaya diteruskan tempahannya (tiket) sebanyak mana mungkin yang dapat kita perolehi setiap hari mulai hari ini supaya dalam jangka waktu tidak lama lagi, kesemua pelajar kita yang ingin pulang akan dapat berbuat demikian," katanya.



Perdana menteri berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sejurus menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya.
    
Najib berkata setakat ini beliau masih belum dapat menentukan tempoh masa yang akan diambil untuk membawa semua pelajar itu pulang, namun menurutnya kerajaan akan berusaha mendapatkan tiket-tiket penerbangan sebanyak mungkin setiap hari untuk membawa pelajar berkenaan pulang dengan segera.
    
Sementara itu menjawab satu soalan, Perdana Menteri berkata amat penting rakyat secara keseluruhan memahami sensitiviti setiap komuniti dalam negara.
    
"Ini bukan membabitkan persoalan sebagai bersifat ortodoks. Terdapat sensitiviti dalam kalangan rakyat Malaysia, yang bukan eksklusif kepada orang Islam sahaja tetapi juga bukan Islam, mereka juga mempunyai tahap sensitiviti mereka. Jadi adalah penting untuk kita memahami sensitiviti setiap komuniti," katanya.
    
Najib berkata demikian semasa ditanya adakah beliau fikir Malaysia semakin menjadi sebuah negara Islam ortodoks dengan memberikan contoh beberapa insiden sebelum ini seperti pelatih anjing dan pemilik resort di Johor yang dikatakan menghina Islam.
    
Pelatih anjing itu ditahan berhubung klip video kontroversi memaparkan seorang individu menyambut Hari Raya bersama tiga ekor anjing manakala taraf penduduk tetap (PR) pemilik resort di Kampung Sedili Besar di Kota Tinggi, Johor dibatalkan serta merta kerana tidak menghormati sensitiviti orang Islam di Malaysia.
    
- Bernama

Bas bawa 49 penumpang jatuh gaung Genting

Posted: 21 Aug 2013 02:29 AM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -
malaysiakini.com


Sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung di KM3 ketika menuruni Genting Highlands petang ini. 

Setakat ini tiada laporan mengenai nasib penumpang bas persiaran terbabit.

Pegawai unit kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Mohd Shukri Mohd Noor memberitahu Malaysiakini, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.22 petang.

Katanya, anggota balai bomba tersebut berggegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat lanjut berhubung kemalangan tersebut.

Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.

AP pula memetik anggota Bomba dan Penyelamat sebagai berkata pekerja penyelamat cuba turun ke tempat bas tersebut yang menjunam 30 meter ke dalam gaung.

Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.

Selangor Adakan Forum Awam Manifesto PRU-13 September Depan

Posted: 21 Aug 2013 02:28 AM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menganjurkan forum penerangan manifesto yang pernah ditawarkan Pakatan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu pada September depan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, forum itu akan diadakan secara terbuka bagi mendapatkan pandangan orang awam tentang kaedah terbaik untuk kerajaan Selangor melaksanakan manifesto yang dijanjikan sebelum ini.

Hasil maklum balas rakyat dalam forum ini akan dikumpulkan oleh setiap jawatankuasa tetap untuk digunakan dalam penyediaan Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) hujung tahun ini.
"Forum ini akan diadakan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mana wakil rakyat mengambil bahagian dalam perbincangan dan orang awam diberi peluang menyuarakan pandangan bagi pelaksanan manifesto ini.
"Sekretariat forum ini akan diketuai oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar. Kitamenjangkakan forum ini akan bermula pertengahan September ini," katanya dalam sidang media di Bangunan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.
Abdul Khalid berkata pihaknya yakin dan percaya bahawa pandangan rakyat amat penting dalam memastikan semua polisi dan perancangan yang digariskan dalam manifesto itu menepati kehendak sasaran.
"Pakatan Rakyat memandang serius tanggungjawab untuk menguruskan aset negeri dengan baik demi kepentingan rakyat dengan cara menggunakan hasil negeri untuk merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan kadar kemiskinan menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya.
Pakatan Rakyat Selangor pada 19 April lalu melancarkan manifesto PRU-13 dengan janji baru, antaranya bantuan wang tunai RM500 kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan kali pertama.
Manifesto itu juga berjanji meneruskan program Skim Mesra Usia Emas serta memberi hadiah hari jadi berupa wang tunai RM100 kepada mereka yang berusia genap 60 tahun.
Turut dijanjikan membina rumah 'mampu milik' dengan keluasan minimum 800 kaki persegi, berharga di bawah RM150,000 seunit.
Bertemakan "Manifesto Pakatan Rakyat Selangor Meneruskan Kecemerlangan", ia mengandungi empat teras iaitu Ekonomi Rakyat,Kesejahteraan Rakyat, Rakyat Menerusi Aktiviti Keagamaan dan Kebudayaan, serta Kerajaan Rakyat.
Antara lain, mereka berjanji mempertingkat kecekapan memproses urusan pemilikan tanah serta meneruskan tawaran bagi pemilikan geran tanah persendirian kepada pemohon yang layak, termasuk mereka yang menghuni lebih 12 tahun.
Pakatan juga berjanji untuk memperluas "Polis Komuniti" yang dibiayai kerajaan negeri, memberi pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat untuk kaum lelaki

Bas persiaran terhumban ke dalam gaung, 10 mayat sudah ditemui dan 15 orang disahkan cedera,.

Posted: 21 Aug 2013 02:13 AM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -

BENTONG: Sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur pada kira-kira jam 2.45 petang tadi. 

Setakat ini  dikatkatan sebanyak 10 mayat sudah ditemui dan 15 orang disahkan cedera.


Menurut sumber anggota keselamatan di lokasi, mereka yang terbabit terdiri daripada warga asing dari timur tengah, Indonesia dan beberapa negara lain yang masih belum dipastikan.

.

Samsung perkenal rangkaian GALAXY Tab 3 terbaru

Posted: 20 Aug 2013 11:33 PM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -

Samsung perkenal  rangkaian GALAXY Tab 3 terbaru
Samsung GALAXY Tab 3 10.1 inci yang terbaru dikuasakan oleh prosesor Dwi Teras 1.6 Ghz dan memori 1 Gigabait.

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenal barisan GALAXY Tab 3 terbarunya dalam tiga saiz iaitu 7.0 inci, 8.0 inci dan 10.1 inci untuk pasaran tempatan. 



Bagi model GALAXY Tab 3 7.0 inci dan 8.0 inci, kedua-duanya kini boleh didapati di rangkaian kedai runcit elektronik seluruh negara, manakala bagi model 10.1 inci pula akan mula dipasarkan bermula pertengahan September ini. 


GALAXY Tab 3 7.0 inci ditawarkan pada harga RM1,099, sementara bagi saiz 8.0 untuk model WiFi dan LTE masing-masing ditawarkan pada harga RM1,099 dan RM1,499 seunit. 


Syarikat elektronik Korea Selatan itu berkata, siri GALAXY tab 3 itu menawarkan kepada pelanggan pelbagai bentuk untuk melihat, mendengar, mencipta dan berkongsi acara yang bermakna dan kandungan istimewa dengan insan penting dalam hidup mereka. 

Katanya, sama ada melayari laman web di rumah atau membaca sewaktu mengembara, setiap peranti dilengkapi dengan kandungan bermutu tinggi. 

"Ia sangat sesuai digunakan bagi menonton atau berkongsi kandungan dengan kawan dan keluarga serta merakamkan detik spontan dalam kehidupan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam. 

Reka bentuk nipis 
GALAXY Tab 3 7.0 inci didatangkan dengan reka bentuk senipis 9.9 milimeter dan seberat 306 gram sekali gus menjadikannya mudah dan selesa untuk dipegang. 

Ia turut dijana dengan prosesor Dwi Teras 1.2 GHz yang menawarkan pengalaman penggunaan lancar kepada pengguna, berserta akses kepada kandungan premium di Samsung Hub dan WatchON, ia menjanjikan hab hiburan mudah alih yang berkuasa. 

Sementara itu, bagi GALAXY Tab 8.0 inci pula, ia direka supaya selesa dipegang menggunakan satu tangan dan sesuai untuk digunakan bagi menonton video, bermain permainan dan membaca e-buku di mana-mana dan pada bila-bila masa. 

Peranti itu juga sesuai untuk kegunaan pelancong menerusi aplikasi S Translator yang membolehkan terjemahan segera menerusi pengenalan suara dan juga teks sama ada di emel, mesej teks dan ChatON. BH/-

Taiwan bersiap sedia hadapi ribut

Posted: 20 Aug 2013 11:30 PM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -

TAIPEI 21 Ogos - Taiwan telah memindahkan 1,000 orang pelancong dan mengatur kedudukan tenteranya sebagai persedian menghadapi Ribut Tropika Trami.

Pusat Biro Cuaca berkata, ribut tersebut kini terletak pada jarak 590 kilometer di timur-tenggara Taipei, bertiup dengan kadar kelajuan 126 kilometer sejam, dan dijangkakan akan membawa hujan lebat mulai pada malam Selasa.


"Bermula malam ini, akan ada hujan lebat atau sangat lebat di kawasan-kawasan pergunungan di timur dan barat.

"Impaknya akan dirasai bermula pada malam Rabu sehingga ke pagi hari Khamis,'' kata Pusat Biro Cuaca dalam satu kenyataan hari ini. - AFP

21 terkorban banjir kilat di timur laut China

Posted: 20 Aug 2013 11:26 PM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -

BEIJING: Sekurang-kurangnya 21 pekerja terkorban apabila banjir kilat melanda kawasan pembinaan di wilayah Qinghai, timur laut China hari ini. 

Tiga lagi pekerja dilaporkan masih hilang. 

Agensi Xinhua News Agency berkata, anggota penyelamat masih mencari mereka yang hilang di daerah Wulan dan tujuh orang mengalami kecederaan serta sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. 

Wilayah terpencil itu dan berada di kawasan pergunungan tinggi terletak 2,500 kilometer di barat Beijing. - AP 

3 maut, 10 cedera gas ammonia bocor di selatan Mexico

Posted: 20 Aug 2013 11:24 PM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -

MEXICO CITY: Tiga orang maut dan 10 lagi mengalami kecederaan akibat kebocoran gas ammonia di selatan Mexico. 


Kerajaan wilayah Oaxaca berkata, kebocoran berlaku selepas jentera berat untuk kerja melebarkan jalan terlanggar paip berisi gas ammonia yang disalurkan ke kilang petrokimia. 


Seramai 10 orang cedera dan 40 lagi sesak nafas terhidu gas berkenaan. 


Kira-kira 1,200 orang dipindahkan dari kawasan kediaman berdekatan. - AP

Kabinet tolak CCRIS pada peminjam PTPTN

Posted: 20 Aug 2013 11:19 PM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).


Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, perkara itu baru diputuskan kabinet dalam mesyuaratnya sebentar tadi.


"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. 


"Terima kasih pada PM & menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Khairy dalam twitnya pagi ini.


CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.


Kelmarin Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar bermula bulan ini.



Katanya, menerusi pendekatan tersebut, peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.



Sebelum pembatalan cadangan itu diumumkan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cadangan kerajaan tersebut sebagai satu lagi bentuk penganiayaan kepada peminjam setelah mereka dibebani dengan pinjaman pengajian.



"Perlu diingat bahawa isu utama di sini bukanlah semata-mata bagaimana kerajaan boleh memudahkan pemulihan pinjaman," katanya dalam satu kenyataan. 


"Isunya ialah kegagalan kerajaan Umno-BN dalam melaksanakan tanggungjawab keadilan sosial mereka menyediakan pendidikan tinggi percuma terutamanya kepada yang kurang bernasib baik," katanya lagi.

malaysiakini.com

S'gor mahu muktamadkan isu konsesi air

Posted: 20 Aug 2013 11:13 PM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau berharap isu konsesi air di negeri itu dimuktamadkan berikutan sambutan menggalakkan daripada kerajaan berhubung perkara itu. 



Abdul Khalid mengulangi bahawa kerajaan negeri bercadang menyusun semula industri perkhidmatan air secara holistik bagi memastikan empat syarikat konsesi air di Selangor disatukan menjadi sebuah entiti.


"Saya bertemu Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) hari ini dan beliau menyebut keperluan untuk mempercepatkan penyelesaian konsesi air di negeri ini dan kami sedang menunggu untuk memuktamadkannya, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam semalam.


Kerajaan negeri Selangor telah membuat tawaran RM9.65 bilion untuk mengambil alih kesemua empat syarikat konsesi air di negeri ini terdiri daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (SPLASH).



Mengenai kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili hari ini bahawa kerajaan menyasarkan untuk mencapai penyelesaian dengan kerajaan Selangor berhubung projek loji rawatan air Langat 2 dalam tempoh tiga bulan, Abdul Khalid berkata beliau sentiasa bersedia untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu.



- Bernama

Perang Tabuk (3)

Posted: 20 Aug 2013 11:10 PM PDT


14 Syawal 1434 H. [MOD] -
Ustaz Abu Muhammad Harits,21 Ogs 2013
Peperangan tidak terjadi. Tidak diketahui alasan yang pasti mengapa peperangan itu tidak terjadi, walaupun ada yang menyebutkan salah satu alasan itu di antaranya; tentera Rom lebih suka tinggal di dalam wilayah Syam untuk berlindung di kubu-kubunya ketika sampai kepada mereka berita tentang kekuatan pasukan muslimin.

Apa pun alasannya, Rasulullah SAW tetap di Tabuk selama beberapa hari, dan mengirim beberapa pasukan kecil ke sekitar daerah Tabuk. Tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ini menambah kekuatan wibawa Islam di wilayah utara jazirah 'Arab dan membuka jalan ke arah penaklukan daerah Syam sesudah itu.

Walaupun tidak terjadi pertempuran, ada sahabat yang meninggal dunia.


Abdullah bin Mas'ud RA menceritakan, pada suatu malam yang sunyi dia terjaga dari tidurnya kelihatan api di bahagian agak jauh dari pasukan. Beliau berusaha mendekati cahaya api tersebut. Ternyata, Rasulullah SAW, Abu Bakr dan Umar sedang mengurus jenazah Abdullah Dzul Bijadain (kain hitam yang tebal) Al-Muzani.


Rupa-rupanya, Rasulullah SAW bersama kedua sahabatnya itu sudah menggali kuburan untuk jenazahnya. Rasulullah SAW masuk ke dalam liang kubur itu, sementara Abu Bakr dan Umar mendekatkan jenazah itu kepada beliau yang berkata, "Kemarikan jenazah saudara kamu itu."


Setelah meletakkannya di dalam kubur tersebut, beliau berdoa, "Ya Allah sesungguhnya aku meredhainya, maka redhailah dia." Mendengar doa itu, Abdullah bin Mas'ud RA berkata dalam hati, "Duhai, kiranya akulah yang dikuburkan itu."


Onar Kaum Munafik

Perang Tabuk dinamakan juga ghazwatul 'usrah (Perang Kesulitan), kerana terakamnya pelbagai kesulitan terhadap kaum muslimin, sama ada dalam hal kenderaan, perbekalan, air, cuaca, jalan, mahupun gangguan orang-orang munafik. Akan tetapi, sahabat-sahabat Rasulullah SAW begitu tabah memikul semua kesulitan tersebut di jalan Allah. 

Bagaimanapun, kaum munafik tidak pernah membiarkan satu peluang pun untuk menjatuhkan Islam dan kaum muslimin. Lebih-lebih lagi, di dalam peperangan ini. Sejak awal persiapan, mereka sudah mula berusaha meruntuhkan semangat kaum muslimin agar tidak berangkat berjihad di panas yang terik ini.

Dalam masa-masa perang Tabuk inilah turun surat At-Taubah mendedahkan watak asli kaum munafikin. Allah SWT benar-benar membuka aib mereka dan menampakkan kejahatan hati mereka kepada kaum mukminin dengan lengkap dan jelas. Allah SWT menerangkan alasan yang mereka dibuat-buat agar tetap tinggal di Madinah, tidak ikut berperang.


Allah SWT berfirman, maksudnya:


"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu. Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. Semoga Allah memaafkanmu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (dalam uzurnya) dan sebelum kamu ketahui orang-orang yang berdusta? Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa. (surah at-Taubah : ayat 42-44)


Ibnu Katsir t dalam tafsirnya menerangkan, "Allah SWT mencela orang-orang yang tertinggal dari Nabi SAW dalam perang Tabuk sesudah meminta izin dan menampakkan bahwa mereka adalah orang-orang yang mempunyai uzur, padahal tidak demikian."


Allah SWT berfirman - (Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh), kata Ibnu 'Abbas RA, "(Ertinya) ghanimah yang dekat (mudah diperoleh); (dan perjalanan yang tidak berapa jauh), yang dekat juga; pasti mereka mengikutimu untuk mendapatkannya, tetapi perjalanan ke Syam amat jauh terasa oleh mereka. Apabila kamu kembali kepada mereka, tentu mereka akan bersumpah, "Seandainya kami tidak mempunyai uzur, pasti kami berangkat bersamamu."

Itulah sebagian alasan mereka yang dibuat-buat.


Ada pula di antara mereka yang ikut serta sampai di Tabuk, ternyata berusaha menyebarkan keraguan dalam hati kaum muslimin.


Ketika Rasulullah SAW kehilangan untanya, seorang munafik mengatakan,"Kalau memang Muhammad mengaku nabi dan menyampaikan kepada kamu berita dari langit, mengapa dia tidak mengetahui di mana untanya berada?"


Rasulullah SAW pun berkata, sementara Umarah, salah seorang sahabat ada di dekat beliau, "Ada orang yang mengatakan, 'Kalau memang Muhammad mengaku nabi dan menyampaikan kepada kamu berita dari langit, mengapa dia tidak mengetahui di mana untanya berada?' Demi Allah, saya memang tidak mengetahui apa-apa kecuali yang diberitahukan oleh Allah. Dan Allah telah menerangkan kepada saya di mana unta tersebut. Unta itu di lembah itu, di jalan itu, dan talinya tersangkut sebatang pohon."


Tidak lama kemudian, beberapa sahabat berangkat hendak mencarinya.


Umarah pun kembali ke khemahnya dan berkata, "Demi Allah, sungguh ajaib yang diceritakan oleh Rasulullah SAW tadi, tentang perkataan seseorang yang diberitakan oleh Allah kepada beliau." Mendengar ucapan Umarah ini, salah seorang yang ada di situ, tapi tidak mendengar langsung perkataan Rasulullah SAW, berkata, "Demi Allah yang diucapkan oleh Rasulullah itu adalah perkataan yang diucapkan Zaid bin Lushaid, sebelum engkau datang."


Umarah menjadi marah, dia pun mencekik leher Zaid dan mengusirnya dari khemah itu dan melarangnya bersamanya lagi, "Di khemahku ada kejadian begini, dalam keadaan aku tidak tahu? Keluarlah kau dari khemahku, hai musuh Allah. Jangan bersamaku lagi."

Ucapan berbahaya ini masih tidak begitu berat. Kaum munafik tidak berhenti sampai di situ. Mereka pun merancang membunuh Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW mulai bertolak menuju Madinah. Dalam perjalanan, beberapa segelintir munafik mengadakan perancangan untuk membunuh Rasulullah SAW dengan cara menolak Baginda jatuh dari puncak tebing di jalan tersebut. Kemudian, Rasulullah SAW mengatakan, "Siapa di antara kamu mau melalui dasar lembah, itu lebih luas bagi kamu."


Akhirnya, Rasulullah SAW melalui jalan yang mendaki, sedangkan pasukan muslimin melalui dasar lembah, kecuali beberapa orang yang ingin membunuh Rasulullah SAW tadi. Oleh itu, ketika mereka mendengar ucapan baginda, mereka segera bersiap-siap dan menutupi muka mereka.


Alangkah keji perancangan mereka terhadap Rasulullah SAW.


Rasulullah SAW memanggil Hudzaifah Ibnul Yaman dan 'Ammar bin Yasir agar berjalan bersama beliau. Lalu beliau memerintahkan 'Ammar memegang tali unta, sedangkan Hudzaifah mengekorinya.


Pada waktu mereka dalam keadaan demikian, tiba-tiba terdengar suara di belakang mereka. Rupa-rupanya, orang-orang munafik tadi sedang berusaha menyusul baginda.


Rasulullah SAW marah dan memerintahkan agar Hudzaifah menjauhkan mereka. Oleh sebab melihat kemarahan di wajah Rasulullah, Hudzaifah segera berpusing sambil membawa sebatang tongkat yang berkeluk kepalanya. Kemudian, dia menghadang kenderaan mereka dan memukulnya dengan tongkat.

Hudzaifah pun melihat orang-orang munafik itu dalam keadaan menutup wajah mereka. Hudzaifah mengira mereka menutupi wajah itu sekadar kebiasaan musafir, padahal tidak. Mereka ingin menyembunyikan identiti yang sesungguhnya.

Demikianlah keadaan kaum munafik, mereka menutupi diri, bersembunyi dari manusia, tetapi tidak dapat menyembunyikan diri dari Allah, kerana Allah beserta mereka. Allah sudah memperhitungkan semua tindak-tanduk mereka dan telah menyiapkan balasan yang setimpal buat mereka di dunia dan akhirat.

Rasa takut muncul dalam hati mereka ketika melihat Hudzaifah berdiri di jalan yang akan mereka lalui. Mereka menyangka rancangan mereka sudah diketahui oleh Hudzaifah. Akhirnya, mereka segera bergabung dengan pasukan, sementara Hudzaifah kembali menuju Rasulullah SAW.


Setelah hampir, Rasulullah SAW berkata, "Pukullah kendaraan ini, hai Hudzaifah! Dan berjalanlah, hai 'Ammar!"

Rombongan Nabi mempercepat jalan mereka hingga tiba di puncak bukit, lalu keluar dari jalan itu menunggu pasukan.

Nabi SAW bertanya kepada Hudzaifah, "Tahukah engkau siapa rombongan pengendara tadi?"


Kata Hudzaifah, "Saya mengenal kendaraan si fulan dan si fulan. Waktu itu malam sangat gelap dan mereka menutupi wajah mereka."


Rasulullah SAW bertanya lagi, "Tahukah engkau apa yang mereka inginkan?"

Keduanya berkata, "Tidak. Demi Allah, wahai Rasulullah."


Kata beliau, "Sesungguhnya mereka merancang hendak ikut berjalan bersamaku, dan kalau sudah tiba di jalan yang berbukit, mereka akan mendorongku sampai jatuh."

Serempak mereka berkata, "Kalau begitu, mengapa Rasulallah tidak memerintahkan mereka dipanggil, agar kami penggal leher mereka?"

Baginda pun berkata, "Saya tidak suka orang akan mengatakan bahwa Muhammad membunuh sahabatnya. Kemudian beliau menyebut nama-nama mereka dan berkata, Rahsiakanlah oleh kamu berdua!" (HR. Ahmad (5/453), pentahqiq Zadul Ma'ad mengatakan rawi-rawinya tsiqat (terpercaya) dan ada penguatnya dalam Shahih Muslim (2779) (11).)


Sejak saat itu pula Hudzaifah dikenal sebagai pemegang rahasia nama-nama kaum munafik lengkap dengan ciri-ciri mereka. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat mengetahui seseorang itu munafik, apabila Hudzaifah tidak mahu menyembahyangkan jenazahnya.


Pada suatu kesempatan, dalam perjalanan yang sukar itu, terdengar pula sebuah ucapan dari salah seorang perajurit, "Kita belum pernah melihat qurra` (tamu, ahli baca Quran) kita seperti mereka ini," yang dimaksudkannya adalah peribadi Rasul SAW dan para sahabat, "Paling gendut perutnya, tidak (pernah kita lihat) yang paling dusta ucapannya, dan tidak (pernah kita lihat) yang paling takut ketika bertemu (musuh)."


Ketika dilaporkan kepada Rasulullah SAW dan mereka ditanya, mereka mengatakan, "Kami hanya bergurau."


Namun, ternyata Rasulullah SAW hanya menjawab dengan membacakan firman Allah SWT:


"Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" (Surah at-Taubah : ayat 65)


Dengan tegas pula Allah SWT menyatakan bahwa berolok-olok dengan Allah, ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya adalah kafir:


"Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu telah kafir sesudah beriman."


Para ulama menjadikan ayat ini sebagai dalil bahwa menampakkan kata-kata kekafiran, baik dengan sungguh-sungguh mahupun bergurau (main-main) hukumnya kafir. Bahkan, tidak ada perselisihan di antara para imam, sebagaimana dinukil oleh Ibnul Jauzi.


Demikianlah keadaan kaum munafik. Pada zaman itu mereka menyembunyikan jati dirinya agar tidak turun ayat mendedahkan kejahatan mereka. Pada zaman ini, mereka dengan terang-terangan menampakkan kejahatan tersebut. Mereka terang-terangan menjadikan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya sebagai bahan ejekan, cemuhan dan hinaan. Mereka berusaha menampilkan citra kekafiran, apa pun bentuknya, adalah baik, sedangkan seruan kembali kepada Islam adalah keburukan, radikal, ekstrem, jumud, statis, kemunduran, dan segudang ejekan lainnya. Mereka lebih bangga dengan semua yang serba-Barat. Kemajuan adalah apa yang datang dari Barat.


Hanya kepada Allah kita memohon, semoga Allah tidak memperbanyak jumlah mereka.


http://www.salafy.or.id

AES: Berapa kos pampasan kerajaan perlu bayar?

Posted: 20 Aug 2013 11:08 PM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS meminta agar kerajaan mendedahkan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada dua syarikat swasta yang mengendalikan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd jika kerajaan berhasrat mengambilalih sistem tersebut.


Jelas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar lagi, selain jumlah pampasan yang akan dibayar, kerajaan juga perlu mendedahkan perjanjiaan yang telah ditandatangani sebelum AES dilaksanakan.



"Untuk mengambil alih AES sudah pasti satu bayaran pampasan yang tinggi perlu diberikan kepada kedua-dua syarikat pengendali tersebut.



"Kita minta kerajaan mendedahkan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan jika pengambilalihan tersebut dilaksanakan, selain itu juga kita turut mengesa agar kandungan perjanjian didedahkan untuk pengetahuan umum," jelasnya yang juga merupakan Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase).



Mahfuz dalam masa yang sama memberitahu keputusan itu juga turut membuktikan kerajaan tidak cekap serta menunjukkan mereka tidak membuat kajian sepenuhnya pelaksanaan AES.



"Saya lihat kerajaan sebelum ini tidak mengkaji terlebih dahulu apa impak sebenar jika ia diberikan kepada syarikat swasta terutama kesan dari sudut kewangan dan kerugian yang akan dialami.



"Kita dari Pakatan Rakyat dari awal lagi membantah pelaksanaanya terutama jika dilihat dari sudut tekanan yang diberikan kepada pemandu yang diperah poket mereka untuk kayakan syarikat swasta serta menjadi sumber kewangan negara," kata beliau kepada Harakahdaily.



Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga turut mempersoalkan kenyataan kerajaan sebelum ini mengatakan pelaksanaan AES akan mengurangkan jumlah kemalangan apabila melihat jumlah angka pada Ops Selamat yang dilancarkan pada 1 hingga 15 Ogos lalu telah mencatatkan 258 kes kemalangan maut iaitu meningkat sebanyak 14.2 peratus berbanding 226 kes tahun lalu.



Sementara itu Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff mengesa agar kerajaan menghentikan serta merta pelaksanaan AES sehingga selesai kajian oleh Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan oleh majlis tindakan Ekonomi Negara.



Malah katanya lagi, kerajaan juga perlu memulangkan ke semua bayaran yang telah dibuat oleh mereka yang dikenakan saman serta membatalkan saman-saman yang telah dikeluarkan sejak 22 September sehingga sekarang.

Harakahdaily/-


Erdogan dakwa ada bukti Israel dalang jatuhkan Morsi

Posted: 20 Aug 2013 11:06 PM PDT


14 Syawal 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,21 Ogs 2013
ANKARA: Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dalam nada tegas menyatakan beliau memiliki bukti bahawa Israel adalah dalang penggulingan Presiden Dr Mohamad Morsi yang dijayakan tentera pimpinan Abdul Fatah Al-Sisi pada 3 Julai lalu.

Dalam ucapannya yang disiar televisyen Russia Today, Edogan berkata, campurtangan Israel itu boleh dilihat melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Yahudi daripada Perancis semasa mesyuarat rasmi Israel.

Pada mesyuarat sebelum pilihanraya Mesir pada tahun 2011 itu, yahudi itu mendakwa bahawa Ikwanul Muslimin tidak akan berkuasa walaupun mereka menang pilihanraya.

Erdogan juga mengatakan bahawa Barat mula mendefinisikan kembali demokrasi untuk disesuaikan dengan kehendak mereka, dan bukan ditentukan oleh suara rakyat.

"Apa yang telah mereka perkatakan tentang Mesir? Demokrasi bukan pada kotak undi. Siapa dalang kepada semua ini? Pastinya Israel. Bukti ada dalam tangan kami," katanya.

Beliau juga mengutuk negara-negara Islam yang menyokong pimpinan baru tentera dengan mendakwa mereka ini adalah golongan pengkhianat.

Erdogan sehingga kini, antara pemimpin negara Islam yang telah mengambil pendirian tegas terhadap rampasan kuasa di Mesir.

Selain menamatkan perjanjian kerjasama dengan Mesir, Turkey juga telah memanggil pulang duta mereka minggu lepas.

CCRIS: Masa depan anak muda Malaysia terus kelam

Posted: 20 Aug 2013 08:28 PM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,21 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: Kerajaan mula gundah dengan sistem pendidikan yang dirasakan gagal dalam melahirkan modal insan yang sewajarnya memberikan pulangan kepada hasil produktiviti negara. 

Maka pendidikan akhirnya diniagakan, pekerjaan terus diswastakan kepada tenaga kerja asing, sementara peminjam bagi sebuah keperluan pendidikan terpaksa hidup dalam beban hutang dan diancam masa depan dengan CCRIS. 

"Kehidupan mereka daripada dulu tidak pernah terjamin. Masa depan anak muda Malaysia akan terus kelam," ujar Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhamad Azan Safar (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily. 

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya meneliti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II berkaitan peminjam PTPTN ingkar disenarai dalam CCRIS dan saya melihat bahawa ini adalah bukan satu usaha yang baik diperingkat kerajaan untuk menggalakkan pembayaran hutang oleh peminjam PTPTN.

Saya menyedari hakikat setiap hutang mestilah dilangsaikan oleh mereka yang berhutang namun dalam konteks hutang PTPTN ia perlu diklasifikasikan dalam kategorinya yang tersendiri. 

Ini adalah kerana hutang yang terpaksa mereka iaitu rakyat tanggung ialah hutang untuk menunaikan sebuah kewajipan dan keperluan yang kerajaan tidak mampu berikan kepada mereka. 

Pendidikan sewajarnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan ia dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat dalam sesebuah negara. 

Bahkan saya tegaskan pendidikan merupakan agenda kebajikan terbesar yang harus dilunaskan oleh pihak pemerintah kerana pendidikan pasti akan mendatangkan pulangan yang baik kepada kerajaan dan meningkatkan produktiviti negara. 

Menyenaraikan peminjam PTPTN ke dalam CCRIS di kala pekerjaan yang tidak pernah dijamin kepada lepasan IPTA/IPTS, apatah lagi keperluan sara hidup yang makin tinggi oleh pihak kerajaan hanya menjadikan kerajaan sebagai 'along berlesen' bahkan memberikan tekanan kepada anak muda lepasan universiti dari sudut mental dan perasaan. 

Mereka baru ingin memulakan kehidupan baru sebagai graduan universiti tetapi dikejar pula oleh pemiutang dengan ancaman CCRIS. 

Kerajaan harus memandang pendidikan ialah sebuah pelaburan jangka panjang yang bakal dinikmati negara. 

Hasil produktiviti negara akan semakin meningkat seiring dengan ramainya mahasiswa yang bergraduasi daripada universiti. 

Gamis sentiasa berpendirian bahawa pendidikan ialah kebajikan yang harus diberikan percuma kepada rakyat kerana setiap yang bergraduasi tidak akan pernah mendatangkan kerugian kepada negara.

Apa bezanya, kerajaan sanggup membelanjakan jutaan ringgit bagi setiap projek untuk meningkatkan mutu tenaga kerja profesional dan atlet sukan kerana yakin ia akan memberikan pulangan kepada produktiviti negara dengan mereka yang mengikuti sistem pendidikan yang disusun kerajaan Malaysia hari ini yang juga bertujuan meningkatkan hasil produktiviti negara melalui aset modal insan yang dilahirkan dari universiti tanah air?

Melainkan kerajaan sendiri sudah tidak lagi meyakini dengan sistem pendidikan yang dirangkanya sendiri. 

Kerajaan mula gundah dengan sistem pendidikan yang dirasakan gagal dalam melahirkan modal insan yang sewajarnya memberikan pulangan kepada hasil produktiviti negara. 

Maka pendidikan akhirnya diniagakan, pekerjaan terus diswastakan kepada tenaga kerja asing, sementara peminjam bagi sebuah keperluan pendidikan terpaksa hidup dalam beban hutang dan diancam masa depan dengan CCRIS. 

Kehidupan mereka daripada dulu tidak pernah terjamin. Masa depan anak muda Malaysia akan terus kelam.




CCRIS: Kerajaan lebih teruk daripada along

Posted: 20 Aug 2013 08:26 PM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,21 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: "Kerajaan lebih teruk daripada along," luah Setiausaha Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) Pulau Pinang, Kumaresan Aramugam (gambar)



Menurut beliau, langkah kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar untuk membayar balik pinjaman adalah lebih teruk daripada along yang mengutip pinjaman.  



Melalui CCRIS kerajaan akan berkerjasama dengan Bank Negara untuk mempengaruhi kelulusan permohonan peminjam PTPTN daripada institusi kewangan.



Mereka yang ingkar untuk membayar balik pinjaman PTPTN akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan yang lain terutamnya apabila membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, dan sebagainya.  



"Maknanya bank akan menilai setiap rekod pembayaran sebelum memberi mereka pinjaman," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. 



Menurut Kumaresan, hal ini akan merunsingkan lagi peminjam PTPTN ketika mereka membuat permohonan pinjaman di institusi kewangan atau bank. 



Katanya lagi, Kerajaan sepatutnya menggunakan kaedah yang lebih mesra untuk mengutip semula pinjaman PTPTN dan bukannya dengan cara kasar dan membebankan seperti itu. 



Buat masa ini, ujarnya ramai dalam kalangan graduan yang baru habis belajar memperolehi pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000 dan mereka juga mempunyai perbelanjaan lain seperti tanggungan keluarga, pembayaran ansuran kereta, sewa rumah dan sebagainya. 



Beliau menambah, dengan kadar inflasi negara yang tidak menentu harga barangan harian juga semakin mahal dan sekiranya kerajaan menekan peminjam PTPTN untuk membayar balik pinjaman tanpa sebarang mekanisma yang mesra, maka ia  juga sama seperti along yang mengutip semula hutang mereka.

Berapa nilai kekayaan Hosni Mubarak?

Posted: 20 Aug 2013 08:24 PM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -



Nama Hosni Mubarak tak syak lagi sudah boleh dimasukkan ke dalam daftar nama-nama diktator kaya di seluruh dunia. Hampir semua diktator di dunia ini selalu mempunyai pola yang sama iaitu pada dasarnya meninggalkan kekuasaannya setelah mencuri wang dari rakyatnya. 




Pemimpin Afghanistan, Hamid Karzai adalah contoh lain dari seorang lelaki yang disuap AS dan menimbun kekayaan sendiri sementara rakyat di negaranya kelaparan. 

Seberapa besar kekayaan Mubarak? Menurut sebuah laporan, Mubarak sekurang-kurangnya menyimpan kekayaan pribadi bernilai 40 billion dolar. 

Selama 30 tahun berkuasa, keluarga Mubarak menguasai real estet, perputaran wang tunai, kapal pesiar kerajaan, dan memiliki 40 billion dollar dalam bentuk tunai. 

Selain itu juga ia diduga masih memiliki aset tersembunyi di bank di seluruh dunia untuk memudahkan akses. Di antaranya di: Jerman, Amerika Syarikat, Britain, Swiss, Scotland, Dubai, Madrid dan negara lainnya. Keluarga Alaa Mubarak memiliki kekayaan di dalam negeri atau di kota-kota besar Amerika Syarikat Washington, LA, dan New York. 

Isteri Mubarak, Suzanne Mubarak dan kedua anaknya juga sangat kaya. Suzanne bahkan ditaksir mengumpulkan kekayaan sampai 3-5 billion dollar dan dipergunakan untuk peribadinya sendiri. 

Kekayaan Mubarak juga memiliki hubungan besar dengan kepentingan korporasi AS seperti: Marlboro, Hermes, McDonalds, Vodafone, Hyundai, Chili dan perusahaan besar lainnya. 

Kini Mubarak akan segera dibebaskan dari penjara. Pemerintah Mesir juga menyatakan bahwa Mubarak bebas dari rasuah. 

-islampos

Perintah berkurung jadikan Kaherah ‘bandaraya hantu’

Posted: 20 Aug 2013 08:21 PM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/- 

KAHERAH: Beginilah keadaan Kota Kaherah menjelang jam 7 malam apabila junta tentera mengisytiharkan perintah berkurung di lapan wilayah di seluruh negara. 


Kota Kaherah yang terkenal dengan nama 'kota yang tidak pernah tidur' ini sentiasa sibuk dengan kenderaan. 



Adalah dianggarkan ebih dari 20 juta orang penduduk menghuni kota metropolitan ini.



Namun selepas pengisytiharan peintah berkurung oleh rejim tentera, bandaraya ini seolah-olah menjadi 'bandaraya hantu'. 



Tidak ada lagi kenderaan dan hiruk piruk di kota ini dari jam 7 malam sehingga 6 pagi. 



Semua aktiviti perniagaan juga berhenti serta-merta dan kedai-kedai ssemuanya ditutup awal bagi mematuhi perintah ini. 



Kereta-kereta kebal serta trak-trak tentera dan polis dapat dilihat mengawal kawasan-kawasan yang dianggap berpotensi untuk penyokong Presiden Morsi menganjurkan demonstrasi aman. 



Sesiapa sahaja yang melanggar perintah berkurung ini boleh ditangkap dan ada yang cedera ditembak di beberapa wilayah kerana melanggar perintah ini.



Namun sampai bilakah perintah berkurung ini akan dikenakan oleh rejim tentera terhadap seluruh rakyat Mesir? 



Walaupun perintah berkurung diistiharkan, hampir setiap malam masih lagi berjalan demonstrasi aman di banyak wilayah di seluruh Mesir bagi membantah rejim tentera serta kemarahan meraka terhadap pembunuhan beramai-ramai terutamanya di Rabaa Adawiah. 



Inilah realiti Mesir baru di bawah rejim tentera yang merampas kuasa dari Presiden Dr Mohamad Morsi yang dipilih melalui pilihan raya dan demokrasi.


PM sekali lagi elak ulas isu lantik Shahrizat

Posted: 20 Aug 2013 08:18 PM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -



Untuk dua hari berturut-turut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas ketika ditanya berhubung laporan pelantikan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahzirat Jalil sebagai pegawai khasnya.

Beliau sebaliknya mengajukan persoalan kembali kepada pemberita yang mahu penjelasan berhubung perkara itu.


"Kenapa kamu berminat hendak tahu pasal beliau?" soalnya kembali semasa sidang media di rumah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.



Najib semalam memilih berdiam diri berhubung laporan yang menjangkakan Shahrizat akan dilantik sebagai penasihat khasnya dalam isu berkaitan wanita.


Katanya, tiada apa-apa pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat pada ketika itu.

Malaysiakini/-

Hishammuddin kata K'jaan akan ambil alih AES, Raklyat mahu dihapuskan !

Posted: 20 Aug 2013 08:08 PM PDT

14 Syawal 1434 H. [MOD] -



Kerajaan akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) setelah mendapat maklum balas daripada jawatankuasa Pemandu yang bertanggungjawab menentukan hala tuju dan perluasan pelaksanaan AES.

Jawatankuasa yang dianggotai agensi termasuk dari Kementerian Kewangan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Peguam Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Pemandu, dan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dipengerusikan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Hishammuddin berkata jawatankuasa tersebut memulakan perbincangan sejak dua hari lepas dengan setiap agensi melihat tanggungjawab dan isu-isu berkaitan dengan mereka.


"Sebagai contoh isu kewangan dilihat oleh Kementerian Kewangan, isu saman oleh Jabatan Peguam Negara dan isu penguatkuasaan oleh JPJ dan PDRM.


"Maklum balas daripada mereka akan dibawa ke jawatankuasa induk supaya butiran lebih terperinci akan diperolehi," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.


Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi. 


Hishammuddin berkata, kini sudah banyak penambahbaikan AES berbanding sebelum.


"Apa yang penting adalah matlamat asal kita untuk memastikan kemalangan sifar dan tempat-tempat yang kita letak AES, jumlah kemalangan adalah sifar tetapi tetap ada belenggu isu AES untuk kepentingan pihak tertentu dan perkara ini akan kita tangani," katanya yang juga menteri pertahanan.


Dalam perkembangan lain, Hishammuddin meminta semua perwakilan yang ingin bertanding dalam pemilihan Umno akan datang supaya tidak buat sesuatu perkara yang boleh memecahbelahkan parti.


Menyentuh isu lain, Hishammuddin juga menyokong keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak menswastakan Malaysian Airline System Bhd (MAS) kerana jika ia digembleng secara betul semua pihak akan mendapat manfaat.


"Minggu depan saya akan berjumpa dengan Union Mas dan perwakilannya untuk mendengar keluhan mereka dan melihatnya secara menyeluruh," kata beliau.


-Bernama

Tiada ulasan:

Nuffnang