Rabu, 21 Ogos 2013

Direct Free Kick

Direct Free Kick


KENYATAAN AKHBAR : JMB DAN MC PERLU BINCANG SEGERA TUNGGAKAN BIL-BIL UTILITI.

Posted: 21 Aug 2013 12:01 AM PDT

JMB dan MC yang mempunyai tunggakan bil-bil utiliti seperti SYABAS dan TNB diingatkan agar segera mengadakan perbincangan dengan syarikat yang terlibat supaya pelan pembayaran secara berjadual dapat dipersetujui.

Ini untuk mengelakkan pemotongan yang akan menimbulkan kesulitan kepada penduduk perumahan bertingkat yang terlibat.

Pejabat ini dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) kerap didatangi oleh JMB dan MC apabila bekalan air atau bekalan elektrik dipotong agar Kerajaan Negeri dapat membantu. Tetapi ketika itu jumlah tunggakan telah menjadi terlalu tinggi dan penduduk akan menghadapi masalah untuk membayar tunggakan tersebut.

Kerajaan Negeri melalui LPHS bersedia untuk menjadi fasilitator di dalam sebarang rundingan di antara JMC atau MC dan syarikat utiliti. Tetapi rundingan mungkin akan memakan masa yang lama sebelum sebarang persetujuan dapat dicapai dan bekalan dapat disambung semula. Oleh itu, lebih mudah sekiranya rundingan dilakukan sebelum pemotongan.

JMC dan MC jangan pula merasa selesa sekiranya potongan tidak dilakukan walaupun jumlah tunggakan semakin bertambah. Pemotongan boleh dilakukan bila-bila masa.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
21 Ogos 2013

Tiada ulasan:

Nuffnang