Rabu, 24 Julai 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Raya Sebulan Gaji

Posted: 24 Jul 2013 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 24 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM30 juta dan seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan akan menerima pembayaran bonus berkenaan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

Abdul Khalid berkata, pemberian bonus ini diharap dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," kata beliau.

Abdul Khalid mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, jika Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awamnya, Kerajaan Negeri juga turut sama mengikutinya.

"Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini," katanya lagi.

Sumber: Selangorku

Caj Elektrik Tinggi Bila Guna Meter Elektronik, PKR Minta Kerajaan Siasat

Posted: 23 Jul 2013 02:00 AM PDT

PETALING JAYA 23 JULAI : PKR menggesa Kerajaan Pusat melantik satu badan bebas bagi menyiasat dan mengkaji kadar tarif elektrik masakini ditetapkan Tenaga Nasinal Berhad (TNB) yang dikatakan tinggi dan membebankan pengguna.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, siasatan itu perlu kerana majoriti pengguna sekarang menerima kesannya yang berpunca daripada pemasangan meter elektrik elektronik yang baru menggantikan meter analog lama.

"TNB tidak boleh memberikan alasan dan mesti membenarkan badan bebas dilantik untuk memeriksa dan menguji meter digital ini.

"Kerajaan boleh melantik badan bebas ini, begitu juga Suruhanjaya Tenaga. Ini kerana meter kepunyaan TNB maka kebenaran dari TNB diperlukan bagi membuka meter dan menyiasat.

"Kita juga mahu pihak berkepentingan terlibat termasuk Pakatan Rakyat (PR) dan BN kerana ini adalah isu rakyat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, PR menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai perkara itu yang menyatakan rasa tidak puashati mereka.

Katanya, alasan diberi TNB bahawa bil elektrik tinggi dari meter baru berpunca daripada bacaan meter lama yang tidak tepat adalah tidak munasabah sama sekali.

Berikutan itu, Wong memberitahu, PR menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dan mengetengahkan isu itu yang dianggotai Naib Presidennya, Datuk Chua Jui Meng; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan beliau sendiri.

"Jawatankuasa ini akan melancarkan satu kempen awam untuk menegaskan kepentingan ketelusan berhubung dengan bil elektrik tinggi.

"Kita juga akan melancarkan laman sesawang minggu depan bagi penglibatan awam dan satu petisyen akan dihantar ke TNB untuk tujuan ini," katanya yang mendakwa orang ramai menyatakan kesanggupan membayar RM20 bagi kos pemeriksaan untuk mendapatkan bacaan meter yang tepat.

Manakala Chua berkata, tarif elektrik ditanggung rakyat ketika ini begitu tinggi dan satu tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasinya.

"Satu masalah membebankan rakyat, pihak peniaga dan yang lain. Hampir setiap isi rumah mengalaminya dengan kenaikan sampai 100 peratus, 200 peratus atau lebih.

"Jawatankuasa ini akan membantu rakyat bagi penggurangan kadar tarif elektrik kepada satu kadar yang lebih rendah atau hampir dengan bacaan meter lama," ujarnya.


Sumber: Selangorku

Sumbangan Hari Raya PEKAWANIS

Posted: 22 Jul 2013 03:30 AM PDT

DUN Seri Andalas, 22 Julai 2013 - 30 wanita dari keluarga miskin terima sumbangan raya sebanyak RM100 dan goody bag daripada  Pekawanis Dun Seri Andalas di Pejabat Khidmat DUN Seri Andalas.

PEKAWANIS adalah persatuan bagi isteri-isteri ADUN dan ahli Parlimen serta ADUN dan Ahli Parlimen wanita yang berminat menyertainya. Matlamat utama PEKAWANIS adalah kebajikan dan perstuan ini juga menguruskan rumah kebajikan di Shah Alam untuk perempuan-perempuan muda yang menghadapi masalah. PEKAWANIS juga menguruskan pusat dialisis di Klang.

Untuk setiap kali perayaan, sebanyak RM3,000 diagihkan kepada wanita / keluarga miskin di kawasan mereka.






Menyampaikan Kunci Rumah Prihatin

Posted: 21 Jul 2013 04:00 AM PDT

Sekitar majlis menyampaikan kunci rumah prihatin di Jalan Kota Raja pada 21 Julai 2013.






Menghadiri Program di Kuil Devi Sri Maha Kaligambal

Posted: 21 Jul 2013 03:30 AM PDT

Gambar-gambar sekitar YB Dr Xavier Jayakumar menghadiri program keagamaan di Kuil Devi Sri Maha Kaligambal, Taman Mewah Jaya, Klang pada 21 Julai 2013.





Kelas Menjahit Asas dan Langsir Ke-16 Pada 21 Julai

Posted: 21 Jul 2013 03:00 AM PDT

Taman Sentosa, 21 Julai 2013 - Para peserta kelas menjahit asas dan langsir yang ke 16 telah menamatkan latihan mereka pada hari ini. Para peserta telah diberikan sijil tamat kelas menjahit.

Setelah menamatkan kelas tersebut, para peserta terus mempelajari cara-cara menjahit pakaian tradisional punjabi.

Kelas-kelas menjahit untuk wanita ini adalah bagi membantu mereka pelajari kemahiran menjahit yang dapat digunakan untuk menjana pendapatan dari rumah dianjurkan dari masa ke semasa oleh Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Seri Andalas.




Merasmikan Pertandingan Badminton Tamil Vizha 2013

Posted: 21 Jul 2013 02:00 AM PDT

Gambar-gambar sekitar Pertandingan Badminton Tamil Vizha 2013 yang diadakan di 89 Arena, Jalan Sungai Jati pada 21 Julai 2013. YB Dr Xavier Jayakumar hadir merasmikan pertandingan tersebut.





 

Mengagihkan Kurma dan Minuman di Masjid Sungai Kandis

Posted: 20 Jul 2013 05:15 AM PDT

Kampung Jawa, 20 Julai 2013 - Bersempena dengan bulan Ramadan ini, berbagai-bagai program telah diadakan. Pada hari ini YB Dr Xavier Jayakumar turun padang di Masjid Sungai Kandis untuk mengagih kurma dan minuman sejuk kepada umat islam yang berpuasa.

Program telah dianjurkan oleh Encik Manaf, Ahli Majlis MBSA. Turut hadir mengagihkan adalah Ketua Kampung, Encik Miswan, Ahli Majlis MPK, Encik PS Rajoo serta para sukarelawan.








Mengagihkan Bubur Lambuk di Bukit Badak

Posted: 20 Jul 2013 05:00 AM PDT

Bukit Badak, 20 Julai 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini bersama-sama Ranting PKR Bukit Badak telah mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai. Program telah dianjurkan oleh Encik Husin dan Encik Nordin.

Program telah bermula pada awal hari dengan kerja-kerja memasak dan membungkus bubur lambuk oleh para sukarelawan dan Ahli Majlis MPK, Encik PS Rajoo.






Menghadiri Program Charity Treasure Hunt Anjuran Hospice Klang

Posted: 14 Jul 2013 03:00 AM PDT

Shah Alam, 14 Julai 2013 - Hospice Klang pada hari ini telah menganjurkan Charity Treasure Hunt di Setia City Mall. Seramai 152 orang telah menyertai treasure hunt tersebut.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini telah menganugerahkan tanah seluas satu ekar untuk membina pusat jagaan kepada Hospice Klang dalam usaha menyokong mereka untuk jagaan pesakit-pesakit kanser serta penyakit-penyakit kritikal lain.

YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini telah meluangkan masa untuk menghadiri program ini.





Tiada ulasan:

Nuffnang