Rabu, 24 Julai 2013

Direct Free Kick

Direct Free Kick


LIF-LIF DI DESA MENTARI AKAN DIBAIKPULIH DI BAWAH PROGRAM CERIA.

Posted: 24 Jul 2013 09:36 AM PDT


Iskandar Samad
SHAH ALAM, 24 JULAI : Penghuni empat blok Pangsapuri Desa Mentari boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan RM100,000 bagi membaiki lif yang rosak.
Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad, kerja-kerja menyelenggara dan membaikpulih kesemua lif itu akan menggunakan peruntukan Skim Bantuan Baik Pulih Harta Bersama Pangsapuri (Ceria).
Katanya, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membantu penduduk di situ ekoran maklumbalas daripada pihak pemaju yang mengatakan pungutan penyelenggaraan pangsapuri berkenaan adalah tidak mencukupi.
"Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap nasib penduduk yang terpaksa menggunakan tangga sebanyak 18 tingkat dalam bulan Ramadan ini.
"Kita mengambil keputusan untuk mempercepatkan proses menggunakan Skim Ceria tanpa mengikut prosedur biasa kerana ia perlu dibaikpulih dengan kadar segera," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco, di sini.
Dalam sidang media sama, Iskandar turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau, membaikpulih serta menyelesaikan masalah kersoakan lif di kawasan pangsapuri kos rendah seluruh Selangor.
Jelasnya, pasukan ini akan bertindak untuk memantau keadaan lif di pangsapuri supaya sebarang masalah atau kerosakan dapat dikesan lebih awal.
"Kerajaan Negeri memandang serius tentang kerosakan lif di seluruh Selangor, justeru penubuhan pasukan khas ini dapat mengesan sebarang kerosakan sebelum ia berlaku lebih serius," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Nuffnang