:: cina islam | 2011 :: |
- PRK Kuala Besut , BN menang dengan majoriti 2,592 undi
- Keputusan tidak rasmi: BN kekalkan DUN Kuala Besut
- Keputusan tidak rasmi PRK Kuala Besut
- Keputusan tidak. rasmi PRK Kuala Besut
- Najib umum bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam, pesara
- Gempar penutup mesin deposit terbuka
- Iklan tidak sopan dalam papan iklan elektronik
- Durian Runtuh Bagi Penjual Air Tebu
- Separuh Anggota Majlis Perbandaran Selangor Akan 'Direhatkan' Ekoran Tempoh Baru Dua Penggal
- PRK Kuala Besut: Hampir 78 Peratus Keluar Undi
- Bufet Ramadan: Premis tanpa sijil halal diserbu
- Tempoh pengundian tamat. Keputusan sudah berada dalam semua Petiundi.
- Pusat Pengundian Pulau Perhentian Tutup Pukul 3 Petang
- Mesir cuba diheret ke kancah lebih parah
- PRK Kuala Besut: Sehingga jam 2 petang, 11,075 orang keluar mengundi
- S'gor umum bonus sebulan gaji untuk k'tangan awam
- Kualiti Udara Di Seri Manjung Semakin Merosot
- Pengangkutan di Mekah ditingkat
- Mesir terus bergolak.
- Polis Itali rampas produk tiruan bernilai RM57 juta
- Mahkamah tolak petisyen batal keputusan PRU-13 Parlimen Titiwangsa, Batu
- Kuala Lumpur wajar gazet 17 Ramadan cuti umum
- Black 505: Dua MP Pakatan, lima lagi didakwa
- Beratur ambil duit selepas mengundi?
- Lintas Langsung dari Kuala Besut, 44.49% sudah keluar mengundi
PRK Kuala Besut , BN menang dengan majoriti 2,592 undi Posted: 24 Jul 2013 07:36 AM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Pengurus pilihan raya kecil DUN Kuala Besut A Rahim Jusoh mengumumkan Tengku Zaihan sebagai ADUN Kuala Besut. BN menang dengan majoriti 2,592 undi - 8,288 undi berbanding 5,696 undi yang diraih calon PAS. Ia menunjukkan bahawa BN hanya berjaya menambah 158 undi daripada majoriti dalam pilihan raya umum 5 Mei. Dalam perkembangan yang berkaitan, AJK pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu sedar bahawa BN mendahului dalam pilihan raya umum lagi dengan majoriti 2,434 undi. Namun, BN hanya berjaya meraih tambahan kira-kira 200 undi walau mengumumkan peruntukan RM477 juta semasa kempen tersebut, katanya. "Kami berpuas hati dan reda, meskipun disogokkan dengan begitu hebat dan juga mereka mengharapkan menang 4,000 undi, tetapi kami berjaya mengagalkan mereka," kata Dzulkefly. "Kami tahu sukar (untuk capai) menang tapi tidak mustahil dan kami menerima kekalahan. Kami melancar serangan bersungguh-sungguh namun pelbagai sebab (kekalahan) ini," katanya. Tambahnya, PAS juga tidak melihat bahawa strategi mereka untuk membentuk jumlah kerusi yang sama banyak di DUN Terengganu itu merupakan satu kesilapan. "Kami tidak menganggap agenda 16:16 satu yang silap, kerana kami telah menjelaskan sejelas-jelasnya, cuma ada rakyat yang faham dan percaya, tetapi tidak boleh memberi undi. Jika dihitung dengan sogokan, menakut-nakutkan dan sebagainya. "Kami juga berdepan dengan pengundian (pada hari bekerja), menyebabkan pengundi luar dan penyokong kami tidak dapat balik," katanya. | ||
Keputusan tidak rasmi: BN kekalkan DUN Kuala Besut Posted: 24 Jul 2013 05:26 AM PDT Keputusan tidak rasmi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut mula diperolehi malam ini melalui sumber BN dan PAS. Keputusan awal menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan. Kem BN berkumpul di satu hotel empat bintang, Demong Resot dengan diketuai timbalan pengerusi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kumpulan penyokong PAS pula berhimpun di Kampung Baharu. 8pm: BN mendahului dengan hampir 2,600 undi PAS 5283 BN 7882 Majoriti 2599 Undi rosak 93 | ||
Keputusan tidak rasmi PRK Kuala Besut Posted: 24 Jul 2013 05:23 AM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Undi Tentera BN 581 PAS 319 Rosak 5 BN menang 262 undi | ||
Keputusan tidak. rasmi PRK Kuala Besut Posted: 24 Jul 2013 04:52 AM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Pulau Perhentian : PAS 179, BN 454. Maj BN 275..undi rosak 4 | ||
Najib umum bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam, pesara Posted: 24 Jul 2013 04:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Katanya, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini. Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itumasing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanyadalam kenyataan di sini, Rabu. Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya. "Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok (Khamis), sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya. - Bernama | ||
Gempar penutup mesin deposit terbuka Posted: 24 Jul 2013 04:03 AM PDT Pihak polis terpaksa menjalankan siasatan selama tiga jam ekoran mesin deposit wang sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini didapati terbuka pada bahagian atasnya dengan satu anak kunci masih tergantung di mesin itu. Polis yang meronda di kawasan bank berkenaan pada mulanya menyangka mesin itu telah dirompak. Namun Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata kejadian pukul 10.30 malam itu adalah berpunca dari kecuaian pihak petugas keselamatan yang gagal mengunci semula peti itu. "Kita telah meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) yang dipasang di bank berkenaan dan mendapati petugas keselamatan telah tergesa-gesa meninggalkan mesin itu selepas membuat sesuatu padanya sehingga terlupa menutup dan mengunci mesin itu," katanya kepada pemberita di George Town hari ini. Beliau berkata tiada sebarang pengawal keselamatan yang bertugas di ruang mesin juruwang automatik (ATM) bank itu ketika polis tiba di tempat kejadian. - Bernama | ||
Iklan tidak sopan dalam papan iklan elektronik Posted: 24 Jul 2013 03:57 AM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak segera untuk menarik balik iklan yang dipaparkan oleh sebuah kelab malam di papan iklan elektronik yang terletak di Jalan Burma, Pulau Pinang. Iklan di papan iklan elektronik itu memaparkan gambar wanita berpakaian yang mendedahkan tubuh mereka. Kandungan iklan itu termasuklah pengumuman persembahan oleh sebuah kumpulan muzik dan gambar 'Hot Girls'. Pemaparan kepada awam wanita berpakaian yang mendedahkan tubuh telah menjatuhkan martabat mereka dan gambaran stereotaip wanita. Lebih buruk lagi kelab malam itu terletak di Lebuh Union yang merupakan sebahagian daripada tapak warisan dunia. Iklan ini juga telah mencabuli Garis Panduan Penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang menyatakan: 1) Iklan bagi barangan atau perkhidmatan yang mungkin memudaratkan kepada ketenteraman awam, keselamatan, moral, mengejutkan pendapat awam, bertentangan kepada mana-mana undang-undang, menjejaskan kepentingan awam dan kepentingan negara adalah tidak dibenarkan; 2) Iklan mengandungi sensitiviti agama, menjatuhkan maruah budaya atau cara hidup oleh perbezaan kaum dan mengancam nilai dan norma masyarakat Malaysia; 3) Bagi gambar yang tidak berniat untuk mengiklankan pakaian dalam, hanya gambar di samping kolam dan pantai dibenarkan selagi gambar itu tidak mengghairahkan. Menurut Garis Panduan bagi Papan Iklan Luar, iklan itu gagal untuk mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan: 1) Kandungan yang memaparkan gambar wanita atau lelaki berpakaian dalam atau menunjukkan aksi tidak sopan adalah tidak dibenarkan; 2) Temanya mestilah sesuai dengan kandungan iklan dengan perkara yang ingin diiklankan. Kandungan yang mengeksploitasikan tubuh dan muka seseorang terutama sekali wanita dan tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang ingin diiklankan adalah tidak dibenarkan. Begitu juga dengan elemen eksploitasi terhadap lelaki, kanak-kanak dan mereka yang kurang upaya juga tidak dibenarkan. Kami menggesa pihak berkuasa yang berkenaan supaya mengambil tindakan segera dengan menarik balik iklan yang telah melanggar garis panduan itu. CAP juga menggesa Kerajaan supaya menggubal peraturan yang lebih lengkap bagi mengawal industri pengiklanan dan menguatkuasakannya. Presiden CAP | ||
Durian Runtuh Bagi Penjual Air Tebu Posted: 24 Jul 2013 03:49 AM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kini, sudah menjadi satu tradisi apabila tiba sahaja bulan Ramadan, ratusan bazar akan muncul di seluruh negara. Bazar-bazar Ramadan ini menawarkan pelbagai juadah untuk berbuka puasatermasuk berjenis-jenis kueh dan makanan tradisional termasuk pelbagai nasi danlauk-pauk. Tidak ketinggalan juga terdapat gerai yang menjual pelbagai minuman seperticendol, cincau dan bandung. Air Tebu Antara gerai air minuman yang laris di bazar Ramadan di Bandar TasikPuteri, Rawang dekat sini adalah gerai air tebu yang diurus Amran Hamid. Menurut Amran, 32, pendapatan hariannya hasil jualan air tebu meningkatempat kali ganda di bulan puasa berbanding di bulan-bulan yang lain. Amran hanya menjual air tebu di bazar Ramadan itu. "Pada hari-hari di bulan lain, saya cuma dapat dalam RM100 sehari darigerai saya yang terletak berhampiran sebuah sekolah di Batu Arang dengan sayaberniaga dari waktu tengahari hingga petang. "Kebanyakan pelanggan saya terdiri daripada pelajar sekolah. "Tetapi pada bulan puasa, saya boleh terima pendapatan sehingga RM400 seharimenjual air tebu dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang, hanya dua jamsehari. "Ramai daripada pelanggan saya merupakan pekerja pejabat yang mahu pulangberbuka puasa di rumah," beliau memberitahu penulis. Amran mendapat bekalan batang tebunya dari Kuala Selangor. Bagaimanapun pendapatannya menurun jika hari hujan. "Walaupun hari hujan (pada bulan puasa) saya boleh dapat lebih kurang RM300sehari," tambah beliau. Kelebihan Air Tebu Kenapa ramai yang meminati jus tebu? Guru Samsul Aziz Baharuddin menerangkan air tebu selain menghilangkandahaga, juga menyejukkan badan mereka yang berpuasa sehari suntuk. "Saya juga diberitahu jus itu bagus untuk mereka yang mempunyaikandungan kolesterol tinggi dalam badan," terang guru itu lagi. Menurut Samsul, beliau ada terbaca tentang satu kajian saintifik yangdilakukan Pusat Nasional di Havana, Cuba yang mendapati jus tebu mengandungi'Octacosanol' yang merencat pembentukan kolesterol darah dalam jangka panjang. "Ada juga yang memberitahu saya air tebu elok untuk penghidap kencing manis,tetapi saya tidak pasti tentang ini," tambah beliau. Alternatif Sihat Menurut "Organic Lifestyle Magazine" jus tebu merupakan satu alternatifsihat berbanding gula pasir. Majalah itu menjelaskan bahawa air tebu mengandungi fruktos dan glukos, yangtidak memerlukan tindakbalas insulin untuk metabolisme jika dibandingkan dengangula yang berasaskan sukros. "Sebabnya badan manusia menjalankan proses metabolisma berasaskan gula tumbuhan ini dalam hati dan bukan dalam usus kecil. Fruktos dan glukos darijus tebu akan diserap dengan lebih perlahan dibandingkan sukros dan tidakmenyebabkan perubahan mendadak dalam paras gula darah," menurut majalahitu. Pakar kesihatan percaya walaupun jus tebu tidak mengandungi kumpulan vitaminseperti A, C atau E, ianya masih mengandungi anti-oksidan daripada bahanflavonoid dan fenol. Menurut mereka flavonoid adalah penentang virus, alergi, keradangan, tumorserta membawa kesan anti-oksidan dalam manusia. Jus Diperah Dari Batang Tebu Jus tebu diperolehi dengan memerah batang tebu yang telah dikupas kulitnyamenggunakan mesin pemerah atau 'crush roller' yang diputar dengan tangan. Jus itu lebih enak jika diminum sejuk. Ianya sememangnya popular di kalangan masyarakat Malaysia kerana jus itu mudah didapati di banyak lokasi. Di Malaysia, air tebu boleh didapati di seluruh negara terutama di kalanganpeniaga di gerai tepi jalan dan juga di medan selera. Ianya juga dibotolkan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa. Kerana kandungan gulanya, jus tebu juga mempunyai kalori tinggi untukmembekalkan tenaga. - BERNAMA | ||
Separuh Anggota Majlis Perbandaran Selangor Akan 'Direhatkan' Ekoran Tempoh Baru Dua Penggal Posted: 24 Jul 2013 03:47 AM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM: Kira-kira 50% anggota majis perbandaran di Selangor akan "direhatkan" pada tahun ini, berikutan dasar baru negeri itu untuk menggurangkan pemegangan jawatan maksimum kepada dua penggal. Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, satu pengecualian akan dibuat untuk 50% lagi bagi memastikan khidmat dalam majlis perbandaran berterusan. "Kebanyakan anggota majlis telah berkhidmat selama dua penggal iaitu empat tahun. "Separuh daripada mereka akan meneruskan empat tahun lagi dalam tempoh peralihan," katanya kepada para pemberita selepas mesyurat exco pada Rabu. Terdapat lebih 200 anggota majlis perbandaran di 12 majlis pebandaran di Selangor. Selain mengurangkan tempoh perjawatan anggota majlis perbandaran kepada dua penggal, Teng berkata, kerajaan negeri turut memperkenalkan kriteria tetap dalam pemilihan anggota majlis perbandaran. Komposisi setiap majlis perbandaran mesti meliputi 30% Bumiputera dan 30% wanita, kata beliau. Tambahnya, anggota majlis perbandaran perlu berada sama ada dalam kawaan di bawah bidnag kuasa majlis perbandaran, atau di kawasan bersebalahan. "Kadar pelantikan akan menjadi 75% daripada parti dan 25% daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). NGO mesti berdaftar di bawah akta parlimen atau enakmen negeri, dan pencalonan anggota majlis perbandaran mesti secara langsung daripada NGO," katanya. Kriteria lain untuk anggota majlis perbandaran termasuk warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas, dengan kelayakan pendidikan sekurang-kurangnya SPM atau setaraf. "Mereka yang tanpa kelayakan SPM atau setaraf boleh menduduki ujian," tambahnya. | ||
PRK Kuala Besut: Hampir 78 Peratus Keluar Undi Posted: 24 Jul 2013 03:45 AM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - BESUT: Selepas proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ditutup pada pukul 5 petang, seramai 13,188 atau 79.76 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Angka itu melepasi sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini yang menjangkakan peratusan keluar mengundi adalah antara 75 hingga 80 peratus. Jumlah pengundi biasa yang layak mengundi di lapan pusat mengundi dalam DUN Kuala Besut ialah 16,534 orang. Secara keseluruhan jumlah pengundi berdaftar di DUN Kuala Besut ialah seramai 17,683 orang termasuk 1,148 daripadanya ialah pengundi awal. Sehingga kini proses pengiraan undi sedang berlangsung di setiap saluran di lapan pusat mengundi sebelum peti undi dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Daerah Besut. SPR dijadual akan mengumumkan keputusan rasmi PRK Kuala Besut pada pukul 10 malam. Ini merupakan pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu. PRK kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN seorang jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman manakala Pas meletakkan seorang kontraktor, Endot @ Azlan Yusof sebagai calon. Mstar/- | ||
Bufet Ramadan: Premis tanpa sijil halal diserbu Posted: 24 Jul 2013 03:22 AM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Pihak berkuasa hari ini menyerbu dua premis di bandar raya Ipoh yang didapati menggunakan perbahasan halal 'Bufet Ramadan' tanpa sijil halal yang sah. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) Datuk Mohd Yusop Husin berkata Operasi Bufet Ramadan itu melibatkan pegawai JAIPK; Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Operasi bermula pukul 10 pagi itu adalah susulan aduan orang ramai dan pemeriksaan mendapati premis itu menggunakan ramuan masakan yang tidak mempunyai sijil halal, katanya kepada pemberita selepas operasi itu. Katanya pemeriksaan juga mendapati pengusaha tidak mengasingkan barangan halal dan tidak halal. Menurut Mohd Yusop satu daripada premis turut bertindak menipu pelanggan dengan memberitahu permohonan sijil halal mereka masih dalam proses sedangkan siasatan mendapati pengusaha tidak memohon sijil berkenaan. Beliau berkata perkara itu diserahkan kepada PPDNKK Perak untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Katanya dalam serbuan hari ini pengusaha premis diarah menurunkan kain rentang dan menyerahkan semua risalah promosi bufet Ramadan kepada pihak berkuasa. Mohd Yusop turut mengingatkan orang ramai yang ingin berbuka puasa di luar supaya memastikan terlebih dahulu sama ada premis makanan itu mempunyai sijil halal atau sebaliknya. Beliau berkata setakat ini 40 premis makanan di seluruh Perak mempunyai sijil halal manakala beberapa permohonan lagi sedang diproses. "Prosedur untuk mendapatkan sijil halal bukan sahaja mengambil kira barangan itu halal ataupun tidak. Kita juga mengambil kira kebersihan sesuatu premis itu dan mengasingkan barang yang tidak halal dan halal," katanya. - Bernama | ||
Tempoh pengundian tamat. Keputusan sudah berada dalam semua Petiundi. Posted: 24 Jul 2013 02:36 AM PDT 5pm: Tempoh pengundian tamat. 4.40pm: Menjelang 20 minit Sekolah Kebangsaan Nail, Sekolah Kebangsaan Alor Peroi dan Sekolah kebangsaan Kampung Nangka, hanya perayu undi PAS sahaja yang masih terus merayu undi berdekatan pondok panas mereka. Mereka dilihat dalam keletihan dan hanya sekadar mengibarkan poster calon kepada kenderaan yang lalu lalang di situ. 4.15pm: Suasana pengundian semakin lembab di pusat mengundi di SK Kuala Besut dan SMK Kuala Besut. Di kedua-dua sekolah, hanya tinggal sekumpulan perayu undi PAS sahaja yang masih giat menjalankan tugas mereka. Manakala perayu undi BN tidak kelihatan kecuali beberapa orang dalam pondok panas berhampiran. Turut hadir di situ 'Aunty Mei' turut berkempen untuk calon PAS Che Long sambil memegang banting calon PAS. "Saya sudah sampai empat hari. Tinggal bersama Muslimat PAS. Saya naik bas datang sini seorang diri," katanya 3pm: Setakat ini, seramai 12,207 orang (73.93 peratus) telah membuang undi. Jumlah keseluruhan, termasuk undi awal sebanyak 911, menjadikan seramai 13,127 orang (74.24 peratus) keluar mengundi. Sementara itu, Pusat pengundian Pulau Perhentian ditutup. Pulau Perhentian merupakan satu daripada lapan daerah mengundi di DUN Kuala Besut. 2pm: Jumlah keluar mengundi sehingga waktu ini sebanyak 11,075 orang (66.98 Peratus). Termasuk undi awal 911 undi, jumlah keseluruhannya 11,987 orang (67.79 peratus). 1:00pm: Setakat jam 1 petang, jumlah keluar mengundi sebanyak 10,160 orang (61.45 peratus), termasuk undi awal 911, sebanyak 11,072 (62.61 peratus) Sementara itu, di SK Kampung Baharu I, di luar pusat mengundi itu, masih ramai lagi penyokong PAS berbaris di kiri dan kanan jalan raya untuk merayu undi. Di pusat mengundi SK Kampung Nangka, kedua-dua penyokong tidak lagi merayu undi berbanding gelagat mereka di sebelah pagi. Sebaliknya, hampir keseluruhannya bersurai, mungkin keletihan memandangkan bulan Ramadan. 12.30pm Menurut seorang pegawai SPR, peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari, seramai 9,022 pengundi atau 54.57 peratus sudah keluar mengundi. | ||
Pusat Pengundian Pulau Perhentian Tutup Pukul 3 Petang Posted: 24 Jul 2013 01:00 AM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA BESUT: Pusat pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Pulau Perhentian di sini ditutup pada 3 petang Rabu. Penduduk pulau perangian terkenal itu mengundi di Sekolah Kebangsaan PulauPerhentian yang dibuka pada pukul 8 pagi. Pusat pengundian itu ditutup dua jam lebih awal berbanding tujuh lagi pusatpengudian lain di sekitar Kuala Besut. Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calonBarisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@AzlanYusof. PRK DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. RahmanMokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. Keputusan rasmi pilihan raya kecil itu diumumkan selepas 10 malam Rabu bagimemberi peluang kepada pemimpin dan penyokong parti bertanding menunaikan solatTarawih. - BERNAMA | ||
Mesir cuba diheret ke kancah lebih parah Posted: 24 Jul 2013 12:50 AM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Ketika ini dua penyokong Dr Mursi maut ditembak di Jalan Solah Salim sebelum waktu sahur sebentar tadi. Hari ini sudah 27 hari penyokong Presiden pilihan rakyat itu berkubu di Dataran Rubu'ah dan Dataran An Nahdah di Kaherah. Melihatkan persiapan mereka menampakkan mereka sedia untuk duduk di dataran tersebut sehingga dua ke tiga bulan lamanya. Sebuah hospital sementara didirikan bagi merawat mangsa-mangsa tembakan. Ikhwan Muslimin bersama kumpulan Islam lain termasuk Dakwah Salafi dan Jemaah Islamiah Mesir memilih jalan damai melalui himpunan-himpunan mereka sehingga dikembalikan Presiden pilihan rakyat Dr Muhammad Mursi ke tempat asalnya. Walaupun sudah ratusan penyokong mereka dibunuh dan ribuan lagi tercedera, mereka tidak membalas dengan jalan kekerasan dan kekal di Dataran Rubu'ah sehingga ke saat ini. Tekanan yang mereka berikan menyebabkan kerajaan baru hasil rampasan yang didirikan dan juga pihak tentera tidak berada di laluan yang selesa. Ribuan khemah didirikan sepanjang jalan empat persimpangan di Rubu'ah tersebut. Manakala sesekali ada sebahagian penyokong Mursi berarak di merata tempat seperti ke Dataran Ramsis, Jalan Solah Salim dan lain-lain kawasan. Kumpulan ini biasanya diganggu dengan serangan dan tembakan. Manakala keadaan di Rubu'ah masih selamat. Sehingga ke hari ini sudah beberapa kali usaha cuba dibuat untuk mengajak Ikhwan kembali berunding dengan mereka, bahkan menawarkan beberapa jawatan menteri kabinet kepada Ikhwan. Menandakan mereka tertekan.Manakala dipihak Tamarrud kumpulan yang menganjurkan Himpunan 30 Jun untuk menggulingkan Mursi berpecah. Malah sebilangan mereka mengistiharkan bersama penyokong Mursi. Ini kerana bukan semua penyokong Tamarrud itu penyokong bekas Presiden Mubarak. Sebahagian besar mereka hanya mahu menjatuhkan Mursi sahaja dan bukan mencabut demokrasi serta kebebasan media. Malangnya kabinet baru yang dibentuk dipenuhi orang Mubarak. Perdana Menteri yang dilantik membuat kenyataan akan mengundi Jamal Mubarak anak kepada Hosni Mubarak jika berlaku pilihanraya Presiden. Manakala pendedahan hubungan Muhammad Barda'ie sebagai Timbalan Presiden kerajaan perampas ini dengan Israel mendatangkan kemarahan rakyat. Hal inilah yang menyebabkan Tamarrud berpecah. Cubaan mereka untuk menganjurkan himpunan lagi di Dataran Tahrir gagal sebanyak dua kali dengan kehadiran yang sangat minima setelah berminggu Tahrir kosong daripada penyokong.Apatah lagi rakyat yang merasa tertipu menyokong Tamarrud sebelum ini amat marah apabila isu yang mereka bangkitkan seperti masalah letrik dan petrol yang kerap terganggu tiba-tiba segera selesai sejurus Mursi dijatuhkan. Menandakan wujudnya sebotaj dikalangan penggerak Tamarrud juga kroni bekas Presiden Mubarak. Selama ini rakyat percaya masalah letrik dan petrol ini benar-benar datang daripada Mursi. Masakan dalam tempoh sehari sahaja masalah ini selesai. Sehingga ke hari ini hanya lima kerajaan luar termasuk Israel, Saudi dan UAE sahaja yang secara terang mengiktiraf kerajaan haram ini. Negara lain ada yang menolak mengiktiraf dan banyaknya menanti dan lihat sahaja. Ada yang menyangka sejurus Mursi digulingkan, situasi akan menjadi seperti zaman Mubarak dan sebelumnya. Rakyat akan didiamkan dan gerakan penyokong Mursi akan segera beransur padam selepas beberapa pimpinan utamanya ditangkap. Ternyata telahan itu silap. Pasca 25 Januari 2011 ketakutan rakyat Mesir sudah hilang. Hari ini di rumah-rumah, kedai dan kenderaan penyokong Mursi secara terang-terangan meletakkan tanda sokongan berbentuk gambar atau tulisan. Slogan-slogan menolak Abdul Fatah Sisi Jeneral Tentera dipaparkan secara terbuka. Akhbar Hurriah Wal Adalah yang diharamkan tetap dicetak dan dijual di jalanan. Rakyat tidak takut lagi menyuarakan bantahan. Menandakan untuk kembali ke zaman Mubarak dan sebelumnya yang penuh kegelapan tidak lagi berlaku. Ia juga petanda kerajaan perampas yang dibina tidak akan selesa. Sebab itu berkali keli mereka memujuk Ikhwan untuk berunding. Apabila rakyat mula menyuarakan kemungkinan Mursi di penjara, semalam Naib Am, Ketua Hakim Besar Mesir keluarkan kenyataan Mursi tidak di penjara tetapi disimpan di rumah yang tidak dimaklumkan lokasinya. Dengan kehadiran rakyat yang sangat besar khususnya setiap hari Isnin dan Jumaat di dataran-dataran seluruh Mesir, ia akan memberi tekanan yang kuat supaya Mursi dikembalikan ke tampuk kerajaan sebagai Presiden yang sah. InsyaAllah jika hal ini berlarutan Mesir akan kembali ditadbir oleh Presiden pilihan rakyat. Walaubagaimanapun kebimbangan tetap berlaku. Kuasa-kuasa barat dibantu agen-agen mereka di negara Arab terus memainkan peranan untuk mengheret Mesir ke kancah lebih parah. Nama seperti Putera Sultan bin Bandar, bekas Duta Saudi di Amerika yang terkenal dengan skandal Play Boy merupakan antara perancang di sebalik rampasan kuasa yang berlaku. Sebagaimana individu yang sama yang memainkan peranan di Syria menaja kumpulan-kumpulan bersenjata dikala rakyat Syria pada awalnya bangkit secara aman di jalan-jalan raya untuk menjatuhkan Basyar Asaad yang zalim. Namun dibalas dengan peluru hidup dan berkahir dengan peperangan yang memusnahkan negara dan sukar untuk dibina dalam masa yang singkat. Begitulah halnya dengan Mesir. Setelah rancangan merampas kuasa dilihat tidak berjaya sepenuhnya dan masih tergugat, mereka merancang untuk mengheret Mesir ke kancah lebih parah. Dikala Ikhwan dan Pakatan kumpulan Islam berbagai aliran menolak jalan kekerasan, terdapat satu kumpulan yang ditaja kuasa besar melalui permainan Putera Sultan bin Bandar dengan cuba diberikan bantuan senjata supaya mengangkat senjata yang akan berakhir dengan perang yang memusnahkan. Mereka juga mengheret penyokong Mursi untuk masuk ke kancah ini. Namun kebijaksanaan rakan-rakan kita di sini insyaAllah boleh mengelakkan hal ini terjadi. Kerana bagi mereka jika tidak dapat kekuasaan di Mesir lebih baik Mesir musnah dengan peperangan daripada ditadbir oleh Ikhwan. Sama-sama kita berdoa pada Allah moga perancangan mereka gagal dan Mesir kembali damai dibawah Presiden pilihan rakyat. Madinah An Nasr, Cairo. | ||
PRK Kuala Besut: Sehingga jam 2 petang, 11,075 orang keluar mengundi Posted: 24 Jul 2013 12:04 AM PDT | ||
S'gor umum bonus sebulan gaji untuk k'tangan awam Posted: 23 Jul 2013 11:57 PM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini. "Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya. Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini. "Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya. "Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar. | ||
Kualiti Udara Di Seri Manjung Semakin Merosot Posted: 23 Jul 2013 11:53 PM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Seri Manjung merosot pagi Rabu apabila mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu bacaan 119, pada pukul 8 pagi. Menurut Jabatan Alam Sekitar dalam laman sesawangnya, bacaan IPU di kawasan itu mula meningkat kepada bacaan 117, pada 6 pagi. Hanya satu kawasan mencatatkan kualiti udara tidak sihat pagi ini berbanding tiga pada Selasa iaitu Muar, Bukit Rambai dan Pelabuhan Klang."Kualiti udara di tiga kawasan tersebut semakin pulih apabila menunjukkan penurunan bacaan IPU sederhana sehingga 8 pagi, iaitu di Muar pada bacaan 56, Bukit Rambai 92 dan Pelabuhan Kelang 90, berbanding bacaan 9 pagi Selasa masing-masing 113, 115 dan 104," menurut kenyataan itu. Sementara itu, kualiti udara di SK Jalan Pegoh dan Tanjung Malim menghampiri status tidak sihat dengan bacaan IPU masing-masing 91 dan 87, diikuti Kuala Terengganu dan Kuala Selangor dengan 86. Sebanyak 33 kawasan lain mencatatkan IPU sederhana manakala 11 kawasan masih memiliki kualiti udara yang baik, antaranya di Sabah, Sarawak dan Johor. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. - BERNAMA | ||
Pengangkutan di Mekah ditingkat Posted: 23 Jul 2013 11:51 PM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - JEDDAH 23 Julai - Arab Saudi merancang mengutamakan kemudahan pengangkutan awam kepada 15 juta jemaah dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa kemuncak musim umrah pada bulan Ramadan tahun ini. Semua aspek dalam melaksanakan pelan dan topik berkaitan 'Kawasan Pusat Haram' telah dibincang pada satu mesyuarat Jawatankuasa Haji Pusat (CHC) yang dipengerusikan Putera Khaled Al-Faisal di sini, kelmarin. Pelan yang diluluskan oleh Putera Khaled itu bertujuan membolehkan kira-kira 15 juta penumpang termasuk jemaah umrah dan pelancong menggunakan pengangkutan awam semasa bulan Ramadan ini. Selain perkhidmatan Syarikat Pengangkutan Awam Saudi (SAPTCO), lima syarikat pengangkutan swasta turut ditugaskan untuk menyediakan sebanyak 1,600 buah bas ulang-alik antara beberapa kawasan di dalam bandar dan Masjidilharam sebagai satu daripada rancangan tersebut. Pelan operasi itu yang sedang diselia oleh jawatankuasa persediaan CHC secara jelas mentakrifkan tugas dan misi bagi setiap agensi dan jabatan berkaitan tentang melanjutkan perkhidmatan dan kemudahan kepada jemaah semasa Ramadan. Semasa berucap pada mesyuarat itu, Putera Khaled yang juga Pengerusi CHC berkata, pelan yang diterjemahkan menerusi tindakan itu menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan Raja Abdullah bagi menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sebaik mungkin kepada jemaah. Beliau pada masa yang sama mengucapkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam memberi perkhidmatan kepada jemaah dan pengunjung Masjidilharam, lapor Saudi Press Agency. Mesyuarat itu turut membincangkan laporan Kementerian Haji tentang musim umrah kali ini yang menyatakan peningkatan jemaah umrah asing mencecah lima juta orang tahun ini. Buat masa ini, terdapat kira-kira 400,000 jemaah umrah di Mekah dan Madinah. - AGENSI | ||
Posted: 23 Jul 2013 11:49 PM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KAHERAH 23 Julai - Sebanyak empat orang terbunuh dalam pertempuran terbaharu antara penyokong dan penentang Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi, semalam ketika keluarga Mursi berikrar untuk memfailkan saman terhadap tentera yang menggulingkannya. Pegawai perkhidmatan kecemasan berkata, sekurang-kurangnya 28 orang cedera dalam pertempuran yang berlaku di Kaherah dan bandar berdekatan, Qalyub. Dalam kejadian berasingan, seorang pegawai polis dan seorang penduduk maut dan empat askar cedera dalam beberapa serangan di daerah Sinai, kata sumber perubatan dan keselamatan. Kejadian berkenaan berlaku ketika keluarga Mursi dilaporkan merancang memfailkan saman terhadap tentera yang 'menculik' Presiden yang dipilih rakyat dan menahannya sejak digulingkan pada 3 Julai lalu. Anak Mursi, Shaima berkata, keluarganya merancang mengambil tindakan undang-undang itu di Mesir dan di luar negara. ''Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ketua tentera yang mendalangi rampasan kuasa, (Jeneral) Abdel Fattah al-Sisi dan anggota pemberontakan,'' katanya pada satu sidang media. Keluarga Shaima berkata, mereka mempertanggungjawabkan keselamatan Mursi ke atas Abdel Fattah. Beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap organisasi hak asasi dan sivil yang berdiam diri terhadap jenayah penculikan ke atas Presiden yang sah. Anak lelaki Mursi, Osama berkata, keluarganya tidak mendengar khabar berita tentang bapanya sejak beliau digulingkan tentera. Mursi ditahan di sebuah lokasi rahsia sejak digulingkan pada 3 Julai lalu. - AFP | ||
Polis Itali rampas produk tiruan bernilai RM57 juta Posted: 23 Jul 2013 11:47 PM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - ROM 24 Julai - Polis Itali semalam menyiasat empat ahli perniagaan China selepas sejumlah barangan tiruan termasuk pakaian, mainan dan alatan dapur yang bernilai AS$18 juta (RM57 juta) dirampas dalam dua serbuan di sini dan Padua. Menurut sumber polis, seorang ahli perniagaan China yang hanya dikenali sebagai Y. B. disiasat ekoran serbuan di Rom manakala tiga lagi rakyat negara itu disiasat di Padua. Menurut agensi anti barangan palsu, kira-kira 60 peratus produk tiruan dijual di Itali merupakan barangan pakaian dan hiasan. Rampasan terbaharu itu merupakan yang terbesar dilakukan pada tahun ini. - AFP | ||
Mahkamah tolak petisyen batal keputusan PRU-13 Parlimen Titiwangsa, Batu Posted: 23 Jul 2013 11:44 PM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bagi kerusi Parlimen Titiwangsa yang dikemukakan PAS. Mahkamah sama turut menolak petisyen dikemukakan calon Barisan Nasional (BN), Dr Dominic Lau Hoe Chai untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Batu. | ||
Kuala Lumpur wajar gazet 17 Ramadan cuti umum Posted: 23 Jul 2013 11:39 PM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS Batu menggesa kerajaan mengisytiharkan hari Nuzul Quran sebagai hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur. Yang Dipertua PAS kawasan tersebut, Ishak Surin berkata hari Nuzul Quran yang jatuh pada setiap 17 Ramadhan itu perlu diperingati dan dirayakan bagi menyatakan kegembiraan dan kesyukuran kita di atas rahmat Allah. "Tanggal 17 Ramadan yang telah disepakati sebahagian besar ulama sebagai hari mula turunnya al-Quran kepada junjungan besar Muhammad SAW melalui malaikat jibril amatlah perlu diperingati dan dirayakan," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Namun, malangnya kata beliau pihak Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur yang menjadi pusat petadbiran negara sepatutnya menjadi contoh dan mendahului, tetapi sama sekali tidak prihatin dan ketinggalan. Beliau beranggapan keadaan itu tidak sahaja menyedihkan bahkan amat mengaibkan, di saat kebanyakan negeri di Malaysia telah mengisytiharkan tanggal 17 Ramadan sebagai hari cuti umum. Bagaimanapun, Ishak berkata masih belum terlewat wlaupun agak terlambat untuk pihak kerajaan persekutuan membetulkan kelalaian yang berlaku. Justeru, katanya PAS Batu menuntut agar kerajaan persekutuan mengisytiharkan tanggal 17 Ramadan sebagai hari cuti umum bagi warga kerja Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur. "Hakikatnya, ini kali ketiga PAS Batu menuntut agar kerajaan mengisytiharkan hari Nuzul Quran sebagai cuti umum, namun masih tidak berubah. "Sekiranya kerajaan persekutuan bersedia membuat pengisytiharan tersebut, kami sememangnya berterima kasih atas keprihatinan tersebut," tegas beliau. Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan menggerakkan masyarakat bersama-sama untuk ke Istana Negara atas tujuan itu sekiranya kerajaan masih tidak mengendahkan tuntutan tersebut. Harakahdaily/- | ||
Black 505: Dua MP Pakatan, lima lagi didakwa Posted: 23 Jul 2013 11:01 PM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen, empat aktivis pelajar dan seorang anggota sekretariat Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan Black 505 di Padang Merbok. Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook bersama dengan aktivis pelajar, Adam Adli Halim, Muhammad Safwan Anang, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian dan anggota sekretariat PKR, Adib Ishar didakwa atas pertuduhan berlainan di Mahkamah Sesyen di sini Rabu. Rafizi, Loke dan Adib didakwa atas pertuduhan utama iaitu gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang memerlukan mereka mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan itu. Mereka juga didakwa atas pertuduhan alternatif kerana gagal memaklumkan kepada polis mengenai perhimpunan itu, 10 hari sebelum ia diadakan. Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Salleh, membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin yang dikurangkan kepada RM2,000 selepas peguam N.Surendran dan K.P.Wong membantah mereka yang didakwa tidak memerlukan ikat jamin untuk dibebaskan. Adam Adli, Muhammad Safwan, Ekhsan Bukharee dan Mohamed Bukhairy didakwa berasingan kerana berkumpul di kawasan larangan, masjid Ar Rahmand di Universiti Malaya pada 22 Jun. Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad membenarkan ikat jamin dengan bon peribadi kepada keempat-empat tertuduh yang dipersetujui oleh peguam N. Surendran yang turut mewakili Adam Adli. Hakim Mat Ghani Abdullah membebaskan mereka dengan bon peribadi RM3,000 setiap seorang tanpa penjamin terhadap Rafizi, Loke dan Adib manakala RM2,000 untuk yang lain tanpa penjamin. Beliau turut menetapkan 7 Oktober sebagai sebutan semula kes untuk Rafizi, Loke dan Adib manakala 21 Oktober bagi Adam Adli, Muhammad Safwan, Ekhsan Bukharee dan Mohamed Bukhairy. Turut hadir di mahkamah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok. Mstar/- | ||
Beratur ambil duit selepas mengundi? Posted: 23 Jul 2013 10:55 PM PDT 15 Ramadhan 1434 H. [MOD] - (Pandangan dari jauh kelihatan orang ramai beratur di perkarangan sebuah rumah.) KUALA BESUT: Peristiwa berpuluh-puluh orang beratur di sebuah rumah ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Kampung Tok Saboh dekat sini menimbulkan pelbagai andaian. Ia berlaku kira-kira jam 10.30 tadi ketika kebanyakan pengundi di Kuala Besut sudah keluar mengundi. (Orang ramai beratur di depan satu rumah yang menempatkan "Rumah DUN Kota Putera".) Rumah itu bertulis di depan "Rumah DUN Kota Putera" untuk BN. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Aljundi berkata, salah seorang pengundi muda yang beliau temui berkata, mereka beratur untuk ambil duit. "Ramai beratur ambil duit RM250," kata pengundi muda itu kepada beliau. Harakahdaily/- | ||
Lintas Langsung dari Kuala Besut, 44.49% sudah keluar mengundi Posted: 23 Jul 2013 08:50 PM PDT Selepas 12 hari masa berkempen, hari ini pemilih di Kuala Besut akan menentukan, antara dua 'anak kampung' BN dan PAS, siapakah yang akan menjadi pilihan mereka untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. Nasib calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang jurutera dan calon PAS, ahli perniagaan, hari ini akan ditentukan oleh 17,713 pemilih di kawasan berjiran dengan negeri Kelantan itu. Jika Tengku Zaihan memang, status quo akan kekal. Bagaimanapun, jika keadaan sebaliknya, situasi baru yang tidak pernah terjadi akan disaksikan apabila BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai kerusi sama banyak dalam DUN. Keadaan itu, oleh kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, membolehkan segala kemungkinan. Peti undi dibuka pada jam 8 pagi. Keputusan paling awal akan diketahui pada jam 10 malam ini, selepas umat Islam selesai menunaikan solat tarawih. Berikut laporan langsung oleh wartawan Malaysiakini di lapangan: 10.45am Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah keluar mengundi setakat jam 10 pagi cukup tinggi. "Saya harap ia berterusan," katanya dalam sidang media. Mengulas mengenai tindakan calon BN yang menunjukkan kertas undi kepada media sebelum memasukkan ke dalam tong undi, Abdul Aziz berkata: "Beliau tidak sepatutnya dia buat begitu. Setiap undi adalah rahsia... Undi adalah rahsia. Sudah tentu sebagai calon BN tentu pangkah (BN). "Mustahil calon itu pangkah orang lain," katanya sambil timbalannya. 10.30am: SK Nail - 'Kempen sihat' kelihatan di Kampung Nail apabila terdapat penyokong PAS mengambil peluang bergambar dengan calon BN Tengku Zaihan. "Saya tiada masalah, ini kempen sihat," kata seorang penyokong PAS dari Dungun yang enggan dinamakan. 10am: Peratus keluar mengundi setakat ini sebanyak 31 peratus atau 5,147 orang. Jika dicampur dengan undi awal sebanyak 911 orang, jumlahnya menjadi 34 peratus (6,059 orang). 9.48am: Jeti Kuala Besut - Ketika suasana di pusat pengundian makin panas, sekitar kawasan jeti masih kekal tenang. Orang ramai kelihatan kurang berbanding hari-hari lain. Pelancong seperti biasa bersarapan dan bersedian menaiki feri ke Pulau Perhentian. Sementara itu, laman Facebook rasmi pilihan raya kecil Kuala Besut PAS melaporkan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga turun melawat di unit peti undi Kg Nangka sebentar tadi. 9.15am: SK Kg Nangka - Ahmad Said cuba membantu menyorong seorang warga emas yang berkerusi roda memasuki pusat mengundi tetapi dibantah oleh seorang penyokong parti, menyebabkan perselisihan kecil. Akhirnya, setelah ditenangkan, Ahmad membatalkan hasratnya itu dan memasuki kawasan sekolah itu. Warga emas kemudian disorong oleh individu lain. Sebelum itu, di SK Kg Nangka - Calon PAS Che Longberedar daripada pusat pengundian itu, selepas 20 minit meluangkan masa membuat lawatan di situ dan beramah mesra dengan pengundi. Tidak berapa lama kemudian, menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut beredar daripada pusat pengundian itu. Sementara kedua-dua penyokong berbaris di luar kawasan sekolah di tepi jalan sambil memegang dan menunjukkan poster calon masing-masing kepada pengundi yang berjalan ke pusat pengundian dan kenderaan yang lalu lalang di situ. Sementara itu, di SM Kuala Besut, Naib Ketua Wanita MCA Heng Seai yang berdiri di depan sekolah itu berkata, perjalanan hari mengundi setakat ini nampak aman dan harmoni. "Walaupun mereka daripada parti yang berbeza, tetapi mereka saling mengenali antara satu sama lain, ini budaya yang sangat berbeza," katanya. Terdapat 148 pengundi Cina di Kuala Besut, tidak sampai 1 peratus daripada jumlah pemilih keseluruhan. Seramai 114 daripada mereka akan mengundi di Sebarang Barat dan selebihnya di Bukit Puteri. 9.08am: SMK Kuala Besut - Beberapa penyokong PAS mula mempamerkan kain rentang dan plakad di kedua-dua tepi jalan di hadapan sekolah bagi merayu undi. 8.50am: SK Kg Baharu - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tiba di pusat pengundian itu tetapi disambut dengan laungan takbir oleh majoriti penyokong PAS. Bagaimanapun beliau hanya mampu tersenyum. Manakala laungan "Hidup BN" oleh penyokong BN tenggelam laungan takbir penyokong PAS. "Setakat ini saya berpuas hati perjalanan pilihan raya. Semuanya aman dan saya berharap ia berterusan sehingga pusat pengundian ditutup. "Saya berharap penyokong kedua-dua pihak tidak mencetuskan provokasi. "Insya-Allah, BN mampu mempertahankan DUN Kuala Besut," katanya ketika ditemui pemberita diluar pusat mengundi. 8.25am SK Kg Baharu - Pengurus kempen kepada calon PAS mengakui hari ini merupakan pertarungan sengit antara Azlan dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. "Hari ini kita akan mendapat undi PAS dan undi Che Long (daripada pengundi). Dapat dua undi. Kalau ada penipuan, itu yang menyebabkan kita jatuh. "Rakyat teruja dengan Che Long kerana beliau sangatfriendly, kebaikan dan kemurahan hati yang terjalin sebelum itu. "Sentimen politik itu tak ada dengan rakyat di sini. Semua orang didampingi oleh Che Long mungkin kerana dia seorang kontraktor," kata Hanafiah yang ditemui Malaysiakini di luar sekolah. 8.20am: SMK Kuala Besut - Tengku Zaihan, calon BN tiba untuk membuang undi ditemani isteri berpakaian baju Melayu merah. Menariknya, beliau menunaikan kertas undi ketika mengundi, yang menunjukkan beliau memangkah diri sendiri. "Saya nasihatkan pemilih keluar mengundi seawal mungkin untuk terus memangkah BN," katanya. 8:15am: SK Kampung Baharu - Ketika ditemui pemberita, Azlan berkata beliau berpuas hati dengan kempen yang dilaksanakan dan akan menunggu keputusannya pada petang nanti. "(Kita) yakin akan menang, apa pun nantilah (keputusannya)," katanya ringkas. Beliau mengakui sedikit berdebar dan bangun awal untuk bersahur dan bersolat subuh sebelum menuju ke pusat pengundian. 8am: SK Kampung Baharu - Calon PAS Azlan Yusof tiba bersama isterinya di pusat mengundi itu sejak 7.45 pagi. Beliau disambut oleh sekumpulan penyokongnya yang menunggu lebih awal dengan laungan takbir. Beliau juga ditemani oleh wakil calon, Hanafiah Mat dan Wan Azhar Wan Ahmad. Azlan atau lebih dikenali Che Long menjadi orang kedua mememasuki pusat mengundi. Langit cerah pagi ini. Ramalan cuaca bagaimanapun meramalkan hujan ribut petir mungkin melanda di sebelah petang. malaysiakini.com |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan