:: cina islam | 2011 :: |
- Kenapa SPR kata Seksyen 9A Tidak Boleh Digugur ?
- RM324 juta "janji segera" BN di Kuala Besut
- 14 ditahan demo bantah TPPA
- Nelayan parah diserang buaya di Seratok
- Pengundi Awal Kuala Besut Tunai Tanggungjawab
- TG Nik Aziz didiskriminasi sepanjang 23 tahun
- Presiden PAS berbuka dengan Perantau hari ini
- Hadi: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut
- Hadi ingatkan pengundi Kuala Besut jadi 'ikan cerdik'
- Maybank Investment beli 1.83 juta saham AirAsia X
- 20 maut letupan bon di Iraq
- Selatan Thailand terus bergolak
Kenapa SPR kata Seksyen 9A Tidak Boleh Digugur ? Posted: 20 Jul 2013 01:05 AM PDT 11 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang melarang campur tangan mahkamah ke atas daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh digugurkan bagi melancarkan proses pilihan raya. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika peruntukan bagi seksyen itu digugurkan, suruhanjaya itu akan berhadapan dengan masalah untuk melaksanakan sesuatu pilihan raya mengikut Perlembagaan Persekutuan. "Jika kita benarkan daftar pemilih dicabar di mahkamah, bila kita nak buat pilihan raya? SPR nak guna daftar pemilih yang mana kerana orang asyik mencabar di mahkamah. Demikianlah alasan yang cuba dikemukan kan oleh pihak SPR pada hari ini. Alasan ini dilihat tidak lebih dari alasan yang agak rapuh melihat kepada peranan sebenar dan realiti yang ada pada batang tubuh SPR yang sering dipertikaiaan sebagaimana yang dikatakan badan itu telah tidak menjadi tidak adil dan telus dalam tempuh sekian lama. SPR dilihat sebagi satu badan yang menjadi tidak adil dan memihak serta bekerja untuk memenangkan calon BN pada setiap kali pilihanraya berlangsung. Satu alasan yangt agak lucu bila Wan Ahmad yang dipetik sebagai berkata "Kalau parti politik atau orang ramai secara berterusan mencabar keputusan mahkamah, kita tidak dapat buat pilihan raya," katanya pada sidang media di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini, Sabtu. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai gesaan Pakatan Rakyat (PR) supaya kerajaan menggugurkan pindaan Syeksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah oleh mana-mana pihak. Alasan PR dilihat kuat setelah setiap kali bantahan supaya pelbagai keraguan dalan daftar pemilih sering "dipekakkan" oleh SPR. Antaranya supaya dibersihkan daftar pemilih dari pelbagai bukti seperti yang telah meninggal dunia tetapi tidak diendahkan. Alasan SPR pada hari ini adalah pada anggapan saya adalah untuk mengelak dari segala "penipuan" yang dilakukan selama ini dibicarakan secara terbuka secara berterusan termasuk dicabar dimahkamah . | ||
RM324 juta "janji segera" BN di Kuala Besut Posted: 20 Jul 2013 12:46 AM PDT 11 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Beliau tidak menolak jumlah itu akan terus meningkat sehingga saat-saat akhir menjelang pengundian pada 24 Julai nanti yang melibatkan pemberian wang tunai. "Dua hari lepas BN telah berbelanja melalui perjanjian projek di Kuala Besut ini sebanyak RM288 juta, namun sehingga hari ini iaitu sembilan hari berkempen sebanyak RM324 juta telah dijanjikan. "Jika mereka merasakan kempen kita kuat maka mereka akan salurkan peruntukan yang besar sehingga akhir kempen dan sehari sebelum mengundi sudah pasti ada pemberian tunai kepada pengundi untuk mereka meraih undi," jelas beliau selepas sidang media di Markas Utama PAS, Kampung Baharu. Dr Dzulkefly menyifatkan aktiviti menyogok pengundi adalah tidak wajar dan ia merupakan satu jenayah pilihanraya. "Mereka menggunakan wang untuk meraih undi dan kita tidak mampu melawan dari sudut tersebut. "Apa yang kita bawa untuk rakyat adalah kelebihan serta manfaat yang diperolehi rakyat apabila keseimbangan kerusi 16:16 di Dewan Undangan Negeri. "Kita jelaskan kepada rakyat melalui keseimbang kerusi kita dapat bertindak sebagai semak imbang untuk setiap keputusan serta projek yang dilakukan oleh kerajaan," sambungnya lagi. Beliau yang turut berkempan dan membuat penerangan mengenai keberkesanan kedudukan kerusi 16:16 memberitahu, rakyat mula memahami serta menerima apa yang mereka perolehi jika kedudukan kerusi ini direalisasikan. "Saya melawat semua tempat peti undi, isyarat sudah mula diterima oleh pengundi dan mereka mulai faham kenapa perlunya 16:16. "Bukan mustahil untuk kita melakukan kejutan pada PRK kali ini, sasaran kita untuk mengurangkan majoriti telah kita capai dan sekarang kita perlu kerja keras untuk memastikan 16:16 ini bukan satu mimpi," kata beliau lagi. Beliau yang berharap agar pengundi Kuala Besut tidak melepaskan peluang yang diperolehi ini bagi memastikan Terengganu yang akan datang lebih baik dari sudut pentadbiran. Harakahdaily/- | ||
Posted: 20 Jul 2013 12:44 AM PDT 11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KOTA KINABALU: 14 aktivis Gerakan Bertindak Bantah TPPA Sabah ditahan ketika berhimpun membuat bantahan terhadap Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) di sini hari ini. Mereka termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu yang ditahan ketika berhimpun di hadapan Sutera Harbour iaitu tempat berlangsungnya perbincangan pusingan ke-18 perjanjian itu. Menurut Lahirul, 11 dari mereka ditahan di Sutera Harbour manakala tiga lagi ditahan kemudian ketika berada di hadapan ibu pejabat polis di Karamunsing untuk menyatakan sokongan kepada yang ditahan lebih awal. "Kami diberitahu ditahan dibawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan semua kami dipaksa melakukan ujian air kencing dan semuanya negatif. "Ketika soal siasat, satu pun tiada soalan berkaitan dadah. Kita yakin ini hanya cubaan untuk menyekat kita dari membuat bantahan terhadap TPPA ini," katanya kepada Harakahdaily. Daripada 14 itu menurut Lahirul, dua adalah dari kalangan aktivis wanita. Himpunan pagi tadi itu menurut Lahirul, berlangsung dalam keadaan aman dengan mereka merentang sepanduk membantah TPPA. | ||
Nelayan parah diserang buaya di Seratok Posted: 19 Jul 2013 08:57 PM PDT 11 Ramadhan 1434 H. [MOD] - SERATOK: Seorang nelayan parah selepas diserang buaya ketika sedang menangkap udang di Sungai Seblak, berhampiran Plunga Hilir, di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 9 malam itu, Anuar Sulaiman, 39, dikatakan sedang membaiki enjin botnya yang tidak dapat dihidupkan, manakala abangnya memunggah jala dan hasil tangkapan untuk pulang ke rumah. Namun, tindakan pantas Anuar menendang kepala reptilia itu akhirnya berjaya mengelakkannya daripada menjadi mangsa buaya berukuran antara empat hingga lima meter panjang itu. Mangsa kini berada di Hospital Saratok untum rawatan. | ||
Pengundi Awal Kuala Besut Tunai Tanggungjawab Posted: 19 Jul 2013 08:51 PM PDT 11 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Seorang anggota keselamatan membuang undi bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Sabtu. -foto THE STAR/Zabidi Tusin BESUT: Seramai 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 pegawai polis layak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Sabtu. Kedua-dua pasukan keselamatan itu melaksanakan tanggungjawab mereka seawal pukul 8 pagi di Dewan Serba Guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini.Dua saluran disediakan bagi kumpulan pengundi berkenaan. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu. PRK DUN Besut menyaksikan saingan sengit antara dua muka baru iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman daripada Barisan Nasional (BN) dan Endut @ Azlan Yusof yang mewakili PAS. Tengku Zaihan, 37, merupakan seorang jurutera awam manakala Azlan, 48, ialah seorang kontraktor Kelas A yang berjaya. Azlan yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long antaranya terlibat dalam membina sepenuhnya Bangunan Maahad Tahfiz Sains kelantan yang bernilai RM 11 Juta Kedua-dua mereka merupakan anak tempatan di Kuala Besut. | ||
TG Nik Aziz didiskriminasi sepanjang 23 tahun Posted: 19 Jul 2013 08:45 PM PDT 11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
BESUT: Rentetan dilarang menunaikan solat Maghrib di Masjid TUDM dekat sini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menzahirkan rasa kecewa apabila sering didiskriminasi sepanjang 23 tahun pemerintahannya di Kelantan. Beliau tidak pernah sekali pun diberikan peluang untuk 'memasuki' tv dan radio, disekat daripada berucap di sekolah kebangsaan dan pelbagai lagi bentuk ketidakadilan yang dilakukan Umno sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Kelantan, dipetik http://prkkualabesut.pas.org.myMeskipun berkondisi sedikit uzur, bekas Menteri Besar Kelantan itu tetap hadir bagi menyokong calon PAS pada PRK Dun Kuala Besut, Azlan Yusof atau mesra dengan panggilan Che Long. Berucap di hadapan penduduk berhampiran kem tentera udara Gong Kedak, beliau menjelaskan bahawa sekatan dan halangan yang dihadapi, menyebabkan PAS Kelantan mengambil keputusan untuk melaksanakan sendiri projek lebuhraya. Keputusan itu, katanya disambut baik oleh 'orang Siam' dan masyarakat beragama Budha di Kelantan sehingga mereka bersepakat mengutip derma. Jlasnya, walaupun Umno Kelantan banyak menimbulkan isu Kerajaan PAS tidak membina masjid namun PAS Kelantan sebenarnya lebih banyak mendidik masyarakat untuk berfikir dan bertindak mengimarahkan masjid. Mengakhiri ucapan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, "ambo tak mahu bercakap banyok, pakat pilih PAS belako dan kalau boleh calon Umno pun pakoh PAS." | ||
Presiden PAS berbuka dengan Perantau hari ini Posted: 19 Jul 2013 08:42 PM PDT 11 Ramadhan 1434H. KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi tetami istimewa pada Iftor Perantau dan tarawih anjuran Anak-anak Terengganu di Perantauan di Unisel, Shah Alam hari ini. Dua selibriti tanah air, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah dan Noryn Aziz dijangka akan menyertai majlis berbuka puasa itu. "Iftor ini diadakan bagi meraikan anak-anak Terengganu khususnya anak-anak Kuala Besut sempena dengan pilihanraya kecil Kuala Besut," kata setiausaha penganjur Iftor Perantau, Zulhilmi Abd Rahman. Tambahnya, pihak sekretariat juga sedang menghubungi dan mengalu-alukan anak-anak Kuala Besut di Perantauan untuk bersama-sama bagi mengadakan satu wacana dan dialog '16:16 Terengganu Baru – Kuala Besut cipta sejarah'. "Program Iftor pada hari, ini, 20hb Julai dinaungi oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail akan bermula jam 6.00 petang. Satu lagi program iftor dijangka akan diadakan di Besut pada Isnin, 22 Julai," ujarnya. Setakat ini, katanya sambutan adalah menggalakkan dan tidak ada yuran pendaftaran yang dikenakan. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubunginya di talian 12-9283560 atau Khuzaini 013-3902165. Harakahdaily/- | ||
Hadi: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut Posted: 19 Jul 2013 05:55 PM PDT 11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini/- | ||
Hadi ingatkan pengundi Kuala Besut jadi 'ikan cerdik' Posted: 19 Jul 2013 05:49 PM PDT 11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
| ||
Maybank Investment beli 1.83 juta saham AirAsia X Posted: 19 Jul 2013 05:46 PM PDT 11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
| ||
Posted: 19 Jul 2013 05:42 PM PDT 11 Ramadhan 1434 H. [MOD] - BAQUBA, Iraq 20 Julai - Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di dalam sebuah masjid, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang daripada puak Sunnah terbunuh, di utara Baghdad, semalam. Menurut jurucakap polis, pengebom berani itu meletupkan dirinya ketika khutbah solat Jumaat disampaikan di Masjid Sadiq di bandar Al-Wajihiyah. Serangan itu turut mencederakan 40 yang lain. - AFP | ||
Selatan Thailand terus bergolak Posted: 19 Jul 2013 04:07 PM PDT 11 Ramadhan 1434 H. [MOD] - BANGKOK 20 Julai - Keganasan terus berlaku di selatan Thailand dengan lima kejadian dilaporkan hari ini walaupun Inisiatif Keamanan Ramadan dicapai di Kuala Lumpur Jun lepas. Dalam kejadian serangan pertama, seorang Tok Penggawa Mukim Katong, daerah Yaha, wilayah Yala Matsaki Kanet, 38, cedera ditembak pada pukul 12 tengah hari semalam, kata Ketua polis Wilayah Yala Mejar Jeneral Polis Pira Boonliang. Dalam kejadian kedua di wilayah Narathiwat, seorang lelaki, Sufian Mamat, terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan Thailand yang mengepung rumahnya pada 3.20 petang di Kampung Yanin Jok Irong, Narathiwat, manakala kejadian ketiga menyaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Hamdi Mahamamalee, 21, cedera ditembak. Satu lagi kejadian pada pukul 6.50 petang waktu tempatan, Asmadi Tuwaenya terbunuh dan isterinya Ilham Kuma cedera di tembak di Kampung Natham, Muang Yala, manakala seorang lelaki, Asri Chekmama, mati ditembak di Kampung Tanjunglima, Muang Narathiwat. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan