Khamis, 13 Jun 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu

Posted: 12 Jun 2013 10:23 PM PDT









13 Jun 2013, hari ini telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 2013 bertempat di Pantai Teluk Ketapang.

Adalah diharapkan semoga program-program seperti ini dapat diteruskan lagi supaya kita dapat memperolehi lebih banyak maklumat yang berguna daripada hutan kita. Marilah kita sama-sama membantu kerajaan negeri, jabatan perhutanan serta institusi-institusi pengajian tinggi dalan menjaga dan menguruskan khazanah sumber alam yang sangat berharga ini untuk memastikan keselesaan kehidupan yang berpanjangan. Kita harus berbangga dan bersyukur kerana negeri Terengganu mempunyai sejumlah keluasan hutan simpan yang masih luas dan terpelihara untuk dimanfaatkan oleh generasi kini dan akan datang.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu khususnya kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) dan juga pelbagai jabatan dan agensi tempatan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan sambutan Hari Perhutanan Sedunia kali ini.

Tiada ulasan:

Nuffnang