Khamis, 13 Jun 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Harga Kereta Turun: Laporan Utusan Tipu Kata PKR

Posted: 13 Jun 2013 12:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penafian oleh syarikat pengeluar kereta terhadap laporan Utusan kononnya berlaku penurunan harga kereta oleh kerajaan BN,  memperlihatkan akhbar Umno itu 'cuba menipu', kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno BN di dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan.

"Justeru, laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat. Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut. Portal berita Malaysian Insider turut mendedahkan dakwaan pengurangan harga Honda Jazz Hybrid juga tidak benar.

"Sekali lagi, Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika dahulu menjadi mendepani kewartawanan Melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang di dalam usahanya untuk menjaga kepentingan politik pemiliknya, Umno," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Utusan Malaysia sebelum ini kononnya kerajaan BN telah menurunkan harga kereta-kereta sehingga 11 peratus sejak Januari tahun ini sebagai sebahagian daripada pelaksanaan manifesto.

Menurut beliau lagi, apabila Pakatan mula-mula melancarkan kempen #TurunkanHargaKereta, Umno BN mendakwa bahawa mustahil untuk melaksanakannya di atas pelbagai alasan, termasuk untuk melindungi pembuat kereta tempatan dan kehilangan hasil kerajaan.

Namun katanya, hujah itu dengan mudah dijawab Pakatan dengan penjelasan bahawa skim ini melibatkan penurunan harga secara beransur-ansur untuk semua pembuat kereta.

Kemudiannya, selepas manifesto Pakatan dilancarkan, Umno BN pula meniru dengan menyertakan penurunan harga kereta di dalam janji mereka dengan tekad menyemak semula Dasar Automotif Negara untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dan meningkatkan daya saing kereta-kereta nasional.

Tetapi kata Nik Nazmi, kerajaan gagal memberikan butir-butir bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan dasar ini tanpa mengurangkan duti eksais, dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datu Seri Mustapa Mohamed menyatakan matlamat ini akan dicapai dengan 'bersandarkan kuasa pasaran'.

"Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia di samping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini," Katanya.

Sumber: HarakahDaily

Pembuat Kereta Sangkal Dakwaan Utusan Mengenai Penurunan Harga

Posted: 13 Jun 2013 12:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.

Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.

"Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888," kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.

Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.

Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.

"Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308," kata pembuat kereta Perancis itu.

Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.

Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.

Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.

Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.

Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.

"Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.

Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza.

Sumber: TheMalaysianInsider

Proton Refutes Utusan Report On Lower Car Prices

Posted: 13 Jun 2013 12:17 AM PDT

PETALING JAYA: National car company, Proton Edar Sdn Bhd has denied Malay daily Utusan Malaysia's report of lower car prices.

In a letter widely circulated on Facebook, Proton's Head of Network Planning and Development Dvision Salawati Mohd Yusoff said that Utusan did not obtain the car manufacturer's approval before publishing the report.

"We also did not provide any of the figures mentioned," said Salawati.

She however said that the reduced car prices published by Utusan Malaysia referred to the "discounts offered by Proton Edar".

Three days ago, the Umno-owned daily reported that the government is fulfilling its promise to slash car prices by announcing that 10 car models' price would be reduced.

Utusan reported that among the car makers involved in the price reduction were Peugeot, Volkswagen, Perodua, Honda and Proton.

However, online media The Malaysian Insider today reported that Volkswagen and Peugeot have also refuted the daily's report.

"Please be advised, the price on the image is incorrect. The (Volkswagen) Golf price has always been RM157,888 from the time of launch. Not RM169,888 as reported," a representative from Volkswagen Malaysia was reported saying.

Peugeot Malaysia also clarified Utusan's report, saying its 308 Vti's RM102,888 price is not a discounted price but has always been the price tag for the vehicle.

Honda also was reported saying that its Honda Jazz Hybrid had always been priced at RM89,900 since its launch last year.

Salawati, in her letter, advised her sales team to inform customers of the discounts via its 1Malaysia June Sales Campaign Memos.

"And you will notice, based on the discounts that we offer, the percentage is actually bigger than those quoted in the newspaper," she said.

She urged Proton Edar's sales team to look at the bright side of the report as it would show that Proton was in favour of the government's initiative to reduce car prices.

"It's a perfect opportunity to eradicate the wait and see approach by consumers and get them to buy a new car now," she said.



Source: FreeMalaysiaToday

Petisyen PRU13: Pakatan Rakyat 39, BN 21

Posted: 13 Jun 2013 12:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tempohnya berakhir semalam, menyaksikan sejumlah 60 petisyen difailkan sekaligus menjadi jumlah paling banyak dalam sejarah petisyen pilihan raya di negara ini.

Apa yang menarik, tindakan memfaikan petisyen yang biasanya hanya sinonim dengan pihak pembangkang, kali ini juga turut dikemukakan oleh BN.

Daripada jumlah keseluruhan 60 petisyen itu, 39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN.

Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun.

Di Kedah, kawasan parlimen yang terbabit dengan petisyen adalah Merbok dan Kulim Bandar Baru yang dikemukakan oleh PKR, manakala tiada bagi kerusi Dun.

Di Kelantan perlimen terlibat adalah Ketereh yang dikemukakan oleh PAS, Machang (PKR), Bachok (BN), manakala bagi Dun pula, Kok Lanas (PAS), Selinsing (PAS), Ayer Lanas (PAS), Jelawat (BN), Mengkebang (BN), Gaal (BN) dan Manek Urai (BN).

Di Terengganu, tiada kerusi parlimen terlibat petisyen, tetapi kerusi Dun adalah Hulu Besut (PAS), Kuala Berang (PAS), Rantau Abang (BN) dan Teluk Pasu (BN).

Di Pahang juga tiada petisyen terlibat bagi kerusi parlimen, namun hanya satu bagi kerusi Dun iaitu Dun Cameron Highlands (DAP).

Bagi Pulau Pinang pula, parlimen terlibat adalah Balik Pulau (PKR) dan tiada petisyen bagi kerusi Dun.

Di Perak, parlimen terlibat adalah Tapah dan dua petisyen bagi Bagan Datok yang dikemukakan PKR, manakala bagi kerusi Dun adalah Selama, Rungkup, Manong, Pasir Panjang, Manjoi dan Lubok Merbau yang kesemuanya dikemukakan oleh PAS.

Bagi negeri Selangor, tiga kawasan parlimen terlibat iaitu Sabak Bernam (PKR), Sungai Besar (PAS), Kuala Selangor (PAS) manakala tiada petisyen bagi kawasan Dun.

Bagi Kuala Lumpur, parlimen terlibat adalah Setiawangsa (PKR), Titiwangsa (PAS), Lembah Pantai (BN) dan Parlimen Batu (BN).

Di Melaka, tiada petisyen yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat, manakala BN memfailkan dua petisyen iaitu bagi kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.

Bagi negeri Johor, parlimen terlibat adalah Pulai (PAS), Segamat (PKR), Ledang (PKR), Muar (PKR), Tebrau (PKR), Pasir Gudang (PKR), Labis (DAP), Batu Pahat (BN) manakala bagi Dun adalah Gambir (PAS), Mahkota (PAS), Nusajaya (PAS), Penggaram (BN), Parit Yani (BN), Stulang (BN) dan Puteri Wangsa (BN).

Di Sabah, parlimen terlibat adalah Kota Marudu (PKR), Beaufort (PKR) dan Pensiangan (PKR), manakala bagi Sarawak adalah parlimen Baram (PKR) dan Sarikei (BN).

Menurut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, jika terdapat mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pilihan raya umum lalu, mereka boleh mengemukakan petisyen pilihan raya kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) pula memperuntuk tiap-tiap petisyen pilihan raya hendaklah dikemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan dan penyata pengundian disiarkan dalam warta.

Tempoh 21 hari itu dianggap bermula pada 23 Mei lalu dan berakhir semalam.


Sumber: HarakahDaily

Sumbangan Hamper di Taman Sentosa

Posted: 12 Jun 2013 11:59 PM PDT

Pasukan petugas yang mewakili YB Dr Xavier Jayakumar dalam pengurusan dan pengagihan hamper makanan di Taman Sentosa adalah Encik Veeran dan Puan Sri Mahalekshumy.

Puan Saraswathy menghidapi TB dan baru-baru ini menjalani pembedahan kaki disebabkan diabetes. Dia tinggal bersama abangnya Encik Singaram yang kedua kakinya dipotong disebabkan diabetes


Pn Panjalai dengan suaminya yang menghidapi kanser perut dan anaknya Jaya Ganesan yang merupakan OKU

Sumbangan Hamper Makanan di Dagang Jati

Posted: 12 Jun 2013 11:51 PM PDT

Dr Xavier's Team in Dagang Jati - Pn Patimah and Pn Rusnani A: Pn Khairon Bee, with her husband, aged 70 who is a stroke patient B: En Sirondin aged 73 and not well

Di Dagang Jati, mewakili YB Dr Xavier Jayakumar untuk menguruskan bantuan sumbangan hamper makanan adalah Puan Patimah dan Puan Rusnani.

Melawat Encik Sirondin berumur 73 yang tidak begitu sihat

Puan Khairon Bee bersama suaminya yang berumur 70 tahun merupakan pesakit strok

Program Sumbangan Hamper Setiap Bulan Diteruskan

Posted: 12 Jun 2013 11:45 PM PDT

Pejabat ADUN Seri Andalas meneruskan program sumbangan hamper yang melibatkan pemberian sebanyak 100 hamper makanan setiap bulan kepada keluarga miskin di DUN Seri Andalas.

Koordinator program ini adalah Encik Satthiya Seelan. Untuk setiap kawasan dalam DUN Seri Andalas, terdapat para petugas yang bertanggungjawab bagi setiap kawasan. Encik Saw dan Puan Gan yang mewakili YB Dr Xavier telah menguruskan bantuan untuk 12 keluarga.  

Bantuan kepada Puan Choo Ah Poo di Taman Saujana yang menjaga 4 orang cucunya yang masih bersekolah. Beliau mengambil upah menjaga kanak-kanak sebagai sumber pendapatan. YB Dr Xavier telah memberi bantuan subsidi yuran bas kepada 2 orang cucunya.

Cik Lee Saw Hong dari Taman Samarinda menjaga 3 orang adik beradiknya yang kelainan upaya. Pejabat ADUN Seri Andalas berjaya mendapat kad OKU untuk mereka pada tahun lepas untuk membantu mereka mendapatkan bantuan sepatutnya.


Puan Diong Dern Nguk dari Taman Samarinda dengan tanggungan 3 orang cucu untuk dijaga

Menghadiri Jemputan Makan Malam Perayaan Tahunan Tian Ling Tuah

Posted: 12 Jun 2013 11:26 PM PDT

YB Dr Xavier Jayakumar telah memenuhi jemputan Majlis Makan Malam Perayaan Tahunan Rumah Ibadat Tian Ling Tuah yang diadakan pada 9 Jun 2013 di Restoran New Rasnah, Klang.

Pengerusi rumah ibadat tersebut iaitu Encik Yee telah mengalu-alukan kedatangan YB Dr Xavier. Lebih 100 meja telah disediakan untuk para hadirin dan jemputan. 





Menghadiri Majlis Perayaan Tahunan Ke 63 Kuil Sri Amman dan Muniandy

Posted: 12 Jun 2013 11:17 PM PDT

Pada 9 Jun 2013 yang lepas, Kuil Sri Amman dan Muniandy telah mengadakan sambutan perayaan tahunan ke 63. Lebih 500 penganut telah menghadirinya yang terdiri daripada bekas-bekas pekerja ladang dan juga penduduk di sekitar bandar Parkland.


Program Remaja Kg Sg Kandis - Rally Harshaw Nysofact

Posted: 12 Jun 2013 11:04 PM PDT

Pada 9 Jun 2013 yang lepas, satu program untuk remaja Kampung Sungai Kandis telah diadakan. Program Rally Harshaw Nysofact iaitu konvoi 30 kereta dan motor ke pantai Morib.

Segala kutipan sumbangan dari program ini akan diserahkan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal dari kawasan Sg Kandis dan diuruskan oleh Ahli Majlis MBSA, Encik Manaf serta Ketua Kampung, Tuan Haji Miswan.





Menyerahkan Sijil Penghargaan Kepada Petugas Sukarela PRU 13

Posted: 12 Jun 2013 10:55 PM PDT

YB Dr Xavier Jayakumar telah menyerahkan Sijil Penghargaan kepada para sukarelawan yang bertugas pada Pilihanraya Umum yang lepas di markas PAS Kampung Jawa.

Program pada 8 Jun 2013 tersebut juga melibatkan solat Maghrib berjemaah rakan-rakan Islam, jamuan selepas solat Isyak dan program ceramah.

Turut hadir adalah YB Sallehudin Ayub, Ahli Parlimen Lumut.


Majlis Kesyukuran Pilihanraya Umum Ke 13 di Teluk Menegon

Posted: 12 Jun 2013 10:51 PM PDT

Satu majlis kesyukuran kemenangan pada Pilihanraya Umum Ke 13 telah diadakan pada malam 8 Jun 2013 di Teluk Menegun.

YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas kepercayaan yang diberi oleh rakyat serta usaha yang diberikan oleh para petugas sepanjang tempoh berkempen pada pilihanraya umum yang lepas.

YB Dr Xavier Jayakumar akan meneruskan usaha pembangunan di DUN Seri Andalas demi menggalas amanah dan kepercayaan yang diberikan rakyat.


Bantuan Hamper dan Alat Bantuan Pernafasan Untuk Pesakit

Posted: 12 Jun 2013 10:43 PM PDT

Pada 8 Jun 2013 yang lepas, YB Dr Xavier Jayakumar telah membantu menguruskan alat bantuan pernafasan dengan Hospital Besar untuk Cik Jagathisway yang mengalami penyakit Type II Respiratory Failure untuk memudahkannya bernafas pada waktu malam.

Lawatan dan hamper juga telah diberi oleh petugas Pejabat ADUN iaitu Encik Veeran dan Cik Maha.



Tiada ulasan:

Nuffnang