Nuffnang

Nurul Izzah Anwar

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:06 PG

Nurul Izzah Anwar


6 Jun 2013: Lawatan Ke SYABAS

Posted: 08 Jun 2013 08:04 AM PDT

Isu Air Bakal Selesai

DSC_0056

Masalah bekalan air di sekitar Lembah Klang telah menjadi isu hangat kepada masyarakat setempat. Masalah ini jika berlarutan akan menyebabkan pelbagai kegiatan ekonomi terganggu, dan seterusnya membawa kerugian kepada para peniaga pelbagai sektor.

Prihatin terhadap masalah ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Puan Nurul Izzah Anwar telah mengadakan sebuah lawatan kerja ke pejabat SYABAS di Jalan Bukit Pantai pada 6 Jun yang lepas. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum-balas mengenai isu bekalan air di Wilayah Persekutuan, khususnya di kawasan Lembah Pantai.

Merujuk kepada isu penggantian paip lama dan paip pecah di Taman Lucky yang pernah dikemukakan pada akhir 2011, En.Azizi Alrahman berkata, SYABAS pada ketika ini sedang mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan insiden paip pecah. Antara tindakan yang sedang diambil untuk mengurangkan masalah ini ialah dengan pemasangan sistem injap pengawal tekanan.

Beliau juga berkata bahawa paip lama yang dibuat menggunakan simen asbestos akan digantikan dengan paip yang tahan lebih lama serta lebih kuat lagi – hanya penggantian ini tertakluk kepada dana yang dilulus SPAN. Paip-paip ini sepatutnya tahan selama 25 tahun, tetapi oleh kerana perubahan-perubahan cuaca dan tekanan, jangka usia paip-paip ini menjadi lebih pendek. Adalah penting bagi sebuah petisyen dihantar kepada SPAN bagi memastikan proses penggantian paip ini dijalankan dengan segera.

SYABAS turut meminta Joint Management Board(JMB) bagi rumah pangsa sekitar Lembah Pantai supaya sering mengadakan pemeriksaan ke atas paip-paip di sekitar kawasan mereka, dan melaporkan sebarang kebocoran yang ditemui.

Persoalan mengenai kes-kes bekalan air putus yang tidak berjadual yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai. Yang terbaru pada 28 Mei lepas, di mana Blok 7 Taman Bukit Angkasa dan kawasan sekitar terputus bekalan. Menurut pihak SYABAS, perkara ini berlaku oleh kerana penurunan paras air di kolam-kolam takungan sekitar Lembah Klang. Faktor cuaca serta faktor penggunaan air yang tinggi oleh pelanggan juga menyumbang ke arah masalah penurunan ini. Walau bagaimana pun, Puan Nurul Izzah telah mendapatkan jaminan daripada pihak SYABAS untuk memberikan bantuan bekalan air menerusi lori tangki sekiranya gangguan bekalan air berlaku selepas tempoh 24 jam untuk bekalan 24 jam seterusnya, seperti tercatat di dalam Piagam Pelanggan mereka.

Puan Nurul Izzah turut mencadangkan pewartaan tarif air di peringkat negeri dan di peringkat persekutuan. Orang ramai perlu mempunyai maklumat yang betul mengenai tarif air mengikut peringkat-peringkat dan kod tarif yang berbeza. Ini bagi mengelakkan bebanan tambahan kepada penghuni rumah kos sederhana dan sederhana rendah – yang disatukan dengan kos rumah mewah di bawah kod 17.

DSC_0060

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP