Nuffnang

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:21 PG

Mohamad Taufek Abd Ghani


Asrama Sekolah Tahfiz swasta di N.Sembilan terbakar, perlu bantuan

Posted: 07 Jun 2013 11:24 PM PDT


Kepada mereka yang ingin membantu sila hubungi Ustaz Shaifudin 06-7911141 atau 013-3991359. Bantuan kewangan boleh disalurkan melalui nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) iaitu 05058010003417 atas nama Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad

Pelajar tahfiz hilang tempat tinggal
8 Jun 2013

LABU - Seramai 20 pelajar Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad, di sini hilang tempat tinggal apabila sebahagian blok menempatkan asrama pelajar berkenaan terlibat dalam kebakaran, malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam di Batu 10, Jalan Labu itu turut memusnahkan bilik pengetua sekolah berkenaan.

Pengetuanya, Shaifudin Maulup, 38, bagaimanapun berkata, mujurlah tiada sesiapa di situ semasa kejadian berlaku berikutan kesemua 45 pelajar maahad tahfiz terbabit sedang bercuti sekolah.

"Ketika insiden berlaku, saya dan pembantu tadbir, Mohd Ezairy Ujang, 37, pula sedang menghadiri satu program ceramah keagamaan di Tampin sempena sambutan Israk Mikraj.

"Kami bergegas pulang selepas dimaklumkan isteri saya yang juga guru besar Sekolah Rendah Tahfiz Al-Quran Intergrasi Al-Irshad, Sharifah Norasyida Syed Nordin, 38, tentang kebakaran tersebut," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Shaifudin, sebaik sahaja tiba di sekolah berkenaan sekitar jam 11.25 malam, pihaknya mendapati api sudah pun dipadamkan oleh bomba, namun pelbagai kitab dan dokumen penting hangus dijilat api.

"Justeru, kita akan berbincang dengan ahli lembaga sekolah bagi mencari jalan menempatkan 20 pelajar lelaki terbabit yang berusia antara 14 hingga 15 tahun.

"Bagaimanapun, perkara ini agak sukar dilaksanakan memandangkan pihak sekolah sedang menghadapi masalah kewangan untuk membaik pulih bangunan berusia 56 tahun itu," katanya.

Mengulas tentang bantuan orang ramai pula, Shaifudin berkata, pihaknya amat mengalu-alukan sebarang pertolongan atau derma bagi meringankan beban ditanggung .

"Orang ramai yang prihatin boleh menghulurkan sumbangan kepada pihak sekolah di alamat Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad, Batu 10, Jalan Labu, 71900 Labu yang boleh dihubungi melalui talian 06-7911141 atau 013-3991359.

"Selain itu, bantuan kewangan juga boleh disalurkan melalui nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) iaitu 05058010003417 atas nama Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran negeri, Jamaluddin Marawi berkata, pihaknya segera ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 9.47 malam.

"Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai membabitkan 12 anggota dikejarkan ke lokasi bagi menangani kebakaran tersebut.

"Selain itu, kita turut dibantu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dengan kekuatan lapan anggota, di mana menyaksikan kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh lima minit dan dipadam sepenuhnya 20 minit kemudian," katanya.

Semoga kita semua dan pihak yang berkaitan dapat membantu

Posted: 07 Jun 2013 02:46 AM PDT



20 pelajar tahfiz hilang tempat tinggal akibat kebakaran
7 Jun 2013

SEREMBAN: Seramai 20 pelajar tahfiz al-Quran di Pusat Pendidikan Islam Al-Irsyad, Batu 10 Jalan Labu, di sini, hilang tempat tinggal apabila sebahagian blok yang menempatkan asrama kediaman berusia 56 tahun itu hangus terbakar dalam kejadian malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, bilik pengetua sekolah berkenaan turut musnah dalam kebakaran itu, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan sebab semua penghuni asrama berjumlah 45 pelajar tahfiz lelaki itu bercuti sempena cuti persekolahan.

Pengetuanya, Shaifudin Maulup berkata ketika kejadian itu beliau berada di Tampin memberikan ceramah sempena Israk Mikraj dan turut membawa Pembantu Tadbir sekolah itu, Mohd Ezairy Ujang, 37.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP