Nuffnang

Direct Free Kick

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:31 PTG

Direct Free Kick


KERAJAAN NEGERI TUBUH JAWATANKUASA KHAS UNTUK PANTAU JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK - 5 Jun 2013.

Posted: 07 Jun 2013 08:24 PM PDT

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor memandang serius campur tangan ejen hartanah yang menawarkan harga yang tinggi kepada pemilik perumahan Bukit Botak, di Selayang, baru-baru ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad mendakwa pihaknya menerima banyak aduan daripada penduduk terbabit apabila didatangi ejen hartanah yang ingin membeli kediaman mereka pada harga RM290,000 seunit sebelum dijual kepada pihak lain yang diiklankan menerusi internet.

"Kerajaan negeri pandang serius kerana tak mahu pembeli rumah bukit botak dieksplotasi ejen hartanah itu.

"Kerajaan negeri tubuh jawatankuasa khas untuk bantu mereka yang benar-benar mahu menjual tersebut tanpa melibatkan orang tengah yang mengaut keuntungan tinggi," katanya pada sidang media di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Projek penempatan semula setinggan Bukit Botak, Selayang melibatkan 1,400 pemilik tanah, merangkumi kawasan seluas 55.2 hektar.

Projek terbengkalai yang gagal disiapkan oleh kontraktor Delpuri Corporation Sdn Bhd itu bagaimanapun disiapkan sepenuhnya Kerajaan Negeri Selangor selepas menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penyelewengan dan penipuan dalam pemberian tanah kepada bekas penduduk setinggan Bukit Botak pada 20 Mei 2009.

Dalam pada itu, Iskandar berkata harga yang ditawarkan kepada penduduk Bukit Botak ketika itu sebanyak RM99,000 seunit itu boleh mencecah lebih RM300,000 pada harga pasaran semasa jika mereka menjual hartanah tersebut tanpa menggunakan 'orang tengah' terbabit.

"Isu itu timbul selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 bila ejen hartanah tawar RM290,000 kepada mereka.

"Bagaimanapun kita perlu berbincang dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan PKNS untuk lihat syarat-syarat tertentu jika pemilik mahu menjual semula," katanya.

SASARAN 5 TAHUN DILANCAR - Sinar Harian 2 Mei 2013.

Posted: 07 Jun 2013 08:14 PM PDT


Sasaran lima tahun dilancar
Iskandar (dua, kanan) bercakap kepada pemberita pada sidang media pelancaran Sasaran Lima Tahun Manifesto Dun Chempaka 2013 hingga 2018 di Pusat Tarbiyyah Pandan, semalam.
PANDAN INDAH - Penyandang kerusi Dun Chempaka, Iskandar Abdul Samad melancarkan Sasaran Lima Tahun Manifesto Dun Chempaka 2013 hingga 2018 yang akan dilaksanakan sekiranya beliau terus diberi mandat menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Iskandar berkata, selain manifesto ditawarkan Pakatan Rakyat (PR) dan kerajaan negeri, manifesto berkenaan adalah khusus untuk pengundi dan penduduk kawasan Chempaka.

Beliau berkata, apa dibentangkannya itu bukan lagi di peringkat angan-angan, tetapi pihaknya sudah membuktikannya sebelum ini dan terdapat tambahan dan beberapa perkara baru yang terkandung dalam manifesto tersebut.

"Banyak sasaran atau rancangan sebelum ini berjaya kami laksanakan dalam tempoh pentadbiran selama lima tahun ini.

"Disebabkan permintaan yang sangat tinggi daripada masyarakat tempatan, maka ia perlu ditambah bagi mengimbangi keperluan tersebut," katanya semasa sidang media pelancaran sasaran lima tahun Dun Chempaka di Pusat Tarbiyyah Pandan, semalam.

Dalam manifesto yang dilancarkannya itu, Iskandar menggariskan 12 sasaran antaranya mewujudkan sebuah lagi perpustakaan komuniti di Pandan Indah seperti di Pandan Jaya dan membina dataran anak muda di Taman Chempaka serta Taman Cahaya yang lengkap dengan gelanggang futsal dan sepak takraw.

Iskandar berkata, selain itu beliau mahu membina lima pondok polis di lokasi-lokasi kritikal untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan demi kepentingan rakyat.

"Seterusnya, kita juga ingin memulakan kajian pembangunan semula bagi menambah bilangan rumah mampu milik tanpa menyisihkan warga tempatan.

"Sasaran lain ialah melebarkan zon bersih ke seluruh kawasan Dun Chempaka dan mempertingkatkan aktiviti Pusat Wanita Berdaya yang sedia ada di Pandan Indah.

"Kita juga mahu mengembangkan program Prihatin Warga Emas di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan ke empat lokasi lain iaitu Kampung Baru Ampang, Pandan Indah, Pandan Jaya dan Taman Nirmana," katanya.

Beliau berkata, selain itu beliau menginginkan supaya sekurang-kurangnya 20 projek Ceria dilaksanakan bagi membaik pulih pangsapuri-pangsapuri di Pandan Indah, Pandan Jaya dan Taman Dagang dan pusat perniagaan makanan tradisional dan kraftangan diwujudkan di Kampung Pandan sebagai tarikan pelancong.

"Saya juga ingin mewujudkan tiga lokasi Kafa Menengah dan memberi peluang kepada pemilik rumah di Jalan Kemajuan menukar syarat kegunaan tanah dari kediaman kepada perniagaan.
"Sasaran terakhir ialah memusatkan warung-warung dan penjaja di satu lokasi khas," katanya.

Iskandar berkata, beliau berkeyakinan tinggi untuk melaksanakan setiap sasaran dirancang kajian telah dilakukan dan dana serta peruntukan bakal digunakan sudah dikenal pasti.

"Selain itu, apa yang kami lakukan sepanjang lima tahun mentadbir terutamanya di negeri Selangor ini, itulah yang akan kami persembahkan kepada rakyat untuk dinilai dengan adil," katanya.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP