Nuffnang

Nurul Izzah Anwar

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:01 PG

Nurul Izzah Anwar


26 Jun 2013: Jawapan Bertulis Soalan Parlimen [MENTERI PENGANGKUTAN]

Posted: 26 Jun 2013 06:23 AM PDT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA : Puan Nurul Izzah binti Anwar

[ Lembah Pantai ]

TARIKH : 26 Jun 2013 (Rabu)
SOALAN : 38

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) tarikh sebenar pembukaan KLIA 2 dan nama kontraktor yang mengakibatkan kelewatan; dan

(b) kesan kelewatan ini terhadap keuntungan MAHB serta jumlah keseluruhan sebenar pembinaan KLIA 2 dan bila audit bebas akan mula dijalankan ke atas keseluruhan projek KLIA 2

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,
a) Tarikh pembukaan KLIA2 adalah pada 02 Mei 2014 dan syarikat yang mengakibatkan kelewatan membina KLIA2 ialah UEMC-Bina Puri JV.

b) Setakat ini, kelewatan KLIA2 tidak menjejaskan keuntungan MAHB kerana ianya tidak ada kesan pada urusan perniagaan syarikat MAHB. Kelewatan tersebut juga tidak menjejaskan operasi di mana syarikat masih mengekalkan 'Triple A' rating. Ini bermakna syarikat ini masih berada di kedudukan kewangan yang baik oleh agensi penarafan 'RAM Rating Services Sdn Bhd'.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP