Rabu, 26 Jun 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Menteri: Dakwat kekal guna pewarna makanan

Posted: 26 Jun 2013 04:34 AM PDT


17 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini/-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.

"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan. 


NONE
"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan. Ianya diimport daripada negara luar," katanya dalam satu jawapan bertulis kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng.

Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat berkenaan berbeza mengikut individu.

Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan dakwat kekal berkenaan, katanya. 


Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan meluluskan sebanyak RM400 juta bagi kos perbelanjaan pilihan raya yang lalu. 



Lim kemudiannya menjadikan jawapan bertulis itu sebagai satu bahan jenaka apabila menulis di Twitter bahawa dakwat kekal kini "boleh dimakan". 


NONE
Tulisan berkenaan mendapat perhatian pengguna Twitter lain yang turut berjenaka dan bertanya kepadanya sama ada dakwat itu "sedap hingga menjilat jari."



Sementara itu, dalam satu jawapan berasingan, Shahidan berkata kos penggunaan dakwat kekal itu adalah sebanyak RM6.9 juta.

Kos itu meliputi kerja-kerja mereka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat memandangkan ia tiada di pasaran, katanya dalam jawapan bertulis kepada MP DAP Seremban, Anthony Loke.

"Kos tambahan lain meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dakwat kekal adalah sebanyak RM200,000 menjadikan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7,100,000.

"Pada masa ini SPR tidak bercadang memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan," katanya.

Dua menteri Najib miliki ijazah palsu ?

Posted: 26 Jun 2013 04:30 AM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Dakwaan dua menteri kabinet yang dilantik Najib memiliki sijil ijazah yang palsu diungkit kembali. 

MP Serdang Ong Kian Ming mendakwa, kedua-dua menteri tersebut memperolehi ijazah dari "kilang ijazah" di Preston dan Wyoming, Amerika Syarikat. 


"Adakah ini transformasi apabila ada dua menteri yang mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap  pembangunan modal insan dalam negara kita?

"Ia sangat mengecewakan kerana pada hari pertama Parlimen bersidang, rakyat Malaysia perlu menerima hakikat yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik dua menteri yang memiliki ijazah palsu daripada institusi yang menjadi pengilang ijazah," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini seperti yang disiarkan oleh  Malaysiakini hari ini.


Ong mendakwa, seorang dari menteri tersebut memiliki ijazah bacelor dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland), Teoranta dan ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Preston University.

Katanya, beliau tidak menemui apa-apa laman web yang dimiliki Chartered Institute of Business Administration Ireland.

Preston Universiti pula sememangnya dikenali sebagai universiti yang palsu, dakwanya.
Seorang lagi menteri berkenaan, dakwanya memiliki ijazah kedoktoran dalam pentadbiran perniagaan dari Golden State University di Wyoming.

Menteri tersebut juga memiliki ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Terbuka Komanwel yang berpusat di kepulauan Virgin, dalam jajahan Britain, dakwanya.

"Kedua-dua institusi ini disenaraikan sebagai universiti yang tidak tidak bertauliah dan ijazah yang tidah sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine," katanya.

Sehubungan itu, Ong berkata, kedua-dua menteri tersebut perlu meletakkan jawatan bagi melindungi integriti dan kredibiliti kabinet yang diketuai oleh Najib. 

PAS bersedia di Kuala Besut - Mustafa

Posted: 26 Jun 2013 04:23 AM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-


KUALA LUMPUR: PAS bersedia menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut ekoran kematian wakil rakyatnya, Dr A Rahman Mokhtar, pagi tadi akibat sakit kanser paru-paru.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar)bagaimanapun berkata PAS menantikan keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan butiran lanjut perjalanan PRK itu.

"Seperti yang sedia maklum, akan ada PRK apabila berlaku kematian. PAS bersedia menghadapinya, dan menunggu pengumuman rasmi SPR tentang tarikh-tarikh penting, sebelum membuat sebarang keputusan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.


Katanya, selepas SPR memgumumkan tarikh rasmi bagi PRK itu, PAS akan bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci berkaitannya.

Allahyarham yang juga Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

Kebakaran kedai perabot dan sebuah kedai alat ganti kenderaan.

Posted: 26 Jun 2013 01:08 AM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Sebuah kedai perabot dan sebuah kedai alat ganti kenderaan di Jalan Tuanku Antah di Seremban musnah dalam satu kebakaran, awal pagi Rabu. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.45 pagi itu menyebabkan kesemua barangan perabot termasuk almari, sofa, meja makan dan pelbagai lagi jenis perabot, musnah. Turut musnah barangan di dalam kedai alat ganti kenderaan. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Mohd Ramali Arbai berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 12.49 pagi sebelum tiba di tempat kejadian enam minit kemudian. Katanya lima buah jentera dan 32 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dikejarkan ke tempat kejadian. -fotoBERNAMA

Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut bulan Ramadan?

Posted: 26 Jun 2013 01:05 AM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA 26 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut akan diadakan dalam bulan Ramadan ini, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Beliau berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang ini, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan luar jangkaan diputuskan oleh SPR.


"Bagaimanapun, sehingga masa ini SPR belum menerima surat rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd. Zubir Embong," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru berair.

Sebelum ini PRK Lunas Kedah pernah diadakan dalam bulan Ramadhan.

Kerajaan perlu henti pendakwaan terpilih - Teras

Posted: 26 Jun 2013 12:51 AM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Teras kesal Datuk Husam Musa dikambinghitamkan oleh pihak yang mencemburui kelantangan beliau untuk menyatakan kebenaran , tapi didakwa sebagai menghasut.

Tindakan menahan beliau seorang Wakil Rakyat yang dikenali ramai dan juga seorang pemimpin kanan kepada parti politik di Kuala Lumpur dan dibawa ke Kota Bharu pada 21 hb Jun yang lalu adalah aneh,  kerana ia tidak menunjukkan amalan professional dipihak polis sendiri.

Walaupun pihak polis mendakwa bahawa beliau telah dikaitkan dengan kesalahan dibawah Akta Hasutan 1948 namun jelas ia adalah dakwaan terpilih kerana kenyataan menghasut yang jauh lebih merbahaya pernah dikeluarkan oleh Tun Mahathir, Ibrahim Ali dan oleh akhbar Utusan Malaysia sendiri.

Pendakwaan pihak polis terhadap beliau , seperti pemimpin pembangkang yang lain , sangat bersifat terpileh kerana ia dipengaruhi oleh parti politik yang memerintah.

Bagi Teras ini adalah kes yang bukan pertama kali malah telah pun dilakukan beberapa kali bagi menyekat pemimping pembangkang menyatakan pandangan kepada rakyat.

Dari pemerhatian kami yang jelas hanya pemimpin pembangkang dan Ngo yang kritikal terhadap kerajaan sahaja yang sering diambil tindakan dengan pantas manakala mana-mana pemimpin Ngo pro kerajaan dan pemimpin kerajaan sendiri ramai yang tidak disentuh walaupun kenyataan dan tindakan bersifat hasutan  jauh lebih merbahaya.

Kami sangat kesal ujudnya gejala menindas pemimpin pembangkang melalui pendakwaan undang-undang secara terpileh dan dengan cara memperalatkan pihak polis.

Kami mendesak agar Husam dilepaskan dari pendakwaan jika pihak kerajaan benar-benar mahu menunjukkan keterbukaan dan sikap politik yang matang.

Pihak Polis tidak harus menjadi alat kepada parti politik dan perlu bertindak professional dengan melihat senario politik negara dengan matang. Pihak polis tahu bahawa hasutan membenci kaum selepas Pru 13 telah menimbulkan pelbagai tanggapan dan ada pihak yang secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan perkauman yang sangat berbahaya.

Kemarahan rakyat tercetus kerana terlalu banyak kes penganiayaan , salahguna kuasa , penipuan dalam Pru , rasuah  , kematian dalam tahanan yang tidak diambil tindakkan dengan tegas oleh pihak berkuasa.

Senario  ketidakpercayaan rakyat kepada kerajaan dan agensi yang berkaitan adalah natijah dari banyak isu yang ditimbulkan oleh rakyat tidak dijawab dengan memuaskan.  Oleh itu penyuaraan terhadap kepincangan kerajaan dan agensi keselamatan adalah munasabah dan seharusnya dilihat secara objektif.

Mohd Azmi Abdul Hamid 
Presiden TERAS

13 soalan ahli parlimen PAS disenarai hari ini

Posted: 26 Jun 2013 12:50 AM PDT


17 Syaaban 1434 H. [MOD] 


KUALA LUMPUR: Sebanyak 97 soalan lisan dikemukakan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat pada hari ini, 13 daripadanya adalah soalan wakil PAS.


Berikut ialah soalan mereka yang disenaraikan untuk dijawab lisan pada persidangan yang bermula jam 10.00 pagi tadi. 



Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan tentang kos yang ditanggung oleh Kerajaan setakat ini dalam menangani isu pencerobohan di Lahad Datu. Berapakah orang yang terkorban dan kerugian harta benda yang terlibat. 



Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan cabaran utama bagi mencapai sasaran Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) pada tahun 2012. 



Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan mengapa kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan raya Umum ke 13 di bawah paras 1% sedangkan piawaian asal yang ditetapkan ialah 4%. 



Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan apakah pendekatan pihak Kementerian dalam menyediakan keselesaan kepada penjawat awam yang terpaksa mengambil cuti untuk menjaga ahli keluarga yang sakit. Adakah pihak Kementerian bercadang untuk mempertimbangkan skim cuti khas bagi tujuan tersebut. 



Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan menyatakan apakah pihak Kementerian tidak berhasrat untuk menurunkan harga minyak RON95 dan diesel. 



Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapakah bilangan siswazah yang menganggur. Nyatakan bilangan penganggur mengikut bidang pengajian. 



Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kesihatan menyatakan status terkini pembinaan Hospital Parit Buntar. 



Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah kerakyatan baru yang diberikan dalam tempoh 3 tahun lepas berbanding dengan 3 tahun sebelumnya dan daripada mana negara asal mereka. 



Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia menyatakan statistik yang telah direkodkan bagi kesalahan Seksyen 211 (Larangan Terhadap Pemberian Kandungan Jelik) dari tahun 2008 hingga 2012. 



Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia menyatakan kos yang telah dibelanjakan untuk program netbook dan jumlah unit komputer berkenaan yang telah dikeluarkan sejak dimulakan sehingga Disember 2012. 



Dr. Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Perdana Menteri menyatakan berapa ramaikah pegawai agama yang telah dilantik di hospital-hospital utama Kerajaan mengikut negeri di antara tahun 2008 hingga tahun 2013. 



Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh mana kejayaan Kempen Tak Nak Merokok di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Nyatakan statistik terbaru 'Pesalah Merokok' mengikut negeri dan jantina seperti peringkat umur bagi tahun 2010 hingga kini. 



Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan sejauh manakah pihak Kerajaan menggalakkan persembahan kebudayaan tradisi yang tertib berbanding dengan persembahan-persembahan hiburan barat yang tidak ada kaitan dengan tradisi dan budaya tempatan.

Harakahdaily/-

Keluarga Kugan menang saman terhadap k'jaan

Posted: 26 Jun 2013 12:46 AM PDT


17 Syaaban 1434 H. [MOD] 


Keluarga mendiang A Kugan – tahanan yang mati dalam lokap polis Subang Jaya pada 2009 – hari ini menang dalam saman sivil yang dikemukakan mereka ke atas polis dan kerajaan.




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini mengarahkan responden membayar ganti rugi RM751,700 kepada keluarga si mati dan RM50,000 lagi untuk kos lain.


Ibu Kugan, Indra Nallathamby, 43, pada Januari tahun lalu memfailkan saman sivil untuk menuntut kerugian RM100 juta dari kerajaan dan polis yang didakwanya melakukan "pembunuhan kejam" terhadap anak lelakinya.

Beliau menamakan Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini ketua polis negara), pegawai polis Navindran Vivekanandan, Ketua polis Subang Jaya ketika itu, Zainal Rashid Abu Bakar (kini meninggal dunia) termasuk ketua polis negara ketika itu, dan kerajaan sebagai defenden.

DUN Kuala Besut: Speaker maklum kekosongan esok

Posted: 26 Jun 2013 12:43 AM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kekosongan kerusi itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 10.18 hari ini akibat kanser paru-paru.

"Esok saya akan menyerahkan surat warta kekosongan kepada SPR Terengganu untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ia diwartakan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.

Dr A Rahman yang merupakan Pengerusi Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri dimasukkan ke HSNZ sejak Khamis lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Kematian Adun Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU13.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

-Bernama

Puasa elak penyakit tingkatkan taqwa

Posted: 25 Jun 2013 09:56 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Selalu kita dengar orang berkata, jangan pentingkan diri sendiri, malah ustaz-ustaz juga sering mengingatkan anak muridnya supaya selalu mementingkan orang lain. "Jika kita selalu memberi nanti kita akan mendapat pulangannya," kata pakar motivasi.

Persoalannya berapa ramai yang selalu memberi dan terus memberi, tetapi tidak mendapat pulangan yang sewajarnya? Tidak dinafikan, terdapat beberapa orang yang sering menyumbang hingga akhirnya dia pula yang jatuh miskin. Di manakah silapnya teori di atas.
Jawapan yang sering diterima ialah, boleh jadi dia tidak ikhlas dalam memberi, apatah lagi kalau dalam memberi itu dia mengharapkan pulangan pula. Ya keikhlasan hati kita amat besar nilaiannya di sisi Allah. Oleh sebab itu betulkan hubungan dengan Allah zahir dan batin.
Isu di atas ada kaitan dengan formula berikut," dalam hubungan kita dengan Allah kita perlu pentingkan diri sendiri, tetapi dalam hubangan dengan manusia kita perlu pentingkan orang lain." Pelikkan bunyinya, tetapi itulah kaedah yang sewajarnya dipraktikkan oleh umat Islam.
Oleh sebab kita sudah hampir masuk ke bulan Ramadan, formula ini cuba kita kaitkan dengan Ramadan dan amalan puasa. Sebaik sahaja kita melangkah masuk ke bulan Ramadan kita secara semula jadi akan berhadapan dengan Allah dan Manusia, malah akan lebih kerap mengadakan hubungan dengan dua pihak ini.

Hubungan dengan Allah

Puasa adalah ibadah yang menghubungkan manusia dengan Allah, sama juga dengan ibadah lain termasuk ibadah zakat.  Bukan itu sahaja, malah semua ibadah sunat mesti wujud hubungan antara manusia dengan Allah. Sebaliknya ibadah itu akan menjadi sia-sia jika dalam melakukan sesuatu ibadah hatinya terpaut kepada manusia.

Berdasarkan formula itu, apabila seseorang itu berpuasa, mereka perlu pentingkan diri sendiri. Maknanya mereka perlu pastikan bahawa sahur dilakukan mengikut peraturan yang sebaiknya. Semasa berpuasa pastikan mereka tidak melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa. Pada masa yang sama jangan pedulikan orang lain sama dia puasa ke, dia bersahur ke, dia jaga mata ke, tidak perlu diberi komen. Biar urusan mereka dengan Allah.

Pada waktu malam pula, kita bersiap-siap untuk melakukan solat sunat tarawih. Jadi, pastikan kita hadir awal dan solat Isya' berjemaah dan sunatnya dengan sempurna. Kita perlu pastikan solat itu terbaik yang hendak kita persembahkan kepada Allah. Malah perlu kita pastikan yang solat sunat tarawih yang dilakukan terbaik dan paling sempurna. Sebaliknya jika terasa kurang disesali dan diusahakan peningkatannya.

Bayangkan jika semua umat Islam boleh jaga kepentingan diri sendiri dalam ibadah di atas, tentu mereka tiada masa untuk memikirkan kepentingan orang lain. Mereka tiada masa lagi untuk memikirkan ibadah orang lain sama ada betul atau tidak, sempurna atau tidak, sah atau tidak. Percayalah kalau kita tidak fikirkan kepentingan orang lain, kita telah selamat daripada dosa bertekak, dosa mengumpat dan dosa melakukan kerja yang sia-sia.

Kalau begitu kedudukannya, setiap kali kita berpuasa hubungan kita dengan Allah bertambah rapat dan tidak syak lagi dengan perhatian serius dalam hubungan ini akan menjadikan ibadah puasa kita itu lebih berkualiti. Ketika itu kita bukan sahaja sihat fizikal, malah sihat mantel dan segala-galanya. Hal ini kerana kita sudah tidak stres dalam memikirkan hal orang lain. Pada masa yang sama kita akan dianugerahkan sifat taqwa kerana takut untuk melakukan dosa terhadap manusia.

Hubungan dengan manusia

Dalam bulan Ramadan juga kita perlu melakukan hubungan dengan manusia seperti berniaga, bertolong bantu, berderma, memberi hadiah, nasihat ke arah kebaikan dan mengajar. Dalam menjayakan urusan ini, kita diminta supaya selalu menjaga kepentingan orang lain. Elak daripada mengambil kesempatan bagi faedah diri sendiri.

Seorang peniaga sebagai contoh, sewaktu menjual barangannya kepada pembeli perlu pastikan barangan itu berkualiti dan tidak rosak supaya pembeli mendapat manfaatnya. Tawaran harga yang ditetapkan perlu difikirkan nilainya berpatutan dan mampu dibayar oleh pembeli. Dan komunikasi antara penjual dan pembeli juga perlu dilunakkan agar tidak mengecilkan hati pelanggan.

Selain itu jika kita membuat juadah makanan untuk berbuka puasa pastkan baik, sedap dan banyak. Maka menjelang waktu berbuka puasa, bawakan sebahagian juadah itu ke rumah jiran. Semoga dengan itu mereka dapat merasai hasil kerja tangan kita. Biasanya jiran itu akan pulangkan kuih yang lain jika dia juga ada membuat kuih. Amalan seperti ini termasuk dalam menjaga kepentingan orang lain.

Begitu juga kalau kita boleh mengajar atau memberi nasihat kepada kawan-kawan dalam soal makruf tentu perbuatan itu termasuk dalam menjaga kepentingan orang lain. Dan amalan yang paling bermanfaat ialah membantu orang susah dengan berderma atau bersedekah dalam bulan Ramadan. Amalan ini semua akan dinilai oleh Allah sebagai kebajikan.

Percayalah dengan amalan menjaga kepentingan orang lain ini, taqwa kita akan meningkat dan bertambah baik. Paling baik lagi kalau amalan itu diteruskan walaupun selepas bulan Ramadan. Jadi, mana-mana umat Islam yang dapat menjaga kedua-dua kepentingan itu, sahlah mereka akan beroleh sehat dan taqwa.


Dicatat Oleh Blogger ke Fikrah Islamiah

Tabung Haji Patut Beri Keutamaan Kepada Golongan Warga Emas Untuk Menunaikan Fardu Haji

Posted: 25 Jun 2013 09:54 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Tujuan Utama Tabung Haji ditubuhkan adalah untuk  membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain keperluan semasa mengerjakan haji di Makkah.

Bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan orang-orang kampung yang bekerja sendiri, inilah cara mereka menyimpan secara beransur-ansur untuk mengerjakan haji walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lama. Bagi golongan yang berada dan berkemampuan pula, mereka dengan mudah mengambil kesempatan dengan adanya perkhidmatan Pakej Haji yang ditawarkan kepada bakal jemaah haji yang ingin mengerjakan haji tanpa menunggu giliran.


Ramai dikalangan para pendeposit tabung haji yang sudah berumur dan golongan warga emas yang belum pernah menunaikan fardu haji terpaksa menunggu giliran kerana mereka tidak mampu menggunakan pakej haji yang terlalu mahal.

Tujuan asal Tabung Haji ditubuhkan bukan untuk perniagaan atau sebagai tempat pelaburan tetapi adalah untuk memudahkan golongan yang berpendapatan rendah menyimpan duit mereka untuk urusan haji tetapi dengan adanya pakej haji yang menelan belanja puluhan ribu sehingga mencecah ratusan ribu ringgit menyebabkan mereka yang menunggu giliran menunaikan haji terpaksa menunggu sehingga lebih dari 10 tahun keatas untuk dapat mengerjakan fardu haji.

Walaupun objektif Pelaburan Tabung Haji adalah untuk menjana keuntungan yang mampan dan pengekalan modal dengan mengambilkira keseimbangan tahap risiko dan pulangan yang sepadan tetapi perlu diingat matlamat asalnya seharusnya perlu diberi keutamaan.

Sepatutnya kouta untuk pakej haji dikurangkan untuk membolehkan golongan warga emas dan mereka yang belum pernah menunaikan fardu haji diberi keutamaan dan bukan hanya untuk golongan kaya dan mereka yang pernah menunaikan fardu haji dengan menggunakan pakej haji ini.

Kita mengesa pihak Tabung Haji lebih memberi keutamaan kepada golongan yang sepatutnya pergi mengerjakan haji tanpa perlu menunggu giliran yang terlalu lama. Kita kasihan melihat keadaan orang-orang yang sudah berumur dan golongan warga emas yang belum pernah pergi menunaikan fardu haji terpaksa menunggu terlalu lama disebabkan kuota untuk mereka tidak cukup atau pun sudah diambil untuk kouta pakej haji.

Cadangan kita agar Tabung Haji tambahkan kouta khas untuk pendeposit golongan warga emas dan senaraikan nama mereka yang sudah memenuhi syarat untuk menunaikan fardu haji diberi keutamaan sebelum diberi kepada golongan muda atau mereka yang sudah menunaikan haji. Mereka boleh ditemani oleh anak-anak mereka atau keluarga terdekat mereka, dan pihak tabung haji perlu memberi perhatian akan masalah ini kerana golongan warga emas patut diberi keutamaan dari membiarkan mereka terus menunggu giliran yang terlalu lama yang kemungkinan besar sukar bagi mereka menunaikannya apabila usia semakin meningkat.

Sistem pentadbiran Tabung Haji perlu dikemaskini agar ianya lebih efisian dan teratur agar masalah mereka yang menunggu giliran terlalu lama dapat dikurangkan dengan adanya kouta khas untuk golongan yang sepatutnya diberi keutamaan bukan hanya untuk golongan tertentu sahaja.

Kita harap perkara ini dapat dibincangkan secara menyeluruh agar ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan sebaik mungkin untuk kebaikan para pendeposit haji dan juga untuk kebaikan umat Islam yang ingin mengerjakan fardu haji melalui Tabung Haji.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

SPR tunggu surat makluman rasmi kekosongan kerusi DUN Kuala Besut

Posted: 25 Jun 2013 09:33 PM PDT


17 Syaaban 1434 H. [MOD] -



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya menunggu surat makluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu mengenai kekosongan kerusi DUN Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar pagi tadi. 

Beliau berkata, notis itu perlu sebelum menetapkan tarikh pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari daripada kekosongan. 
Katanya, sekiranya ada pilihan raya kecil, ia akan ditetapkan dalam tempoh 60 hari. 



Abdul Aziz diminta mengulas kematian Dr A Rahman yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat negeri pada jam 10.18 pagi ini selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, beliau mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut apabila menewaskan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. 

Parlimen Ke-13: Pandikar Amin umum Anwar sebagai Ketua Pembangkang

Posted: 25 Jun 2013 09:23 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang bagi Penggal Pertama Parlimen Ke-13. 

 Dewan Rakyat pada Rabu melantik semula Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen bagi penggal ke-13.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata pelantikan Anwar dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 4A(3).
"Mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebulat suara mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang di Parlimen untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
Anwar pertama kali dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada penggal Parlimen ke-12 selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2008.
Sebelum ini Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) menyatakan bahawa pembangkang bersetuju mengekalkan Anwar mengetuai pakatan pembangkang di Parlimen.
Komposisi kerusi yang dimenangi pembangkang ialah DAP 38 kerusi, PKR (30) dan Pas (21) kerusi.

Speaker Dewan Rakyat tolak usul tergempar mengenai jerebu

Posted: 25 Jun 2013 09:22 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar bagi membahaskan isu jerebu yang dibacakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat  kerana ia disifatkan melanggar peraturan mesyuarat ketika sidang membahaskan isu titah Yang di-Pertuan Agong. 
Usul yang dibacakan Ahli Parlimen Kulai, Teo Ni Chiing sebentar tadi turut ditolak kerana Speaker menegaskan sebarang usul tergempar boleh dibahaskan sekiranya kerajaan Malaysia tidak melakukan apa-apa tindakan bagi menangani masalah itu. 

"Sekarang ini kerajaan sudah melakukan tindakan susulan dengan mengumumkan penutupan sekolah
dan beberapa tindakan lain. 

"Selain itu, punca jerebu adalah daripada Indonesia dan bukan dari Malaysia. Tidak perlulah kita bahaskan usul yang membabitkan Indonesia iaitu negara jiran yang mempunyai hubungan rapat dengan kita," katanya ketika menolak usul tergempar membahaskan isu jerebu pada sidang Dewan Rakyat Penggal Pertama Parlimen Ke-13 di sini, sebentar tadi.

Lagi 13 kawasan catat IPU tidak sihat

Posted: 25 Jun 2013 09:19 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Sebanyak 13 kawasan di seluruh negara masih mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan tertinggi 148 pada pukul 7 pagi ini.

Kawasan lain yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Bukit Rambai, Melaka (111), Port Dickson (105), Seremban (118), Jalan Pegoh, Ipoh (118), Seri Manjung (137), Tanjung Malim (110), Banting (114), Kuala Selangor (134), Pelabuhan Klang (140), Petaling Jaya (111), Shah Alam (118) dan Putrajaya (112).



Shura pertahan kenyataan Husam mengenai syahid

Posted: 25 Jun 2013 09:18 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (gambar) mempertahankan kenyataan Datuk Husam Musa tentang syahid dalam menentang kemungkaran.

Bagi beliau, perjuangan untuk menegakkan keadilan, mencegah mungkar sememangnya amat dituntut dalam Islam, sehingga sesiapa yang mati dalam perjuangan itu, matinya adalah syahid.

Ustaz Abdul Ghani berkata, kenyataan Naib Presiden PAS mengenai orang yang gugur syahid dalam perjuangan seperti itu tidak sepatutnya disalah anggap oleh sesetengah pihak.

Adun Kuala Besut meninggal, pilihan raya kecil pertama

Posted: 25 Jun 2013 09:15 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.


Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.


PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.  Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.


Pilihan raya kecil

Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.

Jika Pakatan menang dalam  pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan.

Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.

Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN).

Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR),  Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN).


Harakahdaily/-

Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam Kenangan - 11 Tahun telah berlalu

Posted: 25 Jun 2013 09:13 PM PDT


17 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor


Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato' Haji Fadzil Mohd Noor.








Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor



Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato' Haji Fadzil Mohd Noor.



Dato' Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil' merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir. Beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.



Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama' ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka 'mendengar' masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.



Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah Illahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.



Latar belakang keluarga



Dato' Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.



Takdir Illahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama' yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.



Darah ulama' pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.



Pendidikan



Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.



Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama' iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.



Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu. Beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama'-ulama' Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.

Perkahwinan



Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna'izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna'izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.



Bakat Kepimpinan



Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).



Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. (Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu ).



Perkhidmatan



Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, 'alma mater' beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.



Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.



Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.



PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar 'disuntik darah muda' supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh.



Aktiviti Kemasyarakatan



Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.



Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.



Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia 'anti establishment' akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.



Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.



Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini: kata beliau:



"Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasullullah S.a.w itu mendapat sambutan dari kalangan muda.

Rasulullah menyebut dalam hadisnya : "Golongan mudalah yang membantu perjuangan dakwah"


Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berpoya-poya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan, mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan.



Inilah cita-cita kaum Quraisy, dalam kebingungan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda mereka boleh meneruskan kezaliman dan kejahatan.



Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan islam inilah yang menyebabkan mereka tidur tidak lena, makan tak lalu. Yang menyebabkan mereka tidak senang dengan Islam dan kebangkitannya di akhir abad ke 14 dan di awal abad ke15 ini, ialah keran Islam mendapat sambutan golongan muda. Inilah menyebabkan Amerika tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang dan Khadam-khadam mereka pun tidak senang. Bila Tuan mereka tidak senang maka khadam ikut tidak senang juga. Menjadi satu perkara biasa khadam ini ikut tuan. Kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan.



Russia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin Afghanistan walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat Mujahidin Afghanistan itu sendiri dari golongan ummat Islam Afghanistan, dari mereka yang berumur 15 tahun hingga ke 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin di Afghanistan."



Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama'-ulama' untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.



Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam, berdadad dengan kezaliman pemerintahan seperti Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.



" Peranan ulama seperti yang diterangkan oleh sumber-sumber itu ialah menyampaikan Islam, melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam. Peranan 'ulama' dalam kehidupan ialah memikul tanggungjawab dakwah Islamiyyah dengan menyeru manusia kepada Islam. Mereka juga wajib menerangkan hukum Allah bagi semua persoalan hidup yang dihadapi oleh masyarakat dalam semua peristiwa yang berbangkit dan diantara kewajipan dan peranan 'ulama' juga ia menjelaskan kepada pemerintah, menegur dan mengkritik pemerintah dan melaksanakan Al-Amru Bil-Makruf dan Nahyu Anil-Munkar.



Tanggunjawab Ulama, seperti menegur, mengkritik pemerintah dan memberi penjelasan kepada pemerintah merupakan "kerja politik" yang mesti dipikul dan disedari 'ulama'. Oleh yang demikian tidak boleh sama sekali membiarkan adanya 'Ulama' (juhhal) yang sanggup menyatakan bahawa Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik atau politik tidak ada kene mengena dengan Islam."



Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi



Penglibatan dalam Politik



Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).



Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.



PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama'. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama' muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.



Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dimana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.



Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato' Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.



Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.



Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato' Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.



Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).



Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato' Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.



Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, almarhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.



Ustaz menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mangsa kezaliman ISA, beliau semasa memimpin PAS sentiasa peduli kepada keluarga mangsa ISA, tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan dan menyuarakan isu ini disemua peringkat. Beliau turun naik ke Bukit Aman merudingkan pembebasan mangsa ISA, terrmasuk meminta pihak berkuasa membatalkan waran tangkap terhadap ustaz Ibrahim Libya. Semasa menjadi ketua Pembangkang di Parlimen, ustaz Fadzil menyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA.



Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.



Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti 'cendawan tumbuh selepas hujan'. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu.



Segala kenangan dengan lelaki berhati emas ini sangat mengesankan , beliau mampu mengingati nama-nama anak buah dengan baik, bertanya khabar, mengambil berat, seolah ayah kepada sebuah keluarga besar.


Perjalanan akhir yang memilukan



Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjan zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh ummat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan , melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan . Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat,didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.



Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.



Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata mengalir air mata kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am, sarat dengan makna yang mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.

Jerebu semakin pulih, tiada IPU paras bahaya pagi ini

Posted: 25 Jun 2013 09:09 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Keadaan jerebu yang melanda negara kini menunjukkan tanda-tanda pulih apabila tiada lagi kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) paras bahaya setakat pukul 7 pagi hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya 13 kawasan mencatat IPU paras tidak sihat sementara 35 kawasan lain mencatat paras sederhana.

Hujan yang turun di beberapa kawasan semalam antara faktor yang membantu peningkatan kualiti udara di kawasan terjejas.



Kualiti udara di beberapa kawasan di Selangor dan Perak yang mencatat bacaan paras bahaya dan sangat tidak sihat semalam, mencatatkan bacaan tidak sihat pagi ini.

Pelabuhan Klang yang mencatat bacaan IPU 464 pada pukul 5 petang semalam merekodkan 140 pagi ini, manakala Sri Manjung dan Jalan Pegoh di Perak yang masing-masing mencatat 290 dan 211 semalam, menunjukkan peningkatan kualiti udara pagi dengan IPU 137 dan 118.

Kawasan lain yang mencatat IPU tidak sihat ialah Bukit Rambai (111), Nilai (148), Port Dickson (105), Seremban (118), Tanjung Malim (110), Kuala Selangor (134), Petaling Jaya (111) dan Putrajaya (112).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

Semalam Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud memaklumkan semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak ditutup hari ini berikutan bacaan IPU di kawasan terbabit melebihi paras 250 pada pukul 5 petang semalam.

-Bernama

Jerebu di Seri Manjung semakin pulih

Posted: 25 Jun 2013 08:15 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -


SERI MANJUNG: Keadaan jerebu di sini semakin pulih apabila jarak penglihatan melebihi satu kilometer pagi ini berbanding kurang 500 meter semalam. 

Sekolah bagaimanapun masih ditutup berikutan arahan penutupan dua hari bermula semalam. 


Tinjauan juga mendapati orang ramai menjalankan urusan harian seperti biasa tanpa memakai topeng muka. 

EXCO Kesihatan Terengganu meninggal dunia

Posted: 25 Jun 2013 08:14 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat negeri, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia jam 10.18 pagi ini selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah di, sini. 

Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair. 

Dr A Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut dimasukkan ke hospital sejak Khamis lalu dan ditempatkan di ICU selepas mengalami masalah pernafasan. 

Keadaan jerebu seluruh negara semakin berkurangan

Posted: 25 Jun 2013 07:59 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Keadaan jerebu di seluruh negara hari ini semakin berkurangan apabila tiada lagi kawasan yang disifatkan berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 sehingga jam 7 pagi tadi. 


Kawasan Pelabuhan Klang yang mencatat bacaan 464 pada jam 5 petang semalam, menunjukkan penurunan kepada 140 manakala Seri Manjung pula yang pernah mencatat bacaan 333 pada jam 11 pagi semalam turut menurun kepada 137. 


Secara keseluruhan, laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan tiada kawasan berbahaya dan tiada kawasan sangat tidak sihat. 






Selain itu, 25 peratus kawasan didapati tidak sihat, 67 peratus sederhana dan 8 peratus menunjukkan bacaan IPU baik. 



Berikut beberapa bacaan IPU sehingga jam 7 pagi: 



Nilai 148 



Pelabuhan Klang 140 
Seri Manjung 137 



Kuala Selangor 134 



Seremban 118 



Jalan Pegoh, Ipoh 118 



Shah Alam 118 



Banting 114 

Singapura dilanda hujan batu

Posted: 25 Jun 2013 07:58 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Penduduk di Jurong di Singapura semalam mengalami hujan batu ketika hujan lebat dan ribut kencang melanda negara ini petang ini.

Seorang penduduk di Jurong Timur Vanitha Subramaniam, yang pada masa itu sedang bekerja, berkata beliau menerima panggilan daripada ibunya memberitahu mengenai hujan batu itu.

"Ibu saya menggambarkan hujan lebat setengah jam itu seperti air batu jatuh dari langit," katanya ketika dihubungi di Singapura.
Sementara itu, Straits Times (ST) melaporkan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) mengesahkan kejadian hujan batu yang dialami sesetengah penduduk terutama yang tinggal di bahagian barat Singapura itu, bukan disebabkan pembenihan awan di Indonesia.

Ditanya jika hujan batu itu berkaitan dengan jerebu, NEA hanya berkata ia adalah satu kemungkinan tetapi tidak dapat mengesahkannya.

Bagaimanapun, NEA berkata hujan lebat petang ini bukan toksid.

Kali terakhir hujan batu berlaku di republik ini ialah pada 27 Mac 2008.

Sementara itu, NEA dalam kenyataannya berkata sehingga 9 malam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) tiga jam di republik ini ialah 59, manakala bacaan 24 jam ialah dalam lingkungan 52 hingga 59.

Untuk tempoh satu atau dua hari akan datang, ia meramalkan angin akan bertiup dari selatan atau tenggara menyebabkan sedikit jerebu.

Bacaan IPU 24 jam pada Rabu dijangka berada pada tahap sederhana iaitu 51-100.

-Bernama

Syukur

Posted: 25 Jun 2013 03:58 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Apa yang dipunyai oleh seorang hamba di dunia ini merupakan nikmat dan karunia dari Allah,. Bila seseorang difitrahkan untuk berterima kasih kepada siapa yang berbuat baik kepadanya, maka dia juga difitrahkan untuk bersyukur kepada siapa yang telah melimpahkan kenikmatan kepadanya. Nikmat layak disyukuri dan syukur nikmat adalah nikmat yang layak disyukuri. Mereka berkata, "Syukur adalah nikmat yang patut disyukuri." Jadi syukur menuntut syukur dan seterusnya. 

Mahmud al-Warraq berkata, 

إِذَا كانَ شُكْرِي نِعْمَةَ اللهِ نِعْمَةٌ عَلَيَّ لَهُ فِي مِثْلِهَا يَجِبُ الشُكْرُ

فَكَيْفَ بُلُوغُ الشُّكْرِ إِلاَّ بِفَضْلِهِ وَإِنْ طَالَتْ الأَياَّمُ وَاتَّصَلَ العُمْرُ

إِذَا سَرَّ باِالسَّرَّاءِ عَمَّ سُرُورُهاَ وَإِنْ مَسَّ بِالضَّرَّاءِ أَعْقَبَهَا الأَجْرُ

وَمَا مِنْهُمَا إِلاَّ لَهُ فِيهِ نِعْمَةٌ تَضِيْقُ بِهَا الأَوْهَامُ وَالْبَرُّ وَالْبَحْرُ 




Bila syukurku terhadap nikmat Allah adalah nikmat 
Maka wajib atasku syukur kepadaNya pada yang sepertinya 
Bagaimana mencapai derajat syukur tanpa bimbinganNya 
Dalam perjalanan hari-hari dan sepanjang hayat hidup 
Bila Dia memberikan kemudahan, kebahagiaannya menyeluruh 
Bila dia menimpakan kesulitan, maka akhirnya adalah pahala 
Tak ada satu dari keduanya kecuali Dia memiliki nikmat padanya 
Akal pikiran, daratan dan lautan tak sanggup meliputinya. 



Al-Mubarrid berkata, "Ini adalah makna yang cermat, karena Allah tidak dipuji kecuali atas taufikNya, maka dia wajib dipuji atas taufik, kemudian wajib pada pujian kedua apa yang wajib pada pujian pertama dan seterusnya hingga tidak berakhiran." 



Abu al-Atahiyah berkata, 


إذَا أَنْتَ لَمْ تَزْدَدْ عَلىَ كُلِّ نِعْمَةٍ قَدْ آتاكَهَا شُكْرٌا فَلَسْتَ بِشَاكِرٍ 



Bila kamu tidak bertambah syukur atas semua nikmat 
Yang datang kepadamu maka bukan orang yang bersyukur. 



Yazid bin Muhammad al-Muhallabi berkata, 


فَكَيْفَ بِشُكْرِي ذِي نِعَمٍ إِذاَ مَا شَكَرْتُ لهُ فَشُكْرِي مِنْهُ نِعْمَة 



Bagaimana aku bersyukur kepada Pemberi nikmat, bila aku 
Bersyukur kepadaNya maka syukurku adalah nikmat dariNya. 



Sulaiman at-Taimi berkata, "Sesungguhnya Allah memberi nikmat kepada hamba-hambaNya menurut kesanggupan mereka dan membebani mereka syukur sesuai dengan kesanggupan mereka." 



Mereka berkata, "Syukur walaupun sedikit adalah harga dari semua pemberian walaupun besar." 



Hindun binti al-Muhallab berkata, "Bila kalian melihat kenikmatan mengucur maka segeralah bersyukur sebelum ia terangkat lalu lenyap." 



Umar bin Abdul Aziz berkata, "Menyebut nikmat adalah syukur." 



Hudzaefah bin al-Yaman berkata, "Nikmat Allah atas seseorang tidak besar kecuali hak Allah atasnya semakin besar." 



Mereka berkata, "Barangsiapa tidak mensyukuri yang sedikit, maka dia tidak mensyukuri yang banyak." 



Bahjatul Majalis, Al-Hafizh Ibnu Abdul Bar. http://www.alsofwah.or.id



MAS Aktifkan Kembali Laluan KL-Dubai

Posted: 25 Jun 2013 03:46 PM PDT

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan mengaktifkan kembali perkhidmatan laluan Kuala Lumpur-Dubai ke dalam rangkaiannya, berkuat kuasa 3 Ogos, dengan penerbangan harian menggunakan pesawat 777-200.
Pesawat itu, dengan kapasiti 282 tempat duduk untuk setiap penerbangan, akan menawarkan bersamaan 3,948 tempat duduk setiap minggu.
Bermula 5 Ogos, penerbangan itu akan berlepas dari Kuala Lumpur setiap hari pada 11.30 pagi dan tiba di Dubai pada pukul 2.20 pagi hari berikutnya.
Penerbangan pulang ialah pada pukul 4.10 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 3.25 petang.
"Dubai ialah antara laluan yang digantung semasa langkah rasionalisasi laluan kami pada Januari tahun lepas. Kami begitu gembira untuk mengaktifkan semula laluan berkenaan selepas memantau secara berterusan permintaan pasaran," kata ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines Group, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan akhbar.
Bersempena dengan pengenalan semula itu, syarikat penerbangan itu menawarkan tambang promosi menarik yang bermula hanya dari RM1,999 untuk tiket pergi/balik kelas ekonomi inklusif dan serendah RM5,999 untuk kelas perniagaan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Nuffnang