Rabu, 26 Jun 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Sidang DUN Selangor esok setelah Angkat Sumpah minggu lepas

Posted: 26 Jun 2013 10:35 PM PDT


56 Adun Negeri Selangor Angkat Sumpah 

Selangorkini/admin

Seramai 56 anggota Dewan Negeri Selangor (DNS) secara rasmi mengangkat sumpah sebelum ber - mulanya persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) sesi ke-13, esok, Jumaat 28 Jun 2013. Kesemua 56 Adun itu mengangkat sumpah taat setia dalam memelihara, melindungi serta mempertahankan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor di hadapan Speaker DNS yang baru dilantik, Hannah Yeoh.

Majlis itu bermula dengan upacara mengangkat sumpah oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diikuti tiga Exco Selangor, iaitu Datuk Teng Chang Khim, Iskandar Samad dan Rodziah Ismail. Ia kemudiannya disusuli dengan tujuh Exco Selangor yang lain dan kemudiannya diikuti oleh anggota dewan Pakatan Rakyat (PR) serta BN.

 Terdahulu, majlis dimulakan dengan cadangan Menteri Besar mengemukakan nama Hannah Yeoh sebagai Speaker DNS yang baru dan diikuti Teng yang mencadangkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Timbalan Speaker. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, PR menang di Selangor dengan memperoleh majoriti lebih dua pertiga apabila menguasai 44 daripada 56.

Tiada ulasan:

Nuffnang