N50 Dun Sri Muda |
- Sistem Pilihan Raya Malaysia dicipta untuk Kekalkan Kuasa BN -Ahli Akademik
- Adam Adli Bebas Dengan Ikat Jamin
- Permilihan Parti Akan Ditangguh-SU Agung PKR
- Persempadanan Semula Wajib Dilaksana Secara ADIL
- Pendatang Asing Memberi Kesan Buruk Pada Perbelanjaan Negara
- BN Kalah Teruk Di Selangor
- TAHNIAH ! GST Hidangan Kemenangan Pada Rakyat.
- Adam Adli didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan
- Penangkapan Adam Adli,Membangkitkan Anak Muda
Sistem Pilihan Raya Malaysia dicipta untuk Kekalkan Kuasa BN -Ahli Akademik Posted: 22 May 2013 09:53 PM PDT PETALING JAYA, 23 Mei — Barisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian "first past the post" terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan, kata ahli akadamik Amer Saifude malam tadi. Timbalan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013. "Selagi mana kita mengguna pakai sistem first past the post, ia akan menjadi kelebihan untuk BN," kata Amer dalam satu forum berkenaan kesan Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi. "Sejarah menunjukkan setiap kali persempadan semula, prestasi BN akan meningkat," tambahnya. BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR). Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut. Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan junmlah besar yang ditandingi mereka. Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh. "Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak," katanya. Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat di Parlimen. Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun ini. Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan jika aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi, undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat. Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa. Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi. Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa dengan Wall Street Journal dalam satu komen ditulis wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular — keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya. Bercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula. malaysianinsider |
Adam Adli Bebas Dengan Ikat Jamin Posted: 22 May 2013 09:46 PM PDT KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan tahanan reman ke atas aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Norsharidah Awang, hari ini. Bekas mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Adam Adli yang berpakaian t-shirt ketika dibacakan pertuduhan, diwakili tiga peguam iaitu Datuk S.Ambiga, N. Surendran dan Afiq Mohd Noor. Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. Kes Adam Adli akan disebut semula pada 2 Julai depan. Pertuduhan dibacakan oleh pendakwaraya Mahkamah Sesyen, Mitchell Yesuvass. Walaupun pendakwaraya menyifatkan Adam Adli tidak menimbulkan keganasan ketika melakukan kesalahan itu, namun kenyataan aktivis pelajar itu boleh menimbulkan keganasan. N.Surendran yang mewakili Adam Adli ketika pertuduhan itu dibacakan, mempertikaikan penahanan anak guamnya di bawah akta yang akan dimansuhkan seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini. Bagaimanapun hakim menjawab cadangan pemansuhan akta tersebut masih dalam kajian dan di peringkat pra-matang. Dalam penghujahannya, N.Surendran menegaskan anak guamnya sepatutnya dibebaskan tanpa ikat jamin kerana beliau seorang pelajar sementara bapanya seorang pesara kerajaan dan kes tersebut akan dibuat rayuan di Mahkamah Tinggi. sinarharian |
Permilihan Parti Akan Ditangguh-SU Agung PKR Posted: 22 May 2013 02:08 AM PDT PETALING JAYA, 22 Mei — Pemilihan parti PKR yang sepatutnya berlangsung November tahun ini mungkin akan ditangguhkan, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini yang memberikan alasan langkah tersebut diambil kerana mereka baru sahaja melalui pilihan raya umum sengit pada 5 Mei lalu. Setiausaha agung PKR itu walau bagaimanapun berkata penangguhan memerlukan kelulusan dalam kongres dan perlu meminda perlembagaan parti. "PKR menimbang untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya dijalankan November ini," kata Saifuddin dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, di sini. "Namun, untuk parti menangguhkan kami perlu memanggil satu Mesyuarat Khas Tahunan bagi dapatkan kelulusan dan pinda perlembagaan." Menurut Saifuddin (gambar) lagi, antara faktor utama penangguhan tersebut adalah kerana jentera dan ahli akar umbi baru sahaja melalui "pertempuran" iaitu dalam pilihan raya 5 Mei lalu. "Salah satu sebab penangguhan ini adalah kerana parti baru sahaja melalui satu 'pertempuran' sengit, iaitu pilihan raya umum ke-13 dimana banyak sumber dan tenaga telah digunakan. "Saya juga sendiri telah menemui pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk memberitahu mereka tentang kemungkinan parti menangguhkan pemilihan," kata Saifuddin lagi. Menyentuh tentang Kongres Nasional Tahunan Ke-9 yang bakal diadakan hujung minggu ini, Saifuddin menegaskan ia diadakan hanya untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh RoS memandangkan PKR tidak mengadakan kongres tahunan tahun lepas. Saifuddin menjelaskan tiga usul utama dalam kongres kali ini ialah ucapan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, perbincangan tentang Pilihan Raya 2013 dan seterusnya tentang perancangan parti untuk bergerak ke hadapan selepas ini. "Tiga usul akan dibentangkan kali ini, usul utama yang dibahaskan kali ini pastinya pasca pilihan raya umum ke-13. "Disamping itu, kongres juga akan membincangkan tentang langkah untuk mengukuhkan kepimpinan parti," tambahnya lagi. Sebanyak 2,500 delegasi akan bersidang pada kongres yang akan diadakan pada 25 Mei ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), disamping kehadiran pemerhati dan tetamu khas parti serta wakil daripada 221 cabang diseluruh negara. Kali terakhir PKR mengadakan pemilihan parti adalah pada tahun 2010 lalu, RoS telah menetapkan setiap pertubuhan yang berdaftar perlu mengadakan pemilihan setiap tiga tahun sekali. PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPP. Dalam pilihan raya 5 Mei lalu, PKR memenangi 30 kerusi Parlimen daripada 89 keseluruhan yang diperoleh oleh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), DAP memenangi 38 kerusi manakala PAS pula 21 kerusi. Keputusan Pilihan Raya 2013 menyaksikan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) buat kali pertama hilang undi popular apabila hanya memperoleh 47 peratus berbanding PR memperoleh 50 peratus. malaysianinsider |
Persempadanan Semula Wajib Dilaksana Secara ADIL Posted: 22 May 2013 02:04 AM PDT Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi dan undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat. Pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan hanya 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi dan memerlukan undi dari ahli Parlimen pembangkang untuk mengesahkan aktiviti itu. "Akan tetapi jika mereka (SPR) tidak menambah kerusi dan proses hanya melibatkan pengarisan semula sempadan, ini adalah bahaya kerana ia membenarkan manipulasi dan tidak perlu undi dua pertiga," kata Rafizi kepadaThe Malaysian Insider. "Pada masa lalu mereka (BN) menang besar dalam pilihan raya kerana aktiviti persempadanan semula sentiasa memihak kepada mereka… mereka memindahkan sokongan kami ke kerusi lain." Akan tetapi pengarah strategi PKR itu mengatakan kali ini persempadanan semula akan melibatkan penambahan dalam bilangan kerusi. Beliau berkata sejajar dengan desakan kempen "satu undi, satu nilai" DAP, ahli parlimen PR akan berjuang habis-habisan untuk menggunakan kuasa Parlimen bagi memastikan pengundi lebih adil tersebar tidak seperti keadaan sekarang. Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa. Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi. "Putrajaya mempunyai 15,791 pengundi berbanding Kapar yang mempunyai 144,159 pengundi. Ini tidak masuk akal. "Dan kita mempunyai kerusi DUN Sri Serdang dengan 72,769 pengundi jauh lebih tinggi dari kerusi Parlimen Putrajaya," beliau dipetik sebagai berkata. Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa. Dalam Wall Street Journal semalam, wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular — keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya. "Terima kasih kepada amalan berat sebelah anti-bandar melampau dan pemansuhan peraturan yang mengawal saiz relatif kawasan pilihan raya, kawasan pilihan raya terbesar mempunyai sembilan kali lebih ramai pengundi daripada paling kecil," tulis Bowring. "Atas dasar itu, dan mengambil kira bilangan kerusi dilawan sengit, pembangkang mungkin akan perlu menang sekurang-kurangnya 58 peratus undi popular untuk mendapatkan majoriti kerusi." Bercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula. SPR mengatakan baru-baru ini aktiviti itu akan bermula hujung tahun ini selepas proses enam bulan mendengar petisyen pilihan raya selesai. Petisyen mesti difailkan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya digazetkan. Perlembagaan Persekutuan menetapkan proses persempadanan semula perlu dilakukan sekurang-kurangnya setiap lapan tahun. Kali terakhir SPR melakukan persempadanan semula adalah pada 2003. "Tumpuan akan lebih kepada satu orang, satu undi, satu nilai selain dari mengetengahkan reformasi lain," kata Pua. "Apa yang kami mahu adalah padang lebih sama rata dalam pilihan raya umum akan datang. "Dalam erti kata lain, kita tidak sepatutnya melihat gabungan yang menang undi popular akan tetapi kalah dalam kiraan kerusi Parlimen. "Oleh kerana BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen, aktiviti tersebut mestilah dipersetujui oleh kedua-dua pihak," tambah beliau. Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke bersetuju dengan rakan partinya, mengatakan adalah penting bagi PR menggunakan sepenuhnya pengaruh di Parlimen dan melawan jika tidak bersetuju dengan cadangan persempadanan semula SPR. "Kita mempunyai lebih daripada satu pertiga ahli Parlimen dalam Dewan. Kita cukup kuat untuk memastikan persempadanan dilakukan dengan betul dan profesional," katanya. "Penentu undi tidak boleh menjadi tidak masuk akal seperti hari ini." Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad mengatakan perlu ada pengagihan pengundi yang "masuk akal" di kawasan pilihan raya bagi memastikan setiap undi mempunyai nilai sama di semua kawasan pilihan raya. "Dalam sesetengah kes, terdapat kawasan Parlimen yang kurang daripada 10,000 pengundi… di tempat lain, anda mempunyai kerusi dengan lebih 100,000 pengundi. "Kita akan cuba mengetengahkan perwakilan lebih adil secara menyeluruh," katanya. BN mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding PR 89 dalam pilihan raya 5 Mei akan tetapi buat pertama kali semenjak 1969, gabungan pemerintah itu hilang undi popular, hanya mendapat 48 peratus undi berbanding PR yang mendapat 51 peratus. Pemimpin PR secara serta merta mendakwa terdapat penipuan apabila pemimpin de facto mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pembangkang persekutuan telah menang pilihan raya. malaysianinsider |
Pendatang Asing Memberi Kesan Buruk Pada Perbelanjaan Negara Posted: 21 May 2013 02:00 AM PDT KOTA KINABALU, 21 Mei — Kerajaan membelanjakan RM21.7 juta bagi penjagaan kesihatan untuk pendatang asing yang tidak membayar kos perubatan mereka, kata pegawai Jabatan Kesihatan kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram di sini hari ini. Angka pesakit asing, kebanyakkannya rakyat Filipina dan Indonesia di hospital kerajaan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini kepada 40,826 pada 2011 yang menerima rawatan pesakit, atau 19 peratus daripada jumlah pesakit secara keseluruhan. "Pesakit asing datang ke hospital sama ada sebagai pesakit luar atau dalam meningkatkan beban kepada kami," kata Dr Maria Suleiman, timbalan pengarah prinsipal (Epidemiology) di Jabatan Kesihatan Sabah semasa RCI hari ini. Beliau juga mendedahkan sejumlah 25 peratus rakyat asing melahirkan anak di hospital kerajaan pada 2011 atau 14,096 bayi. Dari 2000 sehingga 2011, rakyat asing telah melahirkan 122,882 bayi di hospital kerajaan, purata 22 peratus daripada kelahiran keseluruhan. "Rakyat asing melahirkan anak di hospital kerajaan membimbangkan kita kerana terdapat sejumlah 122,882 kelahiran," kata Maria. Sejumlah 28 peratus dari 3.2 juta populasi Sabah adalah rakyat asing, berjumlah 889,000 orang. Maria juga mengatakan sebaliknya, rakyat Malaysia berhutang kepada kerajaan RM 7.7 juta untuk bil perubatan dari 2007 hingga 2012. Sejumlah 1,009,716 rakyat asing menerima rawatan pesakit luar di hospital kerajaan dari 2000 hingga 2012 sementara 295,053 warga asing dimasukkan ke dalam wad pada masa sama. Bilangan warga asing yang menerima rawatan pesakit luar telah meningkat dari 56,956 pesakit pada tahun 2008, atau 2.6 peratus, kepada 81,651 pesakit pada tahun 2011, atau 3.3 peratus. "Ini adalah angka penting yang memberi kesan kepada sistem penjagaan kesihatan," kata Maria. Pegawai kanan kesihatan, yang telah bekerja dengan kerajaan selama 22 tahun, juga berkata terdapat 7,550 kes penyakit berjangkit di kalangan warga asing dari 2010 hingga 2012, termasuk campak, taun, penyakit kusta dan hepatitis. Bilangan warga asing yang dijangkiti penyakit berjangkit, bagaimanapun, telah tergelincir dari 2,898 kes pada tahun 2010 kepada 2,143 kes pada 2012. Maria melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah pesakit asing, berkata: "Kos rawatan adalah besar." "Penyakit berjangkit sentiasa berlaku di Sabah," tambah beliau. Maria, bagaimanapun, tidak mempunyai di tangan jumlah kos penjagaan kesihatan untuk warga asing. "Kemasukan pendatang adalah masalah nasional dan kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan hak-hak rakyat -hak untuk rawatan perubatan dan kesihatan," kata Maria. "Kehadiran warga asing yang mempunyai kesan yang besar. Tetapi atas sebab-sebab kemanusiaan, kita masih perlu untuk merawat orang sakit," katanya. Inkuiri dihadapan lima orang panel yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan bersambung esok. |
Posted: 20 May 2013 02:21 AM PDT PETALING JAYA: Meskipun pilihanraya umum telah berlalu hampir tiga minggu lalu, namun kekalahan besar Barisan Nasional di Selangor masih diperkatakan. Walau dikemudi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta dibantu bekas menteri kabinet, Datuk Seri Noh Omar, BN hanya memenangi 12 kerusi negeri daripada jumlah keseluruhan 56 kerusi. Malah Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin saban minggu turun berkempen ke negeri itu dalam usaha untuk merampas semula kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat. Persoalannya mengapa BN dan Umno gagal merampas Selangor meskipun beratus juta telah dibelanjakan sejak lima tahun lalu. FMT sempat membuat tinjauan ringkas ke atas beberapa pemimpin BN Selangor bagi mengetahui sebab sebenar kekalahan tersebut. Turut memberi komen ialah NGO pro BN, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS). Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, BN negeri kalah kerana banyak faktor. Salah pilih calon "Antaranya, kawasan penduduk majoriti Cina yang tidak menyokong BN,; undi orang Melayu yang berpecah kepada dua kumpulan iaitu BN dan Pakatan Rakyat dan sesetengah pengundi muda yang terpengaruh dengan berita media baru. "Faktor lain ialah rakyat telah terpengaruh dengan janji-janji pembangkang, dan kerana itu kita lihat BN hanya banyak menang di kawasan utara Selangor majoriti pengundi Melayu," katanya. Seorang pemimpin Umno di Ampang memberitahu, salah pilih calon juga menyebabkan pengundi menolak BN. Selain itu tambah beliau, rakyat muak dengan senarai calon BN yang tidak menepati kehendak mereka. Sebelum itu, bekas Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo berkata, antara faktor kekalahan BN di Selangor ialah ketiadaan penyelarasan di kalangan parti-parti komponen BN. "Saya tidak tahu berapa kali BN negeri mengadakan mesyuarat dalam sebulan, mungkin empat kali," katanya. fmt |
TAHNIAH ! GST Hidangan Kemenangan Pada Rakyat. Posted: 19 May 2013 02:16 AM PDT Nampaknya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menamatkan tempoh berpantang mereka dengan cara menggasak rakyat dengan cukai GST yang bakal diperkenalkan, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad. Bagi beliau, kerajaan BN yang baru dibentuk Najib ini tidak sabar-sabar untuk membalas dendam mereka kepada rakyat yang banyak menolak mereka. "Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan 'Tsunami Cina' dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk 'mendera' rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru," tulis beliau. Ikuti tulisan beliau sepenuhnya di bawah ini. GST dulu ke atau Gaji Minima dulu Najib?! Telah berakhir tempoh PM Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (UBN) untuk 'berpantang' menahan nafsu amarah mereka untuk 'menggasak' rakyat negara ini. 2. Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan 'Tsunami Cina' dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk 'mendera' rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru. 3. Setelah memenangi kembali Putrajaya, dengan pilihanraya yang sangat dipertikaikan pelbagai pihak kerana sarat dengan penipuan, Najib sudah tidak segan-silu lagi untuk melakukan apa yang dianggapnya 'agenda tertangguhnya'. 4. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bakal dilaksanakan oleh kerajaan Najib dalam tahun 2013 ini dan telah diwar-war oleh Datuk Seri Idris Jala kononnya akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun. Apa tidaknya kalau mereka sanggup mencekik rakyat dengan kadar 7% cukai! 5. Najib dan Idris Jala juga perlu terangkan kepada rakyat kerana yang akan membayar cukai ini adalah rakyat bahkan semua lapisan rakyat termasuk yang kaya dan juga yang miskin atau berpendapatan rendah. Apabila mereka membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan tersebut selagi barangan itu bukan dalam kategori 'sifar cukai' atau 'zero-rated', bermaksud GST tetap dikenakan. 6. Kadar GST sebanyak 7% adalah sangat tinggi dan ini jelasnya adalah 'janji Najib yang tidak ditepati' kerana kadar 4% adalah angka yang disebut-sebut sejak awal GST diperkenalkan. Mungkin Najib telah kemaruk kerana baru sedar hutang kerajaan pusat dah terlalu membengkak hampir 55% KDNK kerana dirinya sendiri. 7. Ataukah Najib mahu sahaja 'mendera' rakyat yang tidak mengizinkannya untuk mendapat 2/3 majoriti di parlimen dan menawan kembali Selangor, negeri terkaya di Persekutuan Malaysia? 8. Singapura, yang rakyatnya mempunyai pendapatan per kapita hampir dua kali ganda dari kita pun memulakan kadar GST mereka pada kadar 3%. Kerana kos perlaksanaan cukai baru ini adalah sangat tinggi, yang dianggarkan berbilion RM. Contohnya Australia A$ 4 bilion ketika memperkenalkan GST di negara itu, maka tekanan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yakni inflasi, adalah tidak dapat dielakkan ekoran sebab faktor kos permulaan sistem GST. 9. Singapura, contohnya mengalami inflasi sebanyak 3% untuk selama 3 tahun akibat dari perlaksanaan GST dan begitu juga di kesemua negara-negara yang melaksanakannya juga turut mengalami tekanan inflasi untuk beberapa tahun. 10. Pakatan Rakyat secara prinsip tidak menolak sistem cukai penggunaan ini atau 'consumption tax' tetapi mahukan beberapa syarat penting mesti dilaksanakan oleh kerajaan terlebih dahulu. Pakatan Rakyat mahukan rakyat teramai mempunyai pendapatan yang menasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang lebih bermaruah atau 'a dignified life'. 11. Bank Dunia sendiri telah mengisytiharkan bahawa gaji sebenar (real wage) rakyat Malaysia dengan mengambil kira faktor inflasi, hanya naik 2.8% dalam satu dekad yang lalu. 12. Gaji minima adalah satu kaedah memecah hambatan atau 'bottleneck' peningkatan pendapatan rakyat. Sudah terlalu lama perlaksanaan 'Gaji Minima' ditangguhkan Najib. Ini satu pengkhianatan! Najib masih berdolak-dalik seperti dulu juga. Memang Najib tak ada tulang belakang atau 'spineless' dalam banyak hal. 13. Pakatan Rakyat menuntut supaya dengan pembenterasan amalan rasuah, kronisme dan sesetengah jenis monopoli, oligopoli dan kartel, negara akan dapat meningkatkan pendapatan dari sumber penjimatan. 14. Sekaligus kos saraan hidup rakyat akan dapat dikawal dan diperturunkan serentak mengizinkan rakyat meningkatan pendapatan dan 'pendapatan boleh berbelanja' (disposable income). 15. Pakatan Rakyat bercadang GST hanya dilaksanakan ketika pedapatan rakyat adalah pada paras yang lebih munasabah dan tidak seperti hari ini di mana 60% dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Hari ini hanya 10% sahaja mereka yang dalam pasaran kerja yang dikenakan cukai pendapatan kerana pendapatan yang rendah-sederhana. 16. Kerajaan Najib juga mestilah mendidik rakyat tentang konsep dan perlaksanaan GST ini kerana sememangnya sistem cukai ini rumit dan tidak mudah difahami. Ada yang menganggap bahawa rakyat atau pengguna akan dikenakan cukai sebanyak 28% kalau kita mula dengan pengenalan 7%, kerana cukai yang dibayar pengimpot, pengilang, pemborong dan peruncit akhirnya akan dibebankan kepada pengguna. 17. Fahaman ini adalah silap kerana GST adalah menggunakan sistem nilai-tambah atau 'Value-Added Tax' ( VAT) seperti digunakan di beberapa negara seperti United Kingdom. Rakyat keliru bahkan ada akauntan juga tidak faham. Rakyat perlu difahamkan dengan betul. 18. Meskipun GST, sebagai sistem cukai baru yang bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 5% itu adalah satu sistem yang lebih efisien dari segi pungutannya serta dapat mengurangkan 'pengelakan cukai' (tax evasion), namun ianya perlu mengambil kira syarat-syarat yang lain termasuk menurunkan cukai pendapatan dan cukai korporat supaya ianya tidak terlalu membebankan rakyat dan lebih menasabah. 19. Terpaling penting ialah GST ini tidak dilaksanakan selagi sumber-sumber kebocoran dan pembaziran yang menelan berbilion RM setahun tidak ditangani. 20. Tegasnya, Kerajaan Najib jangan paksa dan dera rakyat dengan GST setelah rakyat ditipu untuk memberikan mereka kelebihan kerusi diparlimen sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu. 21. PM Najib, kalau anda mahu madunya, jangan jolok sarangnya ya! - Harakah Daily |
Adam Adli didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan Posted: 18 May 2013 01:52 AM PDT Adam Adli Abdul Halim disiasat selama dua hari berturut-turut dan tidak diberikan bantal mahupun selimut untuk tidur, kata peguam Fadiah Nadwa Fikri yang melawat aktivis siswa tersebut hari ini. Fadiah, yang bertemu Adam Adli bersama bapa pemuda tersebut, Abdul Halim Abdul Hamid, di pusat tahanan reman Jinjang pada jam 1.30 hari ini berkata mereka terpaksa menunggu lama sebelum dapat berbuat demikian. "Selepas menunggu untuk beberapa lama, saya dan bapanya dibenarkan untuk bertemu Adam. Pengerusi bersama BERSIH (Datuk) S Ambiga, yang turut hadir, tidak dibenarkan bertemu," katanya. Tambahnya, beliau dan Abdul Halim kemudiannya berjaya menemui Adam Adli, dalam ruang yang dipisahkan dengan satu panel kaca. Panel kaca itu menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk berkomunikasi, lebih-lebih lagi apabila beliau perlu mendapatkan arahan daripada anak guamnya itu. Peguam itu berkata Adam memberitahunya bahawa anak muda berknaan disiasat dari jam 10 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad dan Isnin, manakala polis mengemukakan soalan yang sama berulang kali. Fadiah juga berkata Adam memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab soalan berulang dan memberitahu pegawai penyiasat berkenaan untuk menonton rakaman video ucapannya. Siswa berusia 24 tahun tersebut, yang digantung pengajian daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, ditahan reman sejak hari Sabtu lalu mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan atas ucapannanya dalam program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia pada 13 Mei. malaysiakini |
Penangkapan Adam Adli,Membangkitkan Anak Muda Posted: 17 May 2013 12:30 PM PDT Tangkapan aktivis siswa Adam Adli akan menjadi pencetus kebangkitan anak muda dan akan menyemarakkan mood kemarahan rakyat terhadap dakwaan penafian demokrasi secara melampau oleh kerajaan, kata sebuah NGO anak muda. Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, pada hari pertama tahanannya sahaja sudah 100 aktivis berkumpul bagi menunjukkan solidariti di hadapan lokap yang dihuninya. Badrul (kanan) yang lebih dikenali sebagai Chegubard mempersoalkan kenapa pemimpin Umno yang didakwanya berulang kali mengeluarkan ucapan berbaur perkauman dan kebencian antara agama tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun ratusan laporan polis dibuat. "Malah pemimpin Umno, proksi Umno dan pemimpin mesra BN ini juga telah dilindungi dan kebal dari hukuman, menjelaskan lagi betapa negara ini mempunyai dua set undang-undang," katanya. Dalam kenyataannya semalam, Barul juga membidas menteri dalam negeri yang baru Datuk Zahid Hamidi apabila "memilih untuk mula berkasar terhadap rakyat". "Sedangkan ucapan Zahid Hamidi sendiri harus mengundang hasutan apabila mengarahkan rakyat meninggalkan negara ini sekiranya tidak setuju dengan 'demokrasi yang mati'," katanya, merujuk kepada tulisan kontroversi Zahid di Utusan Malaysia baru-baru ini. malaysiakini |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan