Khamis, 23 Mei 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Nombor Plat Kenderaan W.Persekutuan Yang Baru Bermula Dengan 'W1A'

Posted: 23 May 2013 02:01 AM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Nombor siri plat pendaftaran kenderaan 'WYY' yang akan berakhir tidak lama lagi akan menyaksikan plat pendaftaran kenderaan yang baru akan bermula dengan 'W1A' dan berakhir dengan 'W9999A' (lihat carta di atas), kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin, pada Khamis berkata format semasa itu yang akan tamat dengan 'WYY9999A', dijangka berakhir pada bulan Julai.

Mahkamah bebaskan Adam Adli dengan ikat jamin.

Posted: 23 May 2013 01:42 AM PDT


13 Rejab 1434 H. [MOD] -Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim yang didakwa di bawah Akta Hasutan. Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah.

Chegubard: Himpunan Sabtu ini tetap diteruskan

Posted: 23 May 2013 01:37 AM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -



 
Di sebalik tangkapan beberapa pemimpin pembangkang dan NGO, perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Sabtu ini di Petaling Jaya akan tetap diteruskan, kata penggerak utamanya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Pemimpin SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata, NGO anak muda itu bertekad memastikan himpunan yang dinamakan "SuaraRakyat505" itu mencapai matlamat, walaupun beliau sendiri mungkin ditahan.

"Himpunan ini adalah himpunan rakyat, semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas regim legasi penjajah untuk kekal berkuasa," katanya yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Dalam kenyataan hari ini, Badrul juga mengutuk keras "tindakan tidak bertamadun" pihak berkuasa membuat tangkapan demi tangkapan bermula sejak aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dicekup minggu lalu.

"Negara seolah-olah berada dalam keadaan 'belum merdeka' ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan. 

"Ini bukti kegagalan transformasi Najib, ketika kerajaan yang ada hari ini tidak punya sokongan majoriti," katanya.

Malayskaini/-

KDN rampas ribuan naskhah Harakah, Suara Keadilan

Posted: 23 May 2013 01:35 AM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -

Tiga organ parti dalam Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menjalankan operasi merampas naskhah akhbar berkenaan di beberapa negeri hari ini.

KDN dalam kenyataannya petang ini menyebut, operasi rampasan naskhah Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket itu dibuat kerana penerbitan itu didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

Ia didakwa melanggar Seksyen 5 undang-undang tersebut yang meperuntukkan syarat edaran untuk ahli sahaja.


Pengurus pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang ketika dihubungi mengesahkan operasi berkenaan dijalankan ke atas pengedar mereka di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, kedah dan Perak hari ini.

"Pengurusan Harakah sehingga kini masih mengumpul data mengenai jumlah rampasan tersebut," katanya.

Edisi yang terlibat dalam rampasan tersebut menonjolkan isu penguatkuasaan cukai barangan dan perkhidmatan "GST) dengan tajuk besar 'GST hadiah BN untuk rakyat'.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pula dalam satu kenyataan berasingan menyatakan pegawai KDN menjalankan tindakan tersebut sejak 24 jam lalu.



Selain merampas nashkhah berkenaan, pegawai KDN juga dakwanya mengancam untuk menangkap pembekal dan pengedar akhbar itu di beberapa tempat.

Ia antara lainnya melibatkan operasi di Ipoh pada malam tadi, di mana seramai tujuh pegawai KDN telah menyerbu premis salah seorang pembekal Suara Keadilan dan merampas 214 naskah akhbar.

Pegawai berkenaan juga dakwanya enggan memberi sebarang bukti surat kuasa rampasan.

Malaysiakini/-

Khutbah hari guru 2013

Posted: 23 May 2013 01:01 AM PDT


13 Rejab 1434 H. [MOD] -


،
أَمَّنْ ىُوَ قَانِتٌ آنَاء اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَ رُ الآخِرَةَ وَيَ رْجُو رَحْمَة رَبِّوِ
قُلْ ىَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَ عْلَمُونَ وَالَّذِينَ ل يَ عْلَمُونَ إِنَّمَا يَ تَذَكَّرُ أُولُو
– الأَلْبَابِ الزمر : ٩
أَشْهَدُ أَنْ لَ اِ لَوَ إِلَّ اللَّو وحْ دَ ه ل شَ رِ يْكَ لَو وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُوُ، اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِوِ وَاَصْحَابِوِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِ إحْسَانٍ إِلَى
يَ وْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَ عْدُ ، يَا أَيُّ هَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّ قُوا اللَّو حَقَّ تُ قَاتِوِ وَل تَمُوتُنَّ إِل وَأَنْ تُمْ
مُسْلِمُونَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekelian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala laranganNya, mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kerjaya guru merupakan tugas mulia di sisi Islam dan Islam merupakan satu agama yang mementingkan ilmu pengetahuan dan memandang tinggi martabat seorang pendidik sama ada berkaitan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang amat bermakna bagi setiap warga guru. Hari ini seluruh negara mengingati, menghargai dan meraikan para guru dengan sewajarnya. Tidak kiralah siapa pun yang pernah mengajar kita, banyak atau sedikit ilmu yang dicurahkan, tidak kira apa bangsa atau agamanya, mereka tetap guru kita. Gurulah yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira supaya kita menjadi insan yang berilmu. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk kita mengiktiraf sumbangan dan jasa guru terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Ianya selari dan bertepatan dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini "Guru Malaysia : Satu Aspirasi Satu Agenda"
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dewasa ini, terdapat pelbagai berita yang boleh dikira sebagai keadaan di mana martabat guru cuba direndahkan. Segala nilai-nilai yang perlu ada bagi setiap yang menuntut ilmu, tidak diamalkan. Hal ini menyebabkan keberkatan daripada Allah itu tiada. Maka dengan itu, masyarakat berilmu tetap akan lahir namun daripada aspek yang bukan kita cari. Sebagai perbandingan, pada masa sekarang, sangat ramai ahli profesional daripada bidang masing-masing yang tampak hebat pada kaca mata manusia. Mereka menunjukkan prestasi yang baik dalam menjalankan tugas mereka. Namun, kita akan dapat melihat perbezaan antara orang yang menjaga adab dan yang sebaliknya.

Seseorang akan benar-benar ikhlas dalam menjalankan tugas kesan daripada adab terhadap guru. Oleh yang demikian, adab-adab terhadap guru dalam menuntut ilmu sangat penting. Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT : يَ رْفَعِ اللَّو الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّو بِمَا
– تَ عْمَلُونَ خَبِيرٌ المجادلة : ١١

Maksudnya : Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah maha dalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.

Muslimin yang dirahmati Allah Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut. Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun

pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie. Jawab Imam Syafie, "Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah, aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakah hendak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tahu kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang aku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu." Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru. Saidina Ali R.A juga pernah berkata "Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka ia adalah tuan kepadaku:".
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah ,

Dalam menjana tranformasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, tugas guru bukan sekadar menjadi mudarris(pendidik), tetapi guru juga sebagai mua'llim (penyampai yang benar), sebagai murabbi (pengasuh dan pendidik anak-anak dengan kasih sayang), sebagai muaddib (pembentuk adab dan akhlak anak-anak), dan sebagai mursyid(pembimbing ke arah kebenaran).

Kehidupan seorang guru tidak dapat lari dari hidup secara berjemaah atau dengan kata lain "Hidup Bermasyarakat". Apabila kita jauh dari sanak saudara dan ahli keluarga, maka orang yang paling hampir dengan kita ialah jiran tetangga atau lebih dikenali sebagai masyarakat. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda :

مَ نْ أَصْ بَحَ والدُّ نْي اَ أَكْ ب رَ ىَ مِّ وِ ف ل يسَ مِ نَ اللِ ف يْ شَ يْ ءٍ ، ومَ نْ لَمْ ي تَّقِ اللِ
ف ل يسَ مِ نَ اللِ ف يْ شَ يْ ءٍ ، ومَ نْ لَمْ ي هْ تَمَّ لِلْ مُ سْ ل مِ ينَ عَ امَ ة ف ل يسَ مِ نْ هُ مْ -
)المستدرك على الصحيحين للحاكم(

Sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan urusan keduniaan maka bukanlah dia daripada golongan yang diredhai Allah. Sesiapa yang tidak bertaqwa kepada Allah maka bukanlah dia daripada golongan yang diredhai Allah dan sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka.

Lihatlah tokoh-tokoh ulama nusantara seperti Prof. Dr. Hamka, Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi, Tuan Guru Tok Kenali dan ramai lagi, mereka telah mencurahkan bakti dalam menyampaikan ilmu dan bergiat aktif dalam masyarakat. Kesinambungan usaha mereka itu sewajarnya diteruskan oleh generasi pendidik masakini.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Kita tidak boleh meletakkan peranan membentuk akhlak dan peribadi anak-anak kita hanya kepada guru-guru di sekolah sahaja. Ibu bapa serta ahli masyarakat sewajarnya memainkan peranan secara bersama. Gunakanlah ruang permuafakatan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menjana idea dan menyelesaikan masalah.

Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak diberikan kasih sayang dan perhatian secukupnya. Usaha mendidik anak-anak sebenarnya bermula dari rumah, terutamanya dalam mendirikan solat secara istiqamah, membaca, memahami serta menghayati isi kandungan al-Quran. Ianya selari dan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah memperkenalkan "sarana ibubapa" dan "sarana sekolah" sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibubapa, komuniti dan sektor swasta kearah bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu membantu murid berjaya. Penglibatan semua mampu mengubah sistem pendidikan negara kearah kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti yang diharapkan.

Sidang Jumaat yang dihormati; Justeru, sempena Hari Guru yang disambut setiap tahun, kita perlu kembali mengenang jasa guru yang banyak membantu agama, bangsa dan negara. Hal ini bertepatan dengan saranan Baginda SAW yang mengajar umatnya agar sentiasa ringan mulut untuk mengucapkan 'terima kasih' kepada sesiapa sahaja yang berbakti kepada mereka. Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak didiknya akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran kebaikan, meskipun setelah pergi menghadap ilahi.

Mengakhiri khutbah pada hari ini mimbar menyeru dan berpesan, marilah kita menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru melalui tindakan berikut:
Pertama: Mendoakan kebahagian buat guru-guru, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Kedua: Menziarahi guru-guru untuk mengeratkan silaturrahim.
7
Ketiga: Menghulurkan apa juga bentuk sumbangan mengikut kemampuan masing-masing kepada institusi pendidikan.

Keempat: Berkatalah dengan lemah-lembut dan jangan sekali-kali menyakiti hati guru.
Kelima: Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru dan semua insan yang pernah menabur bakti dan budi kepada kita.

Buat para guru, teruslah beristiqomah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa mudah-mudahan akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Firman Allah dalam surah al-Jumu'ah ayat 2:

ىُوَ الَّذِي بَ عَثَ فِي الأُمِّيِّينَ رَسُول مِنْ هُمْ يَ تْ لُو عَلَيْهِمْ آيَاتِوِ وَيُ زَكِّيهِمْ
وَيُ عَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَة وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَ بْلُ لَفِي ضَل لٍ مُبِينٍ
بَارَكَ اللهُ لِِْ وَلَكُمْ فِِْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ ، وَنَ فَعَنِِ وَإِيَّاكُمْ بَِِا فِيْوِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الَْْكِيْمِ،
وَتَ قَبَّلَ مِنِِّ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَوُ إِنَّوُ ىُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَ وْلِِ ىذَا وَأَسْتَ غْفِرُ اللهَ العَ ظِيْمَ لِِْ
سْلِمِيَْْ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيَْْ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَ غْفِرُ و
ُ
وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الم هُ إِنَّوُ ىُوَ الْغَفُورُ
الرَّحِيم.

Sarawak Mesti Lebih Maju Selepas Ramai Wakil Sarawak Jadi Menteri

Posted: 23 May 2013 12:53 AM PDT


13 Rejab 1434 H. [MOD] -




Tahniah kepada Ahli Parlimen (AP) dari Sarawak yang telah dilantik
sebagai Menteri dan juga Timbalan Menteri yang kita harap dapat
memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.



Semua wakil parti dari Sarawak mendapat lantikan jadi Menteri dan
Timbalan Menteri kecuali parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
tidak mempunyai perwakilan dalam kabinet baru Perdana Menteri Najib
Tun Razak. Kalau boleh jawatan Pemangku Menteri Pengangkutan yang
dipegang oleh Hishammudin diberi kepada AP dari SPDP untuk pelantikan
sepenuhnya.



Kita ingin melihat suatu perubahan yang lebih rancak berlaku di
Sarawak terutama sekali di kawasan luar bandar selepas ramai AP
Sarawak dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri dan bukan
sebaliknya. Kita juga ingin melihat Menteri Kerjaraya baru dari
Sarawak dapat membuat sesuatu perubahan yang drastik untuk membina,
membaik pulih keadaan jalanraya di Sarawak terutama yang menghubungkan
kawasan bandar ke luar bandar.



Begitu juga jalanraya Pan Borneo diharap menjadi kenyataan selepas
ini, dimana Kementerian Kerjaraya sebelum ini menjangka jalanraya Pan
Borneo akan siap dalam tahun 2025 tetapi kita mahu Menteri yang baru
dilantik dapat menyiapkan atau ada perubahan dalam tempoh 5 tahun.



AP yang baru dilantik akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk
melaksanakan tugas serta amanah yang telah diberikan oleh rakyat agar
ianya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat khususnya di Sabah dan
Sarawak.



Kita tidak mahu melihat ramai Menteri dan Timbalan Menteri dari
Sarawak tapi keadaan di Sarawak masih tidak berubah seolah-olah kita
masih berada seperti tahun 60an dan 80an yang lalu. Harapan rakyat
Sarawak untuk menikmati hasil dan juga kemajuan yang lebih baik dari
sebelumnya dan seharusnya semua janji ditepati seperti mana yang
dijanjikan semasa PRU13 yang lalu.



Inilah masanya untuk AP dari Sarawak membuktikan yang mereka
benar-benar boleh memberi manfaat dan pandai mengurus hal ehwal serta
kebajikan rakyat yang memerlukan di seluruh negara. Jangan cakap saja,
tapi buktikan setelah rakyat memberi amanah.



Kita mahu melihat Sarawak antara negeri yang termaju dan berada dalam
kedudukan yang bebas dari kemiskinan tegar dalam Malaysia dengan
adanya Menteri yang bertanggunjawab, amanah, cekap dan bebas dari
melakukan rasuah.



Kita memberi tempoh 100 hari dari tarikh pelantikan Menteri dan
Timbalan Menteri untuk mereka laksanakan tugas mereka dengan amanah,
jujur dan adil kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa,
agama dan fahaman politik.



Jangan bersikap seperti Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said
yang lebih mementingkan puaknya saja dengan meminggirkan kawasan yang
menyokong Pakatan Rakyat.



Tanggungjawab Menteri dan Timbalan Menteri adalah melaksanakan amanah
rakyat bukannya mengkhianati rakyat. Pendapatan Menteri dan Timbalan
Menteri termasuk Perdana Menteri serta lain-lain AP yang dilantik
adalah hasil dari wang pembayar cukai yang tidak mengira bangsa, agama
dan fahaman politik.



Maka kita mengesa semua mereka yang terpilih menjadi wakil rakyat
WAJIB berlaku adil kepada semua, jangan makan duit HARAM kalau mahu
hidup dalam keberkatan.



Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Telefon bimbit vs tandas

Posted: 23 May 2013 12:48 AM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -

Telefon bimbit vs tandas


Amalan membuang air besar secara terbuka yang boleh menyebarkan penyakit, perlu dihentikan segera
Telefon bimbit vs tandas


Indonesia antara negara mempunyai pemilikan telefon bimbit teramai.
Telefon bimbit vs tandas


10 negara mengalami kedaifan tandas berbanding pemilikan telefon bimbit
PERTUBUHAN Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan, enam daripada tujuh bilion penduduk dunia memiliki telefon bimbit tetapi hanya 4.5 bilion mempunyai tandas di rumah.


Laporan statistik mengejutkan ini mendorong organisasi antarabangsa melancarkan kempen global bagi meningkatkan kebersihan kepada 2.5 bilion orang yang berhadapan dengan risiko kesihatan.



Timbalan Ketua Setiausaha PBB, Jan Eliasson menjelaskan, statistik ini mencerminkan kemiskinan melampau di beberapa negara dunia.



"Masalah ini perlu ditangani segera bagi memenuhi matlamat PBB untuk mengurangkan masalah penduduk yang berhadapan dengan kemudahan kebersihan  menjelang akhir 2015," katanya.



Beliau turut menyelar sikap pemimpin dunia yang hanya menetapkan misi pembangunan milenium untuk memerangi kemiskinan namun  masalah kemudahan kebersihan terus dipinggirkan.



"Amalan membuang air besar secara terbuka yang boleh menyebarkan penyakit, perlu dihentikan segera   dan perlu berada pada kadar sifar menjelang 2025," katanya.



Menurutnya, walaupun bilangan penduduk membuang air besar secara terbuka menurun 271 juta sejak tahun 1990, tetapi perbuatan itu  masih diamalkan 1.1 bilion orang atau 15 peratus daripada penduduk dunia.



"Ia adalah salah satu punca utama cirit-birit yang mengakibatkan kematian lebih daripada 750,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun setiap tahun," katanya.



Eliasson berkata, sebanyak 22 negara dengan lebih daripada 80 peratus penduduk membuang air besar secara terbuka di dunia.



Menurut seorang pegawai PBB, Brazil, China, India, Indonesia, Kemboja, Ethiopia, Kenya, Madagascar, Malawi, Mozambique, Nepal, Nigeria, Pakistan, Sierra Leone, Zambia, Afghanistan, Burkina
Faso, Chad, Congo, Niger, Sudan dan Selatan Sudan antara masih mengamalkan perbuatan itu.



"Di India sebanyak 60 peratus daripada jumlah penduduknya mengamalkan tabiat membuang air besar terbuka. Perbuatan itu dilihat amat bertentangan dengan pemilikan telefon mudah alih yang meningkat di negara itu," katanya.



Beliau berkata, kini terdapat peningkatan mendadak penggunaan telefon bimbit dengan hampir satu bilion pengguna berbanding 45 juta pada 2002.



"Laporan menunjukkan, kedai telefon bimbit kini semakin banyak di India termasuk kilang Nokia terbesar di dunia ditempatkan di Chennai. Mereka mampu membeli telefon bimbit tetapi tidak mampu membina tandas di rumah. Perkara ini amat mendukacitakan," katanya.



Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Kanak-Kanak Sedunia (Unicef) Martin Mogwanja berkata, matlamat kebersihan unggul digariskan PBB hanya boleh tercapai pada 2075 dan bukannya 2015.



"Keuntungan ekonomi global daripada pelaburan sektor kebersihan dianggarkan 170 bilion pound setahun dan masalah kebersihan menjejaskan pertumbuhan ekonomi adalah sekitar antara 0.5
peratus dan 7.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar setiap negara," katanya dipetik laporan MailOnline



Ogos tahun lalu, pengasas Microsoft, Bill Gates melancarkan kempen 'menginovasi tandas' untuk mengurangi angka kanak-kanak meninggal dunia yang berpunca daripada masalah kebersihan.



The Gates Foundation  menawarkan AS$42 juta untuk meminta penduduk dunia membuat tandas dengan menggunakan teknologi penjimatan air.

sinar/-

KEADILAN kecam penahanan Tian & Haris, desak pembebasan

Posted: 23 May 2013 12:47 AM PDT

Nik Nazmi
13 Rejab 1434 H. [MOD] -


KEADILAN mengutuk penahanan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Pengerusi Asalkan Bukan Umno, Haris Ibrahim pada hari ini di bawah Akta Hasutan.
Ini satu lagi bukti bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak masih lagi terperangkap dengan dasar-dasar lapuk Umno BN.
Pada tahun lepas, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Akta Keharmonian Nasional untuk menggantikan undang-undang zalim tersebut, Akta Hasutan yang digubal penjajah tersebut kekal.
Dakwaan bahawa beliau mahukan rekonsiliasi nasional selepas pilihan raya baru-baru ini juga terbukti janji kosong semata-mata. Ini adalah petanda buruk bagi rejim baru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Penahanan terbaru ini berlaku selepas dakwaan terhadap saya di bawah Akta Perhimpunan Aman dan penahanan aktivis mahasiswa Adam Adli di bawah Akta Hasutan.
Ironisnya, ramai pimpinan Umno BN dan akhbar mereka, Utusan Malaysia terus membakar sentimen perkauman namun tiada tindakan diambil ke atas mereka sedangkan pimpinan yang berjuang untuk demokrasi menjadi mangsa. Ini menunjukkan hipokrasi pentadbiran Najib.
KEADILAN mendesak pembebasan serta-merta Tian dan Haris dan pemberhentian pendakwaan bermotifkan politik terhadap aktivis Pakatan Rakyat dan NGO.
Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Tiada pemilihan pada kongres PKR ke-9

Posted: 23 May 2013 12:41 AM PDT


13 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kongres Nasional KEADILAN kali ke-9 yang akan berlangsung dua hari bermula esok tidak akan melibatkan pemilihan kepimpinan parti PKR, kata setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, mengikut perlembagaan PKR, tempoh pemegang jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) adalah tiga tahun, dan hanya akan berakhir pada November tahun ini. 


Dengan kondisi itu, PKR katanya mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan pemilihan parti sebelum November ataupun menangguhkannya seperti yang dibenarkan perlembagaan parti itu.



"Buat masa ini parti sedang menimbangkan kedua-dua pilihan ini, sama ada meneruskan seperti jadual asal atau menangguhkan," katanya semalam.



Saifuddin menjelaskan, pertimbangan itu dibuat kerana jentera parti baharu sahaja berhadapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan perlu membina semula kekuatan parti.



"PRU 13 merupakan satu pertempuran besar yang memakan belanja dan tenaga yang banyak, sebab itu kita perlu menimbangkan sama ada perlu memperkemas semula saf pasukan," katanya.



"Bagaimanapun, sekiranya pimpinan rasa pertempuran itu tidak memberi kesan kepada parti, maka pemilihan akan diteruskan seperti biasa (hujung tahun ini)," katanya lagi.



Tambah Saifuddin, perkara itu antara cadangan yang sedang dibincangkan pimpinan parti buat masa ini dan hanya akan diputuskan selepas kongres esok.



"Selepas selesai kongres, kita akan memanggil semula semua pimpinan untuk memutuskan perkara berkaitan pemilihan pula," jelasnya.



"Kita juga sudah bertemu ROS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) berhubung perkara itu, dan menurut mereka jika benar kita perlu tangguh, maka pindaan perlembagaan harus dibuat sebelum pemilihan," katanya.



Kali terakhir pemilihan parti dijalankan ialah pada 2010.


harakahdaily/-

Ajal ketika lepas hajat

Posted: 23 May 2013 12:39 AM PDT

Foto
13 Rejab 1434 H. [MOD] -

Alor Gajah: Hasrat seorang lelaki yang baru sebulan bertugas mengawal landasan kereta api untuk 'melepaskan hajat' bertukar tragedi apabila maut dalam keadaan mengerikan akibat digilis kereta api penumpang di Saluran 504 laluan Tampin-Rembau berhampiran Kampung Orang Asli Bukit Payung, Simpang Ampat, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 1.30 pagi itu menyebabkan anggota badan mangsa, Azmil Talib, 27, yang juga lelaki Orang Asli bersepai selepas dipercayai diseret sejauh kira-kira 200 meter.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa ditugaskan bersama seorang rakan sekerjanya, Amiruddin Yahya, 27, di laluan berkenaan.


Katanya, Azmil yang masih bujang bertugas dari jam 7 malam kelmarin hingga jam 7 pagi semalam di pos Saluran 504- 512 landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

ANGGOTA polis memeriksa keadaan mayat mangsa yang digilis kereta api.


"Ketika kejadian, mangsa yang ditugaskan bersama rakannya itu mengadu sakit perut sebelum meminta diri melepaskan hajat di sekitar landasan kereta api.


metro/-

Jelaskan: Betul ke kadar Pos naik 8 kali ganda?

Posted: 23 May 2013 12:35 AM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR:Kerajaan diminta memberikan penjelasan apakah benar pihaknya memberikan kebenaran kepada Pos Malaysia untuk menaikkan kadar perkhidmatannya sehingga lapan kali ganda.



Ini berikutan perbincangan hangat di laman sosial Facebook yang memaklumkan kononnya perkhidmatan pos kini meningkat lapan kali ganda.



Menurut satu penyataan yang dibuat dalam facebok itu, dulu kos pos beliau untuk urusan antarabangsa hanya RM10 sahaja tetapi sekarang sudah meningkat ke RM70.



"Suami saya terlibat dalam bisnes jual barang ke oversea. Sejak samalam (beberapa hari lalu) semua barang dah tak boleh nak pos. Kos pos meningkat hampir 8 kali ganda. Kalau dulu kos pos RM10 sekarang dah jadi RM70++. 



"Ingatkan kos antarabangsa yang naik. Bila check balik kos antarabngsa sama. Kos pos Malaysia yang meningkat. Siap ada surat kebenaran dari kementerian untuk kenaikan harga tersebut. 



"Satu soalan je saya nak tanya... Apasal kenaikan harga semua benda di Malaysia sejak seminggu ni macam pesta lakk???" kata satu posting dalam facebook.



Satu lagi posting pula memaklumkan, "Baru balik dari Pejabat Pos, tak jadi pos. Biasa pos barang kat oversea dalam lingkungan RM80-90. 



"Kadar baru hari ini naik lapan kali ganda iaitu RM640. Semua pos selain daripada kertas ditakrifkan sebagai parcel. Nak kata kenaikan global tapi Fed-Ex masih kekal RM35 saja.



"Pos Fed-Ex untuk sampia 3-5 hari dan Pos Malaysia ambil masa 7 - 21 hari untuk sampai. 



"Aku perli kerani Pos dan kerani Pos siap tunjuk kebenaran kenaikan harga dari kementerian Pos dan Telekomunikasi," tulis seorang pengguna bernama Jabar Abdullah.


Ekoran itu, Jabar dalam Facebooknya juga memaklumkan, beliau sudah bertukar kepada perkhidmatan lain ekoran kenaikan pos yang mendadak oleh Pos Malaysia itu.

"Lupakan Pos Malaysia. Banyak lagi penghantaran alternatif yang jauh lebih murah. Inilah perniagaan monopoli yang dilopori oleh Kolongmerat Melayu tajaan BN," tulisnya.

Beliau memberikan contoh, pos daftar biasa ke USA RM64.60 sedangkan Fed-Ex baru RM33.27 dan UPS RM15.00 sahaja.

harakahdaily/-

Kaki guru tertusuk batang besi

Posted: 23 May 2013 12:33 AM PDT

Foto
13 Rejab 1434 H. [MOD] -


Briarwood: Seorang guru cedera selepas tertusuk besi kaki meja ketika melindungi muridnya apabila puting beliung yang membawa angin selaju 320 kilometer sejam (kmsj) menerbangkan sisa runtuhan di Oklahoma, kelmarin.

Suzanne Haley yang melindungi murid di Sekolah Rendah Briarwood mengalami kecederaan serius apabila kaki kanannya tertusuk besi berkenaan.


Guru darjah satu itu berlindung bersama muridnya di bawah meja ketika puting beliung berkenaan melanda kawasan sekolah itu.

Dia dihantar ke hospital dengan sebuah trak.


Bercerita mengenai peristiwa itu, Suzanne berkata: "Dinding kelas runtuh dan menghempap kami yang ketika itu berlindung di bawah meja.



"Mulanya saya fikir sesuatu yang besar dan berat menghempap kaki saya menyebabkan saya tersepit. "Saya tidak boleh bergerak. Tiada siapa yang dapat bergerak. Tetapi akhirnya kami mampu berguling dan keluar. Saya meminta anak saya melihat apa yang menghempap kaki saya dan mengangkatnya. Tetapi selepas melihatnya, dia menjerit." Guru itu berkata, dia terpaksa mengawal perasaan untuk menenangkan muridnya.


"Saya berjaya melakukannya. Saya sungguh terkejut. Saya tidak boleh cemas di depan anak saya dan murid lain. Saya perlu bertenang demi mereka," katanya.


Suzanne mulanya bimbang bayaran rawatan perubatan kerana perlindungan insurans yang dibelinya tidak meliputi kecederaan seperti itu.

Tetapi selepas menonton wawancara yang disiarkan televisyen, syarikat insuransnnya memaklumkan kepada guru yang berani itu bahawa mereka akan menanggung kos rawatan berkenaan. - Daily Mail

Tak sanggup lihat jenazah

Posted: 23 May 2013 12:29 AM PDT

Foto
13 Rejab 1434 H. [MOD] -

Tanah Merah: "Saya hanya mampu menangis dalam kereta dan tidak sanggup melihat keadaan adik yang sudah tidak bernyawa," kata Fatin Nazira Mazelan, 18, kakak kembar Fatin Nabila, 18, antara tiga mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah bas persiaran di Kilometer 3, Jalan Ismail Petra, berhampiran Depoh Tahanan Imigresen, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, Fatin Nabila yang menaiki Nissan Sunny dipandu rakannya, Mohd Zaki Ibrahim, 22, bergesel dengan Proton Saga dipandu seorang lagi rakan mereka, Mohd Faiz Adnan, 20.
Akibat geselan itu menyebabkan kereta dipandu Mohd Zaki gagal dikawal sebelum merempuh belakang sebuah bas yang diletakkan di tepi jalan manakala kereta dipandu Mohd Faiz terbabas dalam longkang dengan keempat-empat tayar ke atas.


Fatin Nabila dari Alor Pasir dan Mohd Zaki dari Kampung Kubang Rusa, dekat sini, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan sebelum mayat mereka dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat.



Mohd Faiz dari Kampung Bukit Mas, dekat sini, meninggal dunia di HTM jam 5 pagi semalam. Jenazah semua mangsa dikebumikan, petang semalam.

metro/

KDN rampas Harakah di beberapa negeri pagi ini

Posted: 23 May 2013 12:24 AM PDT


13 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri di seluruh negara.



Antara negeri yang dilaporkan berlaku rampasan itu termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.



Menurut Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang, pagi ini beliau menerima pangggilan telefon daripada pengedar-pengedar yang memaklumkan pihak KDN menjalankan operasi merampas Harakah.



Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar.



Jelasnya, di Melaka dianggarkan lebih 500 naskah Harakah dirampas manakala di Alor Setar Kedah pula dilaporkan sebanyak 1,000 naskah.



Rampasan di Kedah itu dilaporkan dibuat di atas lori, sebelum sempat akhbar itu diturunkan untuk diagih kepada pengedar dan dijual.



"Di Seremban Negeri Sembilan pejabat pengedar turut diserbu oleh KDN. Tetapi di Kedah pihak KDN tidak menunjukkan kad penguatkuasa dan surat dari KDN yang sah sebelum bertindak," katanya kepada Harakahdaily.



Bahkan beliau turut mendapat maklumat, di Alor Setar KDN menggunakan lima van kementerian itu untuk merampas Harakah.



Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat".


harakahdaily/-

Dakwa Umno sebar video lucah: Mustafa dan 2 lagi fail pembelaan

Posted: 23 May 2013 12:19 AM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, peguam Asmuni Awi dan Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong  memfailkan pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung saman Umno terhadap mereka ekoran isu penyebaran video lucah menjelang pilihan raya lalu.



Peguam Zulhazmi Sharif hari ini memfailkan pembelaan itu di Mahkamah bagi pihak ketiga-tiga defendan itu.



Zulhazmi yang ditemui di lobi Mahkamah memberitahu pihaknya telah menerima saman dari Umno yang meletakkan Datuk Ab. Rauf Yusoh sebagai plaintif berhubung dengan berita mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS.



Jelasnya lagi, pengurusan kes akan diadakan pada 16 Jun di Mahkamah NCVC 1.



Tetuan Mumtaz Md Nawi & Co mewakili Zulkifli Sulong (Defenden ketiga), manakala Tetuan Awi & Co bertindak sebagai peguamcara bagi Mustafa dan Asmuni (Defendan Pertama dan kedua).



Sebelum itu Umno pada 23 April lepas telah menfailkan saman fitnah terhadap Datuk Mustafa Ali, peguamnya dan HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS terbabit.



Saman tersebut dikemukakan oleh Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh selaku pegawai awam Umno melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.



Tuntutan saman itu melibatkan lima artikel yang disiarkan oleh beberapa media termasuk Harakahdaily setelah Mustafa didakwa membuat kenyataan bahawa Umno terlibat dalam penyebaran video itu.



Laporan itu disiarkan pada 12 dan 13 April lalu apabila video lucah seorang lelaki menyerupainya tersebar di laman sesawang sejak 11 April lalu.



Ekoran penyebaran video itu, Mustafa dalam ceramahnya di Dungun mendakwa Umno terbabit dalam penyebaran video itu. Mustafa juga menafikan beliau meletakkan jawatan ekoran tuduhan itu dan menyifatkan ianya satu pembohongan.



Berita itu dibuat oleh Bernama dan disiarkan oleh Malaysiakini. Harakahdaily pula memetik berita itu.


Asmuni pula yang dilantik Mustafa sebagai peguamnya menafikan tuduhan itu dan turut  mendakwa Umno terlibat dalam penyebaran video lucah itu.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan partinya terlibat dalam penyebaran video lucah itu dan selepas itu menghantar notis saman kepada ketiga-tiganya iaitu Mustafa, Asmuni dan Zulkifli.

harakahdaily/-

Tian, Haris, Tamrin pula ditahan

Posted: 22 May 2013 11:25 PM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -

Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

NONEMenurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.

Beliau turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.

Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta Hasutan.

Beliau juga berkata, aktivis PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini dalam satu operasi polis di Bangsar.

Katanya, Tamrin juga dibawa ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian.

Operasi berkenaan berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.


Sebaliknya, perhimpuan di Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.

Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.

Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.

Malaysiakini/-

Ulama Bakar 100 Celana(seluar) Ketat

Posted: 22 May 2013 09:52 PM PDT

Ulama yang tergabung dalam Tazkiratul Ummah,
 bersama Muspika Lhoksukon membakar 100-an celanan ketat 
di halaman Masjid Agung Baiturrahim, Lhoksukon, Aceh Utara, Selasa .

13 Rejab 1434 H. [MOD] -


LHOKSUKON - Ulama yang tergabung dalam organisasi Tazkiratul Ummah Aceh Utara membakar 100 celana panjang ketat, batu domino, dan kartu joker di halaman Masjid Agung Baiturrahim Lhoksukon, Aceh Utara, Selasa (21/5). Celana itu didapat dari hasil razia ulama bersama wilayatul hisbah (WH) setempat dalam setahun terakhir.

"Pemusnahan hasil razia ini menandai rangkaian ulang tahun pertama Tazkiratul Ummah. Digelar juga ceramah yang disampaikan Teungku Haji Abdullah (Abu Krueng Lintang, Aceh Timur," kata Ketua Tazkiratul Ummah Aceh Utara, Tgk H Nurdin Usman, kepada Serambi kemarin.

Dalam catatan Serambi, sejak redeklarasi penerapan syariat Islam secara kafah di Aceh tahun 2001, belum pernah gabungan ulama melakukan aksi pembakaran celana panjang ketat yang didapat dari hasil razia bersama WH. Baru di Aceh Utaralah kemarin, atas prakarsa para ulama Tazkiratul Ummah setempat, pembakaran celana sempit itu dilakukan.

Sebelumnya di Aceh Barat, Bupati Ramli gencar melakukan kampanye anticelana ketat bagi perempuan yang bermukim maupun yang berkunjung ke kabupaten itu. Dalam beberapa kali razia yang diujungtombaki WH setempat, banyak perempuan yang digunting celana panjangnya, lalu diganti dengan rok yang disediakan Pemkab Aceh Barat. 

Sejalan dengan semangat itu, Tgk Nurdin Usman dari Tazkiratul Ummah Aceh Utara mengimbau agar setiap orang tua di Aceh melarang anaknya mengenakan pakaian ketat, sebab hal itu tidak sesuai dengan adab dan tuntunan berpakaian umat Islam.

"Kita minta agar guru dan kepala sekolah mengajak seluruh siswa-siswinya mengenakan pakaian yang menutup aurat," imbau Tgk Nurdin.

Pihaknya juga meminta Pemkab Aceh Utara agar mengalokasikan dana untuk pelaksanaan eksekusi terhukum cambuk di kabupaten itu. Soalnya, sejak empat tahun terakhir, pemkab tidak lagi mengalokasikan dana untuk uqubat cambuk tersebut.


Serambi Indonesia/-

Kes Sosilawati: Bekas Peguam, Tiga Yang Lain Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati

Posted: 22 May 2013 09:44 PM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -

Tiga tertuduh kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, R.Matan (kiri), T.Thilaiyalagan (dua kiri) dan bekas peguam N Pathmanabhan (kanan) diiringi anggota polis selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Khamis. -fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Sosilawati Lawiya
Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi. - BERNAMA

'Sekarang pun rakyat rasa dah duduk dalam hutan'

Posted: 22 May 2013 09:09 PM PDT

13 Rejab  1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,23 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Datuk Seri Noh Omar tidak perlu untuk menyuruh rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini "duduk di dalam hutan" kerana sememangnya Malaysia sudah pun seperti berada dalam hutan.


Menurutnya, negara ini sebenarnya sedang ditadbir menggunakan undang-undang rimba, sehingga membenarkan segala penipuan pilihan raya berlaku secara berleluasa.


"Rakyat bukan nak masuk hutan sebab mereka rasa memang duduk dalam hutan dah apabila negara ditadbir guna undang-undang rimba," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan BN Selangor semalam yang berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".

Noh turut menyifatkan mereka yang mengadakan himpunan membantah penipuan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai melampaui batas dan tidak hormat kepada perlembagaan.

Ekoran itu beliau menyarankan mereka agar duduk dalam hutan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, himpunan Black505 yang diadakan di seluruh negara itu sebenarnya adalah mahu membebaskan negara dari cengkaman undang-undang rimba yang diamalkan Umno BN.

Rakyat katanya tidak boleh menerima segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya lalu dan mahukan sistem itu diperbetulkan.

Ujarnya, seharusnya pemimpin kerajaan menerima kritikan yang diutarakan rakyat untuk kebaikan negara dan bukan menyekat dan menghukum mereka menggunakan undang-undang rimba itu.

"Bila duduk dalam rimba, yang berkuasanya adalah harimau-harimau yang ganas, yang boleh bertindak sesuka hati.

"Maka himpunan ini nak bebaskan negara dari cengkaman harimau-harimau yang ganas ini," katanya lagi.

Adam Adli mengaku tak bersalah tuduhan hasutan

Posted: 22 May 2013 08:27 PM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -
  • Aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui satu ucapan pada 13 Mei lalu.
    NONE
    Anak muda berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah apabila tuduhan berkenaan dibacakan ke atasnya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norsharidah Awang.


    Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menyeru rakyat turun ke jalan raya untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Umno dan BN.

    Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes berkenaan akan disebut semula pada 2 Julai.

    Tuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

    Adam Adli diwakili peguam S Ambiga.

    Malaysiakini/-

KHUTBAH JUMAAT : “GENERASI BELIA ULUL-ALBAB PENYELAMAT NEGARA”

Posted: 22 May 2013 07:35 PM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -
(14 Rejab 1434 / 24 Mei 2013)

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُوا۟ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۭ وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًۭا ﴿١٠﴾
"(Ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan belia pergi berlindung ke sebuah gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami!, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan  kepada kami untuk keselamatan agama kami".(Al-Kahfi 10)

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah sekelian,
Saya  menyeru diri saya dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama  bersyukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dengan  melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang dilarangan, mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman, bertaqwa serta selamat di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Belia adalah aset atau harta yang amat berharga kepada negara.  Mereka merupakan tonggak kekuatan negara serta pewaris kepada kepimpinan negara. Kementerian Belia Dan Sukan telah menetapkan bahawa belia adalah merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 30 tahun. Dianggarkan jumlah belia  melebihi 12 juta orang atau mewakili 41.5% daripada keseluruhan penduduk negara ini yang berjumlah  28 juta orang.

Berdasarkan peratusan yang besar ini, maka pembentukan generasi belia yang berkualiti tinggi amat penting untuk diusahakan. Belia-belia Islam semestinya dididik menjadi Generasi Belia Ulul-Albab iaitu belia yang bertaqwa, memiliki akal fikiran sempurna, berilmu, kreatif,  bebas dari pengaruh maksiat serta menjadi pemangkin agar orang lain juga berubah ke arah yang sedemikian.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekelian,

Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul ketika Baginda berumur 40 tahun.  Para sahabat ketika itu ramai yang masih muda belia sebagaimana Ja'far bin Abi Thalib yang berusia 18 tahun, Qudaamah bin Abi Maz'un 19 tahun, Said bin Zaid dan Shuhaib ar Rumi  20 tahun, 'Aamir bin Fuhairah 23 tahun, Mush'ab bin 'Umair dan al Miqdad bin al Aswad  24 tahun, Abdullah bin al Jahsy 25 tahun serta Umar bin al Khathab 26 tahun. Malah Usamah bin Zaid ketika dilantik  oleh Nabi SAW sebagai panglima untuk memimpin pasukan kaum muslimin memasuki wilayah Syam dalam usia 18 tahun.   Maka apakah alasan untuk para belia pada hari ini untuk tidak menjadi hebat sebagaimana para sahabat di zaman Rasulullah. Sabda baginda saw :

اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ ، وَفَرَاغَك قَبْلَ شَغْلِكَ، وَغِنَاك قَبْلَ فَقْرِكَ، وَشَبَابَك قَبْلَ هَرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِك.
"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa hidupmu sebelum datangnya masa matimu, masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu, masa kayamu sebelum datangnya masa miskinmu, masa mudamu sebelum datangnya masa tuam dan, masa sihatmu sebelum datangnya masa sakitmu" (Hadis riwayat al-Hakim dan Ibn Abi Syaibah)

Hadirin yang dihormati Allah,

Kehebatan generasi belia Ulul Albab ini telah terbukti melalui sejarah yang merakamkan mengenai kegigihan tentera Islam semenjak Kerajaan Bani Umaiyah,  Kerajaan Bani 'Abasiah, dan kepimpinan awal Kerajaan Othmaniah Turki yang berusaha menawan Kota Konstantinople  (Istanbul), tetapi gagal. Namun tatkala muncul seorang anak muda belia iaitu Sultan Mohammad Al-Fatih, dalam usianya yang ke 21 tahun telah berjaya menawan semula Kota Konstantinople  daripada Rome. 

Antara kata-kata  keramat Baginda ketika melancarkan percubaan terakhir pada hari yang ke 53 kepungan untuk menawan Kota Konstantinople  ialah:

"Wahai tenteraku, Aku bersedia untuk mati di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, maka ikutlah Aku".

Diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh lagi. 


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Apakah generasi belia hari ini sedang dibawa ke arah yang sama. Tidakkah kita hari ini memberikan kebebasan yang keterlaluan kepada mereka. Terlalu banyak ruang maksiat dan kemungkaran yang didedahkan kepada mereka. Seluruh kehidupan mereka dipasakkan dengan aktiviti hiburan melebihi penekanan kita terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran. Apakah belia hari ini benar-benar telah digarap agar bersedia menjadi pejuang dan pembela kepada agama Allah suatu hari nanti. Apakah belia hari ini akan mampu menerima seruan jihad sebagaimana ghairahnya mereka memenuhi jemputan menyaksikan konsert-konsert artis tempatan yang dianjurkan dari masa ke semasa. Kuatkah keimanan mereka memilih kehidupan beragama dan mempertahankan aqidah mereka sebagaimana Pemuda Kahfi yang digambarkan oleh Allah  dalam surah Al-Kahfi ayat 13 dan 14:

نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِٱلْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَـٰهُمْ هُدًۭى ﴿١٣﴾ وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا۟ فَقَالُوا۟ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَ‌ٰتِ وَٱلْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَا۟ مِن دُونِهِۦٓ إِلَـٰهًۭا ۖ لَّقَدْ قُلْنَآ إِذًۭا شَطَطًا ﴿١٤﴾
"Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk dan Kami kuatkan hati mereka semasa mereka bangun lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak, maka tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran".

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam selain menjadi pemimpin Negara, turut memainkan peranan sebagai pendakwah yang membimbing belia agar sentiasa ta'at beribadah kepada Allah. Mereka ditarbiyah dengan akhlak yang mulia, memelihara kesempurnaan akal fikiran, menjaga kesihatan tubuh badan dan menjadi hamba kepada tuhan. Mereka akhirnya memiliki jati diri, bersifat amanah dan bertangggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Muslimin yang berbahagia,
Sesungguhnya Islam mahukan setiap umatnya menjadi sebaik-baik manusia dengan menyebarkan kebaikan kepada manusia lain. Islam tidak menerima manusia yang hanya mementingkan diri sendiri, dengan mengatakan ; jangan sesiapa mengganggu aku, selama aku tidak mengganggu orang lain. Setiap umat Islam mempunyai tanggungjawab membawa kebaikan kepada manusia. Rasulullah s.a.w menyatakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah:

خَيْرُ الناَّسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناَّسِ
"Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang lebih bermanfaat kepada orang lain" . (Hadith Hasan dalam al-Jami' al-Shaghir)

Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita memastikan kehidupan kita di dunia ini mendapat perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala, selaras dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oIeh Abu Hurairah  yang bermaksud:

"Bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dilindungi oIeh Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan Allah iaitu :

Imam (Pemimpin) yang adil, Pemuda  yang hidup sentiasa beribadah kepada Allah  Taala, orang yang mengingati Allah  ketika bersendirian lalu menitis air matanya, Orang  yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu teringat kepada masjid). Orang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oIeh tangan kanannya. Orang  yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata. Lelaki yang digoda oIeh perempuan yang cantik tetapi mengatakan aku takut kepada Allah Taala.
 (Maksud Hadith Riwayat Al-Bukhari)

 بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.


خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَـٰهُمْ هُدًۭى
yang bermaksud: "Sesungguhnya mereka ialah pemuda beriman kepada Tuhan mereka (Allah) dan Kami tambah kepada mereka petunjuk." (Surah al-Kahfi ayat 13).
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ .
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ .

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Terdapat beberapa fakta penting yang boleh sama-sama kita hayati pada khutbah yang pertama tadi iaitu:

Belia-belia Islam semestinya dididik menjadi Generasi Belia Ulul-Albab yang bertaqwa, memiliki akal fikiran sempurna, berilmu, kreatif,  bebas dari pengaruh maksiat serta menjadi pemangkin agar orang lain juga berubah ke arah yang sedemikian.

Kehebatan generasi belia Ulul Albab ini telah terbukti melalui sejarah yang merakamkan mengenai kegigihan tentera Islam semenjak Kerajaan Bani Umaiyah
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam selain menjadi pemimpin Negara, turut memainkan peranan sebagai pendakwah yang   membimbing belia agar sentiasa ta'at beribadah kepada Allah. Setiap umat Islam mempunyai tanggungjawab membawa kebaikan kepada manusia.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ،وَاجْعَلْ فِىقُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،   وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ .
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ

وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
*AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan.

RON97 turun 20 sen mulai malam tadi

Posted: 22 May 2013 07:23 PM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -

HASSAN-MALEK
Hasan Malek
KUALA LUMPUR - Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa malam tadi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek mengesahkannya semasa dihubungi Bernama di sini hari ini.
Harga petrol RON97 disemak kali terakhir pada Mac 2013 dan pernah berada pada paras RM3 seliter pada September 2012.
Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Abdul Mokti berkata penurunan harga RON97 disambut baik selain memperlihatkan dasar kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat.
"Saya percaya (penurunan) itu tepat sekali. Kerajaan dilihat memang berpegang pada dasar," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata penurunan berkenaan disebabkan harga pasaran minyak dunia yang mengalami sedikit penurunan selain dasar apungan harga minyak yang diamalkan oleh kerajaan.
Beliau juga menjangka tiada kenaikan harga minyak petrol untuk RON95 dan RON 97 dalam masa terdekat ini.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata penurunan harga minyak petrol RON97 tidak menjejaskan operasi stesen-stesen minyak seluruh negara selain tidak menyebabkan kerugian kepada pengusaha stesen minyak. - Bernama

Azizan: Reda kaki dipotong

Posted: 22 May 2013 07:21 PM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -

AZIZAN
AZIZAN
GEORGETOWN - Hari ini genap 17 hari bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjadi penghuni Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau kini masih lagi dipantau rapi oleh 10 doktor pakar antaranya kardiologi, ortopedik dan diabetes dan selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis dihidapinya pada 9 Mei lalu.

Selepas mendapatkan rawatan yang terbaik di HPP, kini keadaannya semakin stabil dan beliau sudah sedar namun masih berada dalam keadaan yang masih lemah.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan kini sedang menjalani rawatan mencuci luka di kakinya.

"Alhamdulillah kesihatannya semakin baik dan beliau dilihat bertambah pulih sejak dua hari lalu dan cuba berkomunikasi dengan ahli keluarga serta rakan rapat yang menziarahinya, namun tidak mampu bercakap dengan baik dan tersekat-sekat.

"Beliau juga sudah mengetahui kedua-dua belah kakinya sudah tiada, dari reaksi yang dapat saya lihat, beliau reda dengan apa yang menimpanya," katanya.

Menurutnya, sepanjang berada di HPP, kedua-dua isteri Azizan, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14 anaknya setia menjaga di hospital.

Sepanjang menerima rawatan, Azizan tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai termasuk kepimpinan tertinggi negara.

Antara kenamaan yang hadir menziarahinya ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

Bagaimanapun Mohd Helmi berkata, beliau tidak dapat menjangkakan sehingga bila Azizan akan menerima rawatan di HPP.

"Mungkin sehingga keadaannya benar-benar pulih sebelum dibenarkan keluar," katanya.

Sinar harian/-

Pesakit mental tikam pelajar

Posted: 22 May 2013 07:19 PM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -

BEIJING 22 Mei - Seorang lelaki pesakit mental menikam enam pelajar sekolah rendah dan seorang dewasa di selatan wilayah Guangdong, semalam.

Seorang jurucakap kerajaan tempatan berkata, kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan suspek yang dikenali sebagai Liao berusia 32 tahun telah diberkas.

Kejadian yang berlaku di pinggir bandar Maoming itu terjadi selepas sesi persekolahan baru sahaja tamat.
Siri serangan dan pembunuhan pelajar sekolah di China sering berlaku sejak kebelakangan ini yang kebanyakanya melibatkan pesakit mental.- AGENSI

 

Satu maut, dua cedera serangan di markas latihan tentera Londo

Posted: 22 May 2013 07:17 PM PDT

13 Rejab 1434 H. [MOD] -


LONDON: Seorang maut manakala sekurang-kurangnya dua lagi cedera dalam satu serangan di sebuah berek markas latihan tentera di London. 

Berikutan kejadian itu, Perdana Menteri Britain, David Cameron segera mengarahkan satu mesyuarat tergempar diadakan. 


Cameron menyifatkan kejadian pembunuhan itu 'amat mengejutkan' dan meminta Setiausaha Dalam Negeri, Theresa May memanggil mesyuarat tergempar membabitkan semua jawatankuasa kecemasan. 


Polis bagaimanapun tidak memberikan sebarang ulasan mengenai kejadian berkenaan. 

Scotland Yard berkata, pegawainya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada petang semalam di kawasan kejiranan London di berek latihan tentera di Woolwich. 

Kementerian Pertahanan Britain pula berkata, pihaknya segera menyiasat laporan berkenaan dan seorang tentera bertugas terbabit dalam kejadian itu. - AP

Tiada ulasan:

Nuffnang