N45 Dr Halimah Ali |
Posted: 22 May 2013 07:48 AM PDT بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah swt yang telah membantu saya selaku hambaNya yang kerdil dalam mengharungi satu keadaan yang agak kritikal ketika menghadapi PRU13 pada tanggal 5 Mei yang lepas. Semua sudah sedia maklum bahawa pertarungan antara parti PAKATAN RAKYAT dan lawan tradisi BN adalah teramat sengit dalam sejarah MALAYSIA. Pelbagai gerakan, strategi dan taktik kedua-dua belah pihak untuk meraih sebanyak mungkin undi kepada parti masing-masing. BN berada di posisi lebih strategik dengan menggunakan segala jentera kerajaan termasuk media yang hanya memuatkan berita yang menguntungkan BN dan memaparkan semua berita yang memburukkan PAKATAN.I tu di peringkat kebangsaan. Saya mahu bicara khusus di kawasan saya sendiri. Saya banyak belajar daripada segala yang berlaku samada yang positif untuk PAS dan pakatan atau sebaliknya. Saya memerhatikan kesungguhan pimpinan PAS DUN SELAT KLANG berbincang, menyusun gerak kerja, memobilisasikan petugas dan sukarelawan. Ahli PAS pula begitu tekun bekerja bagi memenangkan PAS. Ada otai yang bekerja larut malam bersama orang muda.Ada yang membetulkan tiang bendera tengah hari terik. Muslimat pula memang sudah berbulan-bulan bergerak tanpa jemu. Mencatukan masa untuk rumah, suami dan anak dan perjuangan. Semua memuji iltizam Muslimat. Mereka bermandi keringat ke lapangan mencari pengundi yang sah dan berjuang untuk menegak kebenaran. Selain daripada ahli PAS, Dewan Himpunan Penyokong PAS juga bekerja keras bagi memenangkan calon PAS. Hakikatnya, saya menang semua saluran di tempat mereka ini bekerja termasuk di Tepi Sungai, Telok Pulai dan Pulau Ketam. Kerja mereka 'solid'. Sukarelawan juga muncul membantu mengikut minat dan kepakaran mereka. Dalam keghairahan penyokong PAS/PAKATAN RAKYAT melakukan kerja murni ini dengan tertib dan menjaga adab,tidak kurang provokasi pihak lawan, samada berkenaan bendera, banner, bunting dan juga pasukan motor yang sengaja menganggu ceramah umum yang dilakukan. Berita yang dibawa oleh petugas bahawa mak cik/pak cik diyakinkan bahawa sekiranya mereka mengundi PAS, DAP AKAN MENJADIKAN MALAYSIA sebagai negara Kristian. Tak kurang orang muda di taburkan dengan upah yang pelbagai: upah pasang bendera, pakai baju T shirt BN, UPAH MOTOR/kereta dll. Macam macam input yang kita dengar. Ada seorang muda dibelasah di depan rumah kerana bertengkar dalam facebook sebab bendera di bakar. Ada pula puteri BN yang buat 'show' sendiri di simpang 4 Sg Udang untuk tarik perhatian. Banyak juga dinner yang disponsor oleh pihak lawan bagi kaum bukan Melayu. Konsert di penghujung waktu kempen untuk menarik orang muda pula diselitkan dengan mesej yang amat mengelirukan dan desperado: Kalau Dr Halimah menang nanti tak ada konsert....boring! Tidak ada ceramah umum yang dianjurkan oleh UMNO/BN sendiri. Yang ada hanyalah anjuran ISMA/BERJASA. Alhamdulillah takdir Allah setelah kerja keras dan doa ikhlas pejuang PAS....menang sekali lagi untuk kawasan DUN N45 SELAT KLANG. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap setinggi tahniah kepada semua pimpinan PAS DUN SELAT KLANG, beserta Dewan Himpunan Penyokong PAS dan ahli PAKATAN RAKYAT SERTA PENGUNDI DUN SELAT KLANG kerana kemenangan ini adalah kemenangan bersama. Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada semua penyumbang air, bendera dll sepanjang kempen. Saya doakan mudah mudahan Allah swt mencurahkan rahmat dan kasih sayangnya dan membalas segala kebaikan itu semua. Kita juga harus menghargai pembelajaran daripada taktik kotor pihak lawan, cerca, fitnah dan putar belit fakta untuk menguasai keadaan, mengelirukan pengundi khususnya pengundi saluran 1-2. Hedonisme yang sengaja dibiakkan oleh UMNO-BN selama ini amat berguna disaat UMNO kemaruk kuasa dan mahu menumpaskan Selangor dan di antara fokus utamanya ialah DUN SELAT KLANG.Terima kasih kerana mematangkan kami Namun mereka merancang Allah juga merancang, Allahlah sebaik baik perancang. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan