Rabu, 22 Mei 2013

Philosophy Politics Economics

Philosophy Politics Economics


Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat

Posted: 22 May 2013 01:03 AM PDT



Pakatan Rakyat akan teruskan bantahan terhadap PRU13 yang tidak bersih dan adil. Pada masa yang sama, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana telah memberikan sokongan yang cukup hebat kepada Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya mempertahankan kuasa di negeri Selangor, kami telah meningkatkan jumlah kerusi dan juga majoriti yang diperolehi oleh calon-calon kami.

DAP Wilayah Persekutuan dan Selangor akan menganjurkan satu Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat dengan butir-butir seperti berikut:
Tarikh: 23hb Mei 2013 (Khamis)
Masa: 7 malam
Tempat: Padang Timur, Petaling Jaya (hadapan Amcorp Mall)
Penceramah termasuklah Lim Kit Siang, Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad, Zaid Ibrahim, Tamrin Ghafar, Teresa Kok, Teng Chang Khim, Tony Pua dan lain-lain.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pihak Polis Diraja Malaysia kerana telah memberikan kerjasama untuk menjalankan Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat pada 23hb Mei (Khamis) 7 malam di Padang Timur secara lancar.

Pihak polis akan membantu mengawal trafik dan telah mencadangkan supaya para hadirin menggunakan tempat letak kereta yang sedia ada yang ditunjukkan dalam peta di bawah.


Untuk mengurangkan kesesakan jalanraya lagi, kami menggalakkan para hadirin menggunakan sistem LRT Taman Jaya.

Tiada ulasan:

Nuffnang