Isnin, 8 April 2013

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Satu lagi projek Pakatan Rakyat

Posted: 08 Apr 2013 10:55 PM PDT

PKNS affordable houses price at below RM150,000 http://t.co/yvYbZtVbXw (https://twitter.com/malaymail/status/321498122008276992)

SAPU Msia - Rakyat diperbodohkan, Rasuah diutamakan

Posted: 08 Apr 2013 07:31 AM PDT

Tiada polisi jelas hapus rasuah, Manifesto BN lindungi kroni – Rafizi

(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 8 APRIL: Tiada polisi jelas dalam menghapuskan rasuah tunjuk Manifesto BN bertujuan melindungi dan mengkayakan kroni, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
"BN tidak memasukkan polisi tegas berhubung penghapusan rasuah, kronisme dan seumpamanya.  Jelas mereka masih mahu melindungi kroni.
"BN juga tidak berani membuat polisi drastik seperti yang kita buat dalam Manifesto Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
RAFBeliau mengulas berhubung polisi Manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.
Rafizi yang juga Ahli Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat berkata, tawaran BN yang banyak meniru Manifesto Rakyat bukti BN tidak mempunyai hala tuju jelas.
"Saya kasihan dengan mereka, saya harap mereka tak buat macam tu (meniru) tetapi mereka dah buat," katanya.
Memerangi gejala rasuah antara 17 Manifesto BN tetapi perkara itu hanya disentuh secara umum tanpa penerangan dan penegasan jelas berhubung penghapusannya.
Hadir sama sidang media, Naib Presiden, Tian Chua. – NS


Tiada ulasan:

Nuffnang