N37 Batu Maung |
EXCO SERAH KERETA HAK MILIK KN PP Posted: 08 Apr 2013 12:45 AM PDT Serah Kunci, Pegang Intergriti GEORGE TOWN - Pemegang amanah sebagai Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng, hari ini, mengumumkan penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus di sini. Menurutnya, penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri turut melibatkan pemegang amanah Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang lain. "Kenderaan rasmi tidak harus disalahguna untuk kegunaan persendirian atau parti sebaliknya ia harus digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan Negeri sahaja. "Inilah intergriti yang dipegang oleh Kerajaan Negeri sungguhpun kini hanya sebagai pemegang amanah," ulas Guan Eng pada sidang akhbar di Komtar, sebentar tadi. Tambahnya, intergriti harus dipraktikkan secara fizikal dan bukan hanya tahu melafazkannya. "Bercakap adalah perkara lain dan melakukannya pula adalah suatu perkara yang lain pula. "Hari ini kita (pemegang amanah Kerajaan Negeri) akan menyerahkan kunci kenderaan masing-masing kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," tambahnya. Guan Eng turut menegaskan bahawa penggunaan kenderaan rasmi adalah hanya untuk majlis rasmi Kerajaan Negeri dan bukan digunakan untuk tujuan berkempen. "Sungguhpun menjelang Pilihanraya Umum (PRU13), kenderaan rasmi ini tidak akan digunakan untuk ceramah dan kempen. "Begitu juga pemandu, mereka hanya akan bertugas mengikut waktu pejabat dan apabila menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan," tambahnya. Dalam pada itu, Guan Eng turut mengulas manisfesto yang dilancarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). "Sungguhpun manisfesto BN menyentuh soal kekangan rasuah, namun BN tidak pula menyatakan tatacara (measurements) membanterasnya. "Salah satunya ialah melalui pengumuman awam pengisytiharan aset dan pelaksanaan tender terbuka," katanya. Katanya lagi, Kerajaan Negeri telah mengamalkannya sejak 2008 dan ianya terbukti berkesan apabila kempen anti-rasuah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipuji oleh Transparency International. "Seterusnya menghalang pemimpin dan ahli keluarga pimpinan kerajaan berurus niaga dengan kerajaan demi kepentingan peribadi. "Melalui pendekatan ini, rasuah dapat dihindari," ulasnya lagi. |
PEKAT GELAP MALAM SEMAKIN BERAKHIR...AYUH INIKALILAH.. TUKAR Posted: 07 Apr 2013 06:40 PM PDT Pada 8 Mac 2008, negara telah matang. Rakyat Malaysia bersama-sama telah memutuskan bahawa mereka tidak lagi akan dipandang ringan dan mahukan perubahan. Perubahan tidak datang dengan mudah apabila ramai pengundi ditakutkan oleh pembohongan yang diputar belit oleh Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum 2008 Akhirnya penipuan-penipuan hanya boleh bertahan begitu lama dan orang ramai mengambil balik hak-hak mereka apabila mereka dengan berani mengundi Pakatan Rakyat ke dalam kuasa. Lima tahun kemudian, Pulau Pinang telah bertukar menjadi lebih baik dan kunci bagi perubahan itu sentiasa adalah anda semua, rakyat Malaysia. Kami berusaha untuk menjadi sebuah kerajaan rakyat boleh tuntut dengan bangganya sebagai kepunyaan sendiri. Kami tahu bahawa tanpa rakyat, perjuangan kita akan menjadi sia-sia. Disebabkan itu sekarang, di pusingan terakhir bagi Pilihanraya Umum ke-13, kami sekali lagi mengharapkan sokongan anda semua. Ini ialah satu perjuangan yang bukan sahaja masa depan Pulau Pinang tetapi juga demi masa depan Malaysia. Pulau Pinang akan menetapkan piawaian untuk seluruh Malaysia. Malah, selepas mejadi kerajaan di Pulau Pinang, kerajaan persekutuan bukan sahaja gagal untuk menunjukkan kerendahan hati tetapi sebaliknya telah menjadi lebih sombong . Pulau Pinang telah diabaikan walaupun membayar salah satu daripada cukai pendapatan tertinggi di negara ini. Inilah mengapa gambaran yang lebih besar ialah pertempuran kita untuk Malaysia melalui Pulau Pinang dan sekaligus untuk semua. Kita akan buktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu mentadbir kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri. Kita telah pun membuat perubahan di Pulau Pinang, sekarang marilah kita bersama-sama membawa perubahan tersebut ke seluruh Malaysia demi masa depan kita dan anak-anak kita. Percaya dan yakinlah, Kemajuan dan ekonomi akan tercapai sekiranya rakyat menguburkan UMNO dan BARISAN NASIONAL dari pentadbiran negara. Rakyat dapat merasai perbezaan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Pakatan Rakyat Kuat, Rakyat Selamat. Ayuh tekadkan azam menuju Putrajaya Asalkan Bukan Umno - Anything But Umno |
You are subscribed to email updates from N37 Batu Maung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan