Isnin, 8 April 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


BN Tiru Manifesto Pakatan Rakyat - DSAI

Posted: 07 Apr 2013 01:51 AM PDT




KELANTAN 7 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal dari mana datangnya idea isi kandungan manifesto BN kalau bukan ditiru dari manifesto Pakatan Rakyat.
"Hari ini, BN bentang manisfesto, apa dia kata, harga kereta akan turun. Aikk? Dia (Umno BN) belajar dari siapa?
"Kemudian, semua permit akan diberi kepada pemandu teksi. Aikkk? Baru sekarang tahu? Kalau betul Najib percaya permit teksi patut diberi, pasal apa 50 tahun tak bagi?" katanya.
17916_292832087515379_1938656861_n - CopyKetua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada ceramah depan lebih 10,000 orang di Jeli, Kelantan malam tadi selepas menyampaikan tazkirah di Masjid Geluk, Pasir Mas.
Datuk Seri Najib Razak pada malam sama membentang manifesto BN yang menyerupai manisfesto Pakatan sekalipun pemimpin Umno lantang mengkritiknya sebelum ini.
Paling ketara, pengumuman harga kereta diturunkan antara 20 hingga 30 peratus sedangkan Pakatan sudah lama mempromosi kempen 'Turun Harga Kereta'.
Mengikut formula Pakatan, harga kereta diturunkan 20 peratus setiap tahun secara berperingkat selama lima tahun melalui penghapusan cukai eksais.
579815_10151346598346510_443216867_n - CopyPakatan sudah lama berjanji memberi permit individu kepada pemandu teksi berikutan ia selama ini dibolot pemimpin Umno BN.
Pakatan membentang 'Manifesto Rakyat' di konvensyen pada 27 Februari lalu dengan memberi tumpuan kepada kebajikan seluruh lapisan masyarakat.
Pada ceramah sama, Anwar percaya Najib tidak akan melaksanakan manisfeto BN sebaliknya hanya bertujuan meraih sokongan dan undi pada PRU 13.
"Dia (Najib) tidak akan lakukan. Sebab itu, saya minta kawan-kawan, ambil keputusan bijak. Sekarang patut (su)dah buat keputusan (undi Pakatan)," katanya.

( Berat Sebelah )Manifesto BN Siaran Lansung , PR Hanya 10 Minit

Posted: 06 Apr 2013 05:00 AM PDT




KUALA LUMPUR 6 APRIL: Ketika Pakatan Rakyat bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentang manifesto kepada rakyat, Umno Bn mendapat siaran langsung di media arus perdana.
"Agak lucu kerana Umno tawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk bentangkan manifesto (secara rakaman)," kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
mANIFESTO RAKYATManifesto BN akan dilancarkan Datuk Seri Najib Razak di Stadium Bukit Jalil malam ini, disiar RTM secara langsung sedangkan Menteri Penerangan, Daruk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya memberi 10 minit untuk Pakatan Rakyat membentang manifesto.
Johari mempersoal kewajaran siaran langsung itu kerana kerajaan sedia ada bersifat kerajaan sementara sekali gus bermakna Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan untuk kerja parti.
"Adakah Umno BN bayar atau tidak kepada RTM kerana guna fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, Umno BN tidak boleh menggunakannya tujuan kerja parti," katanya dipetik TV Selangor.

keadilandaily

Tiada ulasan:

Nuffnang